Anda di halaman 1dari 15

Kelopak Mawar Merah

By
Nur Rihhadatul Aisya binti Mohd Nazaruddin
(2018638702)

e-mel: rihhadatul97@gmail.com
nombor telefon: 0133804517
ACT I
Scene 1
Keadaan di atas pentas menunjukkan sebuah bilik
remaja perempuan yang sangat cantik, dinding di
cat berwarna pink pastel, sebuah katil bujang
diletakkan secara melintang di tengah bilik,
berwarna putih bersama dua bantal dan satu anak
patung beruang berwarna coklat yang sangat besar.
Bersebelahan katil diletakkan satu set meja solek.
Di atas meja solek ada satu sikat rambut, dua
getah rambut dan sekuntum bunga mawar merah.
Terdapat satu pintu di atas pentas yang menuju ke
ruang bilik perempuan yang sangat cantik itu.
Kelopak mawar merah bertaburan di hadapan pentas
menuju ke katil di hadapan pintu yang menuju ke
belakang pentas. Di atas tilam katil bujang
bercadar putih juga berselerakan kelopak bunga
mawar merah.
Orked keluar dari belakang pentas sebelah kiri
berpakaian baju tidur bercorak kotak-kotak,
berwarna biru gelap dan sedang memegang cawan.
Orked berhenti berdiri di depan pintu.
ORKED
Bau wangi ini lagi? Bau ini pastinya datang dari bilik
Mawar. (memandang ke arah pintu dan mengeluh)

Orked memulas tombol pintu. Dia berjalan masuk ke


dalam bilik remaja perempuan cantik itu. Dia
melihat ke arah lantai pentas dan atas katil
dengan riak bingung. Cawan di tangan Orked
diletakkan di atas meja solek. Orked berdiri di
sisi katil. Tangannya menggenggam kelopak mawar
merah yang berada di atas tilam dan dibawa ke
hidung.
ORKED
Tidak silap lagi! Bau wangi yang aku bau di depan pintu
tadi... bau bunga mawar. Tapi... kenapa? Macam mana
kelopak-kelopak bunga mawar merah ini boleh berada di
dalam bilik ini? (bingung)
ORKED
Tapi pelik... bila waktu pagi, aku masuk bilik ini...
kosong sahaja. Tak ada pun kelopak-kelopak mawar ini
berterabur sebegini rupa. Bila malam, lain pula
ceritanya. Mana datang kelopak-kelopak bunga mawar
merah ini? Musykil aku.

(CONTINUED)
CONTINUED: 2.

Orked duduk di birai katil bujang itu. Tangan


kirinya memicit kepala dan tangan kanannya dibawa
ke dagu sedang berfikir. Mawar berpakaian gaun
putih muncul dari belakang pentas sebelah kanan.
Mawar menangis mendayu-dayu dan melihat Orked yang
membelakangi dia. Orked memeluk tubuh dan
menggosok lengan. Dia pandang kiri dan kanan cuba
mencari punca suara menangis. Orked tidak nampak
Mawar.
ORKED
Siapa tu?! (kuat) Jangan ganggu aku! Kau nak apa?!
Kedudukan Mawar yang sedang berdiri tidak jauh
dari kedudukan Orked yang sedang duduk di birai
katil.

MAWAR
Ibu... (menangis mendayu-dayu)
Orked menekup telinganya menggunakan kedua-dua
tangan. Dia memejam mata dan menggeleng-geleng
kepala seolah-olah cuba menghalau bunyi tangisan
itu pergi.
ORKED
Jangan ganggu aku! (merayu) Berhenti. Jangan menangis!
(ketakutan)

MAWAR
Ibu... ini Mawar.(merayu)
Mawar melangkah dua tapak dari kedudukannya.

ORKED
Ja.. jangan. (gagap) Jangan cuba perdayakan aku! Aku
tak akan percaya! Mawar anak aku dah mati! Dia dah
tiada! Jangan kacau aku! (menjerit)
MAWAR
Ibu... percayalah- (menangis)
ORKED
Diam! Aku kata diam! (menjerit)
Mawar berdiri di depan Orked. Mawar pegang
kedua-dua belah tangan Orked dan tarik perlahan
tangan itu turun ke bawah.
MAWAR
Ibu... ini Mawar. Mawar... anak ibu. Buka mata ibu
(merayu). Mawar datang ke sini nak jumpa ibu.

(CONTINUED)
CONTINUED: 3.

Orked buka mata perlahan-lahan. Dia berdiri dan


menekup mulut kerana terkejut. Tubuh Mawar ditarik
ke dalam dakapan, dipeluk erat.

ORKED
Mawar! Anak ibu! (menangis)
Orked meleraikan pelukan. Dia mengundur setapak ke
belakang. Tubuhnya jatuh melutut di atas pentas
dan menekup muka sambil menangis teresak-esak.
ORKED
Maafkan ibu, Mawar. Maafkan ibu. (merayu)
Mawar melutut di depan Orked. Bahu Orked dipegang
Mawar. Mawar membantu Orked berdiri.
MAWAR
Mawar rindukan ibu. Rindu sangat-sangat.
Kedua-dua tangan Orked melekap di pipi Mawar.
Orked memandang tubuh Mawar atas bawah.
ORKED
Ibu tak bermimpikan?
Mawar menggeleng.

MAWAR
Mawar ada di sini... di depan ibu. Ibu tidak bermimpi.
ORKED
Kenapa Mawar tinggalkan ibu? (menangis) Maafkan ibu
kerana tiada pada masa hari pengebumian tempoh hari.
MAWAR
Jangan salahkan diri ibu. Semua ini sudah takdir Mawar.
Maafkan Mawar kerana pergi terlebih dahulu. Mawar
tahu... ibu Mawar seorang wanita yang kuat.
ORKED
Kalau sahaja ibu ada di sini pastinya-
Mawar meletakkan satu jari di bibir Orked. Mawar
menggeleng kepala.
MAWAR
Yang berlaku, sudah pun berlaku. (senyum)
ORKED
Mawar, terus-teranglah dengan ibu. Mawar kecewakan?
(mengeluh) Kecewa kerana ibu tiada di sini. Ibu terlalu
sibuk dengan kerja sampai mengabaikan anak sendiri.

(CONTINUED)
CONTINUED: 4.

MAWAR
Tipulah kalau Mawar kata Mawar tak kecewa tapi... ibu
pergi kerana tugas bekerja. Itu tanggungjawab ibu juga,
bukan?

ORKED
Ya. (kesal) Mawar juga tanggungjawab ibu... amanah ibu.
Patutnya ibu ada pada masa hari pengebumian kamu tapi-
MAWAR
Sudahlah, ibu. Yang lepas, biarlah lepas. Semuanya
selesai dalam keadaan baik-baik, bukan? Walaupun, kita
tiada keluarga untuk menumpang budi sekurang-kurangnya
kawan Mawar ada untuk bantu ibu uruskan hal Mawar masa
hari kejadian.
ORKED
Kerana ibu... Mawar tidak dapat kasih daripada atuk dan
nenek.
MAWAR
Mereka yang buang ibu dan Mawar. Bukan kita tidak
pernah melawat mereka tapi kita dihalau... tak ubah
macam kucing kurap. Salah ke kita kerana cuba mengemis
kasih dan perhatian daripada mereka yang layak?
Orked mengenggam tangan Mawar. Dia duduk di atas
birai katil. Orked menepuk lembut tilam dua kali
mengajak Mawar duduk disebelahnya. Mawar duduk di
sebelah Orked. Mawar melabuhkan kepalanya di atas
riba Orked. Tangan kanan membelai rambut hitam
Mawar.
MAWAR
Ibu, Mawar tidak boleh berlama di sini. Malam ini
merupakan malam terakhir Mawar di sini.
ORKED
Kalau tak silap ibu... malam ini, malam kesepuluh Mawar
pergi tinggalkan ibu.

MAWAR
Ya, sudah sepuluh hari dan esok Mawar tidak lagi akan
menganggu ibu.
ORKED
Kehadiran anak ibu, tidak pernah menganggu ibu. Mawar
adalah penyeri ibu. Kalaulah ibu tahu yang selama ini,
Mawar berada di dalam bilik Mawar pasti-
MAWAR
Kalau ibu tahu pun, ibu tidak boleh mengubah takdir.
Mawar hanya diberi peluang memunculkan diri sekali
(MORE)
(CONTINUED)
CONTINUED: 5.

MAWAR (cont’d)
sahaja dalam tempoh sepuluh hari dan tidak Mawar
sangka... malam terakhir Mawar dapat juga Mawar bertemu
dengan ibu. Ada sesuatu yang ingin Mawar katakan kepada
ibu.

ORKED
Apa dia, anaku? Beritahu, ibu. Luahkan. Ibu mendengar.
Tangan Orked disentuh Mawar dan dibawa ke
bibirnya.

MAWAR
Terima kasih, ibu. Terima kasih sangat-sangat atas
kesudian dan jasa ibu dalam mengandungkan Mawar selama
sembilan bulan, melahirkan Mawar serta membesarkan
Mawar sehingga Mawar umur 21 tahun. Mawar kesal kerana
Mawar tidak dapat peluang untuk membalas semula semua
jasa ibu.
ORKED
Kata orang tua membesarkan seorang anak perempuan ini
lagi susah daripada bela lembu seekor. Banyak cabaran
dan dugaannya. Dan, bagi ibu... Mawar adalah penawar
dan racun dalam hidup ibu. Jarang sekali anak ibu ini
menyusahkan ibu. Mawar anak yang taat, baik dan
prihatin. Sungguh ibu bertuah punya anak seperti Mawar.
Orked sebak, tangan kanannya dibawa ke dada.

ORKED
Tidak pernah sekali pun dalam hidup ibu, Mawar
menyusahkan ibu. Sejak kecil lagi, Mawar bukan jenis
yang banyak ragam. Ikut sahaja ibu ke mana-mana masa
mula-mula ibu kerja jual kuih dan nasi lemak. (senyum
sambil mendongak ke siling) Di sekolah, Mawar sentiasa
dapat tempat pertama di dalam kelas dan mana-mana
pertandingan yang Mawar sertai bagi mewakili sekolah.
Cuma satu sahaja ibu menyesal sampai hari ini...

MAWAR
Kenapa, ibu? Ada apa-apa ke yang Mawar buat sehingga
melukakan hati ibu?
ORKED
Tidak. Mawar tidak lukakan hati ibu. Malah, ibu yang
salah kerana melukakan hati anak ibu. Ibu tak pernah
ada masa meraikan kejayaan-kejayaan Mawar.
MAWAR
Siapa kata ibu tiada dengan Mawar? Ibu sentiasa di hati
Mawar. Sesibuk mana pun ibu dengan kerja, ibu pasti
akan curi-curi masa menghubungi Mawar... bertanyakan
(MORE)
(CONTINUED)
CONTINUED: 6.

MAWAR (cont’d)
hari-hari Mawar. Ibu tak pernah lupa ucapkan tahniah
kepada Mawar... walaupun kejayaan yang Mawar dapat itu
berlaku dua tiga hari sebelum.

ORKED
Mawar...
MAWAR
Ya, ibu?

Mawar mendongak cuba mencari mata ibunya. Orked


dan Mawar memandang antara satu sama lain.
ORKED
Sebenarnya apa yang jadi kat Mawar masa Mawar di
sekolah...

MAWAR
Maksud, ibu?
ORKED
Mawar selalu diejek dan dicaci, kan?

ORKED
Jangan nafikan, Mawar. Jangan cuba tipu, ibu.
MAWAR
Mereka semua cemburu dengan Mawar kerana Mawar punya
ibu yang cantik dan kuat.
ORKED
Pasti Mawar rasa dunia kejamkan? Cepat benar menghukum.

MAWAR
Tiada ayah bukan satu dosa besar. Bukan Mawar minta
tidak punya ayah. Perlu ke Mawar ada ayah yang berbuat
jahat dan buruk kepada ibu? Entah-entah, lelaki itu
tidak layak pun bergelar seorang ayah. Dia perogol!
(marah)

MAWAR
Maafkan Mawar. Bukan niat Mawar bersikap kurang ajar
tapi... ibu tak minta pun semua itu berlaku. Mawar
bukan Tuhan yang boleh minta nak lahir daripada rahim
sekian-sekian. Dah cukup baik Tuhan beri keizinan
kepada Mawar hidup di atas dunia ini.
MAWAR
Lagipula... Mawar ada ibu. Ibulah, ibu Mawar. Ibu juga,
ayah Mawar. Tapi, boleh ke Mawar tanya... siapa
sebenarnya ayah Mawar? (serba salah)

(CONTINUED)
CONTINUED: 7.

ORKED
Ibu kenal dia tapi dia dah jauh. Dia ada keluarga dia
sendiri. Raut wajah Mawar... tak ubah macam dia. Mata
Mawar, hidung Mawar dan rambut hitam Mawar... copy
paste sangat. (senyuman pahit)
MAWAR
Dia ada keluarga? Kenapa dia tak bertanggungjawab atas
perlakuannya kepada ibu? Apa yang lebihnya perempuan
itu dengan ibu?! (marah)
ORKED
Ibu manusia biasa, Mawar. Mungkin lebih baik dia dengan
keluarganya itu berbanding dengan kita. Kenapa? Mawar
mengharapkan dia berjumpa dengan kita ke?

MAWAR
Entah. Bila tahu yang dia masih hidup, Mawar rasa nak
bersua muka dengan lelaki yang rosakkan hidup ibu
Mawar. Tapi, bila fikirkan balik... mungkin betul juga
cakap ibu, lebih baik dia tak muncul daripada dia
muncul. Keluarga ibu kenal dia?
ORKED
Kenal sangat-sangat... dan bila ibu beritahu atuk dan
nenek kamu tentang tindakan jahat dia-

MAWAR
Mereka tak percayakan ibu? Mereka lebih percayakan
lelaki jahat itu? Siapa sebenarnya anak mereka? Ibu
atau lelaki itu? (sinis)

ORKED
Di mata keluarga ibu, dia lelaki yang baik.
MAWAR
Jadi, dia seorang lelaki yang bertuhankan nafsu dan
bertopengkan syaitan. Dasar lelaki tak guna! (marah)
Manusia seperti dia tidak layak hidup atas dunia ini.
Kenapa ibu senyum? Ibu tidak marah ke? (keliru)
ORKED
Ibu menangis air mata darah sekalipun... tak dapat
putarkan masa menghalang perkara itu berlaku. Ibu dah
penat untuk rasa marah atau berdendam. Kenapa perlu ibu
simpan rasa marah kalau ibu tahu kehadiran Mawar dalam
hidup ibu adalah sesuatu yang paling indah pernah hadir
dalam hidup ibu.
MAWAR
Mawar kagum dengan ibu. Disebalik kekejaman seorang
lelaki, ibu masih mampu mengangkat kepala menempuh
dunia. Kalaulah Mawar di tempat ibu, entah-entah Mawar
kecundang dulu sebelum boleh jadi tabah seperti ibu.

(CONTINUED)
CONTINUED: 8.

ORKED
Mana ada kejayaan yang kita gapai hadir tiba-tiba?
Kalau ada pun, jarang-jarang sekali. Kebanyakan
kejayaan hadir daripada kegagalan. Kita belajar
daripada kegagalan untuk bangkit.

ORKED
Mawar terlalu pandang tinggi akan ibu. Ibu cuma manusia
biasa yang ada buat salah dan silap juga.
MAWAR
Mawar hormatkan wanita yang kuat seperti ibu... kerana
pada masa dunia memandang keji dan menunding jari
kepada ibu... ibu pekakkan telinga, ibu butakan mata,
ibu bisukan mulut.
ORKED
Ibu pekakkan telinga sebab ibu tahu kalau ibu dengar,
hati ibu sendiri yang merintih rasa terluka dengan
kata-kata. Ibu butakan mata kerana ibu tahu kalau ibu
celik melihat tindakan mereka yang menghukum, ibu yang
rasa sakit. Dan, kalau ibu tidak bisukan mulut, mereka
akan kata ibu macam tin kosong yang tahu berbunyi tapi
palsu semata.
MAWAR
Mereka tidak berada di tempat ibu. Ibu ke yang minta
dirogol? Ibu ke yang minta mengandungkan anak luar
nikah? Ibu ke yang minta semua itu? Tidak! Ibu tak
pernah minta pun semua itu. (kecewa)
MAWAR
Ibu... kalau ibu tidak pilih untuk mengandung dan
melahirkan Mawar mesti ibu masih bahagia bersama
keluarga ibu, kan?
ORKED
Jangan cakap begitu, Mawar. Apa yang ibu dah pilih dan
bertindak, itu tanggungjawab ibu. Mereka tidak mahu
bersama kita, itu kerugian mereka.

ORKED
Masa ibu dapat tahu ibu mengandungkan Mawar, memang ibu
rasa berat. Rasa nak bunuh diri. Sampailah satu hari,
ibu buat keputusan untuk berjumpa dengan doktor untuk
periksa kandungan ibu. Dengar sahaja degupan jantung
Mawar dan lihat Mawar di skrin, ibu rasa sebak. Nekad
ibu hari itu, Mawar berhak lahir atas dunia ini. Mawar
ibarat sehelai kain putih... yang perlu ibu corakkan
dan jaga.
Sehelai kain putih jatuh melayang ke atas pentas.

(CONTINUED)
CONTINUED: 9.

MAWAR
Mawar risau.
ORKED
Risau? Kenapa? (keliru)

MAWAR
Dunia ini kejam. Berat rasanya hati Mawar nak
tinggalkan ibu sendiri menghadapi dunia yang kejam ini.
ORKED
Dunia tidak kejam. Yang kejam... manusia itu sendiri.
MAWAR
Kejam benar mereka... manusia yang tahu menghukum tanpa
fikir perasaan dan hati insan lain. Mereka fikir mereka
sempurna sedangkan diri mereka juga ada calar.

ORKED
Mawar jangan bimbangkan ibu. Tahulah ibu membawa diri
ibu. Cuma ibu harap Tuhan cepat-cepat satukan ibu
dengan Mawar. Ibu nak sangat ikut Mawar.

MAWAR
Ibu sunyi, bukan?
ORKED
Ya, sunyi sangat-sangat. Sejak-sejak kamu tiada, rumah
besar ini terasa kosong. Tak ada lagi Mawar yang
tertidur di atas sofa dengan TV terpasang di ruang
tamu, tunggu ibu pulang. Tak ada lagi Mawar yang
bertukang di dapur sediakan lauk-pauk untuk ibu makan.
MAWAR
Itulah ibu... masa Mawar kelentang kelentung dekat
dapur ibu kata Mawar bising. Masa Mawar biarkan TV
terpasang, ibu kata Mawar membazir. (mengusik)
Orked mencuit hidung Mawar.

MAWAR
Aduh. Sakitlah, ibu. (manja)
Mawar mengggosok-gosok hidungnya.
ORKED
Rindu ibu dengan telatah manja Mawar. Suka mengusik
ibu... buat ibu ketawa. Rasa beban kerja tu hilang bila
tiapkali balik tengok muka Mawar yang sentiasa sambut
ibu dengan senyuman.

(CONTINUED)
CONTINUED: 10.

MAWAR
Ibu... ibu nak tahu tak kenapa kelopak-kelopak bunga
mawar merah ini bersepah di dalam bilik Mawar selama
sepuluh hari ini?

ORKED
Kenapa?
MAWAR
Bunga mawar, bunga kesukaan ibu. Mawar ingat lagi...
tiapkali, ibu balik kerja mesti ibu balik dengan
sejambak bunga mawar. Mula-mula, Mawar ingat ada orang
yang nak mengorat ibu.
ORKED
Banyaklah. Ibu dah tua, tak ada sesiapa yang berkenan
nak buat isteri. Cukup sahaja dunia ibu hanya Mawar dan
kerja ibu di pejabat.
MAWAR
Alah, ibu. Bukan tiada yang mahukan ibu. Cuma ibu
sahaja yang menolak. (mengusik)

MAWAR
Ibu letak nama Mawar daripada nama bunga kesukaan ibu.
Dalam masa yang sama, keperibadian bunga mawar itu ada
pada diri ibu.
ORKED
Kenapa Mawar cakap begitu?
Mawar mengambil sehelai kelopak mawar merah yang
berada di atas katil. Dia letakkan pada tapak
tangan kirinya dan meniup.

MAWAR
Duri yang ada pada batang bunga mawar merupakan dinding
pertahanan ibu daripada kelompok manusia yang keji dan
dengki mendekati. Dengan itu, ibu berjaya mengembang
seperti mawar merah yang cantik menawan dan yakin.
Tiada siapa yang sangka Cik Puan Orked yang dulunya
hanya menjual nasi lemak dan kuih-muih berjaya menjadi
seorang perunding majlis yang berjaya dan terkenal di
dalam dunia industri seni.
ORKED
Di belakang kejayaan ibu, ada seorang anak yang tidak
pernah putus memberi kata-kata semangat dan mendukung
cita-cita ibu. Pada umur yang patutnya ibu bekerja,
Mawar menyarankan ibu menyambung pengajian dalam bidang
yang ibu minat.

(CONTINUED)
CONTINUED: 11.

MAWAR
Pinjaman tanggungan pembelajaran ibu juga berjaya
ditukarkan kepada biasiswa kerana ibu cemerlang.
Tahulah Mawar, Mawar pandai sebab ibu Mawar pun pandai.
(ketawa)

ORKED
Ibu teringin nak tahu...-
MAWAR
Tahu apa, ibu?

ORKED
Mawar ada nak buat apa-apa permintaan daripada ibu
sebelum Mawar betul-betul pergi tinggalkan ibu? Ibu
akan cuba tunaikan.

MAWAR
Ada! (teruja)
Mawar yang dalam posisi baring terus duduk tegak.
Dia bangun dari katil dan duduk di atas kerusi
meja solek. Dia memandang Orked dari pantulan
cermin meja solek sambil tersenyum.
MAWAR
Mawar ingin ibu dandankan rambut Mawar sama macam yang
ibu selalu buat pada Mawar waktu kecil-kecil dulu.
Boleh? (berharap)

ORKED
Tak akan ibu nak kecewakan permintaan anak ibu. Untuk
anak ibu, apa-apa pun boleh. Cuma bulan bintang tu,
payah sikitlah. (mengusik)

MAWAR
Bulan, bintang, matahari, bumi... macam ekstrem pula
(ketawa). Mawar nak dimanjakan oleh ibu. Mawar cuma
mahukan ibu. (senyum)

Orked bangun dari birai katil. Dia berdiri di


belakang Mawar yang sedang duduk di atas kerusi
meja solek. Orked mencapai sikat di atas meja
solek dan menyikat rambut Mawar. Dia mengikat
rambut Mawar dengan gaya ekor kuda dan mendandan
rambut Mawar.

MAWAR
Kalau dulu masa ikut ibu menjual nasi lemak dan
kuih-muih dekat bawah flat mesti semua orang puji
rambut Mawar.

(CONTINUED)
CONTINUED: 12.

ORKED
Ibu selalu nampak Mawar bangga beritahu orang-orang
yang datang ke gerai kita yang rambut Mawar itu
didandan oleh ibu.

MAWAR
Mestilah. Bukan semua orang tau dapat peluang dimanja
oleh ibu macam Mawar.
ORKED
Mesti Mawar lebih rindukan ibu yang dulu berbanding ibu
yang sekarang.
MAWAR
Ibu yang dulu dengan ibu yang sekarang, dua-dua masih
ibu Mawar. Tidak ada yang berubah banyak pun. Rasa
susah dulu, sekarang dah senang.

ORKED
Ibu sayang Mawar.
MAWAR
Mawar juga sayangkan ibu. Sentiasa... tak pernah kurang
sedikit pun.
Rambut Mawar sudah siap didandankan. Orked
menyelitkan sekuntum bunga mawar merah di tepi
telinga kanan Mawar. Kedua-dua tangan Orked di
atas bahu Mawar. Orked memandang cermin.

ORKED
Dah siap.
MAWAR
Wah! Cantiknya! Sentuhan ibu memang tidak pernah
mengecewakan.
Mawar menoleh ke belakang dan senyum kepada Orked.
Dia kembali memandang cermin dan membelek rambut
dandanan. Jarinya berhenti di bunga mawar merah di
telinga kanannya.
MAWAR
Mawar pasti rindukan ibu. Terima kasih ibu kerana
tinggalkan memori indah ini untuk saat-saat akhir Mawar
di sini.

ORKED
Mawar dah nak pergi?
Mawar bangun. Dia memusingkan tubuhnya berhadapan
dengan Orked. Kepalanya mengangguk.

(CONTINUED)
CONTINUED: 13.

MAWAR
Ya, ibu. Sudah masanya Mawar pergi. Halalkan
segala-galanya yang pernah ibu berikan kepada Mawar.
Maafkan salah silap Mawar sepanjang hidup dengan ibu.
Maaf juga kerana Mawar tidak bersama-sama dengan ibu
meniti usia di atas dunia ini.
Mawar berjalan menuju ke pintu. Tangan kanannya
dicapai oleh Orked.
ORKED
Tidak bolehkan Mawar terus berada di sini? Ibu janji
ibu akan datang bilik Mawar tiap jam 1 pagi seperti
malam ini. Kita akan habiskan masa bersama, berbual
mengenangkan memori.
MAWAR
Ibu... tempat Mawar bukan lagi di sini. Ikhlaskan hati.
Lepaskan Mawar pergi.
ORKED
Berat... berat untuk ibu lepaskan Mawar pergi. Ibu tak
kuat. (menangis)

MAWAR
Ibu, Mawar baru sahaja cakap tadi... ibu Mawar seorang
yang kuat dan tabah. Jangan buat Mawar serba salah.
(merayu)

Orked memejam mata. Dia menarik nafas dalam-dalam


dan hembus. Matanya dibuka.
ORKED
Ibu ikhlaskan hati ibu melepaskan Mawar pergi. Mungkin
kerana rasa berat hati ibu selama ini buatkan Mawar
berada di dalam bilik ini menantikan ibu. (serba salah)
MAWAR
Mawar faham. Lagipun, ini kali pertama ibu sendiri
tanpa Mawar. Sebelum ini, ada Mawar...

ORKED
Mawar tunggu ibu di sana ya.
MAWAR
Mawar akan tunggu ibu. Mawar akan sambut ibu dengan
senyuman dan sekuntum bunga mawar merah kesukaan ibu.
ORKED
Jangan risaukan, ibu. Jangan bimbangkan, ibu. Ibu akan
cuba kuat menghadapi dunia ini. Mawar mungkin tiada di
dunia ini tapi...

(CONTINUED)
CONTINUED: 14.

Tangan Mawar yang digenggam Orked dibawakan ke


dada.
ORKED
Mawar tetap di sini. Di hati ibu.

MAWAR
Ya. Mawar akan sentiasa di hati ibu sepertimana ibu
berada di hati Mawar. (senyum)
ORKED
Pergilah, Mawar. Ibu ikhlaskan hati ibu melepaskan
Mawar. (senyum)
MAWAR
Terima kasih, ibu. Terima kasih.

Tangan Mawar dilepaskan Orked. Mawar berjalan


keluar dari pintu.
MAWAR
Ibu... engkaulah ratu hatiku. (menyanyi)

ORKED
Anakku... engkaulah puteri dan nyawaku.
Mawar menoleh memandang Orked sebelum menutup
pintu dan berjalan masuk ke belakang pentas. Orked
terduduk di atas lantai, menekup muka dan
menangis.
MAWAR
Menangislah, ibu... untuk malam ini. Moga esok akan
hanya ada senyuman di wajah cantikmu. Tuhan, berikanlah
kepada wanita kesayanganku ini semangat baru untuk dia
teruskan kehidupannya di atas dunia ini. Jauhkanlah dia
dari sifat hasad dengki, cemburu dan jahat manusia.
Pentas digelapkan.

Anda mungkin juga menyukai