Anda di halaman 1dari 3

TEKNIK IMBaKUP

Teknik ini digunakan untuk memudahkan pelajar menghasilkan sebuah


perenggan yang lengkap dalam penulisan karangan. Teknik ini
memerlukan para pelajar menyoal diri sendiri untuk mendapatkan
Jawapan yang diperlukan. Nemun demikian, soalan yang ditanya tidak
perlu dimasukkan dalam penulisan. Hanya jawapannya sahaja
dinyatakan dalam Bentuk ayat yang lengkap.

I Isi - Apa? 1 ayat

M Mengapa? 2-4 ayat

Bagaimana? -
Ba 1-3 ayat
Contoh

K Kesan 1-3 ayat

U Ungkapan menarik 1-2 ayat

P Penegas 1 ayat
CONTOH TEKNIK IMBaKUP

TAJUK : LANGKAH-LANGKAH MENANGANI GEJALA SOSIAL DALAM


KALANGAN REMAJA.

ISI:

- Ibu bapa bertanggungjawab memberikan didikan agama kepada


anak-anak.

MENGAPA:

- anak-anak diibaratkan seperti kain putih dan ibu bapalah yang akan
mencorakkannya.

- keperibadian anak-anak dapat dibentuk sejak kecil untuk


mengelakkan mereka mudah terpengaruh dengan anasir-anasir
negatif.

- dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara

BAGAIMANA:

- membekalkan anak-anak sejak kecil dengan ilmu agama.

- memastikan anak-anak tidak terlibat dengan perkara yang negatif.

KESAN:

- dapat melahirkan modal insan yang berakhlak mulia.

- Anak-anak tidak mudah terpengaruh untuk melakukan perkara-


perkara yang melanggar hukum agama.

UNGKAPAN MENARIK:

- Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

PENEGAS:

- Didikan agama yang mantap dalam diri anak-anak penting untuk


mengelakkan gejala sosial semakin berleluasa.

CONTOH PERENGGAN ISI YANG LENGKAP

/Ibu bapa bertanggungjawab memberikan didikan agama kepada


anak-anak dalam usaha menangani gejala sosial./(ISI) /Hal ini demikian
kerana anak-anak diibaratkan seperti kain putih dan ibu bapalah yang
akan mencorakkannya. Keperibadian anak-anak dapat dibentuk sejak
kecil untuk mengelakkan mereka mudah terpengaruh dengan anasir-
anasir negatif. Anak-anak dapat membezakan baik buruk sesuatu
perkara sekiranya mereka mendapat didikan agama secukupnya./
(MENGAPA) /Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu membekalkan
anak-anak sejak kecil dengan ilmu agama dan memastikan anak-anak
tidak terlibat dengan perkara yang negatif./(BAGAIMANA) /Langkah ini
dapat membantu kita melahirkan modal insan yang berakhlak mulia.
Anak-anak tidak mudah terpengaruh untuk melakukan perkara-perkara
yang melanggar hukum agama./(KESAN) /Bak kata pepatah, melentur
buluh biarlah daripada rebungnya./(UNGKAPAN MENARIK) /Didikan
agama yang mantap dalam diri anak-anak penting untuk mengelakkan
gejala sosial semakin berleluasa./(PENEGAS)

Anda mungkin juga menyukai