Anda di halaman 1dari 11

3) Menjaga keselamatan akal ( ‫)خفظ العقل‬

Menjaga akal dan pemikiran merupakan salah satu daripada matlamat syariah Islam. . Melalui
keistimewaan inilah manusia diberikan status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi bersesuaian
dengan ketentuan dan perintah Allah s.w.t. Melaluinya manusia dapat mengeksploitasi segala anugerah
alam untuk kesejahteraan manusia. Bersesuaian dengan tujuan ini dan agar akal dapat berfungsi dengan
sewajamya, syariah Islam telah menegaskan mengenai kepentingan untuk menuntut dan menguasai
ilmu pengetahuan. Firman Allah s.w.t.

  

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta. . .

                                                                                                                  (Surah al- Alaq ayat 1)

Oleh itu, akal dan pemikiran perlu dijaga kerana merupakan anugerah Allah yang paling berharga
kepada manusia. Akal dan pemikiran juga merupakan keistimewaan daripada Allah SWT yang
membezakan manusia dan makhluk yang lain. Akal bukan sahaja perlu dijaga, tetapi perlu disuburkan
fungsinya  pembacaan demi kebaikan umat sejagat. Syariah Islam juga dalam usahanya menjamin
kewarasan dan kekuatan berfikir telah mengharamkan sebarang bentuk perlakuan yang boleh untuk
menjejaskan fungsi akal.

Contohnya segala unsur yang boleh merosakkan akal adalah sama sekali dilarang dalam islam,
termasuklah minum arak, mengambil dadah, serta memirkan perkara yang tidak terjangkau oleh akal
manusia.  

Hal ini disebut di dalam firman Allah :


Maksudnya: 

''Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi
nasib dengan batang-batang anak panah adalah ( semuanya) kotor ( keji) dari perbuatan syaitan. Oleh
itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.''

(surah Al-Maidah ayat 90)

Akal akan bertindakbalas melalui pelbagai ilmu yang dimiliki. Jika akal atau minda manusia tidak di isi
dengan ilmu pengetahuan, ianya akan mengakibatkan kelemahan kekuatan berfikir. Jika ini terjadi,
manusia akan mensia-siakan fungsi kemanusiaan dan kekhalifahannya. Kehidupan meraka akan menjadi
rendah nilaianya dan kadangkala lebih hina daripada haiwan yang hanya hidup untuk rnakan, minum
dan memuaskan hawa nafsu sahaja.

Kita semua tentu tahu bahawa akal adalah asas bagi manusia. Akal juga adalah ukuran perbezaan antara
manusia dengan makhluk ciptaan Allah yang lain. Tanpa akal, manusia tidak mempunyai apa-apa.
Pernahkah anda terfikir bahawa haiwan, sekalipun tiada berakal, dianugerahkan oleh Allah s.w.t. dengan
keistimewaan yang lain. Ada haiwan yang boleh terbang di udara, ada yang boleh menyelam di air, ada
yang sangat besar dan gagah fizikalnya, ada yang sangat pantas pergerakannya dan keistimewaan yang
lain-lain lagi. Kesemua keistimewaan ini tiada pada manusia.

Tanpa akal, manusia akan menjadi lebih rendah dan lebih lemah kedudukannya kerana manusia tidak
ada apa-apa keistimewaan dan kekuatan. Justeru, pentingnya kedudukan akal, maka Islam
memerintahkan manusia supaya sentiasa memelihara kesihatan akal dan berusaha mengembangkan
potensi akal dengan cara berfikir tentang ciptaan dan kebesaran Allah s.w.t., membaca, menuntut ilmu
dan sebagainya. Seterusnya, untuk mengelak akal daripada dirosakkan, maka Islam mengenakan
hukuman keras ke atas kesalahan yang melibatkan keselamatan akal fikiran seperti minum arak,
mengambil dadah dan sebagainya.

4) Menjaga keselamatan maruah dan keturunan  ( ‫) خفظ النصب‬

Syariah Islam amat mementingkan persoalan ini. Memelihara maruah dan keturunan manusia
merupakan salah satu matlamat syariah Malah Islam sendiri, dibina atas akhlak yang mulia. . Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda yang bemaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempumakan akhlak
yang mulia". jika diteliti seluruh perintah dan larangan Allah s.w.t, akan didapati bahawa ianya bertujuan
semata-mata untuk membentuk keperibadian yang luhur dan terhomat.

Lihatlah kepada kesan kewajipan bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan ibadat haji dan
lain-lain lagi. Semua ibadat khusus ini jika ditunaikan dengan penuh ketertiban akan dapat membentuk
ketinggian dan kemuliaan akhlak. Oleh itu segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan
maruah dan keturunan manusia adalah dilarang sama sekali. Jika diperhatikan tegahan dan larangan
Allah s.w.t., ianya mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk menghindarkan manusia daripada terjatuh ke
lembah kehinaan.

Contohnya seperti pengharaman zina, mengumpat, bercakap bohong, mencuri dan lain-lain lagi. Ianya
mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk menghindarkan manusia daripada terjatuh ke lembah
kehinaan. Lantaran itulah, Allah s.w.t. telah mengharamkan perbuatan-perbuatan ini. Allah s.w.t. telah
berfirman

Maksudnya: ''Dan janganlah kami menghampiri zina . Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang
keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan ) 

( Surah al- Isra' 17:32 )

Dalam soal pengharaman judi dan meminum arak, Allah s.w.t, berfirman

bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya [meminum] khamar, berjudi,


menyembah berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan,
makajauhilah perbuatan-perbuatan itu. . . ".

                                                                                         ( Surah al-Maidah ayat 90)


Dalam konteks organisasi , perkara yang boleh mendorong kepada perbuatan zina dan mencabul
kehormatan orang lain hendaklah dihalang dengan segera. Hal ini dapat dilaksanakan dengan
meningkatkan kesedaran beragama serta mewujudkan budaya yang boleh mengukuhkan nilai dalaman
dan akhlak pekerja. Dengan itu, organisasi dapat dilihat .Kesimpulannya, seluruh perintah dan larangan
Allah s.w.t. dapat dikaitkan dengan kepentingan untuk menjamin kehormatan dan maruah diri.

Islam sangat mementingkan institusi kekeluargaan yang aman dan harmoni. Hal ini kerana sesebuah
masyarakat tidak mungkin menjadi masyarakat yang baik dan berjaya jika institusi kekeluargaan yang
membentuk masyarakat berada dalam keadaan yang tidak terurus. Islam menganggap institusi
keturunan merupakan satu keperluan asas fitrah manusia. Institusi keturunan dan kekeluargaan itu
sebenarnya merupakan pendinding kepada satu lagi keperluan penting manusia dalam kehidupannya
iaitu maruah.

Tahukah anda apakah maksud maruah? Maruah berasal daripada bahasa Arab iaitu maru’ah yang secara
umumnya boleh diertikan sebagai harga diri. Harga diri merupakan satu perkara asas bagi manusia. Ia
memberi imej tentang tahap kedudukan manusia dari segi status akhlak dan integritinya menurut Islam.
Tiada nilai bagi seseorang manusia yang tiada harga diri dan maruah. Justeru, pentingnya unsur ini
dalam kehidupan manusia, maka Islam mengajarkan manusia beberapa perkara untuk memelihara
keperluan keturunan dan maruah. Antaranya ialah sistem perkahwinan yang teratur, hubungan
kekeluargaan yang harmoni dan sistem perhubungan berlainan jenis yang terhormat. Seterusnya, untuk
mengelakkan dari berlakunya kerosakan terhadap keperluan asas ini, maka Islam melarang dan
mengenakan hukuman yang keras bagi kesalahan seperti perzinaan, jenayah rogol dan sebagainya.

Untuk menjaga maruah keturunan manusia, Islam mengharamkan zina dan menetapkan hukum hudud
kepada penzina. Firman Allah SWT:
ْ ْ
‫ون ِباهَّلل ِ َو ْال َي ْو ِم اآْل خ ِِر َو ْل َي ْش َه ْد َع َذا َب ُه َما‬ ِ ‫الزانِي َفاجْ لِدُوا ُك َّل َوا ِح ٍد ِّم ْن ُه َما ِم َئ َة َج ْلدَ ٍة َواَل َتأ ُخ ْذ ُكم ِب ِه َما َرأ َف ٌة فِي د‬
َ ‫ِين هَّللا ِ إِن ُكن ُت ْم ُت ْؤ ِم ُن‬ َّ ‫الزا ِن َي ُة َو‬
َّ
ْ ْ
‫طا ِئفة م َِّن المُؤ ِمنِين‬ ٌ َ َ

Maksud: perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kami sebat tiap-tiap seorang dari
kedua-duanya seratus kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap
keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari
akhirat,dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan
dari orang-orang yang beriman[7]

Hukuman ini dikenakan ke atas penzina yang masih bujang. Jika penzina berkenana merupakan seorang
yang sudah berkahwin, mengikut nas daripada hadis yang sahih mereka akan direjam

Selain zina, Islam juga menetapkan hukuman qazaf, iaitu menuduh perempuan atau lelaki yang baik
dengan tuduhan zina.

‫ون‬ َ ‫ِين َج ْل َد ًة َواَل َت ْق َبلُوا لَ ُه ْم َش َها َد ًة أَ َب ًدا َوأ ُ ْولَ ِئ‬


َ ُ‫ك ُه ُم ْال َفاسِ ق‬ ُ ‫ت ُث َّم لَ ْم َيأْ ُتوا ِبأَرْ َب َع ِة‬
َ ‫ش َهدَ ا َء َفاجْ لِدُو ُه ْم َث َمان‬ َ ْ‫ُون ْالمُح‬
ِ ‫ص َنا‬ َ ‫َوالَّذ‬
َ ‫ِين َيرْ م‬
Maksud: dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang
terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah
mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu menerima persaksianmereka itu selama-lamanya, kerana
mereka adalah orang-orang yang fasik[8]

Dalam masa yang sama,Islam juga memerintahkan agar kita menundukkan pandangan dan menegah
daripada mendedahkan aurat yang sepatutnya dilindungi
Menjaga Maruah Diri

Rasulullah s.a.w. memerintahkan umatnya untuk selalu menjaga kehormatan diri (‘Iffah).Dalam sebuah
sabdanya, Beliau berkata:

ِ ‫ف أَ َبا ْال ِع َي‬


‫ال‬ َ ‫إِنَّ هَّللا َ ُيحِبُّ َع ْب َدهُ ْالم ُْؤم َِن ْال َفق‬
َ ‫ِير ْال ُم َت َع ِّف‬
”[Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. senang dengan hamba-Nya yang Mukmin dan fakir namun
tetap menjaga kehormatan dirinya serta menanggung nafkah keluarganya]

Berkata sahabat Hakīm bin Hizām r.a.: “Saya pernah meminta sesuatu kepada Rasulullah s.a.w., dan
Beliau memberikannya kepadaku. Kemudian saya meminta kembali yang kedua kali, dan Beliau juga
mengabulkan permintaanku itu. Setelah itu Beliau berkata kepadaku:

‫اركْ لَ ُه فِي ِه َكالَّذِي َيأْ ُك ُل َواَل َي ْش َب ُع ْال َي ُد‬ ٍ ‫ك َل ُه فِي ِه َو َمنْ أَ َخ َذهُ ِبإِ ْش َرافِ َن ْف‬
َ ‫س لَ ْم ُي َب‬ َ ‫ُور‬
ِ ‫سب‬ٍ ‫يا حكيم إِنَّ َه َذا ْال َما َل َخضِ َرةٌ ح ُْل َوةٌ َف َمنْ أَ َخ َذهُ ِب َس َخ َاو ِة َن ْف‬
ْ ْ ْ
‫العُل َيا َخ ْي ٌر مِنْ ال َي ِد ال ُّسفلَى‬ ْ

Maksudnya: “Wahai Hakīm, sesungguhnya harta benda itu memang indah dan nikmat (digambarkan
oleh Rasul dengan hijau dan manis). Sesiapa mengambilnya dengan hati yang lapang (tidak terlalu
berobsesi untuk menguaasainya) maka dia akan mendapatkan keberkahan harta tersebut. Dan sesiapa
mengambilnya dengan penuh berat hati (sangat berobsesi mendapatkannya sehingga hatinya terasa
sempit) maka dia tidak akan mendapatkan keberkahan dengan harta itu, bahkan dia akan menjadi
seperti orang sedang makan yang tidak pernah kenyang. Tangan yang di atas (orang yang memberi)
lebih baik daripada tangan yang di bawah (orang yang meminta). (H. R. al-Bukhārī dan Muslim).

Maksud  hadith di atas adalah setiap harta yang didapat dengan cara yang tidak dibenarkan oleh agama
tidak akan mendapat keberkahan. Hal itu seperti harta yang diambil dari seseorang, sedangkan orang
tersebut merasa berat untuk memberikan harta tersebut.

1.   Maksud :

Maruah ialah budi pekerti mulia dan tindak tanduk serta tingkah laku yang baik berdasarkan prinsip-
prinsip Islam.

Menjaga maruah diri dituntut dalam agama

2. Antara kepentingan menjaga maruah diri ialah:

 Untuk mendapat keredaan Allah SWT.

 Untuk memelihara maruah diri dan keluarga.

 Supaya terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

3. Cara menjaga maruah diri dari segi berpakaian:

 Memakai pakaian yang menuntut aurat, iaitu tidak ketat dan tidak jarang.

 Memakai pakaian yang kemas, bersih dan sopan.


 Tidak memakai pakaian yang mempunyai lambang yang tidak sopan atau haram seperti lambang
salib dan jenama arak.

4. Cara menjaga maruah diri dari segi pergaulan:

 Memberi salam apabila bertemu dengan saudara seagama.

 Menjaga batas-batas pergaulan yang dibenarkan oleh syarak.

 Hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

Maruah adalah nilai utama

 5.  Cara menjaga maruah diri dari segi percakapan:

 Bercakap dengan menggunakan bahasa yang baik dan sopan.

 Bercakap benar dalam percakapan seharian.

 Tidak menghina orang lain ketika bercakap.

 6.   Akibat tidak menjaga maruah diri:

 Maruah diri dan keluarga akan tercemar.

 Dipandang hina dan dibenci oleh orang lain.

 Mendorong kepada berlakunya maksiat dan jenayah seperti rogol, zina dan sebagainya.

7.  Hikmat menjaga maruah diri:

 Mendapat keberkatan dan ganjaran pahala daripada Allah SWT.

 Kehormatan diri akan terpelihara.

 Terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang tidak diingini.

 Melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu.

Rumusan Topik:

Berdasarkan pada rumasan yang telah diperolehi dan dibuat ialah pada dasarnya Allah menciptakan
manusia itu adalah sebagai mahluk yang paling berharga dan mulia di permukaan bumi ini. Namun tidak
sedikit, manusia sendirilah yang merosakkan kehormatan dan harga dirinya, dengan melakukan
perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral dan  tidak sesuai dengan norma-norma agama. Kemuliaan
yang terdapat dalam diri manusia ini haruslah dijaga dari pada hal-hal yang dapat merosaknya, baik yang
berupa sikap dan perbuatan yang dilakukan oleh diri sendiri, mahupun yang dilakukan oleh orang lain
terhadap peribadi mereka. Setiap individu muslim wajib menjaga diri dan maruah dengan memelihara
diri daripada melakukan perbuatan yang mencemarkan nama baik dan menjatuhkan kehormatan diri
sendiri. Memelihara diri dan maruah amat penting demi menjaga kemuliaan diri, keluarga, masyarakat
dan Negara. Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan berpegang kepada ajaran
Islam dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur asing yang merosakkan.

Antara kepentingan menjaga diri dan maruah ialah setiap muslim wajib dengan cara memelihara diri
daripada melakukan perbuatan yang mencemarkan nama baik dan menjatuhkan kehormatan diri. Selain
itu adalah untuk menjaga kemuliaan diri,keluarga, masyrakat dan negara.Umat yang bermaruah ialah
umat yang memiliki hati diri dengan berpegang kepada ajaran islam dan tidak terpengaruh dengan
unsur-unsur asing yang merosakkan akidah.Tambahan pula mereka yang menjaga maruah diri ini adalah
untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Islam telah mengariskan panduan untuk menjaga imej diri
dan maruah terutama dalam cara berpakaian, percakapan dan pergaulan. Sebagai muslim kita wajib
memelihara semua adab ini supaya maruah kita tidak tercemar dan kualiti diri sentiasa dipertingkatkan
dari semasa ke semasa.

Antara cara berpakaian yang dituntut dalam Islam ialah dengan berpakaian yang menutup aurat.
Pakaian tersebut tidalah ketat atau jarang dan memakai pakaian yang kemas dan bersih. Tidak memakai
pakaian yang terdapat lambang-lambang yang diharamkan seperti lambang-lambang kumpulan Black
Metal, lambang-lambang kumpulan ajaran sesat dan lambang-lambang agama lain. Selain itu antara cara
pergaulan yang diajarkan ialah dengan memberi salam dan berjabat tangan ketika bertemu dengan
saudara Islam (dalam batas syarat) Menjaga tatasusila dan hukum syara dalam pergaulan. Hormat-
menghormati, berkasih sayang dan beramah mesra antara satu sama lain. Bertukar-tukar pendapat
dengan orang lain. Menjaga rahsia dan keaiban orang lain. Mementingkan sahabat melebihi diri sendiri.
Menepati janji yang baik. Selain itu juga adab dalam bercakap ialah dengan perkataan yang baik dan
sekiranya tidak tahu,lebih baik berdiam diri. Berlemah-lembut dan menggunakan bahasa yang sopan
apabila berinteraksi antara satu sama lain . Apabila bertemu dengan orang yang lebih tua ataupun muda
dari kita perlulah bercakap dengan menyenangkan dengn tentang perkara yang membawa kemajuan
diri, masyarakat dan negara. Bercakap benar tentang perkara yang diketahui, jangan sampai berbohong
perkara yang tidak ada kepastian.

Wanita muslimah menjaga maruah dirinya melalui pemakaiannya.

Berikut adalah akibat tidak menjaga diri dan maruah  :

 Kehidupan tidak diberkati kerana jauh daripada cahaya petunjuk Allah.

 Mendapat dosa kerana melanggar syariah Allah

 Menjadi terpinggir kerana dipulaukan oleh rakan-rakan dan masyarakat sekeliling.

 Mendorong kepada berlakunya kes-kes jenayah seperti rogol dan sumbang mahram. Melahirkan
masyarakat yang kucar-kacir dan negara yang tidak tenteram serta menyukarkan pembinaan
tamadun.
Hikmah yang dapat kita pelajari daripada menjaga maruah diri ialah kehidupan kita akan diberkati
kerana mendapat petunjuk Allah tambahan pula akan mendapat pahala yang berganda kerana mengikut
suruhan yang diperintahkan. Akan disayangi, disegani dan disanjung oleh rakan dan masyarakat.
Kejadian jenayah yang boleh mengakibatkan kehancuran Negara dapat dibendung dan dapat melahirkan
masyarakat yang sejahtera,bersatu padu dan negara yang aman.
Maqasid Syariah Dalam Kekeluargaan

Maqasid al-Shariah pada dasarnya memberi maksud mewujudkan kebaikan atau memberi
manfaat, sekali gus menolak keburukan dan menghilangkan kemudaratan. Justeru hukum syarak atau
perundangan Islam terbit atau terjelma demi mencapai tujuan berkenaan.

Secara keseluruhannya maqasid (kata jamak maqsad) atau tujuan-tujuan utama yang
dimaksudkan itu adalah berkenaan dengan lima lingkungan penting iaitu agama, diri (nyawa), akal,
keturunan dan harta.

Dalam aspek keturunan umpamanya, Syariah amat memberi penekanan dalam menjaga
keturunan umat Islam. Setiap bayi yang dilahirkan dalam keluarga Islam seharusnya mempunyai
keturunan yang jelas iaitu ibu dan bapa yang jelas, dan dalam perhubungan yang dihalalkan iaitu anak
itu lahir dalam keadaan ibu dan bapa biologinya bernikah dengan pernikahan yang sah. Itulah sebabnya
mengapa agama Islam mengiringkan Syariah dengan akhlak, yang kedua-duanya bertunjangkan akidah.
Ringkasnya, istilah “anak tidak sah taraf” itu sebenarnya tidak harus wujud dalam kamus kehidupan
masyarakat Islam.

Allah memberi amaran (Surah al-Isra’, 32) untuk tidak menghampiri zina kerana ia keji dan
membawa kerosakan yang seharusnya menjadi pakaian bagi melindungi diri dan pergaulan.

Antara kerosakan zina sehingga melahirkan anak tidak sah taraf kerana agama Islam tidak
mengiktiraf bapa biologi sebagai bapa yang sah dari sudut perundangan Islam. Oleh sebab status yang
dimiliki, pada kelazimannya akan memberi kesan kepada kesejahteraan mental dan emosinya.
Kedudukan anak ini juga menyebabkan ia terdedah kepada persepsi negatif orang-orang di
sekelilingnya. Sedangkan antara tujuan Syariah ialah perlindungan diri dan akal.

Demi maqsad Syariah dari aspek harta secara keseluruhannya untuk umat Islam, ia juga
terhalang daripada menjadi pewaris kepada pusaka bapa dan keluarga bapa. Sedangkan setiap anak
yang dilahirkan ke dunia ini seharusnya mempunyai hak pusaka terhadap harta daripada kedua-dua
belah ibu bapanya kerana Syariah telah menyusun secara sistematik instrumen pengurusan harta
keluarga supaya maqsad Syariah dari sudut material dapat dicapai.

Maqasid al-Shariah dalam kekeluargaan harus bermula dengan penjagaan agama. Tunjang
utama penjagaan agama ialah pemupukan dan pemeliharaan akidah. Penjagaan agama juga melibatkan
pemupukan dan pemeliharaan solat yang dapat mencegah daripada berlakunya perbuatan keji
sebagaimana yang dimaksudkan dalam al-Quran dalam Surah al-Ankabut ayat 45 iaitu, “Sesungguhnya
solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat)
adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadah- ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang
kamu kerjakan.”

Anda mungkin juga menyukai