Anda di halaman 1dari 16

PENGUCAPAN AWAM

Kaedah dan Teknik yang perlu di amalkan semasa pengucapan awam dibuat.

ABSTRAK

• Penulisan ini memperkata mengenai perkara-perkara umum dalam penggunaan


bahasa, penentuan format, pemilihan bahan seta tatacara penulisan dan penyampaian
ceramah, ucapan dan taklimat atau yang disebut perucapan yang merupakan alat
perutusan atau penyampaian mesej. Penulisan ini akan menghuraikan aspek-aspek
penting dalam perucapan seperti imej perucap, analisis audien, pemilihan penulisan
dan bahasa yang berkesan serta tatacara penyampaian ucapan. • Pada bahagian
berikutnya kertas kerja ini akan membicarakan dengan lebih terperinci akan format,
bahasa yang sesuai dengan penulisan dan penyampaian ceramah, ucapan dan
taklimat. Semoga catatan ringkas ini dapat memberi panduan panduan kepada anda
dalam menyediakan penulisan serta penyampaian ceramah, ucapan dan taklimat.

Semoga Berjaya. (Pensyarah Bahasa semasa saya di UiTM) Tek Asal Puan Maimunah
Hj Omar

PENGENALAN

• Ceramah, ucapan dan taklimat merupakan sebahagian daripada kategori perucapan


umumnya dalam aspek perutusan. Perutusan bolehlah didefinisikan sebagai satu
proses penghantaran dan penerimaan maklumat oleh manusia. • Proses ini dilakukan
dengan tujuan-tujuan tertentu sama ada untuk memberi pengetahuan, untuk bertukar-
tukar pendapat, tujuan promosi, untuk hiburan, untuk menjalin perhubungan, untuk
menjalin perhubungan, untuk membuat keputusan, untuk bertindak balas dengan betul
dan sebagainya. • Di antara aspek-aspek yang perlu dikenal pasi bagi melaksanakan
proses ini ialah;

– – – – – Perucap Audien Bahan Bahasa Tatacara penyampaian


PERUCAP

• Orang yang menyampaikan ucapan atau perucap hendaklah memiliki kredibiliti,


karisma dan imej. Terdapat sepuluh komponen penting mengenai imej dan pendapat
beberapa langkah untuk memaparkan imej.

Ciri-ciri imej perucap yang baik

• Kebolehpercayaan • Kebolehpercayaan merupakan satu keupayaan untuk


meningkatkan keyakinan. Perucap hendaklah berkeupayaan mempertahan perkara
yang dipercayai seperti yang cuba disampaikan kepada audien. • Kepakaran •
Kepakaran perucap dirujukkan kepada pengetahuannya yang mendalam terhadap
pekara yang diperkatanya. Ini bererti perucap harus mempunyai pengetahuan serta
menguasai bidangnya.

• Dinamik • Perucap yang dinamik ialah perucap yang aktif, bertenaga dan penuh minat
tehadap perkara yang diperkata. Perucap yang pasif ialah perucap yang tidak
menguasai subjeknya,kurang bertenaga dan tidak tegas. dia kelihatan seolah-olah tidak
mengambil berat terhadap subjek dan mesejnya. • Ketetapan • ketetapan dirujuk
kepada kemampuan perucap memegang pendapat dan kedudukannya dalam jangka
masa tertentu.Ini bererti sekiranya terdapat faktor-faktor atau idea-idea baru yang lebih
meyakinkan bahawa pendapatnya sebelum ini salah atau kurang matang,perucap
berkenaan seharusnya mampu menukar fikiran mereka. Bagaimanapun selagi
pendapat atau pegangan asalnya boleh diterima perucap perlu tetap dengan
pendiriannya.

• Keramahan • Ini bererti perucap tidak boleh mengasingkan dirinya daripada audien.
perucap harus menekankan persamaan di antara dirinya dengan audien. Sifat-sifat
meyukai, mengambil berat, lemah lembut dan merendah diri dapat membantu
meningkat krebidiliti keramahan. • Kejujuran • Perucap haruslah memastikan wujudnya
pandangan khalayak bahawa mereka (perucap) itu jujur. Ini penting supaya tidak timbul
rasa syak wasangka audien terhadap subjek atau perkara yang disampaikannya.

• Keikhlasan • Perucap juga haruslah memastikan wujudnya pandangan khalayak


bahawa mereka (perucap) itu ikhlas. Ini penting untuk mempertingkat kredibiliti perucap
pada persepsi audien. Apatah lagi apabila isu yang diperkata oleh perucap merupakan
isu-isu yang kontroversial. • Memberi Perhatian Terhadap Mesej • Perucap hendaklah
memastikan bahawa kenyataan dalam subjek atau perkara yang diperkatakannya
bukan sahaja benar malah penting. Peranan perucap ialah untuk membuat
persembahan yang meyakinkan. Perucap hendaklah bersungguh-sungguh
menyampaikan subjek atau mesejnya supaya audien akan terdorong untuk berbuat
yang sama.

• Mengambil Berat Terhadap Audien • Perucap perlu menunjukkan bahawa mereka


mengambil berat tentang kepentingan serta kebajikan audien. • Mempunyai daya
tarikan peribadi • Perucap hendaklah berwajah menarik, berpakaian kemas serta
mampu memperaga keramahan dan daya tarikannya.

PENJAGAAN IMEJ

• Di antara perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk mengekalkan, menjaga dan


memperbaiki imej ialah;

Pengenalan diri

• Perucap hendaklah memperkenal diri atau meminta orang lain memperkenal anda.
Cara ini boleh meningkatkan kesan kepercayaan audien terhadap anda. Selalunya
pengenalan meliputi halhal yang berkaitan dengan kelayakan perucap atau berkaitan
dengan subjek atau perkara yang hendak disampaikan. Perucap boleh mengenalkan
diri sendiri dalam ucapan pembukaan bagi mendapatkan perhatian audien. Lakukan
secara sederhana.

Nyatakan Sebab Anda Berucap Mengenai Tajuk

• Perkara ini sering diabaikan. Nyatakan adakah anda berucap kerana tugas,
pengalaman dan seumpamanya. • Proses ini boleh meningkatkan lagi, minat audien
untuk mendengar ucapan anda.

Menyatakan Kepakaran Anda mengenai Tajuk

• Pernyataan ini penting bagi memberitahu audien akan pengalaman, kemahiran atau
pengetahuan anda dalam bidang yang diperkatakan. • Proses ini boleh meningkatkan
keyakinan audien dan meningkatkan keberkesanan ucapan.
Tunjukkan Anda Mengambil Berat Terhadap Audien.

• Tunjukkan kepada audien bahawa anda memilih subjek atau topik tertentu adalah
demi kepentingan audien. • Oleh itu di samping menyampaikan mesej, soalkan juga
perkara-perkara yang audien anda sedia maklum mengenai topik tersebut. • Pastikan
yang audien anda sedar bahawa anda telah mengolah ucapan dengan memikirkan
keperluan mereka.
Kekalkan Ketenangan

• Perucap hendaklah mengawal gerak geri mereka dengan sentiasa mempamerkan


ketenangan agar audien anda menganggap bahawa anda berada dalam keadaan yang
terkawal dan perucap yang berpengalaman.
• Tunjukkan Kesungguhan • Perucap tidak boleh kelihatan muram. Oleh itu anda
hendaklah menunjukkan tingkahlaku yang boleh meyakinkan audien bahawa anda telah
memberi tumpuan yang penuh terhadap tajuk yang diperkata. • Penglibatan
Sepenuhnya • Perucap hendaklah memastikan audien anda merasakan bahawa anda
terlibat dengan kedua-duanya iaitu tajuk dan audien. Oleh itu pastikan anda tidak
kelihatan resah atau tidak berdedikasi. Pastikan anda memperaga sifat riang,
bersungguh-sungguh dan dinamik. • Jangan Akui Kelemahan • Sekiranya anda
merasakan bahawa anda mengetahui sedikit sahaja mengenai tajuk, jangan sekali-
sekali anda cepat mengakui akan keterbatasan pengetahuan anda. Oleh itu anda perlu
positif dan hendaklah menekankan apa yang anda lebih maklum.

Kunci

• Sampaikan ucapan anda dalam keadaan yang tenang, tetapi serius dan bersungguh-
sungguh. • Sampaikan dengan bahasa yang mudah, jelas dan dapat menyentuh
perasaan pendengar, menarik minat pendengar dan seolah-olah anda bersama
pendengar.

AUDIEN

• Audien merupakan orang atau kumpulan orang yang akan mendengar sesuatu
perucapan. Pengetahuan mengenai audien seperti latar belakang, kepercayaan,
kedudukan sosial, pengetahuan, serta penglibatan mereka dalam topik sangat penting.
• Seseorang perucap perlulah menganalisis audiennya bagi menyesuaikan topik sangat
penting, mesej dan bahasa serta gaya bahasa pengucapannya. • Analisis audien juga
boleh memberi gambaran umum tentang sifat-sifat dan sikap-sikap audien terhadap
idea dan diri perucap. Analisis audien melibatkan prosesproses menganalisis:

Ciri-ciri Demografi

• Di antara maklumat-maklumat demografi yang perlu diketahui ialah umur, tahap


pendidikan, jenis pekerjaan, status politik dan pengaruh-pengaruh lain. • Pengetahuan
kepada ciri-ciri demografi membolehkan perucap membuat jangkaan terhadap tindak
balas audien terhadap cadangancadangan yang dikemukakan dan membantu perucap
memilih strategi yang paling berkesan.
• Sikap Umum • Sikap-sikap umum audien juga boleh memberi gambaran reaksi yang
bakal ditonjolkan oleh audien terhadap idea, mesej, cadangan dan harapan perucap. •
Sikap Terhadap Cadangan • Maklumat demografi boleh memberi gambaran reaksi yang
bakal ditonjolkan oleh audien idea, mesej, cadangan dan harapan perucap. • Sikap
Terhadap Perucap • Maklumat demografi biasanya boleh memberi gambaran kepada
perucap akan tanggapan audien terhadap perucap. Lebih-lebih lagi jika kalangan
audien merupakan kenalan perucap.

BAHAN

• Penentuan bahan-bahan perucapan melibatkan proses-proses memilih topik,


penyelidikan tajuk,merangka dan menyusun tajuk ,menyusun idea, merangka ucapan
dan sebagai. Kesemua pekara di atas merupakan proses menyusun ucapan. • Proses
ini membolehkan perucap meneliti dan membatas idea-idea serta menentukan
maklumat-maklumat yang ada itu sesuai atau tidak

• Memilih Tajuk • Memilih tajuk merupakan langkah untuk mengenal pasti perkara-
perkara yang perlu diucapkan. Tajuk merupakan idea utama perucapan. Kesemua
pemilihan tajuk sangat penting kepada perucap supaya mesej yang disampaikannya
dapat dihayati oleh audien dengan berkesan. Di antara perkara-perkara yang diketahui
oleh perucap ialah:

Panduan Memilih Tajuk

• Pilihlah subjek yang anda telah biasa, diminati atau anda benar-benar
mempercayainya. • Pilihlah topik yang baik yang dapat mengutus maklumat baru
kepada audien serta sesuai dengan minat mereka. • Gunakan kemudahan
perpustakaan untuk membuat penyelidikan tentang tajuk. • Buat temu bual secara
persendirian semasa menyelidik.
Merangka dan Menyusun Tajuk

• Setelah tajuk dipilih, perucap hendaklah menyusun penyampaiannya supaya dapat


difahami oleh audien dengan berkesan. Di antara panduan yang boleh dituruti ialah;

– Susunlah ucapan bagi membolehkan anda menentukan maklumat yang penting. –


Tulislah tajuk sebelum menyusun ucapan. – Jelaskan huraian tajuk sehingga menjadi
rangka ucapan. – Gunakan ayat-ayat yang penuh semasa merangka teks ucapan. –
Pastikan rangka ucapan anda ringkas dan senang untuk diikuti.

Menyusun Ucapan

• Penyusunan ucapan boleh:

– Membantu perucap mengembangkan ideanya selengkap-lengkapnya; – Membantu


perucap membicarakan sesuatu tajuk dalam tempoh yang terbatas; – Membantu audien
menganalisis maklumat yang disampaikan; – Membantu audien memahami
konsepkonsep utama.

Langkah-langkah Penyusunan Idea

• Diantara langkah yang perlu diambil dalam menyusun idea ialah;

– Mengenal pasti subjek yang mahu disampaikan. – Setelah diteliti ketepikan perkara-
perkara yang tidak penting dengan topik. – Sediakan satu senarai idea-idea hujah
utama. – Kumpulkan maklumat yang menyokong perkaraperkara utama. – Teliti dan
halusi rangka sebelum menulis teks ucapan.

Kepentingan Bahan-Bahan Menyokong

• Bahan-bahan penyokong ialah bukti digunakan untuk mengukuhkan lagi hujah


perucap. Bahan-bahan sokongan juga dapat menjelaskan idea-idea perucap.

Penggunaan Alat Bantuan Tampak

• Alat bantuan tampak ialah apa-apa bentuk alat yang dilihat oleh audien untuk
membantu perucap menyampaikan utusannya kepada audien. • Alat bantuan tampak
memudahkan perucap menyampaikan mesejnya kepada audien. • Apa yang perlu
diingatkan oleh perucap ialah alat yang digunakan itu hendaklah sesuai dengan audien
dan sesuai dengan tajuk.

Jenis-Jenis Alat Bantuan Tampak

• • • • • • • • • • Gambar-gambar (Foto atau Lukisan) Papan hitam/papan putih Filem


Audio (Perakam pita dan rekod) Maklumat edaran bertulis Pita video Graf Model Carta
dan Gambar Rajah Dan lain-lain

Kunci

• Alat bantuan tampak hanya digunakan sekiranya perucap merasakan bahawa alat itu
boleh membantu meningkatkan perutusannya. • Perucap juga perlu memastikan
bahawa dia tahu menggunakan alat tersebut. Pastikan alat itu benar-benar boleh
memberi bantuan tambahan. • Pastikan alat itu sesuai dengan tempat ucapan, boleh
meningkat imej si perucap serta boleh menyokong hujahhujah utama dalam ucapan.

Penggunaan alat bantuan tampak boleh;

• Menjimatkan masa • Menjelaskan perkara-perkara yang kompleks • Membantu


mengekalkan minat audien.

Membuat Pengenalan

• Pengenalan ucapan merupakan asas kepada sesuatu ucapan. Dalam pengenalan


perlulah dinyatakan mengapa anda memerlukan tajuk berkenaan. Pengenalan yang
baik boleh berfungsi untuk menjalinkan hubungan perucap dengan audien ialah bagi
memastikan audien menerima baik ucapan anda. • Pengenalan yang baik juga boleh
mempertingkat imej perucap. Dalam pengenalan juga anda memperkenalkan tajuk
serta mewujudkan tanggapan awal audien terhadap anda.

• Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menimbulkan keberkesanan


ialah;

– Memberikan perhatian terhadap setiap kata-kata dan pergerakan yang akan diperaga
kepada audien. Ini memerlukan perancangan . – Membuat kenyataan yangkontroversial
pada permulaan ucapan. – Menunjukkan bahan tampak yang memaparkan aspek
utama ucapan. – Mewujudkan perhubungan mata dengan audien. – Memulakan
ucapan dengan kutipan-kutipan orang ternama, orang terkenal dan tokoh-tokoh. –
Menyampaikan puji-pujian tertentu kepada audien.

Membuat Kesimpulan

• Kesimpulan merupakan unsur terakhir dalam pakej ucapan. Bahagian ini


menyimpulkan ucapan dengan merumuskan semula faktafakta dan bahagian-bahagian
yang tertinggal atau tidak kukuh. Di antara perkara-perkara yang ditekankan dalam
kesimpulan ialah;

– Mengulas perkara-perkara utama dalam mesej. Iaitu dengan menekankan idea-idea


pokok tanpa memperincinya. – Memberi penekanan kepada hujah yang paling penting

– Menyuarakan gesaan untuk bertindak. Ini khususnya pada ucapan berbentuk


membujuk. – Mengukuhkan hujuh-hujah yang masih lemah – Meninggalkan tanggapan
yang positif terhadap perkara-perkara utama agar audien dapat bertindak balas
terhadap perkara-perkara utama ucapan itu.

BAHASA

• Umumnya bahawa merupakan alat perutusan atau penyampaian mesej sama ada
yang berbentuk idea, konsep, teori atau ia digunakan untuk memberi dan mendapatkan
maklumat, untuk menjelaskan sikap dan perasaan, untuk membuat laporan, untuk
melakukan perbincangan, untuk mengajar, untuk meyakinkan, untuk mempengaruhi
fikiran serta tindakan audien sasaran.

Penggunaan Bahasa Dalam Perucapan

• Perucap mempunyai empat tujuan apabila menyusun kata-kata, frasa klausa dan
ayat-ayat dalam teks ucapannya, oleh itu bahasa perucap hendaklah; • Jelas • Untuk
menghasilkan bahasa yang jelas perucap hendaklah menyatakan apa yang
dimaksudkannya dengan mudah, terus atau langsung dan tidak mengelirukan. Bahasa
yang jelas dapat memperjelaskan maklumat.
Di antara ciri-ciri kejelasan bahasa ialah;

• Bahasa hendaklah tepat dan konkrit. Oleh itu segala idea hendaklah dijelaskan
dengan menggunakan bahasa yang senang difahami.

• Berhati-hati apabila menggunakan bahasa yang teknikal. Seelok-eloknya berikan


makna atau erti kata-kata teknikal yang digunakan itu.

• Berhati-hati apabila menggunakan perkataan yang mempunyai makna berlapis atau


bahasa konotatif. • Sentiasa menghuraikan apa yang dimaksudkan untuk mengelakkan
kekeliruan dan ketidakfahaman khususnya konsep-konsep yang diterap dalam teks
ucapan.

Menarik

• Aspek menarik ini berkait rapat dengan persembahan ucapan itu. Salah satu cara
untuk untuk menjadikan sesuatu ucapan itu menarik ialah dengan mempelbagai corak
percakapan atau wujudkan variasi dalam penggunaan bahasa. Oleh itu perucap
digalakkan menggunakan bahasabahasa yang cergas, retorik, bertenaga dan
imaginatif, menggunakan metafora, bahasa kiasan, bandingan dan yang seumpamanya
bagi menghidupkan persembahan ucapan.

• Sesuai Dengan Audien • Di sini perucap perlu mentafsir arus kebijaksanaan audien.
Perucap yang bijaksana akan menggunakan berbagai-bagai laras bahasa semasa
mempersembah ucapan mereka. • Berkaitan Dengan Sesuatu Keadaan • Perucap
perlulah mengenal pasti perkataan-perkataan yang sesuai serta fleksibel. Tajuk yang
dibicarakan dan jenis audien juga boleh menjadi panduan untuk menentukan jenis
bahasa yang digunakan iaitu sama ada bersahaja, serius atau boleh diselitkan dengan
unsur-unsur jenaka.

Gaya Bahasa Dalam Perucapan

• Maksud gaya bahasa dalam perucapan ialah bagaimana tatatertib perucap


menonjolkan diri. Di antara komponen gaya bahasa yang berkesan dalam perucapan
ialah;
Tersendiri

• Keadaan ini berlaku secara automatik, iaitu gaya seseorang perucap adalah unik
kerana ia merupakan hasil langsung daripada pengalaman dan pemahaman perucap
tentang persekitarannya. Keberkesanan gaya bahasa juga bergantung kepada
keupayaan perucap mengembangkannya. Kemahiran ini boleh dimiliki serta diperbaiki
dengan memerhati tokoh-tokoh di sekeliling kita mempersembahkan ucapan mereka.

• Hubungan Gaya Dengan Apa Yang Diperkata • Cara ini boleh membantu memberikan
penekanan kepada apa yang hendak dikatakan bagi menjadikan mesej yang
disampaikan lebih menarik. Gaya perlu disesuaikan dengan kehendak atau tujuan
sesuatu mesej itu disampaikan. Umpamanya perucapan yang bertujuan untuk
menyampaikan maklumat eloklah menggunakan ayat deklaratif. • Gunakan Ayat Aktif •
Ayat Aktif lebih bersifat terus dan langsung. Penstrukturannya hendaklah mematuhi
Hukum D-M (Diterangkan-Menerangkan) Ini lebih memudahkan audien memperolehi
kefahaman. • Gunakan Bahasa Ekonomis • Bahasa ekonomis iaitu bahasa yang terus
kepada perkara pokok boleh menjimatkan masa perucap dan lebih tepat. Satu cara
untuk mendapatkan bahasa yang ekonomis ialah dengan mengurangkan perkataan-
perkataan yang tidak perlu.
TATACARA PENYAMPAIAN

• Terdapat dua aspek yang perlu diberikan perhatian semasa menyampaikan ucapan
iaitu aspek lisan dan aspek bukan lisan.

Aspek Lisan Dalam Penyampaian

• Untuk memenuhi keperluan ini perucap hendaklah berkemampuan serta mahir dalam
penggunaan bahasa seperti yang dijelaskan sebelum ini. Ini penting bagi menghasilkan
maklumat yang berkesan serta ekspresif.

Aspek Bukan Lisan Dalam Penyampaian

• Aspek lisan dalam penyampaian ucapan boleh diperjelas melalui penggunaan aspek-
aspek bukan lisan seperti;

Gerak Badan

• Iaitu tingkah laku fizikal yang merupakan sebahagian daripada perutusan mereka.
Bagaimanapun perucap hendaklah memastikan tidak ada tingkah laku yang
mengganggu penyampaian ucapannya seperti memegang barang yang tidak berkaitan,
atau menggerakkan anggota badan tanpa tujuan tertentu.

Sifat Fisiologi

• Iaitu bentuk fizikal perucap seperti bentuk tarikan keseluruhan, kebersihan diri ,badan
rambut serta warna kulit. • Pastikan pemaparan yang sesuai, kemas, bersih dan
menarik. Kesempurnaan aspek ini boleh memaparkan rasa keyakinan serta
pengetahuan dan pengalaman perucap.
• Sentuhan • Ini boleh dilakukan dalam kumpulan audien yang kecil. Maksud sentuhan
di sini ialah seperti bersalaman dan cara ini boleh menimbulkan rasa mesra dan
keramahan perucap. • Sifat Suara • Ini dirujukkan kepada mutu suara perucap sama
ada nyaring, besar kecil, lembab pantas dan vokalizer, seperti ”ya”, ”um”, ”er” dan kata-
kata atau frasa-frasa tertentu yang sering dimasukkan dalam ucapan. Bunyi-bunyi ini
boleh mengganggu kelancaran penyampai. Oleh itu patutlah dihapuskan. • Penggunaan
Ruang • Kebijaksanaan dalam penggunaan ruang boleh memberi peluang kepada
perucap untuk mewujudkan hubungan fizikal. Ini dapat dilakukan dengan berkesan
dalam keadaan yang tidak formal dan jumlah audien yang sedikit.

• Penggunaan Masa • Perucap hendaklah menggunakan kebijaksanaannya dalam


penggunaan masa. Umpamanya menepati waktu, merancangkan dengan baik masa
untuk setiap bahagian dan ucapannya mewujudkan hentian yang baik serta
memperuntuk waktu yang tertentu untuk audien mengemukakan pertanyaan. • Sahsia
Rupadiri • Ini meliputi segala perkara yang berkaitan dengan perucap yang berfungsi
sebagai rangsangan bukan lisan umpamanya pakaian, perhiasan, solekan dan
seumpamanya. Perucap hendaklah memastikan bahawa sahsiah rupa dirinya sesuai
dengan acara, sama ada rasmi atau tidak rasmi. • Hubungan Mata • Hubungan mata
boleh membantu mengekalkan minat audien. Perucap perlu mengekalkan hubungan
mata yang langsung untuk sekurangkurangnya tiga perempat daripada masa berucap.
Elakkan penumpuan sepenuh perhatian kepada nota. Hubungan mata membolehkan
perucap mengesan daya tumpuan audien terhadap ucapannya.

Kaedah-kaedah Penyampaian

• Apat empat kaedah asas dalam penyampaian ucapan iaitu;

Hafalan

• Iaitu perucap menulis kemudian menghafal seluruh ucapannya. Walaupun cara ini
berkesan tetapi aspek-aspek kesegaran ucapan agak terbatas dan perucap mungkin
menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan perkara-perkara atau masalah-
masalah yang tidak dijangkakan berlaku sewaktu menyampaikan ucapannya.
• Spontan • Keadaan ini berlaku apabila seseorang perucap itu diminta menyampaikan
ucapan secara tiba-tiba. Kaedah ini juga boleh bertukar dengan berucap seringkas dan
seumum mungkin bagi mengelakkan kekaburan maklumat. Seelok-eloknya gunakan
pengalaman peribadi untuk merangka isi ucapan spontan ini. • Membaca Teks • Ini
merupakan kaedah yang paling lumrah digunakan oleh perucap iaitu menumpukan
perhatian kepada manuskrip dan sekali sekala memandang audien. Walaupun
ketepatan dapat dijamin namun wujud masalah untuk menambah isi ucapan dan untuk
mengekalkan hubungan mata dengan audien. • Merujuk Rangka • Dalam kaedah ini
perucap hanya menyediakan rangka ucapannya dengan memiilih kata-kata kunci bagi
intipati ucapannya. Cara ini sangat ekspresif dan akan menghasilkan ucapan yang
bersahaja, dapat mengekalkan hubungan mata serta mudah mengubahsuai fakta.
Bagaimanapun kesan-kesan sedemikian hanya dicapai sekiranya perucap telah
membuat persediaan yang lengkap sebelumnya.

CERAMAH

Definisi Ceramah

• Ceramah bolehlah didefinisikan sebagai pengemukaan fikiran atau idea-idea melalui


perucapan dan disampaikan secara syarahan dua hala. Dalam sesi ceramah terdapat
penerangan daripada penceramah. Sehinggalah selesai segala informasi atau
maklumat yang hendak disampaikan. Ceramah boleh digunakan untuk tujuan memujuk.
Pembujukan pula bolehlah dianggap sebagai proses seseorang perucap mengubah
sikap, kepercayaan atau tindakan audien sasaran. Pembujukan merupakan proses
yang aktif dan melibatkan usaha-usaha mengubah pemikiran audien.

• Oleh itu perucap perlu menggunakan lebih daripada satu pendekatan dalam proses
pembujukannya. Selain itu setiap unsur dalam penyampaian ucapannya seperti mimik
muka, nada suara, gerak badan perlu diseimbangkan dengan hujah bagi membantu
audien mengubah sikap dan tindakan mereka.

Anda mungkin juga menyukai