Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
lekang dek panas. Permainan tradisional seperti congkak, gasing, galah panjang, batu
seremban, teng-teng, tarik upih dan konda-konde diamalkan masyarakat dahulu sebagai pengisi
masa lapang.
Sayangnya permainan tradisional yang menunjukkan kebudayaan sesuatu tempat itu mula
sedikit demi sedikit terpinggir apabila kebanyakan daripada permainan berkenaan kurang
diketahui golongan muda.
Malah permainan tradisional semakin dilupakan kerana perkembangan pesat teknologi gajet dan
penambahan aplikasi permainan secara maya.
Dalam usaha mengekalkan tradisi rakyat ini, Kelab Anak-Anak Hebat Ikatan Muslimin Malaysia
(Nazim) mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Sukan Tradisional secara dua tahun sekali
untuk memberi pendedahan kepada generasi muda terutama kanak-kanak.
Program kali ini dengan tema Tradisi Membentuk Jati Diri itu juga dianggap sebahagian usaha
memartabatkan permainan tradisional di negara ini, di samping memupuk minat orang ramai
terhadap permainan tradisional.
Bagi Nazim Kuala Lumpur yang menganjurkan karnival berkenaan di kawasan bertaraf bandar
raya dikatakan lebih mencabar berikutan kanak-kanaknya pada masa ini lebih banyak terdedah
dengan pelbagai pengaruh modenisasi dan perubahan.