Anda di halaman 1dari 2

Program kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Kepentingan program ini juga setara dengan


kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya merupakan
penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan
yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan
sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau
persatuan. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja menyeronokkan
malahan dapat mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar yang
menyertainya.

Di samping itu, impak lain yang bakal diperoleh melalui penglibatan dalam kokurikulum adalah
dapat membina prinsip dan disiplin diri yang teguh. Disiplin merupakan anak kunci kepada semua
kejayaan. Berdasarkan pengalaman tokoh-tokoh ternama, kejayaan mereka berada di puncak
kegemilangan adalah didorong oleh disiplin yang ketat. Sememangnya, unsur inilah yang mahu
diperkasarkan ke dalam diri remaja paabila mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Para pelajar
yang menyertai kokurikulum akan dikehendaki patuh kepada ketepatan masa, menjalankan tugas
mengikut peraturan, menghormati pemimpin,  dan perlu merancang sesuatu aktiviti dengan baik.
Maka, para pelajar dapat dilatih menjadi lebih berdisiplin dan mampu menjalani dunia kehidupan
seharian dengan betul, yakin dan bertanggungjawab. Jika berdisiplin, seseorang pelajar itu mampu
merancang masa depannya dengan kejayaan pada suatu hari nanti. Sikap menepati masa pula dapat
melatih seseorang itu untuk menguruskan masa secara bijak supaya sesuatu tugasan yang
diamanahkan dapat disempurnakan pada masa yang tepat. Sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti
kokurikulum boleh dijadikan platform untuk melahirkan remaja yang teguh jati diri dan berdisiplin.

       Melalui kokurikulum, pelajar dapat memupuk semangat perpaduan.


Hal ini semestinya juga akan dapat memupuk sikap bekerjasama dan
toleransi dalam kalangan pelajar. Perpaduan kaum penting untuk
membentuk sebuah negara yang aman damai, supaya rusuhan kaum pada
13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Oleh itu, Semangat perpaduan dapat
dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan
tebing dalam sesuatu kegiatan. Kegiatan kokurikulum mengakibatkan
proses integrasi berlaku dalam kalangan pelajar supaya pelajar boleh
mengenali dan menghormati antara satu sama lain. Sebagai contohnya,
dalam aktivitik pertandingan seperti bola sepak, kedua-dua pasukan ini
bukan sahaja meliputi satu kaum sahaja malah ia juga disertai oleh pelajar
dari pelbagai kaum. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan
bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk
mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh, bercerai
roboh.

         Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang


pelajar. Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat
pada dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat
diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. Dengan
ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding
pada peringkat sekolah. Secara tidak langsung, kejayaan pada peringkat
sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri, dan
kemudiannya negara. Tujuan kegiatan kokurikulum adalah untuk memberi
pengalaman kepada pelajar-pelajar dan seterusnya membantu mereka
dalam mencapai kehidupan yang sempurna. 

Dari uslub yang lain, penglibatan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum akan dapat melahirkan
pelajar yang sihat fizikal dan mental. Pelajar yang menghadapi era persekolahan zaman ini memang
penuh halangan, jadi, pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatan yang
dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang
penuh dengan penghafalan dan membuat latihan, serta ulangkaji pelajaran. Keadaan ini mampu
mencetus fenomena yang segar kepada pelajar untuk belajar. Selain itu, pelajar tidak lagi tertekan
kerana hanya menjadi ulat buku sebaliknya dapat meluahkan tekanan ketika bersukan. Bukan itu
sahaja, aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak dapat membina keku atan stamina, manakala
sukan catur pula dapat mencerdaskan minda seseorang. Pepatah Melayu mengatakan bahawa badan
cergas, otak cerdas. Jelaslah bahawa minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan
aktiviti yang berbeza iaitu kegiatan kokurikulum. Pada waktu yang sama, penglibatan pelajar
memastikan mereka tidak terjebak ke dalam kegiatan yang tidak sihat dan tidak bermoral seperti
bergentayangan di pusat beli-belah, terlibat dalam jenayah, penyalahgunaan dadah dan maksiat. 
Ringkasnya, nilai diri seseorang itu akan dilihat daripada kehebatan susuk tubuhnya, minda yang
cerdas dan emosi yang harmoni.

Kesimpulannya, program kokurikulum di sekolah bukanlah sesuatu


yang baru dalam aktiviti pendidikan pelajar. Pihak sekolah hendaklah
memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan
kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini
memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan
cergas. Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah. Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil
bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing,
berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.

Anda mungkin juga menyukai