Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 1: LAPORAN TEMUBUAL

1.0 Pengenalan

Pada 9 Mac 2020, saya telah menjalankan sesi temu bual bersama dengan salah seorang
pentadbir pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) San Min, Seremban. Tujuan saya
melakukan sesi temu bual tersebut adalah untuk mengetahui amalan profesionalisme
keguruan yang menjadi amalan di sekolah SJK(C) San Min, isu-isu pelanggaran etika dan
perundangan yang berkaitan dengan kerjaya guru berdasarkan sesuatu situasi yang telah
berlaku. Perkara tersebut bertepatan dengan keperluan tugasan kursus asas pendidikan
iaitu EDUP3083 Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru yang mana
memerlukan saya untuk menjalankan sesi temu bual terhadap pentadbir pendidikan di
sekolah yang saya menjalani internship. Saya telah menemubual PK1 iaitu Cik Ha Wen Yi,
beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 20tahun bermula pada tahun 2001. Beliau
sangat memberi kerjasama semasa menjalankan temu bual. Transkrip dan rakaman temu
bual telah saya lampirkan dalam lampiran.

2.0 Amalan Profesionalisme Keguruan dan Etika Keguruan

Professional perguruan adalah sebagai pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran


yang lebih tinggi dan latihan khas, misalnya latihan yang dijalankan dalam Institut
Pendidikan Guru (IPG). Menurut Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan
Profesionalisme Keguruan (2016), profesionalisme keguruan dikaitkan dengan ciri
profesional seperti kelayakan menjadi Pengawai Perkhidmatan Pendidikan, etika profesional
dan diiktiraf oleh badan professional. Sebagai seorang guru yang profesional haruslah
berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi, pengetahuan
pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran, dan mempunyai sahsiah yang baik dan
boleh diteladani pelajar. Berlandaskan perspektif Cik Ha, konsep amalan profesionalisme
keguruan adalah nilai yang perlu ada pada seorang guru seperti nilai amanah, integriti,
kreatif, inovatif, sabar berketerampilan, kemahiran interpersonal dan sebagainya. Cik Ha
turut menyatakan konsep amalan profesionalisme keguruan bukan sahaja nilai tetapi satu
keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap
murid, sekolah dan masyarakat. Dalam temu bual yang dilaksanakan, Cik Ha telah
menyatakan profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di
beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, ia akan
mempengaruhi minat, sikap dan nilai bagi seseorang murid.

Menurut Prof. Madya Dr. Salleh Abd. Rashid (2013), perguruan adalah satu
profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna
agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka
terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang
Maha Pencipta. Dalam temu bual tersebut, Cik Ha telah bersetuju dengan apa yang
dikatakan oleh Prof. Madya Dr. Salleh Abd. Rashid iaitu guru adalah pembentuk insan dan
ihsan murid. Beliau juaga bersetuju amalan profesionalisme keguruan adalah penting
kepada setiap guru. Menurut Cik Ha, guru perlu mempunyai tahap amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefaham, seta kemahiran pengajaran dan
pemberlajaran. Amalan profesionalisme keguruan dapat melahirkan guru yang sanggup
berkorban, perkorbanan diri kepada sekolah, murid dan pendidik. Guru juga sanggup dan
dapat melakukan apa sahaja yang diminta dalam skop yang telah ditetapkan tanpa
sebarang rungutan di belakang. Bukan itu sahaja, amalan profesionalisme keguruan juga
dapat melahitrkan guru yang selalu melakukan tugas dengan amanah dan sempurna seperti
guru-guru dapat menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang efetik mengikut tahap
seriap murid untuk memastikan semua murid menguasai apa yang telah diajar. Para guru
akan menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian pengajaran
dan pembelajaran menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Menurur Cik Ha, amalan
profesionalisme keguruan juga melahirkan guru yang selalu mengemas kini informasi
terbaharu mengikut kemajuan tekologi and negara terutamanya dalam bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK). Menurut Lee L.T (2016), profesion guru pada masa kini
dilihat semakin mencabar dan kompleks lebih-lebih lagi pada nilai akauntabiliti atau
kebertanggungjawaban guru itu sendiri. Tidak dinafikan bahawa dalam dunia globalisasi
tanpa sempadan dengan teknologi yang kian pesat dan sentiasa berubah, guru bukan
sahaja mahir dalam pengajaran tetapi harus bertaraf dunia. Cik Ha mengatakan murid-murid
pada zaman kini adalah berbeza dengan murid zaman dahulu, murid sekarang adalah
sangat mahir dalam TMK, oleh itu guru pada zaman ini haruslah mempertingkatkan
kemahiran dalam TMK supaya guru-guru dapat mengaplikasikan dengan sebaik mungkin
terhadap teknologi yang ada pada masa kini. Cik Ha turut mengatakan amalan
profesionalisme keguruan dapat melahirkan guru yang menghasilkan hasil kerja dan amalan
yang menongjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang mana dapat menjadi
sumber dan inspirasi kepada rakan sejawat. Dengan ini, kesemua guru-guru akan mendapat
peningkatan dapat bidang pendidikan.

Siti Rohani (2014) menyatakan bahawa dalam menjalankan tanggungjawab terhadap


murid, guru berperanan untuk mendidik murid ke tahap yang cemerlang dalam pencapaian
akademik di samping membentuk potensi mereka secara menyeluruh. Cik Ha juga
memberikan beberapa contoh guru-guru SJK(C) San Min yang telah menguasai tahap
amalan profesionalisme keguruan. Contoh pertama yang beliau berikan adalah beliau
memuji guru-guru yang bertugas di SJK(C) San Min adalah guru yang selalu
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan sebagai guru terutamanya dalam
pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru membuat penambahbaikan pengajaran dan
pembelajaran mereka dan selalu mendidik dengan amanh dan sepenuh hati supaya
pengajaran dan pembelajaran adalah efektif kepada semua murid-murid. Di samping itu,
beliau juga mengatakan guru-guru selalu menjaga kepentingan dan nama baik sekolah
sebagai contoh guru-guru akan mengenalpasti murid-murid yang dilatih oleh mereka
mendapat keputusan yang baik kepada sekolah. Selain itu, walaupun SJK(C) San Min
mempunyai murid-murid yang berbilang kaum, tetapi gurunya tidak akan berat sebelah
tetapi adil dan saksama secara berterusan, dengan menghormati dan memahami
perkembangan pembelajaran yang pelbagai dalam diri seseorang pelajar. Dalam kesemua
guru, Cik Ha telah memberi contoh guru yang beliau menghargai iaitu Puan Wong Mei Yan.
Puan Wong adalah guru kelas Tahun 6 dan guru perpustakaan, tetapi beliau masih
mengeluangkan masa untuk melatih pasukan menari sekolah dan menyediakan beberapa
aktiviti kepada murid-murid seperti menghasil kraftangan dan bercerita. Cik Ha berharap
semua guru selalu bersemangat dalam mendidikan kanak-kanak seperti Puan Wong Mei
Yan. Dengan ini, Cik Ha Wen Yi sangat mementingkan amalan profesionalisme keguruan
dalam kalangan guru.

Mok Soon Sang (2007) telah meringkaskan konsep profesioalisme dalam kalangan
guru sebagai suatu pekerjaan khusus dan dijalankan oleh orang yang menpunyai kelulusan
dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, berakauntibiliti dan
bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan
oleh organisasinya. Berdasarkan temu bual, Cik Ha juga bersetuju dengan pandangan dari
Mok Soon Sang. Cik Ha menyatakan bahawa etika keguruan adalah penting kepada setiap
guru sebab ia dapat menggariskan standard tingkah laku yang harus guru patuhi dan
diamalkan sepenuhnya bagi menjaga kepentingan imej sebgai seorang guru. Guru-guru
boleh menjaga etika sebagai guru bermula dari etika pakaian seperti tidak memakai pakaian
mencolok mata sehingga etika kelakuan. Beliau telah memberi contoh seperti seorang guru
tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemerkan sifat profesionnya dan
yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
Jadi etika keguruan adalah penting dalam membantu guru supaya sentiasa mematuhi
prinsip-prinsip yang termaktub demi menjaga imej profesion.

Sejak kebelakangan ini, kita telah banyak meyaksikan pelbagai isu negatif yang telah
menafikan akauntibiliti dan etika keguruan dalam kalangan guru pada masa kini. Bukan
sekali berita yang telah memaparkan kes tindakan salah laku guru disiarkan, Cik Ha juga
memberitahu kepada saya tentang sekolah yang beliau sedang bertugas juga pernah
berlaku guru yang telah melanggar etika keguruan seperti guru telah mengoyak buku laithan
murid sehingga ibu bapa membuat aduan kepada guru besar. Ini disebabkan guru tersebut
terlalu marah terhadap murid yang masih membuat salah walaupun sudah membaut teguran
banyak kali. Bernasib baik, isu ini telah diselesaikan dengan baik. Selain itu, dalam temu
bual Cik Ha juga memberitahu pandangan beliau tentang isu pelanggaran etika dan
perundangan yang berlaku di sebuah Sekolah Kebangsaan di Port Dickson iaitu seorang
guru telah membaling kasut kepada seorang murid perempuan tahun dua sehingga
menyebabkan kecederaan. Berdasarkan kes tersebut, Cik Ha menyatakan guru tersebut
telah melanggar etika dan perundangan salah laku guru. Menurut kod etika perguruan di
Malaysia, guru perlu menjalankan tanggungjawab kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan
sejawat, masyarakat dan negara. Keadaan ini jelas menunjukkan perbuatan guru tersebut
bertentangan dengan akautabiliti keguruannya terhadap murid. Menurut Mok Soon Sang
(2010) kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri
sendiri dan orang lain dari aspek perasaan, emosi dan tingkah laku. Menurut Cik Ha salah
satu sebab adalah guru tidak dapat mengawal emosi marahnya secara waras. Tekanan
yang dihadapi oleh guru selalu berpunca daripada masalah disiplin murid yang
menyebabkan guru tidak mampu mengawal disiplin di dalam bilik darjah dan sekolah.
Sekirannya masalah disiplin murid tidak dapat ditangani dengan baik, guru cenderung untuk
melakukan tindakan yang tidak profesional sebagai penyelesaian kepada permasalah
tingkah laku yang kurang disenangi. Cik Ha juga memberikan beberapa cadangan melalui
pengalaman beliau dan sebagai pentadbir sekolah. Cik Ha sangat menekankan guru supaya
selalu berrasional dalam apa-apa situasi, supaya dapat mengawal emosi diri sendiri. Dalam
kes ini, guru tersebut seharusnya bertindak secara matang untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi tanpa bertindak mengikut emosi. Beliau bercadang guru tersebut boleh keluar
bilik darjah dan mengambil nafas dan cuba menyenangkan diri dahulu sebelum meneruskan
pengajaran. Jika murid tersebut masih nakal selepas memberi nasihat, guru tersebut boleh
membuat bantuan daripada pihak ketiga seperti membawa murid tersebut ke bilik penolong
kanan 1 untuk membuat berbincangan. Sebagai pentadbir sekolah, mereka pasti membantu
guru-guru dan murid-murid jika menghadapi masalah yang tidak dapat diatasi. Cik Ha
berharap guru-guru selalu berasional dan belajar untuk mengawal emosi dir sendiri.

Menurut Choong Lean Keow (2008) guru merupakan penjawat awam. Sebagai
penjawat awam, guru mestilah sentiasa berkelakuan dan bertindak seperti mana yang
diperlukan. Hal ini bermaksud, guru mestilah patuh akan peraturan-peraturan dalam aspek
kelakuan dan tatatertib seperti mana yang terkandung dalam Peraturan Kelakuan dan
Tattertib 1993 (Perlembagaan Persekutuan Peraturan-peraturan Pengawai Awam, 1993).
Kawalan tatatertib ini merupakan satu alat pengurusan yang penting bagi mewujudkan
pentadbiran yang cekap dalam melaksanakan segala fungsi serta tanggungjawab ke arah
pencapaian matlamat dan objektif sesebuah jabatan (Baharin Abu 2010). Jika guru telah
gagal mematuhi peraturan-peraturan tersebut akan membawa kesan yang negatif. Menurut
Cik Ha, kesan yang hendak ditanggugkan oleh guru membahagikan kepada kes serius dan
kes kurang serius. Untuk kes yang kurang serius, isu dapat diselesaikan dalam
perbincangan di antara guru dan pentadbir sekolah. Untuk kes yang serius seperti kes yang
berlaku di Sekolah Kebangsaan di Port Dickson akan mengenalkan tindakan tatatertib.
Hukuman yang boleh dikenakan adalah bergantung kepada jenis pelanggaran tatakelakuan
penjawat awam seperti tangguh kenaikan pangakt, tangguh perderakkan gaji dan
sebagainya. Kesemua hukuman tatatertib adalah di bawah tatakelakuan (code of conducts)
bagi anggota perkhidmatan awam adalah seperti diperuntukkan di bawah peraturan 4, Bab
D Perintah Am (Perlembagaan Persekutuan Peraturan-peraturan Pengawai Awam, 1993).
Tataterbit dikenalkan adalah supaya pengawai awam melaksanakan tugas dengan cekap,
beramanah dan bertanggungjawab, dan juga menghukum pengawai yang melakukan
kesalahan atau melanggar peraturan. Jika seorang guru telah mengenalkan tindakan
tatatertib akan menyebabkan nama baik guru dan nama baik sekolah terjejas. Oleh itu, Cik
Ha selalu mengingati semua guru-guru agar tidak melanggar etika keguruan supaya tidak
menjejaskan masa depan dengan hukuman tataterbit. Kita perlu sentiasa bertindak dengan
perlakuan yang melambangkan profesionalisme keguruan. Sebagai penjawat seseorang
guru juga perlu mengamalkan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam.

3.0 Penutupan

Profesion keguruan merupakan satu profesion yang memainkan peranan yang sangat
penting dalam menjulang martabat pendidikan di negara kita Malaysia. Secara holistik,
amalan profesionalisme keguruan dan etika keguruan adalah amat penting kepada
seseorang guru berdasarkan temu bual yang telah dijalankan. Berdasarkan pernyataan
tersebut, amalan profesionalisme keguruan adalah nilai-nilai yang perlu dipatuti oleh guru
supaya guru selalu bersedia untuk membuat perkorbanan dalam pendidikan, manakala etika
keguruan adaah satu panduan yang guru boleh mengikuti supaya selalu mengingatkan diri
agar tidak melanggar etika dan perundangan.