Anda di halaman 1dari 1

Menurut artikel yang dikarang oleh Intan Suria Hamzah yang bertajuk Pelarian Rohingya

dan Isu Kontemporari di Malaysia, pada Mei 2015, Malaysia dikejutkan dengan berita
kehadiran pelarian etnik Rohingya dari Myanmar secara beramai-ramai di Langkawi.
Penghijrahan pelarian dan mangsa pemerdangan ini mempunyai kaitan langsung dengan
masalah dalam negara iaitu pergolakan antara agama Buddha dan Islam di wilayah Arakan,
Myanmar. Orang Rohingya menjadi pelarian adalah disebabkan faktor perlembagaan yang
sering dipinda dan pemerintahan yang kerap bertukar ganti.

Isu kontemporari etnik Rohingya di Malaysia pula adalah pelarian ini sering dieksploitasi dan
dikhianati sehingga mereka menjadi mangsa pemerdangan manusia yang membawa kepada
penderitaan, menjadi hamba mahupun mengakibatkan kematian.

Kesimpulannya, pelarian Rohingya perlu dibantu atas dasar kemanusiaan dan sebagai
tanggungjawab sesama manusia dan sebagai negara yang menyokong prinsip hak asasi
kemanusiaan, kerajaan seharusnya peka terhadap masalah yang boleh memberi tanggapan
negatif kepada Malaysia.

Rujukan

Intan Suria Hamzah, Sity Daud, Nor Azizan Idris

Program of Political Sciences, Department of History, Politic and Strategy, National


University of Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia .

Anda mungkin juga menyukai