Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN

OpenLearning adalah merupakan salah satu platform pembelajaran dalam talian yang mampu
menghubungkan pelajar di seluruh Malaysia. OpenLearning merevolusikan pembelajaran
dalam talian untuk menjadikan sesuatu pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan dapat
berinteraksi antara sama lain. Matlamat OpenLearning adalah untuk membantu orang lain
seperti pelajar untuk mencipta minda kritis dan kritikal serta minda yang berdaya saing.

REFLEKSI
Dengan adanya aplikasi OpenLearning ini, saya dapat belajar dengan lebih efektif berbanding
membaca buku subjek TITAS. Sistem ini juga menghubungkan pelajar universiti-universiti
sekuruh Malaysia yang mengambil subjek ini serta dapat menukar pendapat dan ilmu antara
sama lain. Para pelajar juga boleh berinteraksi dan memberikan input yang berguna melaui
aplikasi ini. Nota-nota kuliah atau maklumat yang berkaitan dengan kelas juga boleh
diperoleh melalui aplikasi ini di mana semua pelajar boleh mengaksesnya dalam satu masa.
Keadaan ini lebih memudahkan serta dapat menjimatkan masa. Dengan adanya aplikasi
OpenLearning ini juga, penggunaan MOOC juga dapat disebarkan secara meluas di setiap
institusi di Malaysia. Populariti MOOC semakin meningkat dengan pelbagai institusi dan ahli
akademik terutamanya daripada pakar-pakar bidang. Aspek utama yang ditekankan pada
kursus atas talian ini adalah kandungan bahan-bahan pembelajarannya yang sesuai mengikut
keperluan pelajarnya dan dapat melatih kemahiran pemikiran kritis dan kritikal. MOOC juga
dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar di
seluruh Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai