Anda di halaman 1dari 32

GOLD MANIA

Pelaburan Yang Sedang Hot & Popular

Selalunya Merugikan

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 1


Gold Mania
Pelaburan Yang Sedang Hot & Popular

Selalunya Merugikan

Oleh: Suzardi Maulan {Pakdi}

(c) 2012

Tuan / Puan dibenarkan untuk berkongsi laporan ini secara digital,


mencetaknya dan memberi orang lain baca secara PERCUMA selagi
mana tiada sebarang perubahan terhadap kandungan laporan ini.

Laporan ini TIDAK boleh dijual.

Oh ya, pastikan tiada filem dan drama dibuat berasaskan laporan ini
melainkan setelah memohon kebenaran dari saya melainkan ia
dilakonkan oleh Siti Nurhaliza.

Laporan ini didedikasikan untuk Nuha & Amir.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 2


Soalan popular dalam seminar, bengkel dan emel

yang saya terima:

“Apa pandangan Pakdi tentang

pelaburan emas?”

Laporan ini adalah untuk menjawab

persoalan tersebut.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 3


PENGENALAN
Kita perlu menjadi seorang informed investor.

Menjadi rasional dalam semua jenis pelaburan termasuk pelaburan emas.

Pelaburan emas telah menjadi bualan ramai orang bukan sahaja di Malaysia malah

seluruh dunia bermula pada penghujung 2009. Ada pelbagai sebab kenapa emas

menjadi pelaburan paling hangat ketika ini.

Pada Januari 2009 pasaran emas dunia berada di paras USD 800/oz dan terus

melonjak sehingga paras tertinggi di sekitar USD 1900/oz pada Ogos 2011. Kenaikan

kira-kira 137% dalam tempih 2 tahun 8 bulan.

Laporan ini bertujuan memberikan maklumat-maklumat yang kita perlu tahu

mengenai pelaburan emas seperti persoalan:

 Adakah harga emas sentiasa naik?

 Betulkah Nabi Muhammad saw menyuruh kita menyimpan emas?

 Apakah emas merupakan pelaburan terbaik?

 Sejauh mana emas merupakan pelindung inflasi?

 Betulkah wujud matawang Sunnah?

 Dan seterusnya.

Pandangan yang popular selalunya salah.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 4


Pernah tuan mendengar peribahasa, “Harapkan pagar, pagar makan padi,” ?

Peribahasa ini sungguh popular tetapi sebenarnya yang betul berbunyi:

“Harapkan pegar, pegar makan padi.”

Pegar merupakan seekor burung namun apa yang popular adalah pagar. Apakah

“pagar” dapat memakan sesuatu?

Justeru laporan ini merungkai perkara-perkara popular yang selalu dikaitkan

dengan pelaburan emas. Ini membolehkan kita membuat keputusan melabur dengan

lebih baik, menjadi lebih rasional dan tidak ditipu orang.

Pelaburan emas mesti memlaui informed decision dan bukannya emotional decision.

Pelaburan yang dibuat secara objektif memberikan pulangan yang jauh berlipat

ganda dari pelaburan secara ‘hentam sajalah’.

Apabila kita menyatakan emas adalah pelaburan maka prinsip pelaburan mesti

diguna pakai. Tidak ada pengecualian.

Selamat membaca.

Suzardi Maulan {Pakdi}

Islamic Financial Planner TM

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 5


Bab 1: Apa Itu Emas?
Emas adalah unsur kimia yang dikenali sebagai aurum.

Manusia sejak dahulu lagi menggilai emas sama ada dalam bentuk syiling, jongkong

mahupun barang perhiasan. Sejarah manusia juga menunjukkan emas menjadi

matawang utama sebelum kewujudan wang fiat. Selain itu emas juga menjadi

kegunaan industri tertentu seperti elektronik.

Sehingga hari ini anggaran emas yang ditemui adalah 170,000 tan. Jika kita

kumpulkan kesemua sekali emas-emas tersebut dan dikumpul di satu tempat emas

dapat membentuk sebuah kiub besar sepanjang 20.7 meter pada setiap sisi.

Andaikan harga emas semasa berharga USD 1750/oz maka nilai kiub tersebut adalah

USD 9.6 trillion.

Dalam laporan ini kita melihat dari 2 sudut iaitu:

i. Emas sebagai matawang.

ii. Emas sebagai pelaburan.

Pada masa yang sama kita juga melihat apakah pandangan Islam dalam perkara ini.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 6


Bab 2: Emas Sebagai Duit & Matawang

Duit adalah satu fenomena yang misteri.

Itulah kenyataan Milton Friedman, pemenang anugerah Nobel dan juga seorang

pakar dalam polisi kewangan. Walaupun sudah menjadi pakar beliau sendiri tidak

dapat merungkai misteri duit & matawang sepenuhnya.

Kenapa ia misteri?

Kerana selain emas, batu, cengkerang malah rokok pernah menjadi matawang dalam

sejarah manusia. Kenapa manusia dapat menerima batu sebagai matawang? Malah

sekeping kertas juga dapat menjadi matawang.

“Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai.”

Manusia bergaduh kerana duit. Hidup manusia menjadi senang kerana duit. Hidup

manusia juga menjadi susah kerana duit. Apabila duit mudah didapati manusia

boros berbelanja. Apabila duit menjadi sukar manusia tidak berbelanja.

Kenapa kita menerima emas sebagai sebagai sesuatu yang berharga dan seterusnya

menjadi matawang? Apakah yang ada pada emas sebenarnya?

Emas adalah unsur kimia yang berwarna kuning. Digali dari dalam tanah, diproses

dan dibentuk. Manusia selalu bergaduh kerana emas.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 7


Apakah nilai yang ada dalam emas?

Adakah emas boleh dimakan? Adakah emas boleh dibuat pakaian? Adakah emas

boleh dijadikan ubat? Adakah emas boleh dijadikan rumah? Adakah emas dapat

dijadikan kenderaan?

Sebidang tanah dapat menghasilkan pelbagai jenis tumbuhan untuk dijadikan

makanan, pakaian dan ubat. Dari sawah padi misalnya menghasilkan beras menjadi

nasi, tepung dan juga jerami padi. Dari sudut kegunaan tanah lebih bermanfaat

kepada manusia berbanding emas.

Untuk memahami kenapa manusia begitu menghargai emas kita perlu lihat kembali

keperluan asas manusia iaitu perdagangan atau bisnes.

Dari Ekonomi Barter Kepada Ekonomi Matawang

Dahulu manusia melakukan barter trade untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati.

Ahmad ada daging, Abu ada kapas. Apabila Ahmad mahukan kapas dan Abu

mahukan daging maka keduanya melakukan pertukaran (exchange).

Tetapi barter trade ini susah kerana bukan tiap-tiap hari Ahmad mahukan kapas

atau Abu mahukan daging. Justeru, manusia akhirnya perlu kepada sesuatu yang

dapat diterima oleh semua orang lalu wujudlah “matawang” yang dapat menjadi

“medium of exchange”.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 8


Islam menggalakkan urusan ekonomi berasaskan matawang melalui hadis sahih

yang direkodkan antaranya oleh Ubadah bin Samit:

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli

dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, (ditukarkan)

sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan

jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran

tunai.

(Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)

Hadis ini adalah amat penting untuk kita memahami prinsip Islam yang terkandung

dalam urusan berkaitan riba dan matawang. Riba dapat berlaku dalam pertukaran 6

barang ribawi dan jenisnya yang disebutkan di atas jika pertukaran 6 barang ini

tidak menepati syarat tertentu seperti tunai dan sama nilai.

Imam Ghazali menyebut emas merupakan anugerah Allah swt kepada manusia

kerana secara semulajadi semua manusia tertarik dengan emas walaupun emas tidak

mempunyai banyak fungsi berbanding dengan aset yang lain. Ini membolehkan

emas berfungsi menjadi matawang seterusnya membolehkan bisnes berjalan dengan

baik berbanding dengan ekonomi barter.

Matawang Terhad kepada Emas dan Perak?

Ulama silam dan moden tidak bersepakat dalam hal ini.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 9


Ya, walaupun ada ayat-ayat Quran hadis menyebut emas, perak, dinar & dirham

tetapi tidak ada satu pun yang membawa maksud yang pasti matawang mesti

diperbuat dari emas dan perak.

Kita tidak dapat menyatakan apabila al-Quran menyebut emas itu tandanya ekonomi

Islam adalah emas, Islam menggalakkan simpanan emas, aset yang mutlak adalah

emas dan seterusnya.

Misalnya ayat yang berikut:

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-

benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak;

harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda

peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta

kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan

(ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu

Syurga). (ali-Imran: 14)

Ayat di atas hanya menyebut perkara-perkara yang menjadi kesukaaan manusia iaitu

berpasangan, mendapatkan zuriat, harta seperti emas, perak, kuda, binatang ternak

dan kebun-kebun.

Ayat ini tidak menyebut apa-apa hukum yang mewajibkan menyimpan emas dan

perak mahupun menjadikan emas dan perak sebagai matawang. Malah ayat ini juga

menyebut harta lain yang menjadi kesukaan manusia seperti kuda. Kenapa tidak

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 10


wujud ‘pelaburan kuda’ sedangkan ayat yang sama juga menunjukkan emas, perak

dan kuda adalah kategori harta yang manusia suka.

Ayat-ayat dalam al-Quran tidak semuanya boleh dimbil secara harfiah sahaja.

Contohnya ayat al-Quran berikut:

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala

jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan

berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu

musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka

yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja

yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya

kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. (al-Anfal: 60)

Sekiranya ayat-ayat berkaitan emas dan perak membawa maksud pasti matawang

mesti emas dan perak atau ekonomi Islam hanyalah berkaitan emas & perak maka

sudah tentu ayat di atas pula untuk tujuan pertahanan negara kita perlu

menyediakan pasukan tentera berkuda dan bukannya kereta kebal, kapal selam atau

jet pejuang.

Dalam konteks hari ini, maka sudah tentu ‘pasukan-pasukan berkuda yang lengkap

sedia’ itu adalah pasukan tentera yang lengkap dan sesuai dengan teknologi perang

pada zamannya.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 11


Bab 3: Emas sebagai Pelaburan

Al-Quran dan Hadis juga tidak mempunyai larangan atau kewajipan yang jelas sama

ada pelaburan emas ini wajib, haram, sunat atau makruh. Dalam situasi begini maka

hukumnya adalah dibenarkan (harus). Nak terlibat boleh, tidak terlibat pun tidak

berdosa,

Apa yang pasti Islam menetapkan jual beli / pelaburan emas perlu dibuat mengikut

syarat tunai dan sama nilai untuk mengelakkan berlakunya riba seperti yang disebut

dalam hadis Ubadah bin Samit itu tadi.

Dari sudut potensi emas sebagai produk pelaburan pula ramai yang berpendapat

emas merupakan ‘safe heaven’ khususnya apabila berlakunya krisis ekonomi. Ini

menyebabkan ramai pelabur keluar dari pasaran saham, hartanah misalnya dan

mula melabur dalam pasaran emas. Kita akan melihat hal ini dalam bab seterusnya.

Hari ini ada pelbagai cara untuk membuat pelaburan emas:

i) Membeli emas fizikal

ii) Membeli barang perhiasan emas.

iii) Membuka akaun pelaburan emas di bank.

iv) Membeli Exchange Trade Fund (ETF) berkaitan emas

v) Membeli saham syarikat awam dalam industri emas.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 12


Kita mesti mengetahui industri emas merupakan satu industri yang tidak ‘heavily

regulated’ seperti saham, takaful dan produk bank melainkan kita membeli emas

melalui cara (iii) – (v) . Justeru kita perlu berhati-hati dengan tawaran-tawaran

berkaitan pelaburan emas yang tidak masuk akal dan sentiasa berpegang dengan

prinsip pelaburan yang betul untuk mengelakkan kita ditipu.

Bagaimana Pelaburan Emas Wujud?

Pada 1971, Richard Nixon telah mengubah sistem matawang Amerika dan bermula

saat tersebut emas tidak lagi mempunyai peranan langsung dalam polisi matawang.

(c) Kitco. Carta harga emas dari tahun 1883-1998.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 13


Perhatikan selepas 1971, harga emas naik mendadak (dan harganya juga jatuh).

Hal ini menyebabkan emas telah berubah fungsinya dari menjadi matawang kepada

menjadi satu komoditi yang didagangkan untuk mendapatkan keuntungan. Apabila

telah menjadi komoditi maka prinsip pelaburan yang terpakai dalam komoditi lain

seperti gula, kelapa sawit dan petroleum misalnya adalah sama dengan pelaburan

emas.

Untuk buat untung kita perlu:

“Buy low sell high.”

Dua Aliran Pemikiran

Wujud dua aliran pemikiran berkaitan ‘emas’.

1) Golongan yang memperjuangkan emas sebagai matawang.

2) Golongan yang melihat emas sebagai pelaburan.

Golongan ini wujud di sekeliling kita. Mereka bukan orang jahat. Penjual emas juga

mahu buat untung dan Islam tidak menghalang hal sedemikian sama seperti seorang

broker saham. Kita sebagai pelabur bijak perlu tahu menapis dan menepis

maklumat-maklumat yang disampaikan untuk mendapat untung yang lumayan.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 14


Bab 4: Cerita Popular Emas
Berikut adalah kisah-kisah popular mengenai emas:

#1: Nabi saw menyuruh umatnya menyimpan dinar & dirham.

Cerita ini bersandarkan hadis berikut:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan, “Akan tiba suatu zaman di mana

tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka

simpanlah dinar dan dirham.

(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Ulama hadis menyebut apabila ada hadis dilaporkan oleh Abu Bakar Ibn Abi

Maryam (perawi) maka status hadis tersebut adalah lemah (dhaif) kerana perawi

tersebut tidak kuat ingatannya. Dalam disiplin ilmu hadis, seorang perawi hadis

wajib mempunyai ingatan yang kuat bagi membolehkan hadis tersebut mencapai

autoriti sahih dan hasan.

Hadis dhaif tidak boleh dijadikan hujah untuk mengeluarkan hukum. Justeru, hadis

ini tidak boleh digunakan melainkan ada autoriti Quran dan Hadis sahih / hasan

yang menyebut tentang perkara yang sama.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 15


Wujud pihak yang menggunakan hadis ini untuk melariskan jualan emas dan perak

dengan memberitahu Rasulullah saw menyuruh kita menyimpan dinar dan dirham.

Sedangkan ada ayat Quran dan hadis lain yang lebih kuat autoritinya yang menyebut

sebaliknya.

Antaranya:

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak (duit) serta

tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada

mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(at-Taubah: 34)

Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak

mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka

barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil

habuan yang paling sempurna.

(Hadis status Hasan direkodkan oleh Imam Ahmad, Imam Tarmizi, Imam Abu Daud

& Imam Ibnu Majah).

Maka nak simpan emas pun boleh tidak simpan pun tidak berdosa.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 16


#2: Emas Matawang Sunnah

Dalam Islam proses menentukan hukum memerlukan ilmu usul fiqh. Melalui ilmu

ini bukan semua ayat Quran dan hadis mempunyai penentuan sesuatu hukum. Ada

kaedah tertentu yang perlu kita ikut sebelum menyatakan hukum tersebut adalah

wajib, sunat, makruh atau pun haram.

Misalnya Nabi Muhammad saw berkahwin lebih dari 4 orang (9 orang isteri) namun

perbuatan Baginda tidak menjadi sunnah kepada orang lain. Orang lelaki haram

berkahwin lebih dari 4 orang isteri dalam satu masa.

Bagaimana berkahwin 9 tidak menjadi sunnah kepada kita malah menjadi haram?

Seterusnya, Nabi Muhammad saw juga tidak makan dhob (biawak padang pasir).

Namun tindakan Nabi Muhammad saw tidak makan dhob itu tidak menjadikan

dhob sesuatu yang haram. Kenapa boleh wujud hukum harus?

Masyarakat kita adakalanya terlalu mudah membuat kesimpulan hukum dan tidak

cermat dalam hal sebegini kerana tidak mempunyai disiplin ilmu yang betul. Maka

kita pun mendengar pelbagai “bisnes sunnah” seperti :

 Bisnes susu kambing adalah sunnah.

 Bisnes habbatus sawda’ adalah sunnah

 Bisnes zha’faran adalah sunnah.

 Bisnes emas adalah sunnah.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 17


Betul pada zaman Nabi Muhammad saw matawangnya adalah dinar dan dirham

tetapi pada masa yang sama tidak ada autoriti Quran dan Hadis yang jelas

mengehadkan matawang hanya dengan dinar dan dirham.

Ini menyebabkan para ulama silam dan moden berbeza pendapat tentang isu ini.

Ada yang berpendapat matawang hanya emas dan perak dan ada yang berpendapat

matawang tidak terhad kepada emas dan perak.

Tuan dapat membaca dengan terperinci menerusi link ini:

Islam Membenarkan Matawang Selain Emas dan Perak

#3: Emas Kalis Inflasi & Ekonomi Sentiasa Stabil

Ya, sejarah manusia menunjukkan penggunaan emas dan perak sebagai matawang

mencecah ribuan tahun. Namun ia tidak menjadikan harga barang kekal sampai

bila-bila.

Ada banyak sebab harga barang naik. Peniaga nak lebih untung. Peniaga perlu duit

untuk anak yang bakal bersekolah. Pesaing naikkan harga. Barang mentah dah jadi

mahal. Pembekal naikkan harga. Pekerja perlukan bonus tahunan dan seterusnya.

Zaman Nabi saw yang menggunakan dinar dan dirham pun harga barang naik.

Hadis dari Anas bin Malik beliau berkata:

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 18


“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman

Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga

barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”. Jawab Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan

melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku

berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam

kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada

pada darah atau harta”.

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh

al-Albani)

Ya, zaman Nabi saw juga barang naik harga walaupun menggunakan dinar dan

dirham. Inflasi masih berlaku. Pada zaman Nabi Yusuf a.s yang barangkali

matawangnya juga emas dan perak tetapi Nabi Yusuf a.s. juga bersedia menghadapi

zaman ekonomi susah.

Ya, turun naik ekonomi adalah semulajadi.

#4: Emas Aset Paling Berharga

Emas adalah antara aset yang berharga.

Namun adakah emas yang paling berharga?

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 19


Aset lain yang disebut menerusi zakat seperti bisnes, pertanian, penternakan dan

hasil bumi lain juga berharga.

Sekiranya kita bertemu dengan orang kebuluran sudah tentu aset paling berharga

adalah barang makanan yang berasaskan hasil penternakan dan pertanian. Justeru,

menyatakan emas paling berharga setiap masa adalah tidak tepat.

Jika emas yang paling berharga maka mari kita sama-sama membuka al-Quran dan

mencari Surah Yusuf berkenaan mimpi Raja Mesir. Dalam ayat 47-49 menyebut

tentang aset yang berharga untuk berhadapan dengan zaman gawat adalah hasil

pertanian.

Kenapa al-Quran menyebut hasil pertanian dan bukan menyimpan emas untuk

menghadapi zaman susah?

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 20


#5: Harga Emas Sentiasa Naik

Berikut adalah carta yang selalu ditunjukkan:

(c) Kitco. Carta harga emas dari tahun 2002-2012

Betul emas sedang melalui zaman super ‘bull run’.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 21


Bagaimana dengan carta berikut pula?

(c) Kitco. Carta harga emas dari tahun 1980-1984

Harga emas jatuh hampir 70% sepanjang tempoh ini.

Oh, ada yang berkata tapi harga emas mesti naik balik selepas harga jatuh kan?

Baca lagi untuk penerangan seterusnya.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 22


(c) Kitco. Carta harga emas dari tahun 1975-2012

Betul, harga emas naik semula ...

... selepas 17 tahun.

Ya, sekiranya seseorang membuat pelaburan emas pada ‘peak’ 1980 maka 17 tahun

selepas itu (akhir tahun 2007) barulah return on investment (ROI) pelaburan emas

mendapat break even.

Namun betulkah mereka yang melabur pada 1980 telah dapat keuntungan pada

2011?

Lihat carta berikut pula.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 23


(c)InflationData.com

Selepas faktor inflasi dikira ROI pelaburan emas pada 1980 masih negatif pada 2011.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 24


Bab 5: Fear & Gold
“Kita perlu menyimpan emas kerana dolar Amerika susut nilai.”

“Negara-negara Eropah seperti Greece, Sepanyol, Italy, Portugal sedang

mengalami krisis hutang. Kita perlu beli emas.”

“Ekonomi kapitalis sedang menuju kehancuran. Simpanlah emas.”

Takut (fear) dan tamak (greed) adalah penyebab utama manusia membeli sesuatu

pelaburan. Mula-mula orang membeli emas kerana takut lebih dari kerana tamak

(greed). Namun perasaan takut itu akan perlahan-lahan berubah menjadi tamak

apabila semakin ramai yang membeli emas. Harga emas melonjak (bull), jatuh

(bear) dan akhirnya mendatar (consolidate).

Apabila harga emas tidak lagi “naik berganda-ganda” maka media pun menyebut

ekonomi semakin pulih dan apabila untung tidak seperti diharapkan ramai mula

menjual emas dan membeli pelaburan yang lain seperti saham, hartanah dan

komoditi lainnya.

Justeru, kita perlu belajar untuk mengenal pasti fear & greed yang sedang wujud

dalam pasaran untuk memastikan kita membuat keputusan pelaburan yang lebih

baik.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 25


Bab 6: Tips Pelaburan Emas
#1 Emas adalah Pelaburan Capital Gain

Sekiranya kita memiliki kiub emas gergasi berharga USD 9.6 trilion seperti yang

disebut awal tadi, emas tersebut tidak memberikan apa-apa manfaat kepada kita

melainkan selepas kita menjualnya dengan harga lebih tinggi atau menjadikannya

sebagai ‘medium of exchange’.

Bandingkan jika kita mempunyai satu bisnes atau tanah yang bernilai USD 9.6

trilion. Ribuan orang pasti mendapat manfaat dari bisnes kita yang bernilai USD 9.6

trilion itu tadi. Lebih ramai yang mendapat peluang pekerjaan. Lebih ramai yang

mendapat manfaat dari produk dan servis kita. Pendapatan dari bisnes kita pasti

mencecah bilion-bilion setahun.

Ya, emas yang kita beli tidak mempunyai apa-apa manfaat. Tiada sebarang dividen

bulanan mahupun tahunan. Kita hanya membuat untung apabila kita menjual emas

tersebut. Itupun kalau beli harga rendah jual harga tinggi. Kalau buat sebaliknya nak

untung bagaimana?

Jadi kalau ada pihak yang mempromosikan pelaburan emas yang menjanjikan

pulangan tetap, AWAS! Itu kemungkinan besar adalah satu skim cepat kaya.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 26


#2 Nilai Emas vs Harga Emas

1g emas yang dibeli 10 tahun lalu, masih 1g emas hari ini. Kita tidak menjadi lebih

kaya walau sebanyak 0.1g emas sekalipun kerana emas bukan aset yang produktif.

Emas tidak berkembang dengan sendirinya.

Emas bukan seperti kambing yang boleh mengawan dan beranak pinak. Sekiranya

kita membeli sepasang kambing 10 tahun lalu, kita dapat bayangkan berapa banyak

keluarga kambing tersebut dapat membesar.

Apa yang berubah adalah harga.

Pada 1982 emas berharga sekitar USD 250/oz dan 2012 berharga sekitar USD

1700/oz namun berat (nilai sebenar emas) yang kita miliki adalah sama kekal.

#3 Emas tidak ada instrinsic value.

Tidak ada teknik untuk membeli emas secara diskaun. Iaitu membeli emas dengan

harga di bawah instrinsic value. (Jika tuan tahu sila hubungi saya ya kerana saya

mahu tahu bagaimana instrinsic value emas dikira).

Jadi, ini menyebabkan pelaburan emas adalah 100% spekulasi. Trading.

Kita membeli emas pada harga RM 150/g dengan harapan harga menjadi RM 300/g.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 27


#4 Emas Fizikal mempunyai Kos

Sekiranya kita mempunyai sejumlah emas, andaikan sebanyak 20 gram, kita pasti

tidak senang duduk meninggalkannya di rumah tanpa sebarang perlindungan

keselamatan.

Maka kita mulalah mengeluarkan duit untuk kos keselamatan. Jika simpanan emas

kita semakin banyak maka kita mula mencari peti-peti simpanan di bank. Sekali lagi

kita menanggung kos.

#5. Emas ‘rosak’ vs Emas ‘baik’.

Emas fizikal tercalar. Kemek. Plastik terbuka dan seterusnya.

Pastikan emasyang kita ada khususnya syiling, jongkong, bar berada dalam keadaan

baik atau kita terpaksa membayar harga ‘rosak’ tersebut di kemudian hari.

Kita pasti susah untuk mendapatkan harga yang terbaik apabila mempunyai emas

‘rosak’.

#6 Emas Syarikat A vs Emas Syarikat B

Ia seperti sudah menjadi satu adat dalam industri ini, emas atau barang kemas yang

dibuat oleh syarikat A tidak diterima secara normal oleh syarikat B. Justeru, ia boleh

mengundang masalah jual semula dengan harga yang kita mahu.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 28


Sedangkan semasa mempromosi bakal pembeli diberitahu emas laku di mana-mana.

Pastikan kita menyimpan maklumat penting khususnya resit yang kita terima dari

penjual sebagai bukti penting emas yang kita beli.

#7 Spread Harga Buy-Sell

Harga syarikat jual kepada kita berbeza dengan harga syarikat beli dari kita. Sila

perhatikan perbezaan tersebut.

Sekiranya harga emas sentiasa naik dengan cepat pasti ia bukan satu masalah. Tetapi

kalau harga mula ‘consolidate’?

Harga mungkin dah naik 7% tapi jika spreadnya juga 7% maka kita masih belum

untung.

# 8 Emas Adalah Barang Ribawi

Emas merupakan barang ribawi. Justeru jual beli emas mesti berlaku secara tunai

untuk mengelakkan transaksi riba yang diharamkan dalam Islam.

Sekiranya mahu membuka akaun pelaburan emas, pastikan hanya dari bank-bank

Islam sahaja kerana mekanisma jual belinya sudah dipastikan mengikut kehendak-

kehendak Syariah.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 29


Bab 7: Jadi Pelabur Bijak

Ya, emas merupakan salah satu peluang pelaburan pada ketika ini.

Namun jadilah seorang pelabur bijak.

Siapa kita?

Sekiranya kita mahu memperjuangkan emas & perak sebagai matawang kita

sepatutnya tidak peduli pun turun naik harga di pasaran. Merujuk emas dengan

harga USD, RM menunjukkan kita masih keliru dengan apa yang kita perjuangkan.

Adakah kita betul-betul serius dalam perjuangan tersebut atau cuma mengambil

kesempatan untuk buat untung untuk diri sendiri dan menggunakan alasan-alasan

agama?

Kenapa “menjual” emas-emas yang sudah dimiliki untuk mendapatkan semula duit

kertas RM yang disebut-sebut sebagai sesuatu yang tidak bernilai?

Kalau kita asyik menjual emas sahaja sampai bila kita dapat mengumpul emas

secukupnya seterusnya menjadikannya sebagai asas matawang? Sedangkan 5 negara

utama yang memiliki emas hari ini adalah, Amerika, Jerman, Itali, Perancis dan Cina

dan bukan pun negara-negara umat Islam.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 30


Manakala sekiranya kita melihat emas sebagai pelaburan maka ketahuilah prinsip

pelaburan emas sama seperti pelaburan saham, hartanah, CPO futures dan

sebagainya.

“Buy low, sell high.”

Kita mesti menguasai kemahiran penting seorang pelabur untuk tujuan capital gain

dan membeli pada waktu yang betul. Bukan boleh main beli-beli sahaja, silap

haribulan masih belum untung.

Harga emas sentiasa naik? Ho ho ho.

Sekiranya kita membeli emas pada harga tertinggi pada Ogos 2011 maka ketika

artikel ini ditulis kita masih belum buat apa-apa untung. Namun jika kita berani

membeli ketika orang belum membeli misalnya pada tahun 2008 maka ketika ini

sudah tentu pulangannya mencecah 100%.

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 31


Saya mendoakan semua yang membaca laporan ini berjaya dalam pengurusan

pelaburan masing-masing.

Suzardi Maulan {Pakdi} advisor@rancangwang.com

Tuan / Puan Boleh Berkongsi Laporan Ini Secara Pecuma

Rujukan Tambahan

1. Belajar tips & strategi menguruskan wang secara sistematik, melangsaikan

hutang dengan lebih cepat dan menambah pendapatan bulanan, dapatkan

segera melalui link di bawah:

Panduan CashFlow: Apa Yang Kamu Tuai, Simpanlah Bersama Tangkainya.

2. Baca penulisan-penulisan saya mengenai pelaburan emas di blog Pakdi.net,

sila ke Arkib Pakdi.net - Emas

3. Buku Rancang Wang Dari Sekarang telah memasuki cetakan ke-3 (2012)

Klik di sini untuk pembelian online

GOLD MANIA www.suzardimaulan.com 32

Anda mungkin juga menyukai