Anda di halaman 1dari 14

RESEARCH METHODOLOGY (BBRC 4103)

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER SEPTEMBER 2019

BBRC 4103

RESEARCH METHODOLOGY

NO. MATRIKULASI : 840319035080002

NO. KAD PENGENALAN : 840319-03-5080

NO. TELEFON : 013-2746264

E-MEL : piecesgurlz_1903@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PP KOTA BHARU

1
RESEARCH METHODOLOGY (BBRC 4103)

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka surat


1. Muka Depan 1
2. Pengenalan kepada masalah 3-5
3. Pengenalpastian dan definisi masalah 5-11
4 Fakta, angka atau bukiti yang menyokong masalah 11-13
5 Senara soalan dan obejktif 14-15
6 Justifikasi untuk menjalankan kajian 16-17
7 Rujukan 18-21

1.0 PENGENALAN, MERANGKUMI MASALAH DAN OBJEKTIF KAJIAN

2
RESEARCH METHODOLOGY (BBRC 4103)

Mengenalpasti dan memfokuskan kepada persoalan masalah yang dikaji. Menurut


Richard Carlson (tahun), masalah adalah suatu bahagian yang penting yang perlu ada dalam
kehidupan kita. Oleh itu, masalah merupakan gagasan umum yang merangkumi persoalan-
persoalan dan isu-isu yang tersirat. Mengenalpasti masalah melibatkan penentuan dengan
tepat, persoalan-persoalan dan isu-isu yang berkiatan, seterusnya mendapatkan jalan
penyelesaian untuk kajian yang telah dijalankan dalam tugasan ini.

Kajian ini akan membincangkan tentang Metode/teknik Komunikasi Berkesan


Dalam Pengurusan Organisasi di KESEDAR. Metod/teknik mengikut kamus dewan edisi
keempat bermaksud cara melakukan sesuatu. Metode berasal dari bahasa Yunani (methodos)
yang bermaksud cara atau jalan yang ditempuhi. Manakala komunikasi merupakan tunjang
utama dalam menyumbang kepada tingkah laku manusia.

Menurut Parikh, 2000, komunikasi merupakan aktiviti penyampaian maklumat


melalui pertukaran fikiran, mesej atau maklumat seperti pertuturan, isyarat, atau tingkah
laku. Littlejohn (2002) menyatakan bahawa komunikasi adalah proses memberi maksud dan
mampu mempengaruhi seseorang untuk melakukan sesuatu seperti yang dikehendaki. Selain
itu, menurut Fenstermacher 2005, “komunikasi sama ada lisan atau bukan lisan akan
melibatkan perpindahan pengetahuan, pengertian atau perasaan yang dikongsi bersama
melalui mesej yang disampaikan”. Komunikasi merupakan asas kepada kehidupan manusia
dalam segala bidang terutama bidang pekerjaan. Oleh itu, komunikasi sangat penting dalam
pembangunan sesebuah organisasi kerana impak komunikasi yang baik antara kakitangan
dan jaringan luar boleh membawa kepada perkembangan dan pembangunan organisasi yang
hebat.

Organisasi ditakrifkan sebagai sebuah kumpulan individu yang distrukturkan


secara sistematik bagi mencapai matlamat kolektif organisasi secara berterusan. Menurut
James D. Mooney, organisasi adalah bentuk perserikatan manusia untuk mencapai tujuan
yang sama. Manakala Chester I. Bernard menyatakan organisasi adalah suatu aktiviti kerja
sama yang dilakukan oleh dua individu atau lebih.

3
RESEARCH METHODOLOGY (BBRC 4103)

Bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi, setiap individu yang menganggotai


organisasi tersebut perlu jelas tentang matlamat organisasi, peranan mereka dalam organisasi
dan mempunyai kemahiran untuk menterjemahkan tujuan kepada tindakan. Oleh itu,
menurut Manan & Ahmad, 2017, semua pekerja organisasi perlu menumpukan sebahagian
masa mereka untuk berkomunikasi samaada secara lisan atau tidak untuk menyelesaikan
tugas yang telah diamanahkan. Mohd Yusof Othman menyatakan bahawa komunikasi dalam
organisasi dapat ditakrifkan sebagai “suatu kuasa yang menghubungkan pemimpin dengan
orang yang dipimpin supaya dapat menggerakkan tenaga dengan tersusun untuk mencapai
objektif bersama.”

Masalah komunikasi merupakan masalah utama yang diahadapi oleh sesebuah


organisasi. KESEDAR turut terpalit dengan masalah ini, namun masalah ini semakin
meruncing sejak kebelakangan ini. Antara masalah yang dihadapi oleh kakitangan
KESEDAR dalam menjadikan komunikasi berkesan adalah:

i) Kelemahan kemahiran interpersonal di kalangan kakitangan

Komunikasi merupakan asas kepada perhubungan interpersonal iaitu


hubungan antara individu dengan individu yang lain. Menurut Teori Multiple
Intelligences (Gardner, 1993), Komunikasi interpersonal adalah keupayaan untuk
berkomunikasi dengan orang lain serta memahami mereka. Dainton dan Zelly,
(2005) menyatakan komunikasi interpersonal merupakan pertukaran maklumat
atau perasaan antara individu atau kumpulan. Komunikasi interpersonal ini
termasuklah komunikasi lisan (percakapan) dan bukan lisan (mimik muka, gerak
isyarat).

Ramai penjawat KESEDAR menghadapi masalah ini, terutama ketika


berdepan dengan pihak pengurusan. Jika mereka menghadapi masalah dalam
urusan kerja, mereka tidak berani untuk bersuara atau kehadapan bagi menyatakan
kepada pegurusan masalah yang mereka hadapi. Dalam situasi lain, penjawat
KESEDAR juga boleh dikatakan sebagai pemalu serta sukar untuk melibatkan diri
dalam program atau perbincangan. Situasi ini sering berlaku sehingga pihak
4
RESEARCH METHODOLOGY (BBRC 4103)

pengurusan KESEDAR terpaksa mengeluarkan memo wajib untuk menggalakan


penglibatan mereka dalam sesuatu program. Menurut Yusoff (2008), penjawat
yang kurang berkomunikasi dan dikategorikan sebagai pemalu sukar melibatkan
diri dalam perbincangan disebabkan tidak ada kemahiran komunikasi interpersonal
dalam diri mereka. Komunikasi yang berkesan tidak akan dicapai seandainya
proses komunikasi interpersonal tidak dikuasai. Penjawat yang kurang
berkomunikasi secara interpersonal ini akan meminimakan penerimaan maklumat
yang mana akan menimbulkan kekeliruan dan salah faham antara penjawat.
Kelemahan kemahiran interpersonal juga menjadi satu ‘penyakit’ yang menjadi
pembunuh senyap kepada kedinamikan organisasi.

ii) Wujudnya masalah politik organisasi dikalangan kakitangan

Politik organisasi berkait rapat dengan konsep kuasa, autoriti dan pengaruh.
Perkara ini berlaku disebabkan oleh perubahan tingkahlaku dalam kalangan ahli
organisasi. Eran Vigoda, 1998, dalam Ahmad Sazmy Abdul Aziz, 2009,
mendefinisikan politik pejabat sebagai proses hubungan antara kuasa dan pengaruh
yang melibatkan individu tertentu diperingkat dalaman atau luaran organisasi.
Menurut Wikipedia pula, politik pejabat ini adalah penggunaan kuasa di dalam
organisasi untuk mencapai kepentingan diri tanpa memikirkan kesan ke atas usaha
organisasi.

Kebanyakan penjawat KESEDAR terjebak dalam masalah ini, perkara ini


berlaku kerana ingin menjaga kepentingan peribadi sendiri sama ada di peringkat
atasan atau bawahan. Selain itu ada juga ada juga yang ingin mengekalkan kuasa
atau untuk kenaikan pangkat, masing-masing berlumba menjaga kepentingan diri
bagi tujuan tersebut. Politik pejabat ini akan menyebabkan pekerja yang
mempunyai daya tahan yang lemah akan mudah mengalami tekanan. Perkara ini
akan menjejaskan keyakinan diri dalam menghadapi alam pekerjaan dan
kehidupan seharian. Selain itu individu tersebut akan menjadi lebih sensitif dan
tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugasan. Perkara ini akan membunuh

5
RESEARCH METHODOLOGY (BBRC 4103)

“mood” bekerja seseorang pekerja dan akhirnya sumber manusia yang baik akan
disia-siakan hanya kerana suasana komunikasi yang terbatas menguasai organisasi.

iii) Gaya kepimpinan yang lemah dikalangan pemimpin organisasi

Gaya kepimpinan sangat penting dalam organisasi, jika pemimpin itu


seorang yang tegas, beliau dapat memimpin kakitangan mereka ke arah
pembangunan organisasi yang cemerlang. Kepimpinan adalah seni seseorang
ketua untuk mempengaruhi orang lain bagi tujuan menjalinkan kerjasama dalam
sesebuah kelompok. Kepimpinan secara amnya bermaksud suatu proses
mempengaruhi manusia supaya mereka dapat bekerjasama secara sukarela dalam
mencapai matlamat bersama. Pemimpin yang cemerlang akan mengamalkan
teknik-teknik komunikasi yang berkesan untuk mempengaruhi kakitangan
dibawah seliannya

Namun terdapat segelintir pegawai yang di KESEDAR tidak mengakui


cara kepimpinan mereka lemah, autokratik dan ortodoks. Cara kepimpinan
seumpama ini adalah sebenarnya menjadi penghalang kepada proses komunikasi
yang lebih terbuka. Selain itu, faktor umur juga menjadi penghalang untuk
menjadikan komunikasi berkesan dijabatan ini. Hal ini kerana, kemasukan
penjawat baru di jabatan ini jauh lebih muda dan mempunyai sijil lepasan
universiti berbanding pekerja senior yang kelayakan mereka jauh berbeza dengan
penjawat baru. Maka timbulah konflik disini yang mana penjawat baru ini sukar
menerima teguran atau tunjuk ajar dari pekerja yang senior namun ada juga yang
berlaku disebaliknya. Timbul rasa kurang hormat diantara kedua golongan ini.

iv) Tiada kepuasan bekerja dikalangan penjawat.

Kepuasan bekerja merupakan hal yang bersifat individual. Setiap


individu mempunyai tahap kepuasan yang berbeza-beza. Menurut Kreitner &
Kinicki (2005), kepuasan berkerja adalah respons emosi terhadap berbagai aspek
pekerjaa. Manakala, menurut Handoko (2001) kepuasan kerja adalah respon

6
RESEARCH METHODOLOGY (BBRC 4103)

emosi yang menunjukan perasaan menyenangkan berkaitan dengan pandangan


karyawan terhadap pekerjaannya. Menurut Halpin & Weiner (1974), “kepuasan
berkerja akan hadir apabila komunikasi yang baik di antara penyelia dengan
pekerja”.

Namun, masalah ketidakpuasan bekerja menjadi masalah utama


dikalangan kakitangan. Perkara ini berlaku adalah rentetan daripada masalah
komunkasi interpersonal yang membelengu kakitangan. Walaupun KESEDAR
menyediakan saluran yang formal seperti Rakan Pembimbing Perkhidmatan
Awam (AKRAB) untuk memudahkan kakitangan menyampaikan masalah
mereka, namun perkara ini masih juga tidak berjaya kerana penjawat tidak yakin
dengan kewibawaan sahabat-sahabat AKRAB.

Objektif kajian ini adalah untuk menerangkan metode/teknik terbaik yang boleh
digunakan oleh KESEDAR untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan dalam
organisasinya. Pihak pengurusan yang bijak dan cermat mengolah gaya komunikasinya
dalam berdepan dengan pekerja atau pelanggan sesebuah organisasi boleh memberi impak
yang positif seterusnya merangsang daya motivasi mereka untuk memberi yang terbaik
dalam melaksanakan tugasan masing-masing.

Seterusnya, metode/teknik komunikasi yang berkesan juga dapat menjadikan


seseorang pemimpin itu membina perhubungan baik dengan semua pihak. Apabila semua
orang dapat berkomunikasi dengan baik, maka akan wujud pelbagai idea yang akan
menyumbang kepada pembangunan organisasi. Menurut Abdullah Hassan & Ainon Mohd.
2002: 15-16, apabila komunikasi wujud makan akan terbitlah kekreatifan dalam memberi
pelbagai inspirasi idea menarik.

7
RESEARCH METHODOLOGY (BBRC 4103)

2.0 PERNYATAAN MASALAH DAN OBJEKTIF KAJIAN

2.1 PERSOALAN KAJIAN


- Antara soalan kajian yang dapat dikemukan adalah:
a. Apakah teori metode komunikasi berkesan dalam pengurusan organisasi?
b. Apakah metode komunikasi yang dapat diaplikasi oleh pengurusan
KESEDAR?
c. Adakah berkesan metode komunikasi yang diaplikasi dalam pengurusan
KESEDAR?
d. Apakah yang menjadi penghalang kepada penjawat untuk menerapakan
metode komunikasi berkesan dalam pengurusan?

2.2 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mengandungi dua objektif utama iaitu terdiri daripada obejktif umum dan
objektif khusus.

2.2.1 Objektif Umum


Objektif utama kajian adalah untuk mengkaji metode/teknik terbaikyang
boleh digunakan di KESEDAR untuk memastikan komunikasi berkesan
dikalangan kakitangan organisasi tersebut.

2.2.2 Objektif Khusus

i) Untuk mengenalpsti teori metode/teknik komunikasi berkesan dalam


pengurusan organisasi
ii) Untuk mengenalpasti keberkesanan metode komunikasi yang diaplikasi
oleh pengurusan KESEDAR
iii) Untuk menganalisis keberkesanan metode komunikasi yang diaplikasi
oleh pengurusan KESEDAR

8
RESEARCH METHODOLOGY (BBRC 4103)

iv) Untuk mengenalpasti apakah masalah yang membelengu kakitangan


dalam mencapai komunikasi yang berkesan di KESEDAR.

3.0 SOROTAN KARYA

Antara fakta yang menyokong masalah adalah seperti berikut:

i) Kelemahan kemahiran interpersonal di kalangan kakitangan


Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner, 1993) komunikasi
interpersonal adalah keupayaan seseorang untuk berinteraksi denga orang lain dan
memahami mereka. Manakala Dainton dan Zelley, (2005) menyatakan komunikasi
interpersonal ialah komunikasi pertukaran maklumat atau perasaan di antara individu
atau kumpulan, termasuklah komunikasi lisan (percakapan) dan komunikasi bukan
lisan (mimik muka dan gerak isyarat). Kakitangan yang lemah dalam kemahiran
interpersonal ini tidak dapat menyelesaikan konflik yang dihadapinya. Menurut
Yusoff (2008), perkara ini berlaku disebabkan tiada kemahiran komunikasi
interpersonal dalam diri individu. Perkara ini buktikan oleh Audit komunikasi di
Australia yang menyatakan, komunikasi dalaman yang lemah menyebabkan
produktiviti mereka merosot.

Dalam laporan The SCANS (1991), proses pembelajaran, pengembangan,


pembangunan dan proses proses meningkatkan kemahiran interpersonal perlu untuk
mencapai kejayaan di masa hadapan. Perkara ini disokong Kementerian Pendidikan
Tinggi Malaysia (2006) yang mana satu program untuk meningkatkan kemahiran
insaniah termasuklah kemahiran interpersonal di kalangan pelajar IPT telah digubal
oleh kerajaan Malaysia. Selain itu, masalah kelemahan interpersonal ini turut
disokong oleh Ismail (2012) dalam kajian Majlis Tindakan Ekonomi Negara (2003)
yang menyatakan punca kegagalan graduan mendapat pekerjaan adalah kurang
kemahiran dari segi komunikasi dan inter-personal. Hassan (2002), Jantan (2005),
Mokhtar (2006) dan Ismail (2012) juga mengatakan bahawa kelulusan akademik dari
IPT tidak dapat menjanjikan pekerjaan, ini adalah kerana kemampuan graduan akan
terjejas akibat tidak mempunyai kemahiran komunikasi.

9
RESEARCH METHODOLOGY (BBRC 4103)

ii) Wujudnya masalah “Politik Organisasi” dikalangan kakitangan

Politik organisasi merujuk kepada tanggapan seseorang individu terhadap


tindakan individu lain yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi dan cenderung
ke arah memenuhi matlamat peribadi tanpa mempedulikan kesejahteraan orang lain
mahupun organisasi (Kacmar & Baron 1999). Menurut Poon 2003; Vigoda 2000a,
politik organisasi di lihat sebagai sesuatu yang negatif terhadap individu mahupun
organisasi. Manakala, Kacmar, Bozeman, Carlson & Anthony 1999 Politik
Organisasi mempunyai unsur manipulasi yang boleh mencetuskan konflik dan
menggugat kestabilan organisasi.

Masalah politik organisasi wujud dikalangan kakitangan dalam organisasi


malah ia semakin berleluasa tanpa pengawasan dari pihak pengurusan. Walaupun
perkara ini menyalahi adat dan etika kerja, namun perkara ini masih belum diambil
tindakan. Perkara ini disokong oleh Drory dan Romm (1988) melalui hasil kajian
mereka dapati pekerja di peringkat penyeliaan dan pengurusan menganggap politik
organisasi ini berkait rapat dengan konflik, kelakuan dan kuasa yang bercanggah
dengan matlamat organisasi yang berlaku dalam suasana tidak formal.

Kesan permainan politi organisasi ini, pekerja akan mengalami tekanan


dan mungkin akan berhenti kerja. Perkara ini disokong oleh Ferris et al. (1989) yang
mengatakan terdapat tiga kemungkinan akan berlaku hasil daripada permainan politik
ini, pertama, pekerja berhenti kerja; kedua, pekerja akan bekerja di dalam organisasi
tetapi memilih untuk tidak terlibat di dalam aktiviti politik; ketiga, pekerja akan
bekerja di dalam organisasi dan turut serta menyertai aktiviti politik.

iii) Gaya kepimpimpinan yang lemah di kalangan pemimpin organisasi.

Perkara ini disokong oleh artikel yang ditulis oleh Dr. Raja Roslan
yang mana kekurangan motivasi dan psikologi dikalangan pengurus atasan dan
kakitangan bawahan akan memberi halangan yang besar kepada orgaisasi untuk
10
RESEARCH METHODOLOGY (BBRC 4103)

mencapai visi dan misi mereka. Antara halangan untuk meningkatkan motivasi
kepada pemimpin atasan dan bawahan adalah ciri-ciri dan tingkah laku pemimpin
yang lemah, halangan emosi, sikap yang negetif, dan kurang memotivasikan diri
serta orang lain dalam organisasi. Selain itu, Gray 2000, menyatakan Audit
komunikasi di Australia mendapati 62 peratus responden tidak berpuashati dengan
komunikasi di organisasi mereka kerana mereka mengatakan komunikasi dalaman
yang lemah menyebabkan produktiviti mereka merosot.

iv) Tiada kepuasan bekerja dikalangan penjawat.

Komunikasi dalam organisasi mampu membina kepuasan kerja kepada


pekerja dalam melakukan tugas yang diamanahkan, sekaligus dapat menghasilkan
perkembangan positif terhadap pengurusan organisasi. Namun tiada kepuasan
bekerja dikalangan penjawat menjadi isu apabila mereka melihat prestasi mereka
mulai menurun. Perkara ini dibuktikan oleh (Azhar, 2003), kajian yang beliau
jalankan terhadap kakitangan akedemik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
menunjukan bahawa komitmen pekerja yang sederhana terhadap organisasi, maka
kepuasan komunikasi juga akan sederhana.

Selain itu, Brunetto dan Wharton (2011) telah menjalankan kajian


berkenaan kepuasan komunikasi kepada 178 anggota polis berpangkat rendah, hasil
kajian membuktikan bahawa kepuasan komunikasi mempengaruhi komitmen kerja
mereka. Oleh kerana kepuasan pekerja terhadap komunikasi dipengaruhi oleh
kepuasan mereka terhadap tugas, dan organisasi, maka penting bagi organisasi untuk
mempertingkatkan tahap komunikasi dalam organisasi bagi memastikan wujudnya
persekitaran komunikasi yang lebih baik.

11
RESEARCH METHODOLOGY (BBRC 4103)

4.0 KERANGKA TEORI

KENA BUAT GAMBAR RAJAH, LEPAS TU TULIS 1.0 KERANGKA TEORI.

Metode/teknik Komunikasi Berkesan


Dalam Pengurusan

5.0 METHODOLOGI
Penyelidik memilih untuk mengaplikasikan kedua-dua kaedah kajian iaitu, kualitatif dan
kuantitatif. Untuk kualitatif, penyelidik akan menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian.
Manakala untuk kuantitatif, penyelidik memilih untuk menggunakan soalselidik.

5.1 TEMUBUAL
Siapa yang mengatakan kaedah temubual tu bagus???

5.1.1 PEGAWAI
Siapa? 2 orang pegawai Ksedar akan ditemubual secara individu.
Bila? Pada waktu pejabat. Ini lebih selesa terutama semasa waktu rehat.
Di mana? Dalam bilik pegawai tersebut.
Penyelidik akan membuat temujanji terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan
dan mas yang sesuai bagi menkjalankan temubual tersebut.

12
RESEARCH METHODOLOGY (BBRC 4103)

Temubual akan dirakankan untuk mempastikan penyeidik tidak tertimggfal sebarang


fakta yang diberikan oleh responden.
5.1.2 KAKITANGAN SOKONGAN
Terdapat 307 org kakitangan sokongan
Dipilihi hanya 3 orang dengan mendapatkan persetujuam dari mereka
mengenai temubual tersebut.
Akan dibuat di “partition” kakitangan tersebut bagi menjamin keselesaan
untuk responded. Maklumat yang diberikan juga akan terjamin tidak
diketahui oleh orang lain.
Rakamkan.

5.2 PEMERHATIAN
Bila? Sewaktu di peabat, semasa perbualan berlaku di anatara pegawai atasan dan
kumpulan sokingan. Pemerhatian akan akan dilakukan selama sebulan. Pemerhatian
akan dijalankan ke atas semua pegawai
(5 orang) yang terlibat secara langsung di jabatan tersebut.

Antara elemen2 yang diperhatikan:


i. Cara staf sokongan memberi respon kepada pegawai
ii. Cara pegaewai memberi arahan kepada staff
Akan diperhatikan perkataan ayang digunakan dan juga bahasa nbadan kedua-dua pihak.
Penyelidik akan mencatatkan dalam buku catatatn khas.

5.3 SOAL SELIDIK


2 set soal selidik yang berbeza akan diberikan kepada pegawai dan kakitangan
sokongan.

5.3.1 Soal selidik kepada pegawai


i. Latarbelakang :keluarga dan juga pendidikan
ii. Pandangan beliau mengenai kepimpinan berkesan : 20 soalan
mengenai kepimpinann menggunakan skala Likert.
iii. Pandangan pegawai mengenai kakitangan sokongan
13
RESEARCH METHODOLOGY (BBRC 4103)

5.3.2 Soal selidik kepada kakitangan sokongan


i. i. Latarbelakang :keluarga dan juga pendidikan
ii. Pandangan beliau mengenai kepimpinan berkesan : 20 soalan
mengenai kepimpinann menggunakan skala Likert.
iii. Pandangan kakitangan sokongan terhadap pegawai

6.0 JADUAL PROJEK PENYELIDIKAN


Carta gantt : mesti ada pendahuluan dan lukisan carta gantt

7.0 ANGGARAN KOS PROJEK

Pendahuluan dan table untuk perbelanjaan

8.0 penutup
Dengan perancangn yang teliti dan berdsarkan fakta terdahulu dari sorotan karya
yang telah dibaca oleh penyelidik diharapkan akajian ini dapat dijalankan dengan
sebaik=-baiknya.

RUJUKAN

14