Anda di halaman 1dari 19

7 Keistimewaan Lailatul Qadar

Posted 01/08/2013 by Shafi-Q in Al-QUR'AN, Hot Ramadhan. Tagged: Al Quran, ‘Lailatul Syaraf’, ‘Lailatul


Tajalli’, berkat/berkah, Lailatul Qadar, malaikat, malam kemuliaan, salam sejahtera. 3 Comments

‫ـــــــيم‬
ِ ‫ـــــــــم ٱهللِ ٱل َّر ۡحـ َم ٰـ ِن ٱل َّر ِح‬
ِ ‫ِب ۡس‬
‫آل ُم َح َّم ٍد‬ َ
ِ ‫ص ِّل َعلى ُم َح َّمد َو َعلى‬ َ َ ‫اللَّ ُه َّم‬

.
Setiap umat Islam pasti teringin bertemu ‘Lailatul Qadar’ iaitu malam penuh rahmat dan kemuliaan.
Malam yang mempunyai 7 keistimewaan ini begitu utama dari malam-malam yang lain kerana ia hanya
boleh ditemui setahun sekali sahaja iaitu pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan.
 
Perkara itu dijelaskan dalam firman Allah ‫سبحانه وتعالى‬:
٢﴿ ‫ َو َما أَدْ َرا َك َما َل ْي َل ُة ا ْل َقدْ ِر‬ ﴾١﴿ ‫نز ْل َناهُ فِي َل ْي َل ِة ا ْل َقدْ ِر‬
َ َ‫إِ َّنا أ‬ 
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Al-Qadar. Tahukah
kamu apakah Lailatul Qadar itu?”
(Surah Al-Qadar; Ayat 1 – 2)
.
.
7 Keistimewaan Lailatul Qadar tersebut adalah:~
.
1. Waktu Diturunkan Al-Quran
.
Lailatul Qadar menunjukkan keistimewaan kerana pada malam inilah Allah ‫ سبحانه وتعالى‬menurunkan kitab
suci utama iaitu Al-Quranul Karim.
.
Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan, “Allah menurunkan Al-Quran secara keseluruhan sekaligus
dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul’ Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al-
Quran kepada Rasulullah  ‫ﷺ‬ tersebut secara beransur-ansur sesuai dengan peristiwa dan
kejadian yang berlaku sepanjang 23 tahun.”
.
.
2. Lebih Baik Dari 1000 Bulan
.
Keutamaan Lailatul Qadar sungguh luar biasa kerana malam ini lebih baik dari 1000 bulan dan
bersamaan dengan 83 tahun.
Allah ‫ سبحانه وتعالى‬berfirman;
َ ِ‫َل ْي َل ُة ا ْل َقدْ ِر َخ ْي ٌر مِنْ أَ ْلف‬
‫ش ْه ٍر‬
“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 3)
.
An Nakha’I dalam ‘Latha-if Al Ma’arif’ menyatakan, “Amalan di lailatul qadar lebih baik dari
amalan di 1000 bulan.” Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahawa yang
dimaksudkan dengan lebih baik dari seribu bulan adalah solat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik
dari solat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar. (Zaadul Masiir).
.
.
3. Malam Penuh Keberkatan
.
Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan berdasarkan firman Allah ‫سبحانه وتعالى‬,

َ ‫إِ َّنا أَ ْن َز ْل َناهُ فِي َل ْي َل ٍة ُم َب‬


َ‫ار َك ٍة إِ َّنا ُك َّنا ُم ْنذ ِِرين‬
“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan
sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.”
(Surah Ad Dukhan; Ayat 3)
.
‘Malam penuh berkat’ ini adalah malam ‘Lailatul Qadar’ dan ini juga menunjukkan keistimewaan malam
tersebut. Ramai malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar kerana banyaknya keberkatan pada malam
tersebut dan turunnya malaikat menandakan melimpahnya berkat dan rahmat.
.
.
4. Turunnya Jibril Dan Para Malaikat
.
Keistimewaan Lailatul Qadar diiringi juga dengan turunnya para malaikat yang diketuai oleh ‘Ar
Ruuh’ iaitu malaikat Jibril pada malam al-Qadr dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-
gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan seikhlas hati.
Allah ‫ سبحانه وتعالى‬berfirman,
‫ح فِي َها ِبإِ ْذ ِن َر ِّب ِهم‬ ُّ ‫َت َن َّزل ُ ا ْل َماَل ِئ َك ُة َو‬
ُ ‫الرو‬
“Pada Malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 4)
.
Keistimewaan ‘Ar Ruuh’ atau Malaikat Jibril yang disebut dalam ayat di atas adalah bagi menunjukkan
kemuliaan (keutamaan) malaikat tersebut.
Sebagaimana malaikat turun ketika ada yang membacakan Al-Quran, mereka juga akan mengelilingi
orang-orang yang berada dalam majlis zikir dan majlis ilmu. Para malaikat akan meletakkan sayap-sayap
mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat sangat mengagungkan mereka. (Tafsir Al-Quran Al ‘Azhim,
14: 407)
.
.
5. Malam Kesejahteraan
.
Lailatul Qadar disifatkan sebagai keutamaan luar biasa dan kesejahteraan kerana pada malam itu
malaikat turun untuk mengucapkan “Salam Sejahtera” kepada seluruh penduduk bumi.
Firman Allah ‫;سبحانه وتعالى‬
‫ساَل ٌم ه َِي َح َّتى َم ْط َل ِع ا ْل َف ْجر‬
َ
“Sejahteralah Malam (yang penuh berkat) itu hingga terbit fajar!”
(Surah Al-Qadar; Ayat 5)
.
Mujahid menyatakan, “Malam tersebut penuh keselamatan di mana syaitan tidak dapat berbuat apa-
apa di malam tersebut, baik berbuat buruk atau mengganggu yang lain.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim).
Juga boleh membawa makna bahawa malam tersebut, banyak yang terselamat dari hukuman dan seksaan
kerana mereka melakukan ketaatan pada Allah ‫( سبحانه وتعالى‬pada malam tersebut).
.
.
6. Dicatatkan Takdir Tahunan
.
Lailatul Qadar adalah malam penulisan dan dicatatkan takdir tahunan. Imam Nawawi rahimahullah
dalam ‘Syarh Muslim’ bahawa catatan takdir tahunan tersebut tentu saja didahului oleh ilmu dan
penulisan Allah ‫س بحانه وتع الى‬. Takdir ini nantinya akan diperlihatkan kepada malaikat dan ia akan
mengetahui yang akan terjadi dan mereka akan melaksanakan tugas yang diperintahkan untuknya.
.
Allah ‫ سبحانه وتعالى‬berfirman,
‫ِيم‬
ٍ ‫فِي َها ُي ْف َر ُق ُكل ُّ أَ ْم ٍر َحك‬
“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”
(Surah Ad Dukhan; Ayat 4)
.
Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menerangkan bahawa pada Lailatul Qadar akan diperhalusi di
Lauhul Mahfuzh mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal maut
dan rezeki. Dan turut juga akan dicatat segala sesuatu hingga akhir dalam
setahun. Demikian juga diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar, Abu Malik, Mujahid, Adh Dhahhak dan ulama
salaf lainnya.
.
Allah ‫ سبحانه وتعالى‬berfirman,
ِ ‫ت ۖ َو ِعن َدهُۥٓ أ ُ ُّم ٱ ْل ِك ٰ َت‬
‫ب‬ َ ‫وا ٱهَّلل ُ َما َي‬
ُ ‫شآ ُء َو ُي ْث ِب‬ ۟ ‫َي ْم ُح‬
“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia
kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umulkitab (Lohmahfuz).”
(Surah Ar Ra’d; Ayat 39)
.
.
7. Dosa Diampunkan
.
Dosa setiap orang yang menghidupkan malam ‘Lailatul Qadar’ akan diampunkan oleh Allah ‫س بحانه‬
‫وتعالى‬.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda,
‫ِسا ًبا ُغف َِر َل ُه َما َت َق َّد َم مِنْ َذ ْن ِب ِه‬ ْ ‫َمنْ َقا َم َل ْي َل َة ا ْل َقدْ ِر إِي َما ًنا َو‬
َ ‫احت‬
“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap
pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.”
(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)
.
Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan bahawa yang dimaksudkan ‘iimaanan’ (kerana iman) adalah
membenarkan janji Allah ‫ س بحانه وتع الى‬iaitu pahala yang diberikan kepada orang yang menghidupkan
malam tersebut. Manakala ‘ihtisaaban’ bermakna mengharap pahala dari sisi Allah ‫سبحانه وتعالى‬, bukan
kerana mengharap selainnya seperti berbuat riyak. (Fathul Bari)
.
.
‘Lailatul Qadar’ juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan
atau ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah ‫س بحانه وتع الى‬ melimpahkan cahaya dan hidayahNya
kepada orang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
Orang yang beribadah sepanjang tahun tentu lebih cerah dan mudah mendapatkan 7 keistimewaan dan
kemuliaan malam tersebut kerana ibadahnya bersifat kekal, tetap, ikhlas dan konsisten berbanding
dengan orang yang beribadah jarang-jarang.
“Ya Allah! Mudahkanlah bagi kami meraih keistimewaan Lailatul Qadar di hari-hari
terakhir bulan Ramadhan tahun ini dengan kami berupaya mengisinya dengan seikhlas
hati bersolat, berzikir dan beramal soleh tanpa rasa mengantuk.”
Aaminnn Yaa Rabbal Alamin…
Malam al-Qadar (Lailatul Qadar)
.
Salah satu kelebihan yang Allah SWT berikan untuk umat Islam dalam bulan Ramadhan ialah ‘Malam al-
Qadar’. Lailatul Qadar juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan
dan ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada
orang yang berpuasa pada siang hari dan beribadat pada sebelah malamnya.
.
Dalam Surah al-Dukhan, ayat 2, Allah SWT telah berfirman: “Sesungguhnya Kami telah turunkan
al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kami-lah yang
memberi peringatan.” dan firman-Nya lagi dalam Surah al-Qadr, ayat 1 hingga 3: “Sesungguhnya
Kami menurunkannya (Al_Quran) pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul
Qadar itu?  Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan.”
.
Ini bererti sesiapa yang beribadat pada malam-malam tersebut digandakan pahala dan diberikan
ganjaran yang amat tinggi di sisi Allah SWT. Gandaan pahala melakukan ibadah pada malam ini
dikatakan mempunyai nilai lebih 29,500 kali ganda. Maka ianya boleh dijadikan perangsang kepada umat
mukmin bagi melipat-gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-Mubarak.
.
Malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang
beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Pada malam ini juga turunnya para
Malaikat bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
.
Allah SWT amat Penyayang kepada hamba-Nya sekiranya kita tidak berputus asa dan menggunakan
sepuluh malam terakhir ini bagi menebus kesilapan seumur hidup kita yang lalu.
Firman Allah SWT:  “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh
hikmah.”  (Al-Dukhan : 4)
Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ ialah pada malam tersebut Allah menentukan takdir setiap
makhluk baik berupa rezeki, umur, sakit atau sihatnya seseorang dan ajal manusia untuk jangka masa
setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun hadapan.
.
.
Amalan Pada Malam Lailatul Qadar
.
Menggandakan amalan sunat pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan
kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
1. Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan Qiamullail.
2. Habiskan malam beramal ibadat di masjid (beriktikaf).
3. Solat Qiamulail sebanyak mungkin.
4. Solat Tarawih 20 rakaat, tanpa witir.
5. Bermula 12 malam, Solat Tahajud 8 rakaat dan Solat Witir 3 rakaat.
.
.
 Itikaf Lailatul Qadar
.
Itikaf ini dikenali juga sebagai ‘Iktikaf Asyrul-Awahir’. Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah
masuk ke dalam masjd sebelum terbenam matahari kedua puluh Ramadhan dan waktu tamat iktikaf ialah
selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan. Iktikaf menjadi sunnah muakkad jika
dilakukan di bulan Ramadhan terutama pada 10 terakhir Ramadhan.
.
Pada hari-hari tersebut Rasululllah SAW. mengajak isteri dan keluarga serta para sahabat Baginda
menghidupkan malam dan mengisinya dengan pelbagai kegiatan ibadah yang menunjukkan ‘taqarrub‘
(mendekatkan diri) kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT: “Dan janganlah dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan
kamu beriktikaf di dalam masjid.”   (Al-Baqarah: 187)
.
Daripada Aishah r.a telah berkata : “Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir
Ramadhan , baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk
merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya
(bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan).” ( Muttafaqun alaih)
Daripada Aishah r.a bahawa Nabi SAW beriktikaf pada 10 terakhir dari Ramadhan sehingga diwafatkan
Allah, kemudian diteruskan isteri-isteri baginda.. ( muttafaqun alaih)
Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata : “Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap kali Ramadhan
pada 10 hari, tetapi beriktikaf 20 hari pada tahun kewafatan Baginda SAW.” ( Riwayat al-Bukhari, Abu
Daud dan Ibn. Majah).
.
.
Amalan Rasulullah SAW Di Malam Lailatul Qadar
.
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadar dengan penuh
keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi (ketakwaan), maka akan
dihapuskan semua dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Abu Hurairah, Bukhari dan
Muslim).
.
Antara amalan yang dilakukan Rasululah SAW dan para sahabat pada malam-malam terakhir Ramadhan
ialah:
 Mandi, berpakaian cantik dan berwangi-wangian.
 Beriktikaf iaitu mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
 Mengejutkan keluarga agar bangun beribadah.
 Uzlah (tidak mendekati) isteri.
 Memperbanyakkan amal ibadat dan berqiamulail di masjid atau surau.
 Menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji hadith, tafsir dan sirah nabi.
 Memperbanyakkan bertasbih, tahmid, takbir, istighfar dan bersalawat.
 Membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah.
 Bersolat Tarawih, Witir, Tahajud, Taubat dan solat Hajat.
 Bertaubat daripada segala kesalahan dan dosa selama ini.
 Berdoa ke hadrat Ilahi. Baginda SAW sering membaca doa:  “Wahai Tuhan kami!
Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat
serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”
 Berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.
Daripada Amru bin ‘Ash, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat pada malam Ramadhan dan
membaca 10 ayat daripada Al-Quran, maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”    (Hadis
Riwayat Abu Daud r.a.)
.
Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun meninggalkan iktikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan
sehinggalah baginda wafat. Isteri-isteri baginda juga turut beriktikaf bersama-samanya ketika baginda
hidup dan selepas baginda wafat.
Amalan Tengah Malam Lailatul Qadar
.
Di antara amalan-amalan yang disunatkan semasa Qiamullail, iaitu mulai 12.00 tengah malam ialah;
1. Mengambil wuduk dan mendirikan Solat Sunat Wuduk.
2. Membaca surah Ali Imran; ayat 190 –200.
3. Solat Sunat Tahajjud – bagi memantapkan iman dan akidah tauhid.
4. Solat Sunat Hajat dan berdoa kepada Allah mohon dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
5. Membaca Al-Quran.
6. Beristighfar dan berzikir

.
.
     7.  Bertasbih dan berselawat
.
.
     8.  Bersolat Sunat.
1. Solat Sunat Taubat – Mohon keampunan.
2. Solat Sunat Tasbih – Mengagungkan Yang Maha Esa.
3. Solat Sunat Lailatul Qadar – Tanda Syukur dapat meraih Malam Berkat.
4. Solat Sunat Witir. – Solat Penutup
.
.
.
BERDOA
.
a.  Saat Makbul Doa
Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta
keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan
bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doanya dikabulkan Allah. Oleh kerana itu
perbanyakkanlah doa pada malam itu, khususnya pada:
1. Masa berlalunya separuh malam.
2. Ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.
Ulama tasauf dan fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: “Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai
daripada mengerjakan solat. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan
doanya kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab.”
.
.
b.  Doa Bertemu Lailatul Qadar
Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para
malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca:

.
Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada
Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar (bertepatan dengan
malam Qadar), maka apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: “Bacalah:
ْ ‫ف َع ِّن ْى َو‬
‫اغف ِْرلِى‬ ْ ‫ َف‬،‫ِب ا ْل َع ْف َو‬
ُ ‫اع‬ ُّ ‫اَل َّل ُه َّم ِا َّن َك َعفُ ٌّو َك ِر ْي ٌم ُتح‬.
“Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”
Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka
mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku.
 .
.
c. Doa Di Malam Al-Qadar
.
Berikut ini adalah salah satu doa di malam-malam Al-Qadar: malam ke 19, 21, dan ke 23 Ramadhan;
.
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
‫اللهم صل على محمد وآل محمد‬
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad
 Ya Allah! Sampaikan selawat kepada Rasulullah SAW dan keluarganya
ً‫ت َل َك َع ْبداً دَ اخِرا‬ َ ‫اَل َّل ُه َّم ِا ِّني اَ ْم‬
ُ ‫س ْي‬
Allâhumma innî amsaytu laka ‘abdan dâkhiran,
Ya Allah! Malam ini daku datang kepada-Mu sebagai hamba-Mu yang hina,

ُ ‫ف َع ْن َها‬
ً‫س ْوءا‬ ُ ‫ص ِر‬ َ َ‫الَ اَ ْملِ ُك لِ َن ْفسِ ي َن ْفعا ً َوال‬،
ْ َ‫ َوالَ ا‬،ً‫ض ّرا‬
lâ amliku linafsî naf’an wa lâ dharrâ, wa lâ ashrifu ‘anhâ sûan,
yang tidak mempunyai kemampuan untuk memberi manfaat dan mudarat dan tak
mampu menyingkirkan keburukan dari diriku.
‫ َوقِ َّل ِة ِح ْي َلتِي‬،‫ف قُ َّوتِي‬ ُ ‫ َواَ ْع َت ِر‬،‫ش َه ُد ِب َذلِ َك َع َلى َن ْفسِ ي‬
َ ‫ف َل َك ِب‬
ِ ‫ض ْع‬ ْ َ‫ا‬،
Asyhadu bidzâlika ‘alâ nafsî, wa a’tarifu laka bidha’fi quwwatî wa qillati hîlatî
Dengan itu daku bersaksi atas diriku dan mengakui di hadapan-Mu tentang
kelemahanku dan ketidakupayaanku,

َ ‫ َف‬،
ِ ‫صل ِّ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو‬
‫آل ُم َح َّم ٍد‬
Fashalli ‘alâ Muhammadin wa âli Muhammad
sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad,
‫ت مِنَ ا ْل َم ْغف َِر ِة فِي َه ِذ ِه ال َّل ْي َل ِة‬
ِ ‫واَ ْن ِج ْز لِي َما َو َعدْ َتنِي َو َج ِم ْي َع ا ْل ُم ْؤ ِم ِن ْينَ َوا ْل ُم ْؤ ِم َنا‬،
َ
wa anjizlî mâ wa’adtanî wa jamî’al mu’minîna wal mu’minât minal maghfirati fî hâdzihil laylah
kurniakan  padaku malam ini, pengampunan dari-Mu sebagaimana telah Dikau
janjikan padaku, pada kaum mukminin dan mukminat,
‫َواَ ْت ِم ْم َع َل َّي َما آ َت ْي َتنِي‬
wa atmim ‘alayya mâ ataytanî
sempurnakan padaku apa yang telah Dikau kurniakan padaku,
ُ‫ف ا ْل َفقِ ْي ُر ا ْل َم ِه ْين‬
ُ ‫الض ِع ْي‬
َّ ْ ‫ َف ِا ِّني َع ْب ُد َك ا ْلم‬.
ُ‫ِس ِك ْينُ ا ْل ُم ْس َت ِك ْين‬
fainnî ‘abdukal miskînul mustakîn, adhdha’îful faqîrul mahîn
kerana aku adalah hamba-Mu yang miskin dan papa, lemah, fakir dan hina.
‫اَل َّل ُه َّم الَ َت ْج َع ْلنِي َناسِ يا ً لِذ ِْك ِر َك فِ ْي َما اَ ْو َل ْي َتنِي‬،
Allâhumma lâ taj’alnî nâsiyan lidzikrika fîmâ awlaytanî
Ya Allah! Jangan biarkan daku lalai untuk  mengingat-Mu, dalam pertolongan yang
telah Dikau berikan,
‫سا ِن َك فِ ْي َما اَ ْع َط ْي َتنِي‬
َ ‫والَ ِال ْح‬،
َ
wa lâ li-ihsânika fîmâ a’thaytanî
dan kebaikan yang telah Dikau anugerahkan.
‫سا مِنْ ا َِجا َب ِت َك َواِنْ اَ ْب َطأ َ َت َع ِّني‬
ً ‫والَ ِآي‬،
َ
wa lâ âyisan min ijâbatika wa in abtha’ta ‘anni
Janganlah jadikan daku orang yang berputus asa dari balasan-Mu
walaupun Dikau menundakannya,
ٍ ‫ اَ ْو شِ َّد ٍة اَ ْو َر َخ‬،‫اء‬
‫اء‬ َ ‫اء اَ ْو‬
َ ‫ض َّر‬ َ ‫س َّر‬
َ ‫فِي‬،
fî sarra’ aw dharra’ aw syiddatin aw rakhâ’
dalam suka atau duka, bahagia atau derita,
‫اء‬ َ ‫اء ِا َّن َك‬
َ ‫س ِم ْي ُع الد‬
ِ ‫ُّع‬ ٍ ‫ اَ ْو ُب ْؤ‬،‫اَ ْو َعافِ َي ٍة اَ ْو َبالَ ٍء‬
َ ‫س اَ ْو َن ْع َم‬
aw ‘âfiyatin aw bala’, aw bu’sin aw na’mâ’, innaka samî’ud du’â’.
dalam keselamatan atau bencana, sengsara atau kenikmatan. Sesungguhnya Dikau
Yang Maha Mendengar permohonan doa!
(Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 3)
.
.
Amalan Orang Uzur (Malam 21-30)
.
Cara beramal orang uzur di malam Lailatul Qadar.
 .
1) Kepada orang tua dan lemah, telah dikira beramal Al Qadar sekiranya solat Maghrib, Isyak dan
Tarawih berjemaah.
Solat berjemaah sangat diutamakan pada malam akhir Ramadhan. Imam Malik dan Imam Syafie
berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil
bahagiannya daripada malam itu.”
.
2) Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang, bacalah:
 Ayat akhir surah Al Baqarah
 Ayat Kursi
 Surah Yaasin
 Surah Al Zalazah
 Surah Al Qafirun
 Surah Al Ikhlas
.
3) Bagi orang yamg kuat dan cergas;
 Bangunkan isteri dan anak
 Mandi, bersuci dan berwuduk
 Solat malam – Tahajjud,Taubat,Tasbih,Hajat,Istikharah
 Baca Al Quran.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa bangun pada malam lailatulqadar kerana dorongan
iman dan mengharapkan pahala, maka diampunkan dosa-dosanya
terdahulu.” (Muttafaqun ‘alaih).
.
.
 Fadilat Lailatul Qadar
.
Jika 10 hari pertama adalah bulan penuh kerahmatan; 10 hari pertengahan Ramadhan sebagai hari
pengampunan segala dosa; Maka 10 hari terakhir Ramadan ialah kemunculan malam penuh
berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Padanya terdapat ‘Malam al-Qadar’ yang dinanti-
nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa.
.
Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah
kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu kecuali
orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat
Ibnu Majah)
.
.
.
TANDA LAILATUL QADAR
.
Ketenangan yang dirasai pada malam al-Qadar ini bersempena turunnya malaikat beserta pelbagai
rahmat dan berkat untuk hamba-Nya yang benar-benar menghayati kedatangannya. Firman Allah
SWT.: “Turunlah malaikat dan rohnya dengan izin Allah. Selamatlah malam itu hingga
terbit fajar.”   (Surah al-Qadr, ayat 5 – 6).
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Pada saat berlakunya Lailatul Qadaritu, malam terasa jernih,
terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi
harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu
awan.”     (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).
.
Sebahagian ulama berpendapat, orang yang mendapat al-Qadar itu akan melihat beberapa
tanda antaranya ialah:
a.  Tanda malam Qadar ialah :
 Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
 Alam terang benderang walaupun berada di tempat gelap.
 Segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
 Tiada kedengaran suara salakan anjing.
 Mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka.
 Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita
tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
.
b.  Tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah:
 Pada paginya terbit matahari dengan bentuk putih bersih bagai bulan penuh.
 Sinar mentarinya tidak terasa terlalu panas walaupun cahaya cerah memancar.
 Alam dan udara terasa begitu segar dan bersih.
 Terasa seperti diperkenankan segala doanya.
 .
Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran dari Allah Ta’ala
biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Tujuan disembunyikan malam Lailatul Qadar itu mempunyai hikmahnya tersendiri supaya kita berusaha
mencarinya, meningkatkan ibadat pada semua malam dan untuk menguji keimanan Islam terhadap janji
Allah SWT.
.
Lailatul Qadar adalah satu malam untuk Allah berikan kelebihan berlipat ganda kepada orang yang
meyakini janji Allah. Mereka bersungguh merebut peluang di penghujung Ramadan yang tidak diperoleh
pada bulan lain.
Nabi SAW bersabda: “Apabila malam akhir Ramadhan maka menangislah langit dan bumi
serta malaikat kerana musibah yang menimpa umatku.” Sahabat bertanya: Apakah musibah
itu? Rasulullah menjawab: “(Musibah) kerana perginya Ramadhan kerana dalam bulan ini
doa dimakbulkan semua sedekah di terima dan semua kebaikan dilipat gandakan
pahalanya serta seksaan ditolak.” (Hadis diriwayatkan oleh Jabir)
.
.
Diharapkan semoga anda semua mengisi malam tersebut dengan pelbagai ibadah yang disarankan dan
menjauhkan diri daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh
kebaikan dan keberkatan.
Bersamalah kita mengimarahkanlah 10 malam terakhir Ramadhan dengan beribadat kepada Allah SWT
secara ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita mendapat kurniaan Allah SWT yang kelebihan
pahalanya melebihi 1,000 bulan atau 83 tahun umur kita.

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan

kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan  malam yang ditunggu-tunggu oleh

seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan

yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis

Rasulullah s.a.w  di antaranya firman Allah s.w.t.

Sebab turun Surah Al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain.

Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut

ialah Nabi s.a.w telah menyebut temtang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah

menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang islam pun kagum di

atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat tersebut.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani

Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada
Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada

Rasulullah bahawa Allah s.w.t menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca

surah Al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau

kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada

malam Lailatul qadar. Ianya satu malam yang menyemai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah  s.a.w menyebut

Maksudnya: ‘ Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan ramadhan lebih daripada yang

lainnya.

Rasulullah s.a.w melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi

baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: ‘ Nabi s.a.w apabila masuk 10 akhir ramadhan baginda mengikat kainnya.Menghidupkan malam

dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud

bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar

Kerana mulianya Lailatul Qadar, Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya umatnya bersedia

menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang

diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya,

"Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang

lainsedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu."

Rasulullah s.a.w sendiri menjadi contoh yang baik dalam menghayati malam Lailatul Qadar

terutama 10 malam yang akhir daripada bulan ramadhan dengan beriktikaf di masjid mengerjakan

pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. katanya:

Maksudnya:" Biasanya Rasulullah s.a.w berusaha dengan bersungguah-sungguh memperbanyakkan amal ibadat

pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bersedialah

dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil

dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil tersebut ialah 21,23,25,27 dan 29 dari bulan ramadhan. Dalam pada itu,

terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam lailatuqadar  itu pernah di temui

dalam zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23

ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w menjawab

pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa lalilatulqadar supaya ianya bersedia

dan menghayatinya.Baginda menjelaskan malam lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari

keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam lailatulqadar itu

berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari

bulan ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam  lailatulqadar itu tetap dirahsiakan

oleh Allah s.w.t supaya setiap umat islam menghayati 10 malam yang akhir daripada ramadhan

dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya

dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di

dunia mahupun di akhirat.

Doa Khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1.    Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagaimana kiranya saya mengetahui malam

lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa

yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka

memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku." Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para

alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan

telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu
malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah

di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang

dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting

yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1.     Menghayati malam tersebut dengan beribadah.

2.     Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan   dituntut

menghayatinya dengan amal ibadah.

3.    Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan

keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita

bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh

mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam

Lailatulqadar:

 Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di
segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
 Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
 Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
 Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak

semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya

untuk menemui malam Lailatulqadar.


Lailatul Qadar (kelebihan dan tanda-tandanya)
9 Agustus 2012 pukul 4:08
 
Salah satu topic pembicaraan yang hangat dalam bulan Ramadhan adalah lailatul qadar. Lailatul qadar adalah
satu malam yang mulia yang Allah berikan khusus untuk umat Nabi Muhammad yang lebih dikenal dengan
kelebihannya sebagai malam yang lebih baik dari seribu malam.
Dinamakan lailatul qadar karena Allah ta`ala pada malam tersebut Allah mendhahirkan semua kadar segala
sesuatu yang telah ada dalam azali, baik kadar rizki seseorang, kadar ajal, sakit, bala, musibah, hujan, angin dll
hingga tahun depan dan diserahkan kepara empat pemimpin malaikat; Jibril, Mikail, Israfil, dan `izrail.[1]Ini
adalah pendapat pendapat Ibnu `Abbas yang dipilih mayoritas ulama.[2]
Pada  lailatul qadar Allah turunkan al-Quran pada malam ini secara menyeluruh ke satu tempat di langit yang
disebut dengan Baitul `Izzah kemudian baru diturunkan secara berangsur-angsur kepada Nabi Muhammad
berdasarkan kejadian di bumi.[3]
 
Kelebihan lailatul qadar
 
Ada tiga hal yang menjadikan lailatul qadar lebih mulai dari malam lainnya sebagaimana Allah sebutkan
dalam surat al-Qadr:[4]  
 
1.       Malam yang lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 3 bulan)
Firman Allah :
ِ ‫لَ ْيلَةُ ْالقَ ْد ِر خَ ْي ٌر ِم ْن أَ ْل‬
‫ف َشه ٍْر‬
   Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
Ada beberapa riwayat yang menceritakan perihal diturunkan surat al-Qadar yang berhubungan dengan
kelebihan lailatul qadar ini. Menurut satu pendapat, pada masa dahulu seseorang baru dikatakan `abid/ahli
ibadah bila ia telah beribadah selama seribu tahun, maka Allah menjadikan bagi umat Nabi Muhammad satu
malam pada lailatul qadar lebih baik dari seribu bulan umat terdahulu.
Syeikh Abu Bakar al-Waraq mengatakan bahwa masa kekuasaan Nabi Sulaiman sebagai raja adalah lima ratus
tahun, masa kekuasaan Raja Zulkarnain juga lima ratus tahun, maka Allah menjadikan bagi umat Nabi
Muhammad beramal satu malam pada lailatul qadar lebih baik dari kekuasaan seribu tahun.
Ibnu Mas`ud menceritakan bahwa Rasulullah menceritakan kepada para shahabat bahwa seorang laki-laki dari
Bani Israil yang berperang selama seribu bulan, mendengar cerita tersebut para shahabat merasa kagum, maka
Allah menurutkan surat al-Qadar. Maka lailatul qadar lebih baik dari pada seribu bulan bani israil tersebut
berperang dijalan Allah.
Berkata Ka`b al-Akhbar : seorang raja Bani Israil yang shaleh, maka Allah wahyukan kepada salah seorang
Nabi masa tersebut untuk menanyakan cita-cita raja tersebut, maka raja tersebut mengatakan bahwa ia bercita-
cita berjihad dijalan Allah dengan hartanya, anaknya dan jiwa raganya. Maka Allah karuniakan kepadanya
seribu anak. Kemudian ia latih anaknya dengan hartanya untuk berperang dijalan Allah, dan anak tersebutpun
berjihad selama sebulan dan syahid dijalan Allah. Maka ia latih anak yang lain untuk berjihad yang akhirnya
juga syahid setelah berjihad selama sebulan demikianlah satu persatu anaknya syahid dalam waktu seribu
bulan. Hingga akhirnya iapun turut berperang dan akhirnya juga syahid. Mendengar kisah ini sebagian
shahabat berkata; tidak ada seorang pun yang mampu mendapatkan martabat raja ini. Maka Allah turunkan
surat al-Qadar.
Berkata `Ali dan `urwah : Nabi menyebutkan empat orang dari kalangan bani Israil, mereka beribadah kepada
Allah selama delapan puluh tahun dan tidak berbuat maksiat kepada sekejap matapun. Mereka adalah Nabi
Ayyub, Nabi Zakaria, Khirqil bin al-Ajuz, dan Yusya` bin Nun, mendengar hal tersebut para shahabat merasa
takjub. Maka datanglah Malaikat Jibril dan berkata : Ya Muhammad, umatmu merasa kagum atas ibadah
mereka selama 80 tahun yang tidak berbuat maksiat kepada Allah sekejab matapun. Maka sungguh telah Allah
turunkan atas engkau sesuatu yang lebih baik dari itu. Kemudian malaikat Jibril membaca surat al-Qadar.
Maka senanglah Rasulullah SAW.[5]
   
2.       Turun malaikat kebumi
Firman Allah:
 
‫تَنَ َّز ُل ْال َماَل ئِ َكةُ َوالرُّ و ُح فِيهَا ِبإِ ْذ ِن َربِّ ِه ْم ِم ْن ُكلِّ أَ ْم ٍر‬
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala
urusan.
 
Pada lailatul qadar para malailat turun kebumi, hal ini disebabkan bahwa dahulu para malaikat pernah
mempertanyakan penciptaan manusia kepada Allah yang disebutkan oleh para malaikat sebagai makhluk
penumpah darah. Manakala kenyataan terjadi sebaliknya maka para malaikat turun untuk memberi salam dan
meminta maaf serta memohon keampunan Allah untuk manusia yang lalai.
 
Ibnu Abbas berkata : berkatalah Nabi SAW; apabila adalah lailatul qadar turunlah para malaikat penghuni
siratul muntaha, diantaranya malaikat Jibril. Para malaikat tersebut turun dengan membawa bendera yang
pancangkan atas kuburku, Baitul Maqdis, Masjidil Haram, bukit Thursina, mereka tidak meninggalkan orang
mukmin dan mukminat kecuali mereka salami kecuali orang yang selalu minum khamar, memakan babi, dan
berinai dengan za`faran.[6]
Kalimat ruh dalam ayat tersebut menurut pendapat yang kuat dimaksudkan malaikat jibril.[7]
Sebagian ulama mengatakan bahwa pada lailatul qadar datang nur dari langit hingga ke bumi dan semua
makhluk sujud termasuk tumbuh-tumbuhan, pohon-pohonan dan air sungai. Sebagian ulama mengatakan
bahwa itu adalah nur kayu thuba, pendapat lain mengatakan bahwa itu adalah nur ketaatan,  nur rahmat, nur
sayap malailat, nur liwaul hamdi, dan ada juga pendapat bahwa itu adalah nur liwaul hamdi.[8]
Makna sujud pepohonan disini tidaklah mesti diartikan ia sujud seperti layaknya sujud manusia, namun ia
sujud dengan caranya masing-masing yang berbeda dengan cara sujud manusia. Seperti halnya pohon-pohon
yang selalu bertasbih kepada Allah, mereka bertasbih dengan cara mereka sendiri.  
 
3.       Kesejahtraan(salam) hingga fajar
Firman Allah:
ْ ‫َساَل ٌم ِه َي َحتَّى َم‬
‫طلَ ِع ْالفَجْ ِر‬
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
Asy-Sya`by mengatakan: salam tersebut adalah salam malaikat kepada ahli masjid semenjak terbenam
matahari hingga terbit fajar. Pendapat lain mengatakan bahwa lailatul qadar adalah malam keselamatan karena
pada malam tersebut syaithan tidak dapat berbuat keburukan.
 
Kapan datangnya Lailatul Qadar?
 
Mengenai kapan datangnya lailatul qadar terjadi khilaf diantara para ulama, bahkan ada yang berpendapat
bahwa lailatul qadar bukan hanya berada pada bulan Ramadhan, tetapi hanya saja ia sering berada pada bulan
Ramadhan. Sebagian ulama mengatakan bahwa lailatul qadar berada dalam malam yang sama dalam setiap
tahun. Menurut satu pendapat ia berada pada malam sepuluh terakhir  terutama pada malam ganjil yaitu pada
malam 21 ramadhan. Menurut pendapat lainnya lailatul qadar berada pada malam 23, dan ada juga yang
mengatakan pada malam 27. Pendapat 27 ini dikuatkan oleh beberapa kalangan dengan dalil bahwa jumlah
kalimat dalam surat al-Qadar adalah 30 sama dengan jumlah bulan, kalimat  ‫ هي‬ tepat berada pada urutan ke 27
dan  jumlah huruf kalimat lailatul qadar adalah 9 serta kalimat tersebut disebut dalam surat tersebut sebanyak 3
kali maka 9x3 =27.[9]
Menurut pendapat lain lailatul qadar dapat diketahui dengan melihat awal malam bulan Ramadhan. Ketentuan
tersebut yaitu:[10]

1. Bila awal Ramadhan pada hari ahad atau rabu maka lailatul qadar jatuh pada malam 29.
2. Bila awal Ramadhan pada hari senin maka lailatul qadar jatuh pada malam 21
3. Bila awal Ramadhan pada hari selasa atau jum`at maka lailatul qadar jatuh pada malam 27
4. Bila awal Ramadhan pada hari kamis maka lailatul qadar jatuh pada malam 25
5. Bila awal Ramadhan pada hari sabtu maka lailatul qadar jatuh pada malam 23

Syeikh Abu Hasan mengatakan bahwa semenjak beliau baligh tidak pernah ketinggalan lailatul qadar
berdasarkan ketentuan diatas.
 
Menurut pendapat yang lain :
 

1. Bila awal Ramadhan pada hari jum`at dan senin maka lailatul qadar jatuh pada malam 29.
2. Bila awal Ramadhan pada hari sabtu dan kamis maka lailatul qadar jatuh pada malam 21
3. Bila awal Ramadhan pada hari ahad dan rabu maka lailatul qadar jatuh pada malam 27
4. Bila awal Ramadhan pada hari selasa maka lailatul qadar jatuh pada malam 25
 
Kesimpulannya sangat banyak khilaf tentang waktu yang pasti kapan datangnya lailatul qadar, sehingga kita
tidak menentukan secara pasti kapan sebenarnya dating lailatul qadar.  Ini merupakan rahasia Allah supaya
manusia menghidupkan seluruh malam ramadhan untuk beribadat. Sebagaimana Allah menyembunyikan
ridhanya pada perbuatan ta`at supaya manusia mengerjakan semua perbuatan ta`at, Allah menyembunyikan
diqabulnya doa supaya manusia selalu berdoa dengan sungguh-sungguh, Allah menyembunyikan ismul
A`dham diantara nama-namaNya supaya manusia memanggilNya dengan seluruh namaNya. Allah
menyembunyikan mati supaya manusia merasa takut mati, demikian juga Allah menyembunyikan lailatul
qadar supaya manusia beribadah dalam semua malam bulan Ramadhan [11].
 
Tanda lailatul qadar.
 
Diantara tanda-tanda lailatul qadar adalah: Pada malam tersebut suasana tampak terang dan hening, tidak ada
suara riuh dan anjing yang melonglong, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin keesokan harinya sinar
matahari terlihat putih tanpa sinar. [12]
 
Amalan pada lailatul qadar.
 
 
Dalam lailatul qadar sangat dianjurkan untuk memperbanyak amal, sekurang-kurangnya adalah berjamaah
shalat isya dan shubuh. Dalam satu hadits Rasulullah bersabda:
 
‫من صلى المغرب والعشاء في جماعة حتى ينقضي شهر رمضان فقد أخذ من ليلة القدر بحظ وافر‬
“barangsiapa shalat maghrib dan Isya secara berjamaah sehingga habis bulan Ramadhan maka sungguh ia
telah mendapat bagian yang banyak dari lailatul qadar”(H.R. Imam Baihaqy) 
 
Bagi kalangan yang tidak mampu untuk beribadah sepanjang malam hendaknya memperbanyak membaca zikir
dan ayat al-quran yang mengandung nilai lebih seperti ayat kursi, akhir surat al-Baqarah, surat al-Zalzalah, al-
Kafirun, surat al-Ikhlash, surat Yasin karena semua ayat-tersebut memiliki fadhilah yang besar sebagaimana
tersebut dalam beberapa hadits.
 
Selain itu juga dianjurkan memperbanyak membaca istighfar, tasbih, tahmid, tahlil, shalawat kepada Nabi
SAW, dan berdoa untuk diri sendiri dan orang-orang yang kita sayangi baik yang masih hidup ataupun yang
telah meninggal.[13]
 
Disebutkan sebagian ulama : Barang siapa shalat pada malam lailatul qadar shalat sunat empat rakaat, setelah
fatihah membaca surat at-Takatsur dan surat al-ikhlash 3 kali maka akan dimudahkan baginya sakratul maut,
dan dihilangkan kan azab kubur dan diberikan empat tiang dari nur yang masing-masing  diatasnya ada seribu
malaikat.[14]
 
Dalam satu hadits Rasulullah ditanyakan oleh Siti Aisyah:
 
‫ ( قولي اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني‬: ‫يا رسول هللا إن وافقت ليلة القدر فما أقول ؟ قال‬
Ya Rasulullah jika aku mengetahui lailatul qadar maka apa yang aku baca? Rasulullah menjawab: katakanlah  :
]15 ‫اللَّهُ َّم إنَّك َع ْف ٌو تُ ِحبُّ ْال َع ْف َو فَا ْعفُوا َعنِّي‬
 
 
‫وهللا اعلم بالصواب‬
 

Anda mungkin juga menyukai