PAKKD2123
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
1
Falsafah Pendidikan Negara
Hak Cipta
2
KANDUNGAN MUKA SURAT
Pengenalan vii
Bibliografi
Panel Penggubal
Simbol Pembelajaran
3
PANDUAN PELAJAR
PENGENALAN
SASARAN KURSUS
Sasaran kursus ini adalah kepada pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)
yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 45 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPM PAKK ini yang dilaksanakan dalam
masa cuti persekolahan dikenali dengan Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukan 40%
daripada Jumlah Pembelajaran Pelajar adalah secara bersemuka, manakala 40% secara
modul dan 20% secara atas talian.
.
Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui alat media yang
sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
4
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah
dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam
talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari Maklumat Kursus (MK)
mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.
IKON
Penulisan modul ini menggunakan ikon tertentu untuk menarik perhatian pelajar agar pada
sekali imbas mereka akan tahu apa yang harus dibuat.
Pengukuran pencapaian pelajar akan diukur melalui ujian berterusan dan peperiksaan
bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa ujian atau peperiksaan akan diberitahu apabila
pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal
pasti.
Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar
pelajari secara interaksi bersemuka, modul dan pembelajaran dalam talian.
PENGENALAN
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan Pentaksiran dalam
Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Hasil Pembelajaran
5
AGIHAN UNIT DAN JAM PEMBELAJARAN
Panduan Kepada Pengguna
Modul ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Sejumlah 40% dari tajuk tertentu
dalam MK diajar kepada pelajar melalui interaksi bersemuka. Manakala 40% diajar melalui
modul sepenuhnya dan 20% lagi diajar secara bersemuka dalam talian. Jadual di bawah
menjelaskan agihan tajuk-tajuk interaksi bersemuka, pembelajaran melalui modul dan
dalam talian.
JUMLAH JAM
BERSEMUKA
JAM
(KULIAH/ DALAM
TAJUK/ TOPIK KREDIT MODUL
TUTURIAL/ TALIAN
ASAL 100% 40%
AMALI) 20%
45 JAM 18 JAM
40% 9 JAM
18 JAM
1.Pengenalan penilaian
dan pentaksiran
• Konsep penilaian dan
pentaksiran(M-1 jam)
• Penilaian Formal dan
penilaian Autentik
serta perbezaannya
(B-2 jam) UNIT 1
6 4 jam
• Tujuan dan 2jam
kepentingan
pentaksiran (M-1 jam)
• Kesan penilaian dan
pentaksiran terhadap
kanak-kanak, ibu bapa
dan guru
(B-2 jam)
2. Pentaksiran dalam
Pendidikan Awal
Kanak- kanak
• Pentaksiran melalui
• pemerhatian
- objektif UNIT 2
6 3
- prinsip-prinsip 3
pentaksiran ( M-3 jam)
• Etika pentaksiran (K-1
jam)
• Pengesanan awal
kanak-kanak(B-2 jam)
3. Kaedah Pentaksiran
Dalam Pendidikan UNIT 3
15 5 4
Awal Kanak- kanak 6
• Berasaskan
6
JUMLAH JAM
BERSEMUKA
JAM
(KULIAH/ DALAM
TAJUK/ TOPIK KREDIT MODUL
TUTURIAL/ TALIAN
ASAL 100% 40%
AMALI) 20%
45 JAM 18 JAM
40% 9 JAM
18 JAM
• kurikulum semasa* (B-
3 jam)
• Berasaskan main (DT-
2 jam)
• Berasaskan projek(DT-
2 jam)
• Berasaskan
portfolio(B- 2jam)
• Pentaksiran alternatif
(M – 2 jam)
• Rekod-rekod -
• pemerhatian(M- 4 jam)
• jenis-jenis rekod
• penyimpanan
• rekod-rekod /data-data
pemerhatian
4. Perancangan
Pentaksiran dalam
Pendidikan Awal
kanak- kanak secara
pemerhatian
• Proses Perancangan
Pentaksiran
-merancang (M-1 jam)
-membina instrumen
(M- 1jam)
• -melaksanakan
• pentaksiran(M-1 UNIT 4
9 3 3
jam) 3
• merekod
• menganalisis data
• melapor
• tindakan susulan
(DT- 3 jam)
• Pelaksanaan
aktiviti
pentaksiran melalui
pemerhatian terhadap
kanak-kanak
(B-3 jam)
7
JUMLAH JAM
BERSEMUKA
JAM
(KULIAH/ DALAM
TAJUK/ TOPIK KREDIT MODUL
TUTURIAL/ TALIAN
ASAL 100% 40%
AMALI) 20%
45 JAM 18 JAM
40% 9 JAM
18 JAM
5. Proses
penganalisisan
Data dan Pelaporan
• Penganalisisan data
(M-3 jam) 6 UNIT 5 2
1
• Pelaporan Pentaksiran 3
(B-1 jam)
Strategi Pelaporan(DT-
2 jam)
6. Tindakan Susulan
• Tindakan Susulan
- konsep (M-1 jam) UNIT 6
3 2
- kepentingan 1
tindakan susulan(B-2
jam)
8
1. Pengenalan penilaian dan pentaksiran
• Konsep penilaian dan pentaksiran
UNIT 1 • Penilaian Formal dan penilaian Autentik serta perbezaannya
• Tujuan dan kepentingan pentaksiran
• Kesan penilaian dan pentaksiran terhadap kanak-kanak, ibu
• bapa dan guru
Sinopsis
Kursus ini memberi tumpuan kepada pengenalan konsep penilaian dan pentaksiran,
Penilaian Formal dan penilaian Autentik serta perbezaannya, tujuan dan kepentingan
pentaksiran serta kesan penilaian dan pentaksiran terhadap kanak-kanak, ibu bapa dan
guru.
Hasil pembelajaran
KANDUNGAN UNIT
1.1 Pengenalan konsep penilaian dan pentaksiran
1.4 Kesan penilaian dan pentaksiran terhadap kanak-kanak, ibu bapa dan guru.
1.5 Tugasan
9
1.1 Pengenalan konsep penilaian dan pentaksiran
Kanak-kanak merupakan golongan yang agak sukar dinilai secara tepat kerana aktiviti yang
mereka lakukan, tumpuan yang singkat dan pencapaian yang tidak konsisten dalam
persekitaran baru. Faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi pencapaian mereka
termasuk baka, perbezaan budaya dan bahasa, serta ibu bapa yang kadangkadang kurang
berinteraksi dengan anak mereka. Pentaksiran dalam keadaan yang santai adalah situasi di
mana penilaian amat berkesan dilakukan.
10
digunakan untuk mentaksir murid harus mengambil kira aspek minat, budaya, latar
belakang sosio ekonomi, pengalaman seharian, persekitaran, kekuatan, ketidakupayaan
dan kebolehlaksanaan. Oleh yang demikian, fleksibiliti dibenarkan dari segi instrumen dan
aktiviti yang dirancang.
Pentaksiran dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini
boleh membantu guru mengesan penguasaan, kemajuan dan merancang pengajaran atau
strategi seterusnya. Untuk mencapai matlamat, guru harus melaksanakan aktiviti-aktiviti
pentaksiran secara berulang dan berterusan.
Sebagai persediaan, guru harus membuat perancangan dan membina item, instrumen atau
aktiviti. Kanak-kanak memerlukan kaedah penilaian yang berkesan dalam mengenal pasti
kemajuan mereka menggunakan cara yang sah dan boleh dipercayai. Pentaksiran autentik
merupakan satu sistem penilaian yang sesuai dan bermakna dalam bidang pendidikan awal
kanak-kanak.
11
4. Meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran melalui respons
kanak-kanak semasa rutin harian dan aktiviti memberi gambaran berkenaan status
penerimaan. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran dalam memperbaiki pengajaran-pembelajaran. Maka, guru perlu membuat
pengubahsuaian daripada segi strategi untuk mencapai pembelajaran yang dikehendaki.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang secara tersusun dan sistematik
bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
12
10. Membuat tindakan susulan serta merta
Bagi menggalakkan kanak-kanak menjalankan aktiviti, guru boleh memberi ganjaran serta
merta dalam bentuk pujian, senyuman, pelukan dan tepukan atau sentuhan. Teguran yang
positif serta membina dapat menyedarkan murid berkenaan perlakuannya.
1.4 Kesan penilaian dan pentaksiran terhadap kanak-kanak, ibu bapa dan guru.
Menurut Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia,
kepentingan pentaksiran kepada guru adalah seperti berikut;
• Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid.
• Menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan.
• Membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran serta merancang
tindakan susulan.
Manakala kepentingan pentaksiran kepada murid, melalui maklum balas pentaksiran, murid
akan dapat :
• Memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka.
• Motivasi dan keyakinan diri untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi
mereka.
TUGASAN
13
Pentaksiran dalam Pendidikan Awal Kanak- kanak
• Pentaksiran melalui pemerhatian
UNIT 2 - objektif
- prinsip-prinsip pentaksiran
• Etika pentaksiran
• Pengesanan awal kanak-kanak
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah tentang pentaksiran melalui
pemerhatian dari segi objektif dan juga prinsip-prinsip pentaksiran. Di samping itu, etika
pentaksiran dan juga pengesanan awal juga diberi perhatian.
Hasil pembelajaran
KANDUNGAN UNIT
1.4 Tugasan
1.1 Pentaksiran Melalui Pemerhatian
14
Pentaksiran melaui pemerhatian merupakan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan
mengikut jangka masa yang ditetapkan. Hal ini perlu bagi membantu guru mendapat
maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Aspek yang
diperhatikan mestilah menyeluruh meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang
melibatkan faktor-faktor bahan dan persekitaran.
Proses pentaksiran ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai
semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod berterusan, persampelan masa, persampelan
peristiwa dan lain-lain dokumen.
15
Manakala menurut Katz (1997), objektif pentaksiran dan penilaian di prasekolah bertujuan
untuk:
i Meningkatan pembelajaran murid
ii Membuat keputusan penempatan
iii Membuat diagnosis masalah pembelajaran
iv Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid
v Menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa
vi Menolong kanak-kanak dalam menilai kemajuannya sendiri
vii Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
viii Membantu membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum
ix Menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama
16
1.2 Etika pentaksiran
Etika merupakan kepercayaan peribadi individu tentang hak yang merujuk kepada prinsip
kelakuan individu yang boleh diterima dari segi akhlak dan nilai moral. Dalam penilaian
perkembangan kanak-kanak, etika pentaksiran merujuk kepada garis panduan dalam
membuat pentaksiran dan peranan serta tanggungjawab guru prasekolah.
Kementerian Pendidikan telah menyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 dan diperjelaskan
lagi dalam Peraturan- Peraturan Pendidikan (Prasekolah)1997, yang ditulis dalam
perenggan :
17
Guru hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid dan
merekodkan perkembangan itu mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dari
semasa ke semasa.
Sumber : Early Childhood Education Today. 12 th ed. George S. Morrison (2012). Pearson
Education Inc., Upper Saddle River, New Jersey.
Instrumen (digunakan untuk menilai murid secara kumpulan) disimpan di dalam fail induk.
Instrumen untuk menilai murid secara individu disimpan dalam portfolio. Fail induk dan
portfolio perlu disimpan di tempat berstatus sulit. Maklumat perlu dikemaskini dari semasa
ke semasa.
Oleh itu semua rekod penilaian perkembangan dan kemajuan murid prasekolah hendaklah
disimpan dengan selamat mengikut panduan berikut:
18
iii. Minta kebenaran ibu bapa ataupun penjaga murid untuk mengambil gambar dan
merakam video yang melibatkan murid berkenaan.
iv. Pastikan segala rekod pemerhatian diberikan kepada ibu bapa pada akhir tahun.
Hal ini demikian kerana, melalui pengenalpastian pada peringkat awal dapat membantu
pembelajaran kanak-kanak. Pengesanan boleh dilakukan secara tidak formal oleh individu
yang rapat dengan kanak-kanak seperti guru, ibu bapa, penjaga mahupun pembantu rumah
melalui pemerhatian pada tingkah laku, interaksi dan hasil kerja. Pengesanan secara
formal pula boleh dijalankan menerusi penilaian perkembangan dan penilaian
pencapaian. Pengesanan boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Dalam
19
erti kata yang lain, pengesanan boleh digunakan untuk mengenal pasti individu yang
memerlukan penilaian yang lebih mendalam.
Oleh yang demikian, pengesanan atau diagnosis awal sangat penting dalam menjamin
kemajuan dan perkembangan kanak-kanak. Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan
untuk menjalankan proses pengesanan ke atas kanak-kanak. Antara teknik yang boleh
digunakan oleh pemerhati untuk mengesan kekuatan, kekurangan dan keperluan kanak-
kanak adalah senarai semak, rekod anekdot, rekod berterusan, persampelan masa,
persampelan peristiwa, temu bual, buku log dan rekod-rekod dengan alat elektronik (
kamera, digital, video)
1.4 Tugasan
TUGASAN
2. Dalam memastikan pentaksiran dijalankan secara menyeluruh dan berkesan, bila dan
di manakah pentaksiran wajar dijalankan terhadap seseorang kanak-kanak?
20
3. Kaedah Pentaksiran Dalam Pendidikan Awal Kanak- kanak
• Berasaskan kurikulum semasa*
• Berasaskan main
• Berasaskan projek
UNIT 3 • Berasaskan portfolio
• Pentaksiran alternatif
• Rekod-rekod pemerhatian
• jenis-jenis rekod
• penyimpanan rekod-rekod /data-data pemerhatian
Sinopsis
Kursus ini memberi tumpuan kepada kaedah pentaksiran dalam pendidikan awal kanak-
kanak berasaskan kurikulum semasa* melalui aktiviti main, projek dan portfolio. Selain itu,
pentaksiran alternatif, rekod-rekod pemerhatian merangkumi jenis-jenis rekod dan
penyimpanan rekod-rekod /data-data pemerhatian.
Hasil pembelajaran
KERANGKA TAJUK
1.1 Kaedah pentaksiran dalam pendidikan awal kanak- kanak berasaskan kurikulum
semasa* melalui aktiviti main, projek dan portfolio.
1.2 Kaedah pentaksiran alternatif.
1.3 Rekod-rekod pemerhatian dan jenis-jenis rekod
1.4 Penyimpanan rekod-rekod /data-data pemerhatian
1.5 Tugasan
21
1.1 Kaedah pentaksiran dalam pendidikan awal kanak- kanak berasaskan kurikulum
semasa* melalui aktiviti main, projek dan portfolio.
Kaedah pentaksiran
Standard Prestasi
Tahap Tafsiran
Penguasaan
1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas
atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2 Murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk
melaksanakan sesuatu.
3 Murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk
melaksanakan sesuatu dalam situasi baharu atau secara kreatif
dengan tertib atau beradab.
Menurut Linn dan Gronlund (1995), pentaksiran alternatif juga dikenali sebagai penilaian
prestasi kerana pelajar dikehendaki membentuk jawapan untuk menunjukkan pengetahuan
atau kemahiran yang boleh mereka lakukan. Pelajar dikehendaki memberikan respon yang
meliputi pemahaman maklumat dan penggunaan kemahiran peringkat tinggi seperti aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian.
22
Bhasah (2003), pentaksiran alternatif mempunyai format tersendiri untuk menguji calon
aras yang paling rendah di mana pelajar dikehendaki memberikan jawapan secara bertulis
atau lisan sehingga aras yang tinggi seperti menunjukkkan hasil kerja yang telah dilakukan
dalam satu tempoh yang telah ditetapkan
Fulton (1993) telah mengklasifikasikan tujuh bentuk pentaksiran dalam pentaksiran alternatif
meliputi penaksiran prestasi iaitu
bentuk esei,
bentuk penulisan (tugasan)
bentuk lisan,
bentuk pameran,
bentuk eksperimen( amali)
bentuk portfolio dan
bentuk soalan jawapan berstruktur
Nitko (2003) alternatif boleh dibuat atau dibezakan kepada beberapa bentuk. Antaranya:
bentuk yang berstruktur seperti esei dan eksperimen,
bentuk pertunjukkan yang menggambarkan keadaan sebenar, seperti simulasi dan pameran,
bentuk projek dalam jangka masa panjang, seperti portfolio atau kertas projek,
bentuk demontrasi atau pertunjukkan, bentuk persembahan secara lisan, bentuk
eksperimen dan ujikaji.
23
1.4 Rekod-rekod pemerhatian dan jenis-jenis rekod.
rekod
anekdot
Skala
portfolio Kadar
REKOD
PEMERHATIAN
rekod senarai
berterusan semak
Segala maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian yang sistematik direkodkan dan
dikumpulkan dalam portfolio. Portfolio menjadi sumber rujukan yang menunjukkan
kemajuan, kekuatan, konsep dan kemahiran yang mereka kuasai. Setiap kanak-kanak
mempunyai portfolio yang mengandungi hasil kerja mereka beserta tarikh kerja dihasilkan
dan catatan yang berkaitan.
Portfolio
Portfolio adalah satu himpunan bukti (evidens) atau keterangan yang terkumpul berkenaan
dengan perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dalam jangka masa yang ditetapkan.
Portfolio mengandungi semua koleksi maklumat tentang aspek pembelajaran dan
pencapaian kanak-kanak, yang menjadi bukti yang jelas tentang apa yang telah dilakukan
oleh kanak-kanak di pusat pendidikan awal kanak-kanak. Portfolio bukanlah hanya terdiri
daripada hasil terbaik, tetapi kesemua hasil kerja kanak-kanak sepanjang berada di pusat
pendidikan awal kanak-kanak. Secara tidak langsuna portfolio menggambarkan tentang
usaha, pengalaman, progres dan kebolehan kanak-kanak. Hasil kerja ini boleh disimpan
dalam folder, fail, kotak atau dalam bentuk CD
24
Tujuan Portfolio
Portfolio bertujuan untuk menyimpan rekod tentang pengalaman, usaha, kemajuan dan
kejayaan yang diperolehi kanak-kanak secara individu dan kumpulan. Portfolio boleh
dijadikan asas untuk guru menilai pencapaian kanak-kanak dan dijadikan panduan untuk
menyediakan pembelajaran selanjutnya. Portfolio ini hendaklah dikongsi bersama ibu bapa
kanak-kanak untuk memaklumkan tentang perkembangan dan kemajuan anak mereka.
Melalui portfolio, guru dan ibu bapa dapat mengesan hasil kerja yang telah dikumpul dapat
menunjukkan beberapa perkara iaitu
• Pola pembelajaran – sikap mudah faham, teliti, bersedia, mengambil masa yang
lama atau sebaliknya
• Perubahan dari segi pencapaian – menunjukkan kemahiran motor halus yang lebih
terkawal. Contohnya boleh mewarna dalam gambar yang diberi dengan kemas
• Tahap perkembangan – berada dalam peringkat perkembangan yang ditunjukkan
oleh murid yang sama umur dengannya
• Strategi yang digunakan – setiap murid ada cara atau sistem tersendiri. Contohnya
meminta bantuan daripada rakan atau banyak bertanya pada orang
• Murid dibenarkan menilai sendiri apa yang telah mereka hasilkan. Mereka telah
membuat yang terbaik dan boleh menceritakan hasil kerja mengikut urutan masa
atau situasi
Portfolio kanak-kanak prasekolah dilihat sebagai satu dokumentasi penting yang dapat
menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program
prasekolah. Oleh sebab itu, portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai
perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak. Namun jika pelaksanaannya sekadar
sebagai satu fail untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak, ini merupakan satu kerugian
yang besar bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan
program prasekolah. Pelaksanaan portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjamin
perkembangan kanak-kanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan
kanak-kanak seterusnya
25
Rekod Peribadi Kanak-kanak
Rekod peribadi kanak-kanak mengandungi maklumat diri, keluarga kanak-kanak dan fizikal
kanak-kanak. Guru perlu memastikan segala maklumat yang hendak diperolehi tepat dan
mendapat kerjasama dari ibu bapa atau penjaga. Rekod peribadi ini akan diserahkan
kepada ibubapa/penjaga di akhir sesi prasekolah. Rekod peribadi ini sebaik-baiknya diserah
kepada guru Tahun Satu untuk memastikan kesinambungan rekod perkembangan kanak-
kanak yang berkaitan.
Umur pada 1 Januari ________ Tempat lahir : ____________ No. Sijil Beranak : ______
MAKLUMAT KELUARGA
26
MAKLUMAT KESIHATAN
Tandakan ( _/ ) di dalam ruang yang berkenaan jika kanak-kanak ini pernah atau
sedang menghadapi masalah kesihatan berikut :
____ Alahan _____ Sawan _____ Cacar Ai _____ Campak ______ Penyakit kuning
____ Jantung berlubang ______ Lelah teruk _____ Sakit _____ Demam
MAKLUMAT FIZIKAL
Hasil kerja kanak-kanak meliputi gambar atau lukisan yang dihasilkan, sampel tulisan, buku
skrap, kraf tangan, buku kecil dan model. Guru perlu membuat catatan/komen pada setiap
hasil kerja kanak-kanak. Tujuannya supaya guru dapat mengenal pasti tahap penguasaan
kemahiran, pengetahuan dan amalan nilai murni kanak-kanak. Hasil kerja kanak-kanak
akan disenaraikan mengikut bilangan dan tarikh. Hasil kerja kanak-kanak boleh digunakan
sebagai bukti bahawa aktiviti pengajaran yang dirancang berjaya dilaksanakan bersama
kanak-kanak. Segala proses pengalaman, usaha, kemajuan dan kejayaan terhadap indivdu
dan kumpulan dapat dilihat selain mendokumenkan apa yang kanak-kanak telah berjaya
lakukan secara individu atau kumpulan. Hasil kerja kanak-kanak boleh dijadikan bahan
pameran di mana dapat berkongsi bersama rakan, ibu bapa dan komuniti.
27
Contoh hasil kerja murid
Selain hasil kerja guru atau pengasuh boleh memasukkan hasil pemerhatian tingkah laku
atau temubual bersama kanak-kanak berkenaan di dalam portfolio mereka. Ini termasuk
rakaman gambar, video atau audio yang memaparkan perkembangan kanak-kanak. Secara
tidak langsung guru dan ibu bapa boleh menilai perkembangan bahasa dan keupayaan
kanak-kanak dalam berinteraksi sosial.
1.6 Tugasan
28
4. Perancangan Pentaksiran dalam Pendidikan Awal kanak- kanak
secara pemerhatian
• Proses Perancangan Pentaksiran
- merancang
- membina instrumen
UNIT 4 - melaksanakan pentaksiran
- merekod
- menganalisis data
- melapor
- tindakan susulan
• Pelaksanaan aktiviti pentaksiran melalui pemerhatian terhadap
kanak-kanak
Sinopsis
Kursus ini memberi tumpuan kepada proses perancangan pentaksiran dalam pendidikan
awal kanak- kanak melalui pemerhatian, pembinaan instrumen, pelaksanaan pentaksiran,
perekodan, analisis data, pelaporan dan tindakan susulan.
KANDUNGAN UNIT
29
1.1 Perancangan pentaksiran dalam pendidikan awal kanak-kanak melalui
pemerhatian bermula dari merancang, membina instrumen, melaksanakan
pentaksiran, merekod, menganalisis data, melapor dan tindakan susulan.
Pemerhatian yang berulang-ulang kali akan membantu guru menemui pola-pola tingkah
laku dan mengelakkan kepada keputusan yang dibuat dengan tergesa-gesa yang mungkin
berasaskan kepada tingkah laku kanak-kanak yang luar biasa.
• Keputusan yang profesional dan bernas dapat diambil dengan data yang diperolehi
daripada pelbagai sumber dan bahan maklumat
• Kaedah pengumpulan maklumat yang dapat mengesan kelakuan kanak-kanak
• Memerhati kanak-kanak dalam persekitaran sedia ada
• Merekod perkembangan secara spontan dan peristiwa yang tidak dijangka
• Kelakuan kanak-kanak diperhatikan secara teratur, mengikut prosedur tertentu dalam
satu keadaan yang telah disediakan dengan sengaja
• Penilaian boleh dilakukan dengan memerhati jenis perkembangan atau pembelajaran
tertentu
Membina instrumen
Berdasarkan Konstruk, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Standard Prestasi,
guru boleh membina instrumen serta mengatur aktiviti yang sesuai dan tepat supaya murid
berpeluang memberi respon yang diharapkan. Melalui pendekatan pentaksiran autentik,
murid boleh diperhati dan ditaksir melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pemilihan instrumen dan aktiviti harus sesuai dengan perkara yang hendak ditaksir dengan
mengambil kira faktor murid dan persekitaran mereka. Satu instrumen atau aktiviti boleh
digunakan untuk mendapatkan eviden bagi lebih daripada satu konstruk. Antara aktiviti yang
lazim dijalankan di prasekolah ialah permainan, lakonan, nyanyian, projek, bercerita, kuiz,
dan perbualan.
30
Melaksanakan Pentaksiran
Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan
perbandingan antara murid. Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah
seperti berikut:
• Pemerhatian berterusan
• Penilaian hasil kerja
Merekod
Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan,
kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini
untuk memudahkan guru membuat rujukan dan maklum balas tentang perkembangan,
kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Maklumat ini sangat penting untuk dijadikan
bukti. Oleh itu,
o Setiap maklumat mesti dicatatkan nama dan tarikh untuk mudahkan guru
membuat susulan
o Melibatkan pemerhatian yang berulang-ulang.
Menganalisis data
Pengumpulan data perkembangan kanak-kanak boleh diperoleh melalui pemerhatian
daripada sumber sumber berikut:
Rekod
Anekdot
Pemerhatian Senarai
Tingkah Laku Semak
PENGUMPULAN
DATA
PEMERHATIAN
Rekod Penilaian
Peribadi Hasil Kerja
Rakaman
Data yang dikumpulkan perlu dianalisis supaya inferens atau kesimpulan yang dibuat
adalah sah dan sahih.
31
Melapor
Pelaporan adalah proses menyediakan laporan penilaian dari masa ke semasa tentang
perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap dan pencapaian murid.
Maklumat untuk pelaporan diperoleh daripada analisis/inferens yang dibuat daripada
pemerhatian. Pelaporan perlu dilakukan dari masa ke semasa mengikut keperluan untuk
membolehkan guru dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.Guru
seharusnya memerhati secara berfokus perkembangan murid berdasarkan pelbagai
kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran menyelesaikan masalah,
potensi yang menyeluruh dan keterampilan diri mengikut tahap keupayaan mereka .
Tindakan susulan
1.3 Tugasan
32
5. Proses penganalisisan Data dan Pelaporan
UNIT 5 • Penganalisisan data
• Pelaporan Pentaksiran
• Strategi Pelaporan
Sinopsis
Kursus ini memberi tumpuan kepada proses penganalisisan data, pelaporan pentaksiran
dan strategi pelaporan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
KANDUNGAN UNIT
33
1.1 Penganalisisan data dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Membaca
dan
meniliti
maklumat
Membuat
ulasan
Segala data yang direkod menggunakan senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod
berterusan, persampelan masa dan persampelan peristiwa perlu ditafsir untuk
membolehkaan guru membuat rumusan tentang perkembangan murid. Prosedur umum
yang dicadangkan semasa menganalisi dan menginterpretasi maklumat adalah seperti
berikut:
34
1.1.2 Membuat analisis
Catatan perlu dibuat ke atas hasil kerja murid yang telah dinilai. Catatan yang dibuat
biasanya menggambarkan tahap kebolehan, contohnya 'sudah boleh membuat bulatan,
sudah boleh menulis huruf. Hasil kerja ini boleh disimpan dalam portfolio murid. Murid
boleh dilibatkan semasa pemilihan hasil kerja untuk dinilai dan seterusnya disimpan dalam
portfolio. Bukti refleksi yang dibuat oleh murid boleh juga dimasukkan dalam portfolio
sebagai pentaksiran kendiri.
35
Damea telah berjaya melukis
sebuah buku sambil bercerita
tentang bukunya.
Dia sudah mampu menulis huruf
dengan baik dan sudah
memahami penggunaan huruf
kecil dan huruf besar.
Maklum balas / ulasan hendaklah diberikan kepada murid secara individu setiap kali
selepas murid diperhatikan atau ditaksir. Maklum balas adalah bukan sahaja berbentuk
pujian, tetapi maklumat tentang kerja dan kemajuan murid. Fokus maklum balas ialah
kepada apa yang murid boleh kuasai atau buat, bagaimana boleh memperbaikinya dan
apakah kemajuan yang murid telah tunjukkan. Melalui maklum balas yang merujuk kepada
standard dan kriteria, murid-murid dapat mengetahui apa yang patut dicapai, dan sejauh
mana mereka telah berjaya mencapai standard dan kriteria ditetapkan dalam penguasaan
sesuatu konstruk (pengetahuan, kemahiran dan nilai). Murid boleh meneliti dan menilai
36
kerja masing-masing. Mereka akan rasa dihormati dan hasil kerja mereka dihargai. Melalui
maklum balas, murid lebih jelas tentang apa lagi yang perlu dilakukan untuk menjadi lebih
baik, dan mereka akan lebih bermotivasi untuk meneruskan aktiviti.
Berdasarkan data-data yang terkumpul, guru perlu membuat inferen berkaitan kemahiran
dan perkembangan yang telah dikuasai dan dicapai oleh kanak-kanak. Contohnya , apabila
kanak-kanak sudah menguasai kemahiran membaca ayat mudah, maka antara inferen yang
boleh dibuat adalah :
Pelaporan
Pelaporan
37
Tujuan laporan adalah untuk memberitahu orang yang berkepentingan terhadap kanak-
kanak tentang kemajuan akademik, tingkahlaku murid dan pencapaian perkembangan
murid-murid. Justeru, guru seharusnya memerhati perkembangan kanak-kanak secara
berfokus berdasarkan pelbagai kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar,
kemahiran menyelesaikan masalah, potensi yang menyeluruh dan ketrampilan diri mengikut
tahap keupayaan murid. Rumusan dibuat berdasarkan maklumat daripada hasil analisis
data melalui kesemua instrumen serta penilaian hasil kerja kanak-kanak.
Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaporan adalah seperti berikut:
Membuat Laporan
Kad laporan bukanlah cara yang paling sesuai untuk memberi laporan kepada ibu bapa.
Tetapi guru boleh menulis sedikit penjelasan tentang kemajuan dan memahami gred anak-
anak mereka.Tetapi ada beberapa cara lain bagaimana guru boleh menulis kad laporan.
Antaranya adalah ;
• Menyediakan ruang untuk murid, guru dan ibu bapa melaporkan matlamat pada
penilaian akan datang
• Perjumpaan dengan ibu bapa membincangkan dan mengkaji kemajuan anak.
Laporan merupakan rumusan yang dibuat oleh guru daripada maklumat yang dikumpul dan
analisis yang dibuat tentang perkembangan murid secara menyeluruh dan spesifik. Ulasan
38
yang dibuat seharusnya dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian sebenar diri murid.
Rumusan tentang perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial boleh
dibuat berdasarkan Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan atau aspek
lain yang telah ditentukan.
Aspek perkembangan murid yang boleh dilaporkan adalah seperti berikut:
a. Tunjang Komunikasi
b. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
c. Tunjang Ketrampilan Diri – Perkembangan Sosioemosi
d. Tunjang Perkembangan Fizikal dan estetika
e. Tunjang Sains dan Teknologi
f. Tunjang Kemanusiaan
PELAPORAN
PENTAKSIRAN
39
Contoh format pelaporan
TUNJANG ULASAN
SEMESTER 1 SEMESTER 2
Komunikasi Boleh bercerita mengenai diri dan
keluarga. Boleh berinteraksi
secara sopan dengan rakan
sebaya. Sudah boleh mengenal
dan membunyikan huruf abjad
serta membaca perkataan mudah
(KV+KV) . Dapat menulis huruf
dan perkataan serta mewarna
gambar mengikut cara dan arah
yang betul.
Fizikal dan Estetika Sudah dapat menguasai
kemahiran koordinasi mata-
tangan. Boleh mengemas dan
menyimpan alatan yang telah
digunakan dengan bantuan.
Dapat membezakan objek /situasi
yang selamat /berbahaya.
40
Contoh Senarai Semak
SENARAI SEMAK
KOMPONEN : Kurikulum Pendidikan Islam
Nama Murid: ___________________ Kelas: ______________
Arahan: Sila tandakan ( ) dalam petak apabila murid sudah menunjukkan
kebolehannya. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum menguasai
kemahiran itu.
Berdasarkan penyelidikan yang anda buat daripada pelbagai sumber, pilih satu kaedah
pelaporan dan perjelaskan sejauh manakah ianya relevan dengan murid – murid alaf 21.
41
1.4 Tugasan
1.
proses penganalisisan Buat huraian ringkas berdasarkan kefahaman anda
data
Membuat analisis
Membuat Ulasan
Membuat Inferen
42
Tindakan Susulan
UNIT 6 • Tindakan Susulan
- konsep
- kepentingan tindakan susulan
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah tentang konsep dan
kepentingan tindakan susulan. Seterusnya, jenis dan masa pentaksiran yang perlu
dilakukan juga turut diberi perhatian supaya tindakan susulan yang dijalankan lebih
bermakna.
Hasil pembelajaran
KANDUNGAN UNIT
43
1.1 Tindakan Susulan
Tindakan susulan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan
perkembangan serta pembelajaran kanak-kanak dikenal pasti selepas penilaian dianalisis.
Tindakan susulan amat perlu dalam melaksanakan pentaksiran kerana hal ini dapat
membantu kanak-kanak mengatasi kelemahan mahupun memperkukuhkan kelebihan sedia
ada kanak-kanak. Seterusnya tindakan susulan juga mampu membantu guru mengenal
pasti kelemahan ataupun kelebihan yang dimiliki oleh kanak-kanak secara lebih tepat
• Bimbingan dan pernulihan yang diberikan kepada murid belurn atau dalam proses
rnenguasai standard pernbelajaran yang berkenaan. Murid ini perlu diberi galakan
dan seterusnya aktiviti bimbingan. Golongan ini perlu diberi galakan dan aktiviti
bimbingan yang bersesuaian dengan aras penguasaan mereka. Kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang berlainan mungkin perlu digunakan.
Hal ini membolehkan guru memberi cadangan yang sepatutnya kepada ibu bapa untuk
merujuk anak-anak mereka kepada pakar yang berkaitan dengan keistimewaan ataupun
permasalahan yang ada pada anak-anak mereka.
1.2 Tugasan
TUGASAN
2. Berdasarkan tindakan susulan yang anda pernah jalankan, apakah kekangan yang
selalu dihadapi?
44
BIBLIOGRAFI
Lidz, C. S. (2002). Early childhood assessment. NewJersey : John Wiley & Son
Inc.
Mansor Fadzil & Widad Othman. (2007). Penilaian dan kemajuan kanak-kanak.
Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
Morrison G. S. (2012). Early childhood education today (12th ed.). Upper Saddle
River, New Jersey : Pearson Education Inc.
Rohani Abdullah & Nani menon. (2003). Panduan kurikulum prasekolah. Kuala
Lumpur : PTS Publications & Distributions Sdn.Bhd,
Suraya Zaidon & Haslinda Ali. (2009). Penilaian dalam pendidikan prasekolah.
Kuala Lumpur : PTS Publication & Distributions Sdn. Bhd.
45
PENYELARAS MODUL PDPM (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)
PANEL PENGGUBAL
PAKKD21233 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
46
SIMBOL PEMBELAJARAN
Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan / maksud seperti yang dinyatakan
Buatkan ujikaji.
Senarai semak.
47
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Aktiviti Tutorial
48