Anda di halaman 1dari 20

Pinjaman (‘Ariyyah)

ZAFIRAH ABDULLAH
Takrif
• Bahasa:
• Sesuatu yang diberikan oleh seseorang kepada seseorang yang lain untuk
digunakan dan kemudian dikembalikan semula kepadanya.
• Istilah:
• Pinjaman adalah membenarkan penggunaan sesuatu yang halal digunakan
dengan mengekalkan keadaan asal.

Kesahihan menurut Syarak


(Al-Ma’un : 4-7)
Hikmah
• Mewujudkan suasana saling tolong-menolong sesama umat Islam
• Islam telah meringankan bebanan manusia dan membenarkan mereka menggunakan barangan
orang lain dengan syarat, mendapat keizinan dan persetujuan terlebih dahulu.

Hukum Pinjaman
• Sunat dan digalakkan

• Amalan ini menjadi wajib jika ia diperlukan untuk menyelamatkan nyawa manusia.
• Contoh: Meminjamkan baju untuk mengelak kepanasan dan kesejukan yang keterlaluan
• Memelihara hak harta yang dihormati

• Pinjaman boleh menjadi Haram


• Contoh : Meminjamkan mushaf al-Quran kepada wanita yang dalam keadaan Haid/Nifas
Rukun-rukun Pinjaman
1. Pemberi Pinjaman
• Dia mestilah memiliki perkhidmatan barangan yang dipinjamkan.
• Tidak kira sama ada dia pemilik barangan tersebut atau tidak
• Contoh : Penyewa / Penerima wasiat / Penerima harta Wakafan
• Pinjaman hanya merujuk kepada perkhidmatan bukan kepada barangan tersebut
• Peminjam tidak dibenarkan meminjamkannya kepada orang lain
• Ini kerana dia tidak memegang hak milik perkhidmatan
• Dia Cuma hanya dibenarkan menggunakannya sahaja

• Pemberi pinjaman mestilah seorang yang layak membuat sumbangan


• Tidak sah bagi kanak-kanak /orang gila membuat pinjaman
• Orang yang bodoh menguruskan harta (Safih) / Muflis
• Peminjam mestilah melakukannya secara sukarela
• Tidak dipaksa

2. Peminjam
• Boleh menerima sumbangan melalui kontrak
• Seorang yang baligh dan berakal

• Peminjam mestilah dinyatakan secara khusus


“Saya
Dalam kes ini, pinjaman
pinjamkan
tersebut TIDAK SAH kerana
buku saya
pihak yang meminjam tidak
kepada kamu
dinyatakan dengan jelas.
berdua”

Peminjam B Peminjam A
3) Lafaz Pinjaman
• Merujuk kepada penawaran dan persetujuan sebuah kontrak (ijab dan Kabul)
• Ia tidak semestinya dilafazkan oleh kedua pihak
• Walaubagaimanapun, salah satu pihak mestilah menyatakan penawaran atau
persetujuannya.
Peminjam “Saya
menerima pinjamkan
buku tersebut buku saya
kepada awak.

• Lafaz tidak perlu dinyatakan secara berturutan oleh kedua-dua pihak.


• Pinjaman boleh diberikan tanpa dihadkan masa atau dikaitkan dengan syarat
tertentu. Or (vice versa)
4) Barang Pinjaman
1. Hak perkhidmatan barangan tersebut mestilah dimiliki oleh pemberi pinjaman.
2. Barangan tersebut mestilah boleh digunakan.

Khidmat barangan tersebut tidak semestinya wujud pada ketika kontrak


Dimeterai.
• Contohnya : Pinjaman kuda yang masih kecil untuk dinaiki adalah SAH.

Penggunaan barang pinjaman mestilah dibenarkan oleh syarak


• Pinjaman alat hiburan yang melalaikan, hiasan wanita untuk dipakai di hadapan bukan
mahram adalah TIDAK SAH.
• Penggunaan seperti ini HARAM dan tidak dibenarkan oleh syarak.

Penggunaan barang pinjaman mestilah tidak menyebabkan barang tersebut


menyusut
• Contoh : Baju, Rumah (tidak susut)
• Jika alat ini susut apabila digunakan, pinjaman TIDAK SAH
• Contoh : Lilin.
Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman
1. Had Penggunaan Barang Pinjaman
• Peminjam hanya boleh menggunakan barang yang dipinjam mengikut had yang dibenarkan
oleh pemilik.
• Jika kebenaran yang diberikan tidak dihadkan kepada kegunaan tertentu, peminjam boleh
menggunakan barangan tersebut mengikut kebiasaan.
• Jika pemilik melarang menggunakan untuk kegunaan tertentu,maka peminjam harus
mematuhinya.

“Awak boleh
menggunkan
tanah tersebut
untuk dirikan
bangunan/
ditanam pokok
Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman
2. Status Peminjam
Peminjam bertanggung-jawab ke atas keselamatan barang pinjaman.

• Ini bermakna peminjam harus membayar ganti rugi jika ia rosak


• Tidak kira sama ada kerosakan itu disengajakan atau tidak.
• Peminjam akan membayar ganti rugi menurut nilai barang pinjaman pada ketika kerosakan
berlaku.
• Peminjam perlu membayar gantii rugi jika barang tersebut susut akibat digunakan di luar
kebiasaannya.
• Peminjam perlu membayar gantii rugi jika dia menggunakan barangan tersebut selepas
pemberi pinjaman menarik balik/ menuntut semula miliknya.
• Walau bagaimanapun, peminjam tidak perlu membayar ganti rugi jika barangan pinjaman
rosak/susut disebabkan penggunaan yang dibenarkan
Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman
3. Kos penyelenggaraan dan Pemulangan
Jika barang pinjaman melibatkan kos tertentu seperti:
• Haiwan (yang memerlukan makanan)
• Rumah (yang memerlukan penyelenggaraan)
Kesemua kos perbelanjaan adalah tanggung-jawab PEMILIK

• Setelah pinjaman tamat/dibatalkan, peminjam perlu memulangkan semula barang kepada


pemilik.
• Jika pemulangan membabitkan kos dan perbelanjaan seperti (upah pengangkutan), ia menjadi
tanggungan peminjam.
Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman
4. Penarikan / Pemulangan Semula Pinjaman
• Kontrak pinjaman adalah kontrak yang jaiz ( yang boleh dibatalkan oleh kedua-dua pihak pada
bila-bila masa sahaja)
• Ia boleh dibuat walaupun tanpa pengetahuan/persetujuan pihak kedua

Peminjam juga berhak memulangkan


Semua barang pinjaman pada bila-bila
Masa sahaja.

Pemilik berhak menarik / mengambil


Semula barangan pinjaman pada bila-
Bila masa sahaja walaupun tertakluk
Kepada tempoh tertentu yang masih
Belum tamat.
Penarikan /Pemulangan semula Tanah yang
dipinjamkan
Jika tanah tersebut dipinjamkan untuk pembinaan /penanaman
pokok
• Kemudian pemilik menarik balik pinjaman selepas binaan dibuat/ selepas
pokok ditanam….
• Jika pemilik meletakkan syarat bahawa peminjam perlu mengalihkan binaan/pokok yang
ditanam ketika memulangkan semula, peminjam wajib melakukannya, kerana ia
tertakluk kepada syarat.
• Jika peminjam enggan melakukannya, pemilik boleh melakukannya.
• Jika disyaratkan peminjam perlu meratakan tanah selepas pengalihan tersebut,
peminjam perlu melakukannya. Jika tidak disyaratkan, maka beliau tidak perlu
melakukannya
Jika pemilik tidak meletakkan sebarang syarat (untuk alihkan/mencabut), peminjam diberi pilihan
untuk melakukannya atau tidak.

• Jika peminjam memilih untuk mengalihkannya..


• Dia tidak berhak untuk mendapat apa-apa jika berlaku penyusutan nilai pada
bangunan/tanaman yang dialihkan
• Peminjam bertanggung-jawab untuk meratakan tanah supaya tanah tersebut kembali
kepada keadaan asal.

• Jika peminjam memilih untuk tidak mengalihkannya…


• Pemilik mempunyai 3 pilihan:
1. Mengekalkan (bangunan/ tanaman) yang ada dengan menuntut sewa yang sepadan.
2. Mengalih (tanaman/bangunan) yang ada dengan membayar ganti rugi kepada peminjam
3. Mengambil alih (bangunan/pokok) yang ditanam berdasarkan nilai barangan yang berhak
dialih
Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman
4. Penarikan / Pemulangan Semula Pinjaman
• Kontrak pinjaman adalah kontrak yang jaiz ( yang boleh dibatalkan oleh kedua-dua pihak pada
bila-bila masa sahaja)
• Ia boleh dibuat walaupun tanpa pengetahuan/persetujuan pihak kedua
Pengecualian
• Barang yang dipinjam berupa tanah yang digunakan untuk pengebumian jenazah
• Kedua-dua pihak tidak boleh membatalkan pinjaman untuk tanah perkuburan
• Sekiranya pinjaman yang diberikan boleh menyulitkan peminjam jika ditarik balik.
• Contoh: Kapal yang dipinjam untuk mengangkut muatan
• Tiba-tiba peminjam mahu menuntutnya di tengah laut

 Dalam keadaan ini, peminjam tidak perlu memulangkan semula barang yang dipinjam.
 Beliau boleh terus menggunakan barang tersebut sehingga selesai menggunakannya
(tanpa mendatangkan sebarang kesan buruk)
 Tetapi, peminjam perlu membayar upah sepadan yang dikira bermula daripada tuntutan
dibuat sehingga dia memulangkannya.
Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman
5. Cara pemulangan barang
• Pemulangan barang yang dipinjam perlu dibuat mengikut kebiasaan dan
amalan yang diguna pakai.
• Barang yang boleh diangkut perlu diangkut dan diserahkan kepada pemiliknya
• Bagi barangan berharga (Batu permata),disyaratkan supaya diserahkan sendiri kepada
pemiliknya.
• Jika barang tidak boleh diangkut seperti (Tanah, Rumah)…cukup sekadar dipastikan tiada
sebarang perkara yang menghalang penyerahan dan penggunaannya oleh pemilik.
Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman
6. Percanggahan antara Pemilik dan Peminjam
• Percanggahan mengenai pemulangan

“Kamu belum
memulangkan
nya!”
“Saya sudah
pulangkan
barang yang
dipinjam itu”
Jika pemilik bersumpah bagi menyokong
dakwaannya, pengakuannya itu diterima
kerana dia berada dalam kedudukan
menafikan dakwaan peminjam.
Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman
6. Percanggahan antara Pemilik dan Peminjam
• Percanggahan mengenai Kerosakan

“Tidak. Ia rosak kerana


“Barang tersebut penggunaan yang
rosak kerana tidak dibenarkan”
penggunaan yang
dibenarkan oleh
kamu”

Dalam keadaan ini, pengakuan pinjaman


yang disokong dengan sumpah akan
diterima kerana sukar untuknya untuk
membuktikan apa yang dikatakannya.
Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman
6. Percanggahan antara Pemilik dan Peminjam
• Percanggahan mengenai Kontrak Asal

“Kontrak ini
adalah kontrak
sewa”
“Kontrak ini
adalah kontrak
Pengakuan Pemilik akan diterima kerana
pinjaman!”
pada asalnya dia tidak memberikan
sebaranga kebenaran kepada sesiapa
untuk menggunakannya melainkan
dengan bayaran.

Setelah bersumpah, pemilik berhak


mendapat kadar sewa sepadan sekiranya
tempoh sewa telah berlalu.
Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman
6. Percanggahan antara Pemilik dan Peminjam
• Percanggahan mengenai Kontrak Asal

“Tidak, anda yang


merampasnya dari
saya”
“Anda telah
meminjamkan
nya kepada Jika barang tersebut telah rosak sebelum
saya” dipulangkan, pengguna perlu membayar
ganti rugi atas dakwaan merampas.

Jika pemilik mengaku nilainya lebih tinggi


daripada yang didakwa oleh pengguna,
pemilik akan diminta untuk bersumpah,
bagi menyokong nilai tersebut.
Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman
7. Penamatan Kontrak Pinjaman
Ia dianggap tamat melalui perkara berikut:

1. Pemilik menuntut semula barang pinjaman dan menarik kembali kebenarannya.

2. Peminjam memulangkan semula barang pinjaman kepada pemilik. (Sebelum tamat tempoh
atau selepasnya)
Kontrak ini adalah kontrak Jaiz yang boleh dibatalkan oleh pemberi pinjaman dan peminjam.

3. Salah satu pihak yang terlibat gila atau pengsan


• Orang yang gila/pengsan tidak mempunyai kelayakan (syarat sah)

4. Salah satu pihak meninggal dunia

3. Pemilik/ peminjam ditahan daripada menguruskan harta kerana kebodohan (Safih)

3. Pemilik ditahan disebabkan MUFLIS

Anda mungkin juga menyukai