Anda di halaman 1dari 12

6.

0 DAPATAN KAJIAN

Dalam dapatan kajian, saya akan membincangkan tentang keputusan yang telah

didapati melalui kajian meningkatkan kemahiran penyebutan suku kata KVKV

menggunakan ‘Kit 2 dalam 1’ dalam kalangan murid prasekolah. Keputusan tinjauan

awal dan selepas intervensi ditunjukkan dalam bentuk deskriptif disertakan dengan

jadual dan graf keputusan.

6.1 Persoalan Kajian Pertama

Adakah murid dapat menguasai kemahiran menyebut suku kata KVKV melalui

penggunaan ‘Kit 2 dalam 1’ ?

Melalui BBM ‘Kit 2 dalam 1’, murid dapat menguasai kemahiran menyebut suku kat

KVKV, ‘baju’, ‘mata’, ‘pasu’, ’muka’, ‘ratu’. Kaedah belajar melalui BBM adalah

kaedah yang amat sesuai dengan murid prasekolah kerana kaedah ini dapat

menerapkan ilmu dengan begitu efektif. Murid telah menunjukkan peningkatan yang

jelas semasa menjalankan intervensi, hal ini membuktikan bahawa kaedah tersebut

adalah berkesan

Dua orang murid telah menjalani ujian sebelum tindakan dijalankan. Tujuan

ujian sebelum tindakan adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran menyebut

suku kata KVKV murid prasekolah terhadap suku kata KVKV tertentu. Daripada

hasil ujian sebelum tindakan yang dijalankan, murid adalah kurang mahir dalam

membuat menyebut suku kata.


Jadual 10 keputusan sebelum tindakan

Ujian Menyebut Suku Kata


Jumlah Peratus
Murid Secara Rawak
/5 %
ratu mata baju muka pasu
X / X X X 1/5 20
Murid A
X X / / X 2/5 40
Murid B

Berdasarkan jadual 10, murid A gagal menyebut empat suku kata KVKV.

Contohnya, apabila menunjukkan suku kata KVKV ‘muka’ dia dapat menyebut

sekali semasa gabungkan ‘mu’ dan ‘ka’. Pada masa yang sama, murid B juga gagal

menyebut kebanyakan suku kata dan juga dia juga keliru semasa menyebut suku

kata kv + kv. Hal ini kerana mereka gagal ingat kembali suku kata yang disebut oleh

guru. Hasilnya, murid A cuma dapat menyebut 1 suku kata KVKV manakala murid B

dapat menyebut 2 suku kata KVKV dengan tepat.

Tindakan telah dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menyebut

murid. tindakan ini telah dijalankan pada hari yang berbeza untuk memastikan

tindakan adalah berkesan. Jadual berikut merupakan keputusan ujian semasa

tindakan selepas murid menerima tindakan.

Jadual 11 Keputusan Semasa Tindakan 1

Ujian Menyebut Suku Kata


Jumlah Peratus
Murid Secara Rawak
/5 %
ratu mata baju muka pasu
X / X / X 2/5 40
Murid A
X X / / X 2/5 40
Murid B

Analisis jadual yang dimuatkan dalam jadual 11 menunjukkan perbezaan

sikit antara sebelum tindakan dan semasa tindakan 1. Murid A menunjukkan

40
peningkatan dengan perkataan sukukata KVKV menyebut dengan betul sebanyak

dua daripada lima perkataan KVKV, iaitu sebanyak 40%. Berbanding dengan

keputusan , iaitu sebanyak 20% sahaja, murid A telah menunjukkan peningkatan.

Manakala, Murid B masih mendapat menyebut 2 perkataan KVKV, iaitu sebanyak

40% sahaja. Murid B tidak menunjukkan sebarang peningkatan, di mana semasa

sebelum tindakan penilaian pun mendapat 20% sahaja.

Jadual 12 Keputusan Semasa Tindakan 2

Ujian Menyebut Suku Kata


Jumlah Peratus
Murid Secara Rawak
/5 %
ratu mata baju muka pasu
X / / / X 3/5 60
Murid A
/ / / / X 4/5 80
Murid B

Tindakan semasa 2 telah dijalankan selepas tiga hari dan satu ujian telah

dijalankan. Item perkataan adalah sama dengan ujian dijalankan selepas tindakan

semasa pertama. Berdasarkan jadual 12, murid A telah mendapat tiga perkataan

suku kata KVKV dijawab dengan betul, manakala murid B telah mendapat jumlah

sebanyak 4 perkataan suku kata KVKV. Murid A telah mendapat sebanyak 60%

manakala Murid B mendapat 80% dalam semasa tindakan kedua. Mereka kedua-

kedua mencapai kemajuan lagi, terutamanya murid kedua menunjukkan kemajuan

yang ketara. Hal ini kerana BBM ini mudah mengendalikan oleh murid, juga mereka

akan dapat mengingat kerana sambil menyebut mereka akan menulis, ia

memberikan kesan yang baik.

Kemudian, selepas tindakan telah dijalankan lagi selepas tiga hari. Dalam

Selepas tindakan, item perkataan suku kata KVKV yang sama dengan sebelum ini.

Jadual berikut menunjukkan keputusan ujian tersebut.

41
Jadual 13 Keputusan Selepas Tindakan

Ujian Menyebut Suku Kata


Jumlah Peratus
Murid Secara Rawak
/5 %
ratu mata baju muka pasu
/ / / / X 4/5 80
Murid A
/ / / / / 5/5 100
Murid B

Berdasarkan Jadual 13, murid A dapat menyebut empat sukukata KVKV

daripada lima perkataan suku kata KVKV dengan betul, manakal Murid B dapat

menyebut semua perkataan suku kata KVKV dengan betul. Oleh itu, BBM ‘Kit 2

dalam 1’ telah berkesan dalam meningkatkan kemahiran menyebut suku kata

KVKV. Jadual berikut dapat menunjukkan pencapaian murid dalam penguasaan

kemahiran menyebut suku kata kvkkv dengan lebih jelas.

Rajah 3 Analisis Keputusan Keseluruhan Kemahiran Menyebut Suku Kata KVKV

6.2 Persoalan Kajian Kedua

Bagaimanakah penggunaan ‘Kit 2 dalam 1’ dapat meningkatkan kemahiran

menyebut suku kata KVKV murid.

42
6.2.1 Temu Bual

Temu bual merupakan salah satu kaedah pengumpulan data yang dipilih menjawab

soalan kajian kedua. Pertanyaan deskriptif telah ditanyakan dalam temu bual yang

dilaksanakan bersama murid.

i. Transkripsi temu bual berstruktur dengan murid (Sebelum Tindakan)

Soalan Penyelidik Murid Maklum balas

1. Adakah menyebut  Tak faham


Murid A
perkataan KVKV sangat, susah

sangat susah? Murid B  Tak tahu, sukar.

Murid A  Susah nak sebut.


2. Apa yang kamu rasa
 Tak faham apa
susah? Murid B
yang disebut
 Macam semua
Murid A
3. Mengapa rasa susah? sama je.
Murid B  Tak tahu cikgu.
 Cikgu akan bagi
4. Bagaimana kamu Murid A
‘hint’
belajar sebelum ini ?
Murid B  Tembak je

Rajah 4 Transkripsi temu bual dengan murid sebelum tindakan

Berdasarkan rajah 4, murid-murid mengalami masalah menyebut suku kata

KVKV selama ini. Mereka juga, berangappan menyebut perkataan amat sukar pada

mereka. Tambahan lagi, daripada temu bual bersama menunjukkan tidak yakin

semasa menyebut suku kata KVKV. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat

menguasai suku kata KVKV selama ini. Selain itu, mereka tidak aktif semasa proses

Pdpc juga menjadi salah satu sebab mereka masih tidak dapat menguasai

kemahiran menyebut suku kata KVKV.


43
ii. Transkripsi Temu Bual Berstruktur Dengan Murid (Selepas Tindakan)

Soalan Penyelidik Maklum Balas

Murid A : Saya rasa ya kerana sangat


mudah dan menarik saya.
1. Adakah kamu seronok belajar
menggunakan ‘Kit 2 dalam 1’?
Murid B : Ya. Saya berasa sangat
seronok hari ini. Tidak bosan

Murid A : Tidak bosan dan saya dapat


2. Mengapakah ‘Kit 2 dalam 1’ satu bezakan suku kata KVKV dengan
cara pembelajaran yang menarik dan mudah.
menyeronokkan ?
Murid B : Saya suka cara belajar ini.

Murid A : baca dan buat latihan.


3. Bagaimanakah murid belajar suku
kata KVKV sebelum ini ?
Murid B : baca dan buat latihan.

Murid A : Saya boleh bezakan suku


kata dengan lebih mudah dan cepat.
4. Apakah perbezaan cara murid
sebelum ini dengan ‘Kit 2 dalam 1’? Murid B : Saya boleh fokus kepada
sebutan guru dan bezakan suku kata
KVKV.

Rajah 5 Transkripsi Temu Bual dengan Murid Selepas Tindakan

Berdasarkan rajah 5, menunjukkan bahawa penggunaan Kit 2 dalam 1 dapat

membantu murid menguasai kemahiran menyebut suku kata KVKV yang dihadapi

oleh muridnya selama ini. Tambahan lagi, perubahan tingkah laku yang lebih positif

pada muridnya yang menunjukkan komiten yang baik semasa menjalankan

tindakan terhadap murid. Kesimpulannya, Penggunaan ‘Kit 2 dalam 1’ memberikan

kesan yang positif terhadap penguasaan suku kata KVKV dalam kalangan murid.

44
Selain itu, penglibatan mereka dalam PdPc juga menunjukkan efektif kerana

penggunaan BBM yang menarik semasa tindakan.

6.2.2 Pemerhatian

BBM ‘Kit 2 dalam 1’ dapat meningkatkan kemahiran menyebut suku kata

KVKV dalam kalangan murid prasekolah dengan menerapkan suku kata dalam

aktiviti. Kemahiran menyebut suku kata KVKV pada awalnya agak lemah dan tidak

stabil dalam saringan awal. Mereka kerap keliru akan ejaan suku kata dan bunyi

suku kata. Mereka juga tidak yakin untuk menyebut perkataan suku kata KVKV

semasa gabungkan kv + kv. Namun begitu, mereka telah menunjukkan peningkatan

selepas intervensi kerana BBM ‘ Kit 2 dalam 1’ belajar membantu mereka cara

gabungkan kv + kv untuk menyebut perkataan KVKV.

Rajah 6 Pemerhatian Tindakan Murid

BBM ‘ Kit 2 dalam 1’ telah membantu sampel kajian membezakan suku kata

KVKV dalam aktiviti berasaskan bahan bantu mengajar. Murid prasekolah adalah

bersifat mudah putus asa, kurang penumpuan perhatian dan cepat lupa. Dalam

aktiviti ini, sampel kajian adalah belajar dalam suasana yang seronok dan tidak

tertekan. Mereka melibatkan diri dalam aktiviti berasaskan bahan bantu mengajar

45
dan memberikan fokus yang baik, maka mereka dapat menguasai ilmu yang

disampaikan.

Pada masa yang sama, murid juga mendapat latih tubi secara tidak langsung

dalam aktiviti. Dalam aktiviti, murid perlu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari

dalam langkah 1. Perbuatan ini telah diulangi beberapa kali. Justeru, murid telah

membuat latihan tubi dan latihan lisan dan mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.

Contohnya, murid telah gagal mengabungkan kv + kv menjadikan satu perkataan

untuk menyebut, tetapi pusingan seterusnya murid dapat faham cara

mengabungkan kv + kv untuk menyebut.

BBM ‘ Kit 2 dalam 1’ dapat meningkatkan kemahiran menyebut suku kata

KVKV dalam kalangan murid prasekolah. Hal ini adalah disebabkan kaedah belajar

berasaskan bahan bantu mengajar telah membantu murid semasa belajar dalam

pelbagai aspek, iaitu kebolehtadbiran, kebolehgunaan, kemudahan, pencapaian,

kepentingan, proses PdPc, Penglibatan dan juga penilaian. Jadual berikut adalah

rumusan daripada senarai pemerhatian dan transkrip temu bual

Untuk pemerhatian saya gunakan senarai semak untuk mengetahui perbezaan

keberkesanan penggunaan Kit 2 dalam 1 dalam mengatasi masalah menyebut

sukukata KVKV dalam kalangan murid.

ITEM / KEMAHIRAN
BIL MURID
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1 A / / / / /

2 B / / / / / /

1. menyebut huruf vokal dan konsonan 6. menyebut suku kata kv

46
2. Menyebut huruf secara rawak 7. mencantum dua suku kata kvkv

8. memadankan perkataan dengan


3. Menyebut huruf mengikut susunan
gambar.
4. Mengenal bentuk huruf kecil dan 9. membina dan membunyikan suku
besar kata kvkv
5. Mengecam dan membunyikan huruf 10. membaca suku kata kvkv dengan
konsonan dan akhiran perkataan betul.

Rajah 7. Pemerhatian Ujian Sebelum Tindakan

Berdasarkan Jadual 14, pemerhatian awal terhadap murid A mendapati ,murid

tersebut boleh menyebut huruf secara rawak. Selain itu, murid A juga mengenal

bentuk huruf kecil dan besar. Seterusnya, murid A juga dapat menyebut suku kata

kv dan juga dapat menyebut huruf vokal dan konsonan. Selain tersebut, Murid A

mengalami kesukaran mencantum dua sukukata KVKV, memadankan perkataan

dengan, membina dan membunyikan suku kata KVKV dan juga membaca suku kata

KVKV dengan betul. Manakala murid B pula, dapat menyebut huruf vokal dan

konsonan, dapat menyebut huruf secara rawak, boleh menyebut huruf mengikut

susunan, mengecam dan membunyikan huruf huruf konsonan dan akhiran

perkataan juga, dapat menyebut suku kata KV. Pada masa murid B mengalami

kesukaran mencantum dua suku kata KV, memadankan perkataan dengan

gambar,membina dan membunyikan suku kata KVKV dan membaca suku kata

KVKV dengan betul.

ITEM / KEMAHIRAN
BIL MURID
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1 A / / / / / / / / / /

2 B / / / / / / / / / /

1. menyebut huruf vokal dan konsonan 6. menyebut suku kata kv

47
2. Menyebut huruf secara rawak 7. mencantum dua suku kata kvkv

8. memadankan perkataan dengan


3. Menyebut huruf mengikut susunan
gambar.
4. Mengenal bentuk huruf kecil dan 9. membina dan membunyikan suku
besar kata kvkv
5. Mengecam dan membunyikan huruf 10. membaca suku kata kvkv dengan
konsonan dan akhiran perkataan betul.

Rajah 8. Senarai Semak Pemerhatian Selepas Ujian tindakan

Berdasarkan rajah 8, pemerhatian ujian selepas tindakan mendapati bahawa

Murid A dan Murid B dapat menguasai.menyebut huruf vokal dan konsonan

,menyebut suku kata KV, menyebut huruf secara rawak mencantum dua suku kata

KVKV, menyebut huruf mengikut susunan memadankan perkataan dengan gambar,

mengenal bentuk huruf kecil dan besar , membina dan membunyikan suku kata

KVKV ,mengecam dan membunyikan huruf konsonan dan akhiran perkataan dan

membaca suku kata KVKV dengan betul. Dengan didapati penggunaan Kit 2 dalam

1 memberikan kesan yang cukup baik terhadap penguasaan kemahiran menyebut

suku kata KVKV dalam kalangan murid.

Kebolehtadbiran Kebolehgunaan Kemudahan Pencapaian

 Mudah  Dapat  Berminat  Dapat


disediakan dan menghubung kait  Membantu fokus. mengecam suku
didemonstrasikan kemahiran  Berguna (kerap kata.
 Mudah dengan guna)  Dapat menyebut
membimbing pergaulan suku kata.
seharian.  Dapat
 Mudah ingat membezakan
 Mudah faham suku kata
 Mudah  Yakin
diaplikasikan menjawab/ sebut

48
Kepentingan Proses PdPc Penglibatan Penilaian
 Berperanan  Seronok  Aktif merespons  Dapat
steering. Berkomunikasi  Kerap menyoal membandingkan
 Mudah belajar dua hala. dan menjawab sebutan diri dan
dan mengajar.  Bahasa badan  Interaksi tinggi rakan
yang positif.  Berkolaborasi  Dapat ‘kritik’
 Berminat.  Eye contact / jawapan rakan

fokus yang dan kata guru

konsisten  Berlaku sejajar


dengan
bimbingan

Jadual 14 Rumusan senarai pemerhatian dan Transkrip Temu Bual

BBM ‘Kit 2 dalam 1’ dapat meningkatkan kemahiran menyebut suku kata

KVKV dalam kalangan murid prasekolah dengan menerapkan suku kata dalam

aktiviti. Kemahiran menyebut suku kata KVKV pada awalnya agak lemah dan tidak

stabil dalam saringan awal. Mereka kerap keliru akan ejaan suku kata dan bunyi

suku kata. Mereka juga tidak yakin untuk menyebut perkataan suku kata KVKV

semasa gabungkan kv + kv. Namun begitu, mereka telah menunjukkan peningkatan

selepas intervensi kerana BBM ‘ Kit 2 dalam 1’ belajar membantu mereka cara

gabungkan kv + kv untuk menyebut perkataan KVKV.

BBM ‘ Kit 2 dalam 1’ telah membantu murid membezakan suku kata KVKV

dalam aktiviti berasaskan bahan bantu mengajar. Murid prasekolah adalah bersifat

mudah putus asa, kurang penumpuan perhatian dan cepat lupa. Dalam aktiviti ini,

murid adalah belajar dalam suasana yang seronok dan tidak tertekan. Mereka

melibatkan diri dalam aktiviti berasaskan bahan bantu mengajar dan memberikan

fokus yang baik, maka mereka dapat menguasai ilmu yang disampaikan.

49
Pada masa yang sama, murid juga mendapat latih tubi secara tidak langsung

dalam aktiviti. Dalam aktiviti, murid perlu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari

dalam langkah 1. Perbuatan ini telah diulangi beberapa kali. Justeru, murid telah

membuat latihan tubi dan latihan lisan dan mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.

Contohnya, murid telah gagal mengabungkan KV + KV menjadikan satu perkataan

untuk menyebut, tetapi pusingan seterusnya murid dapat faham cara

mengabungkan kv + kv untuk menyebut.

Ringkasnya , Penggunaan Kit 2 dalam 1 yang digunakan dapat mengatasi

masalah murid. Data yang diperoleh membuktikan BBM ini amat berkesan dalam

mengatasi masalah kemahiran menyebut suku kata KVKV dalam kalangan murid.

Melalui soalan kajian pertama dan soalan kajian kedua dapat dijawab dengan

penerangan daripada data yang diperoleh.

Keseluruhan hujah dalam bab ini hendaklah dimasukkan hujah dan fakta rujukan

bagi menyokong dapatan anda agar lebih berkualiti dan mempunyai nilai akademik

tinggi.

50

Anda mungkin juga menyukai