Anda di halaman 1dari 31

AB-2203 SEMANTIK

Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

1.0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan
Istilah semantik memainkan peranan dalam menentukan dan menetapkan erti dalam

sesuatu bahasa dengan menggunakan tatabahasa yang bersesuaian. Selain itu, istilah semantik

juga dimaksudkan sebagai penelitian makna kata dalam bahasa tertentu menurut sistem

pergolongan (Slametuljana, 1965). Namun, menurut pengkaji, semantik merupakan salah satu

cabang dalam bidang linguistik yang mengkaji makna kata dalam sesuatu bahasa. Kata yang

terdapat di dalam entri bahasa dapat digolongkan dalam kelompok yang sama yang mempunyai

makna yang berkaitan di antara satu sama yang lain. Sebagai contoh, dalam perkataan keluarga

berhubungkait dengan perkataan nenek, ibu bapa, abang, kakak, adik, cucu dan sebagainya. Oleh

itu, melalui contoh tersebut, dapat dilihat bahawa kata-kata dalam satu kelompok ini juga

dikatakan sebagai kata yang berada di dalam satu medan makna. Akan tetapi, kata yang berada

di dalam satu medan makna yang sama dapat dianalisis secara terperinci dengan mengemukakan

ciri-ciri yang dapat membezakan antara satu sama lain. Misalnya kata <ayah> mengandungi

komponen makna [+manusia], [+kahwin], [+jantan] sedangkan kata <ibu> mengadungi

komponen makna [+manusia], [+kahwin] dan [-jantan].

1.2 Tujuan Kajian


Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana teknik pendekatan yang

digunakan itu dapat memperluaskan makna kata atau frasa sehingga dapat membina wacana

yang baik. Kajian ini juga bertujuan untuk meneliti komponen makna bagi kata kerja bercakap

serta meneliti sejauhmana kata kerja itu sesuai digunakan di dalam konteks. Selain itu juga,

1|Halaman
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

kajian ini untuk melihat kelebihan dan kelemahan pendekatan analisis komponen makna itu yang

bersinonim dengan kata kerja tersebut.

1.3 Permasalahan Kajian


Perkataan kata kerja bercakap sudah pasti mempunyai lebih daripada satu kata yang

bersinonim dengannya sama ada yang didapati dalam bahasa Melayu Standard (BMS), bahasa

Inggeris (B2), bahasa Indonesia (BI), bahasa Melayu Brunei (BMB) mahupun dialek yang

terdapat di Malaysia (segelintir perkataan yang dapat difahami oleh masyarakat lain). Walaupun

kata kerja bercakap mempunyai banyak kata yang bersinonim dengannya, namun, tidak kesemua

kata itu dapat diaplikasikan dalam konstruksi ayat atau situasi yang bersesuaian. Seperti yang

dijelaskan oleh Abdullah Hassan (1980:242) bahawa sinonim terdiri daripada kata-kata yang

mempunyai makna yang sama tetapi tidak seratus peratus kata itu sama. Sebagai contoh, makna

kereta dan motokar adalah sama dan dapat dilihat persamaan itu dalam rangkai kata kereta besar

atau motokar besar tetapi apabila diaplikasikan dalam rangkai kata kereta lembu atau motokar

lembu tidak mungkin dapat diterima kerana ianya tidak sesuai dalam penggunaanya.

Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji menganalisis sejauhmana kata kerja bercakap itu

mempunyai kesinonimannya seratus peratus. Pengkaji juga menggunakan fitur-fitur untuk

melihat persamaan dan perbezaan setiap kata yang bersinonim dengan kata kerja bercakap.

1.4 Metodologi Kajian


Dalam memperolehi data, pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan merujuk kepada

kamus daftar kata yang bersinonim dengan kata kerja bercakap seperti:

2|Halaman
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

i. Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003)

ii. Kamus Bahasa Melayu Brunei Edisi Kedua (2007)

iii. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010)

iv. Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2010)

v. Kamus Sinonim Lengkap Dengan Rangkai Kata (1984)

Selain itu juga, pengkaji merujuk kepada buku-buku yang diterbitkan, jurnal-jurnal bahasa

serta penulisan latihan ilmiah yang dihasilkan oleh mahasiswa/-i bagi mendapatkan penerangan

dan idea dalam memperluaskan penghuraian yang berkaitan dengan analisis komponen makna.

3|Halaman
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

2.0 Analisis Kajian

2.1 Konsep Kata Kerja Bercakap

Kata kerja bercakap mempunyai banyak sinonim yang mampu membawa makna bagi

kata cakap atau bercakap. Walau bagaimanapun, tidak kesemua sinonim bagi kata bercakap itu

mempunyai kesamaan seratus peratus dari segi ciri atau bentuk penggunaannya.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), bercakap menbawa tiga makna iaitu:
i. Berkata, berbicara dan bertutur
ii. Berbahasa
iii. Berbual, bercorak dan bersembang.

Pengkaji berpendapat bahawa ketiga-tiga makna di atas membawa fungsi yang sama iaitu

mengeluarkan kata-kata atau mengemukakan pendapat berdasarkan apa yang difikirkan oleh akal

fikiran. Namun, apa yang membezakannya ialah bentuk penggunaanya sama ada dalam bentuk

formal atau tidak formal. Perkataan berkata, berbicara, bertutur dan berbahasa digunakan dalam

bentuk formal. Manakala perkataan berbual, berborak dan bersembang dalam bentuk tidak

formal.

Walau bagaimanapun, di sini pengkaji melihat konsep kata bercakap itu sebagai satu kata

kerja yang berfungsi untuk melahirkan kata-kata atau ujaran sama ada dalam komunikasi satu

hala ataupun dua hala. Komunikasi itu dilakukan dengan menggunakan kata-kata yang dapat

difahami dan dapat mempengaruhi kedua-dua pihak antara penyampai dan pendengar. Selain itu

juga, menurut pengkaji, konsep bercakap ini boleh digunakan oleh semua makhluk seperti

manusia, haiwan dan makhluk halus (iblis dan syaitan). Akan tetapi, tidak kesemua konsep

4|Halaman
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

bercakap itu dapat difahami oleh setiap makhluk. Haiwan berkomunikasi mengikut caranya

tersendiri kerana ianya dapat difahami oleh spesis masing-masing seperti mengiau, mengaum,

berkokok, mendesis dan sebagainya. Bunyi-bunyi tersebut membawa konsep kata kerja

bercakap tetapi mengikut jenis haiwan yang sama. Bunyi-bunyi tersebut juga tidak sesuai

diaplikasikan terhadap manusia. Ini dapat dilihat dalam contoh frasa berikut:-

Harizul dan Hazazi berbual tentang percutian mereka di Dubai.

Perkataan berbual di sini bertepatan dengan penggunaannya iaitu siapa dan di dalam situasi apa.

Siapa di sini merujuk kepada manusia dan situasinya adalah bersifat santai (tidak formal).

Perkataan berbual itu tidak dapat ditukar ganti menjadi Harizul dan Hazazi mengiau tentang

percutian mereka di Dubai. Walaupun konsep kata bercakap itu mempunyai hubungan makna,

namun, kata-kata yang bersinonim dengannya tidak mempunyai kesamaan seratus peratus kerana

ianya mempunyai sifat yang tidak mutlak. Oleh itu, pengkaji mengaplikasikan fitur-fitur sebagai

pembeza bagi setiap kata yang bersinonim dengan kata kerja bercakap.

2.2 Pemerolehan Data

Berdasarkan analisis, pengkaji mendapati bahawa terdapat 121 kata yang mampu

membawa konsep kata kerja bercakap yang dikutip dari bahasa Melayu Standard (BMS), bahasa

Melayu Brunei (BMB), bahasa Indonesia (BI) dan beberapa dialek yang diperolehi dari rujukan

yang dinyatakan di atas. Pengkaji juga memperolehi satu kata berasal dari bahasa Arab yang

bersinonim dengan kata kerja bercakap iaitu “qalla”. Berikut adalah antara kata-kata yang

didapati yang mampu membawa konsep bercakap seperti:

5|Halaman
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

Jenis bahasa Kata yang mampu membawa konsep kata


kerja “bercakap”
Bahasa Melayu Standard (BMS) berbual, berborak, berucap, berkata,
bertutur, berbicara dan bersembang.
Bahasa Melayu Brunei (BMB) bakurapak, bakunyayang, gawah-gawah,
bacau-bacau, garaun-garaun, manarubus
dan diambur-ambur.
Bahasa Arab (BA) Qaala (‫)قال‬.
Bahasa Indonesia (BI) ngomong, ngobrol, becok, ngaco, bilang
dan brisik.
Judul 1: kata-kata yang mampu membahwa konsep kata kerja bercakap

Oleh itu, persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh pengkaji ini dapat dibincangkan

kebenarannya melalui pendekatan analisis komponen makna (AKM) untuk mengetahui setakat

mana ia mempunyai persamaan atau perbezaan melalui rincian fitur-fitur pembeza makna. Fitur

yang sepadan dikodkan [+], sebahagiannya sahaja dikodkan [+/-] dan fitur yang tidak sepadan

dikodkan [-]. Fitur-fitur yang digunakan oleh pengkaji sebagai pembeza makna konsep kata kerja

bercakap mengikut klasifikasi dinyatakan dalam judul 2. Konsep di sini bermaksud pengkaji

melihat bagaimana kata bercakap itu digunakan mengikut siapa, apa dan bagaimana ianya

diaplikasikan.

6|Halaman
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

Bil. Klasifikasi Fitur bercakap


1. Kelas kata Kata kerja [+]
2. Pelaku Tuhan [+]
Manusia [+]
Makhlus halus [+]
3. Unsur Kebaikan [+]
Keburukan [+]
4. Tindakan Sehala [+]
Dua hala [+]
Serius/emosi [+]
Spontan [+]
5. Keadaan Rasmi [+]
Tidak rasmi/santai [+]
Judul 2: senarai fitur untuk membezakan kata kerja bercakap dengan kata sinonim yang lain.

Penjelasan bagi klasifikasi di atas seperti berikut:-

1. Kelas kata

Kelas kata ini merujuk kepada pergolongan kata sama ada kata yang dianalisis itu dalam

golongan kata nama, kata adjektif atau kata kerja.

2. Pelaku

Pelaku di sini merujuk kepada siapa yang terlibat atau bertugas dalam menggunakan kata

kerja bercakap itu mengikut situasi yang bersesuaian. Dalam judul 1, pelaku merujuk

kepada tuhan, manusia dan makhluk halus (iblis dan syaitan). Pengkaji tidak melibatkan

haiwan sebagai pelaku.

3. Unsur

Unsur merujuk kepada inti informasi yang disampaikan oleh penutur kepada penutur

yang lain. Unsur kebaikan dan keburukan menjadi pilihan pengkaji kerana ianya dapat

7|Halaman
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

dilihat bahawa konsep kata bercakap ini mempunyai inti bicara yang membawa kebaikan

dan keburukan terhadap pengguna.

4. Tindakan

Dalam klasifikasi ini, pengkaji membahagikan kepada sehala, dua hala, serius/emosi dan

spontan. Sehala dan dua hala berlaku antara penyampai dan penerima informasi dalam

berkomunikasi. Jika ianya sehala bermaksud komunikasi intrapersonal dan jika ianya

berlaku dua hala bermaksud komunikasi interpersonal. Serius/emosi dan spontan pula

merujuk kepada bentuk penggunaanya.

5. Keadaan

Keadaan merujuk kepada bila penggunaan kata itu digunakan. Di sini pengkaji melihat

sama ada ianya dalam situasi formal atau tidak fomal/santai.

Setelah melihat fitur-fitur yang dijelaskan di atas, seterusnya pengkaji akan menerangkan

perbezaan dan persamaan antara kata kerja bercakap dengan 15 kata pilihan yang bersinoniman

dengannya.

2.2.1 Berbual

Kata Dasar Kata Sinonim Makna menurut Kamus Bahasa Melayu


Nusantara (2003:375)
Bercakap Berbual 1 bercakap (mengenai pelbagai perkara);

8|Halaman
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

berborak; mengobrol
2 bercakap yang bukan-bukan
Judul 3: pengertian makna berbual

Bil. Klasifikasi Fitur Konsep berbual


bercakap
1. Kelas kata Kata kerja [+] [+]
2. Pelaku Tuhan [+] [-]
Manusia [+] [+]
Makhlus halus [+] [-]
3. Unsur Kebaikan [+] [+]
Keburukan [+] [+]
4. Tindakan Sehala [+] [-]
Dua hala [+] [+]
Serius/emosi [+] [-]
Spontan [+] [+]
5. Keadaan Rasmi [+] [-]
Tidak rasmi/santai [+] [+]
Judul 4: fitur-fitur bagi konsep bercakap dan kata berbual
Berdasarkan judul 4 di atas, kedua-dua kata ini menampakkan perbezaan dan persamaan.

Perbezaanya ialah tuhan sebagai pelaku mempunyai fitur [-] kerana kata berbual tidak sesuai

diaplikasikan dalam struktur ayat sebagai contoh “tuhan berbual bahawa…”, ini tidak

bertepatan dengan pelakunya. Begitu juga kepada makhluk halus, manusia tidak dapat melihat

dengan makhluk tersebut dengan pancaindera. Oleh itu, pengkaji menganggap makhluk halus

(iblis dan syaitan) mempunyai fitur [-] terhadap kata berbual kerana ianya tidak dapat dipastikan

dengan pancaindera kita. Selain itu, dari segi unsur, berbual mempunyai unsur [+/-] terhadap

kedua-dua unsur kerana ketika berbual mungkin mempunyai inti cerita atau informasi yang baik

atau tidak baik. Berbual juga mempunyai fitur [-] bagi tindakan komunikasi berbentuk sehala

kerana ketika berbual sememangnya pasti ada penyampai dan penerima bagi menghasilkan

komunikasi yang berkesan. Selain itu, kata berbual mempunyai fitur [-] dalam bentuk

9|Halaman
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

penggunaannya. Berikut adalah contoh ayat dalam penggunaan kata berbual seperti Shah dan

Jimi berbual mengenai tugasan mereka.

2.2.2 Berfirman

Kata Dasar Kata Sinonim Makna menurut Kamus Bahasa Melayu


Nusantara (2003:720)
Bercakap berfirman 1 Berkata (Allah SWT)
Judul 5: pengertian bagi kata berfirman

Bil. Klasifikasi Fitur Konsep Berfirman


bercakap
1. Kelas kata Kata kerja [+] [+]
2. Pelaku Tuhan [+] [+]
Manusia [+] [-]
Makhlus halus [+] [-]
3. Unsur Kebaikan [+] [+]
Keburukan [+] [-]
4. Tindakan Sehala [+] [+]
Dua hala [+] [-]
Serius/emosi [+] [+]
Spontan [+] [-]
5. Keadaan Rasmi [+] [+]
Tidak rasmi/santai [+] [-]
Judul 6: fitur-fitur bagi konsep bercakap dan kata berfirman

Berdasarkan judul 6 di atas menunjukkan bahawa konsep bercakap mempunyai

perbezaan dengan kata berfirman. Pertama, dari segi pelaku, kata berfirman hanya digunakan

oleh Allah SWT. Ini juga bertepatan dengan pengertian yang dijelaskan dalam judul 5. Selain itu,

makhluk halus juga mempunyai fitur [-] kerana kata berfirman hanya merujuk kepada Allah

SWT. Konsep bercakap mepunyai fitur [+] bagi unsur keburukan tetapi kata berfirman

mempuyai fitur [-] kerana ianya mempunyai perintah yang wajib dituruti oleh pengikut-Nya

yang sememangnya merupakan pedoman buat umat Islam. Keadaanya pula adalah berbentuk

10 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

bukan santai. Contoh bagi penggunaan kata berfirman seperti Firman Allah SWT dalam Surah

Al-Baqarah ayat 4 yang bermaksud: “Dan mereka yang beriman kepada kitab yang telah

diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturnkan sebelummu, serta mereka yakin akan

adanya (kehidupan) akhirat.

2.2.3 Bertitah

Kata Dasar Kata Sinonim Makna menurut Kamus Bahasa Melayu


Nusantara (2003:2857)
Bercakap bertitah 1 kata atau perintah diraja
2 berkata; memberi perintah
Judul 7: pengertian bagi kata bertitah

Bil. Klasifikasi Fitur Konsep Bertitah


bercakap
1. Kelas kata Kata kerja [+] [+]
2. Pelaku Tuhan [+] [-]
Manusia [+] [+]
Makhlus halus [+] [-]
3. Unsur Kebaikan [+] [+]
keburukan [+] [-]
4. Tindakan Sehala [+] [+]
Dua hala [+] [+]
Serius/emosi [+] [+]
Spontan [+] [-]
5. Keadaan Rasmi [+] [+]
Tidak rasmi/santai [+] [-]
Judul 8: fitur-fitur bagi konsep bercakap dengan kata bertitah

Berdasarkan judul 8, kedua-duanya mempunyai tujuh persamaan yang mempunyai fitur

yang sama [+]. Antaranya ialaah kedua-duanya merupakan kata kerja yang diaplikasikan kepada

11 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

manusia. Manusia di sini merujuk kepada raja atau sultan. Ini berdasarkan kepada definisi yang

dinyatakan dalam judul 7. Selain itu, kata bertitah mempunyai fitur [+] terhadap fitur kebaikan

dan dilakukan sama ada bentuk komunikasi sehala atau dua hala. Sehala di sini bermaksud

penyampai hanya memberikan informasi kepada pendengar dan pendengar tidak dapat memberi

tindak balas terhadap pemberi. Misalnya, raja atau sultan bertitah melalui rakaman televisyen

atau radio. Manakala dalam bentuk dua hala pula, raja mendapat maklum balas daripada

pendengar seperti dilakukan dalam persidangan antara individu. Contoh bagi penggunakan kata

bertitah seperti baginda bertitah bahawa jika generasi muda memiliki kekuatan fizikal dan

rohani, maka Insya Allah,kekuatan itu akan tumpah pula kepada bangsa dan negara […]1

2.2.4 Bersabda

Kata Dasar Kata Sinonim Makna menurut Kamus Bahasa Melayu


Nusantara (2003:2325)
Bercakap bersabda 1 kata-kata yang diucapkan oleh nabi atau rasul
2 kata tau perkataan (bagi raja dsb)
3 kata atau perkataan yang diucapkan oleh
wazir-wazir dan citeria-citeria
4 berkata
Judul 9: pengertian bagi kata bersabda

Bil. Klasifikasi Fitur Konsep bersabda


bercakap
1. Kelas kata Kata kerja [+] [+]
2. Pelaku Tuhan [+] [-]
Manusia [+] [+]
Makhlus halus [+] [-]
3. Unsur Kebaikan [+] [+]
Keburukan [+] [-]
4. Tindakan Sehala [+] [+]
Dua hala [+] [+]

1
Dipetik dari titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadien Waddaulah sempena
Upacara Sovereign’s Parade pengambilan ke-12 Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan ABDB,
Perkhemahan Sungai Akar.

12 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

Serius/emosi [+] [+]


Spontan [+] [-]
5. Keadaan Rasmi [+] [+]
Tidak rasmi/santai [+] [-]
Judul 10: fitur-fitur bagi konsep bercakap dan kata bertitah
Terdapat tujuh persamaan [+] antara fitur bagi konsep bercakap dengan fitur bagi kata bersabda.

Antaranya ialah ianya digunakan oleh manusia tetapi dalam kata bersabda ini merujuk kepada

para nabi, para rasul, raja-raja, wazir-wazir dan citeria-citeria. Menurut pengkaji, berdasarkan

pengertian di atas menunjukkan bahawa penggunakan kata bersabda ini khusus buat golongan

orang yang mempunyai darjat tinggi. Contoh bagi penggunaan kata ini seperti:-

i. Rasullullah S.A.W bersabda: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi,

maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam […]2

ii. Sabda Duli Yang Teramat Mulia, sambutan yang kita nanti dan raikan setiap tahun itu

memberi pengeritan yang sangat mendalam kepada setiap lapisan masyarakat […]3

2.2.5 Menghasut

Kata Dasar Kata Sinonim Makna menurut Kamus Bahasa Melayu


Nusanatara (2003:903)
Bercakap menghasut 1 membangkitkan hati atau perasaan supaya
marah (melawan, memberontak dsb)
2 mengapi-apikan
Judul 11: pengertian bagi kata mengasut

Bil. Klasifikasi fitur Konsep menghasut


bercakap
1. Kelas kata Kata kerja [+] [+]
2. Pelaku Tuhan [+] [-]

2
Terjemahan Shahih Bukhari & Muslim bagi ayat sifat-sifat penghuni neraka.
3
Dipetik dari titah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee
Billah ketika mengurniakan sabda pada Majlis Haflut Takharujj Institut Tahfiz Al-Qur’an Sultan Haji Hassanal
Bolkiah kali kedua di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

13 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

Manusia [+] [+]


Makhlus halus [+] [+]
3. Unsur Kebaikan [+] [-]
keburukan [+] [+]
4. Tindakan Sehala [+] [+]
Dua hala [+] [+]
Serius/emosi [+] [+]
spontan [+] [+]
5. Keadaan Rasmi [+] [-]
Tidak rasmi/santai [+] [+]
Judul 12: fitur-fitur bagi konsep bercakap dan menghasut

Berdasarkan judul 12, pelakunya mempunyai fitur [+] terhadap manusia dan makhluk halus dan

ianya mempunyai unsur keburukan atau kejahatan. Bentuk komunikasi pula, kedua-duanya

mempunyai fitur [+]. Pengkaji berpendapat bahawa bentuk sehala merujuk kepada makhluk

halus (iblis dan syaitan) yang menghasut manusia supaya tidak berbuat kebajikan. Persamaan [+]

juga dapat dilihat dalam bentuk serius/emosi dan spontan. Contoh bagi penggunaan kata

menghasut seperti Nida marah terhadap Maya dan dia menghasut teman-temannya supaya

Maya dibenci oleh mereka.

2.2.6 Berbisik

Kata Dasar Kata Sinonim Makna menurut Kamus Bahasa Melayu


Nusantara (2003:352)
Bercakap berbisik 1 suara desis perlahan-lahan
2 bercakap dengan suara yang perlahan kepada
seseorang dekat telinga
3 berbuat dengan diam-diam
Rajah 13: pengertian bagi kata berbisik

Bil. Klasifikasi Fitur Konsep berbisik


bercakap
1. Kelas kata Kata kerja [+] [+]
2. Pelaku Tuhan [+] [-]

14 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

Manusia [+] [+]


Makhlus halus [+] [+]
3. Unsur Kebaikan [+] [+]
Keburukan [+] [+]
4. Tindakan Sehala [+] [+]
Dua hala [+] [+]
Serius/emosi [+] [-]
Spontan [+] [+]
5. Keadaan Rasmi [+] [-]
Tidak rasmi/santai [+] [+]
Judul 14: fitur-fitur bagi konsep bercakap dan kata berbisik

Kata berbisik mempunyai fitur persamaan [+] dari segi pelaku iaitu manusia dan makhluk
halus, dari segi unsur, tindakan sehala dan dua hala dan dalam bentuk keadaan santai. Kata
berbisik dapat ditukar ganti bagi kata bercakap mengikut konteks ayat yang tertentu seperti
“saya sayangkan awak” bisik Shah kepada isterinya. Selain itu, kata berbisik bagi makhluk
halus berupa berinteraksi secara batiniah (suara bisikan pada roh/fikiran manusia).

2.2.7 Mengagah

Kata Dasar Kata Sinonim Makna menurut Kamus Bahasa Melayu


Nusantara (2003:23)
Bercakap mengagah 1 mengeluarkan bunyi yang belum berupa
patah-patah perkataan (tentang anak kecil)
Judul 15: pengertian bagi kata mengagah

Bil. Klasifikasi fitur Konsep mengagah


bercakap
1. Kelas kata Kata kerja [+] [+]
2. Pelaku Tuhan [+] [-]
Manusia [+] [+]
Makhlus halus [+] [-]
3. Unsur Kebaikan [+] [+]
Keburukan [+] [-]
4. Tindakan Sehala [+] [-]
Dua hala [+] [+]
Serius/emosi [+] [-]
Spontan [+] [+]

15 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

5. Keadaan Rasmi [+] [-]


Tidak rasmi/santai [+] [+]
Judul 16: fitur-fitur bagi konsep bercakap dan kata mengagah

Dalam judul 16 di atas menunjukkan adanya persamaan dan perbezaan antara kedua-

duanya. Dari segi pelaku, manusia mempunyai persamaan fitur [+] dan ianya merujuk kepada

anak kecil (bayi) yang baru pandai mengeluarkan bunyi-bunyi tetapi belum lagi berupa

perkataan. Tindakan dua hala jua mempunyai fitur [+], berlaku antara anak kecil dengan orang

yang mengagah anak kecil tersebut. Antara perbezaan kedua-dua kata ini dapat dilihat dari segi

unsur keburukan, kata mengagah mempunyai fitur [-]. Kata mengagah juga kerap digunakan di

dalam bahasa Melayu Brunei seperti contoh ayat “baru jua lima bulan anak si Nana atu tapi

pandai sudah mengagah bapanya”.

2.2.8 Berdoa

Kata Dasar Kata Sinonim Makna menurut Kamus Bahasa Melayu


Nusantara (2003:624)
Bercakap berdoa 1 permohonan (permintaan, harapan) kepada
Allah SWT
2 mengucapkan (memanjatkan) doa kepada
Allah SWT
Judul 17: pengertian bagi kata berdoa

Bil. Klasifikasi Fitur Konsep berdoa

bercakap

16 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

1. Kelas kata Kata kerja [+] [+]


2. Pelaku Tuhan [+] [-]
Manusia [+] [+]
Makhlus halus [+] [-]
3. Unsur Kebaikan [+] [+]
Keburukan [+] [-]
4. Tindakan Sehala [+] [+]
Dua hala [+] [-]
Serius/emosi [+] [+]
Spontan [+] [+]
5. Keadaan Rasmi [+] [-]
Tidak rasmi/santai [+] [+]
Judul 18: fitur-fitur bagi konsep bercakap dan kata berdoa
Dari segi pelaku, tuhan dan makhluk halus mempunyai fitur [-]. Ini dapat diperhatikan dalam

judul 18 di atas. Tindakannya pula mempunyai fitur [+] iaitu dalam bentuk sehala. Ini

disebabkan pada lazimnya manusia berdoa berlaku dalam diri seseorang (intrapersonal) sama ada

dibaca atau disebut dalam hati (batiniah) atau secara bermonolog dengan diri sendiri. Tindakan

lainnya juga mempunyai fitur [+] iaitu dalam bentuk serius/emosi dan spontan.

2.2.9 Mengumpat

Kata Dasar Kata Sinonim Makna menurut Kamus Bahasa Melayu


Nusantara (2003:2964)
Bercakap mengumpat 1 menceritakan atau menyebut-nyebut perihal
orang lain (biasanya perkara-perkara yang
kurang baik mengenai dirinya)
2 memburuk-burukkan atau mencela orang lain
di belakangnya
3 mengatai orang lain di belakangnya
Judul 19: pengertian bagi kata mengumpat

Bil. Klasifikasi Fitur Konsep mengumpat


bercakap

17 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

1. Kelas kata Kata kerja [+] [+]


2. Pelaku Tuhan [+] [-]
Manusia [+] [+]
Makhlus halus [+] [-]
3. Unsur Kebaikan [+] [-]
keburukan [+] [+]
4. Tindakan Sehala [+] [+]
Dua hala [+] [+]
Serius/emosi [+] [+]
spontan [+] [+]
5. Keadaan Rasmi [+] [-]
Tidak rasmi/santai [+] [-]
Judul 20: fitur-fitur bagi konsep bercakap dan mengumpat

Kata mengumpat mempunyai perbezaan dan persamaan fitur dengan konsep kata

bercakap. Antaranya dapat dilihat dari segi unsur. Kata mengumpat mempunyai fitur [-] dalam

unsur kebaikan. Manakala dari segi tindakan, kata mengumpat mempunyai persamaan fitur [+]

dalam bentuk serius/emosi dan spontan. Ianya dapat dilihat dalam bentuk penggunaan seseorang.

2.2.10 Melafazkan

Kata Dasar Kata Sinonim Makna menurut Kamus Bahasa Melayu


Nusantara (2003:1493)
Bercakap melafazkan 1 bunyi perkataan yang disebut atau diucapkan
dengan baik; sebutan; ucapan
2 kata-kata atau perkataan yang diucapkan atau
dituliskan
3 cara seseorang atau sekelompok orang dalam
masyarakat bahasa mengucapkan bunyi bahasa
4 mengucapkan (kata, perkataan, doa dsb)
Judul 21: pengertian bagi kata melafazkan

18 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

Bil. Klasifikasi fitur Konsep melafazkan


bercakap
1. Kelas kata Kata kerja [+] [+]
2. Pelaku Tuhan [+] [-]
Manusia [+] [+]
Makhlus halus [+] [-]
3. Unsur Kebaikan [+] [+]
keburukan [+] [+]
4. Tindakan Sehala [+] [-]
Dua hala [+] [+]
Serius/emosi [+] [+]
Spontan [+] [+]
5. Keadaan Rasmi [+] [+]
Tidak rasmi [+] [-]
Judul 22: fitur-fitur bagi konsep bercakap dan kata melafazkan

Bagi kata melafazkan pula mempunyai persamaan dan perbezaan fitur antara kedua-duanya.

Antaranya seperti dari segi unsur kebaikan dan keburukan mempunyai fitur [+] dan dari segi

tindakan, kedua-duanya mempunyai fitur persamaan [+] dalam bentuk serius/emosi dan spontan.

Ini dapat dijelaskan melalui contoh di bawah ini:

i. Seorang lelaki berbangsa Cina memeluk agama Islam dan bercakap dua kalimah

syahadah. Berdasarkan ayat tersebut, kata bercakap tidak sesuai digunakan dalam

sturuktur ayat. Oleh itu, kata bercakap dapat ditukar ganti menjadi seorang lelaki

berbangsa Cina memeluk agama Islam dan melafazkan dua kalimah syahadah.

ii. Jamal menyesal selepas bercakap talak tiga terhadap isterinya. Contoh ayat ini,

penggunakan kata bercakap tidak sesuai dalam ayat. Oleh itu, ianya dapat ditukar

ganti menjadi Jamal menyesal selepas melafazkan talak tiga terdap isterinya.

2.2.11 Garaun-garaun

19 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

Kata Dasar Kata Sinonim Makna menurut Kamus Bahasa Melayu Brunei
Edisi Kedua (2007:102)
Bercakap Garaun-garaun 1 mengeluarkan kata-kata secara tidak tersusun
atau sukar difahami; membebel; mengomel
2 bercakap seorang diri kerana marah dsb
Judul 23: pengertian bagi kata garaun-garaun

Bil. Klasifikasi Fitur Konsep Garaun-


bercakap garaun
1. Kelas kata Kata kerja [+] [+]
2. Pelaku Tuhan [+] [-]
Manusia [+] [+]
Makhlus halus [+] [-]
3. Unsur Kebaikan [+] [-]
keburukan [+] [+]
4. Tindakan Sehala [+] [+]
Dua hala [+] [-]
Serius/emosi [+] [+]
Spontan [+] [-]
5. Keadaan Rasmi [+] [-]
Tidak rasmi/santai [+] [+]
Judul 24: fitur-fitur bagi konsep bercakap dan kata garaun-garaun

Berdasarkan judul 24 di atas, perbezaan antara konsep bercakap dan kata garaun-garaun dapat

dilihat dari segi unsur kebaikan. Kata garaun-garaun mempunyai fitur [-] kerana ianya bersifat

negatif iaitu bercakap dalam keadaan marah tapi tidak dapat difahami. Selain itu jua, ianya tidak

berlaku secara spontan kerana kata garaun-garaun ini mempunyai sifat serius/emosi yang diberi

fitur [+].

2.2.12 Bacau-bacau

Kata Dasar Kata Sinonim Makna menurut Kamus Bahasa Melayu Brunei
Edisi Kedua (2007:34)
Bercakap Bacau-bacau 1 bercakap serentak dalam satu kumpulan
sehingga menimbulkan suasana yang hiruk-

20 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

piruk
Judul 25: pengertian bagi kata bacau-bacau

Bil. Klasifikasi Fitur Konsep Bacau-


bercakap bacau
1. Kelas kata Kata kerja [+] [+]
2. Pelaku Tuhan [+] [-]
Manusia [+] [+]
Makhlus halus [+] [-]
3. Unsur Kebaikan [+] [+]
Keburukan [+] [+]
4. Tindakan Sehala [+] [-]
Dua hala [+] [+]
Serius/emosi [+] [-]
Spontan [+] [+]
5. Keadaan Rasmi [+] [-]
Tidak rasmi/santai [+] [+]
Judul 26: fitur-fitur bagi konsep bercakap dan kata bacau-bacau

Jika dilihat dari segi definisi, setentunya menampakkan perbezaan antara konsep bercakap

dengan bacau-bacau. Tambahan lagi dilihat dari segi fitur-fitur kedua-duanya, unsur kebaikan

dan keburukan mempunyai fitur yang sama [+]. Manakala fitur dari segi tindakan berbentuk

sehala mempunyai fitur [-]. Contoh bagi ayat dalam penggunaan kata bacau-bacau seperti

bacau-bacau jua urang rumah sebalah ani.

2.2.13 Berkhutbah

Kata Dasar Kata Sinonim Makna menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat
(2010:784)
Bercakap berkhutbah 1 pidato (biasanya yang mengandungi ajaran
atau nasihat keagamaan), syarahan
2 berpidato atau bersyarah (mengenai hal-hal
agama dll)
3 berleter
Judul 27: pengertian bagi kata berkhutbah

21 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

Bil. Klasifikasi Fitur Konsep Berkhutbah


bercakap
1. Kelas kata Kata kerja [+] [+]
2. Pelaku Tuhan [+] [-]
Manusia [+] [+]
Makhlus halus [+] [-]
3. Unsur Kebaikan [+] [+]
keburukan [+] [-]
4. Tindakan Sehala [+] [-]
Dua hala [+] [+]
Serius/emosi [+] [+]
spontan [+] [-]
5. Keadaan Rasmi [+] [+]
Tidak rasmi/santai [+] [-]
Judul 28: fitur-fitur bagi konsep bercakap dan kata berkhutbah
Konsep bercakap dan kata berkhutbah mempunyai persamaan dan perbezaan. Manusia sebagai

pelaku mempunyai fitur persamaan [+] dengan konsep bercakap. Manusia di sini merujuk

kepada para ulama seperti imam, ibu, bapa, guru dan sebagainya. Seperti dalam contoh ayat,

ramai jemaah duduk mendengar imam berkhutbah dengan suara yang nyaring, pagi-pagi lagi

ibunya sudah berkhutbah dan sebagainya.

2.2.14 Berkunyanyang

Kata Dasar Kata Sinonim Makna menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat
(2010:784)
Bercakap berkunyanyng 1 bercakap-cakap dengan tidak tentu tujuan;
menceceh
Jadual 29: pengertian bagi kata berkunyanyang

Bil. Klasifikasi fitur Konsep berkunyanyang


bercakap
1. Kelas kata Kata kerja [+] [+]
2. Pelaku Tuhan [+] [-]
Manusia [+] [+]
Makhlus halus [+] [-]

22 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

3. Unsur Kebaikan [+] [-]


keburukan [+] [+]
4. Tindakan Sehala [+] [-]
Dua hala [+] [+]
Serius/emosi [+] [-]
spontan [+] [+]
5. Keadaan Rasmi [+] [-]
Tidak rasmi/santai [+] [+]
Jadual 30: fitur-fitur bagi konsep bercakap dan kata berkunyanyang

Berdasarkan Jadual 30 di atas, unsur keburukan mempunyai fitur [+] antara kedua-dua kata serta

ianya disampaikan secara dua hala. Berdasarkan defisini dalam jadual 29, kata berkunyanyang

mempunyai konsep bercakap yang hampir sama tetapi yang membezakannya ialah dari segi

penyampaian. Contoh ayat bagi kata berkunyanyang seperti kuat bekunyanyang bisdia atu, inda

beranti bah becakap saja.

2.2.15 Gagap

Kata Dasar Kata Sinonim Makna menurut Kamus Bahas Melayu


Nusantara (2003:1493)
Bercakap gagap 1 ganggunan bicara atau tertahan-tahan apabila
bercakap dengan mengulang-ulang bunyi, suku
kata atau kata; angap
Jadual 31: pengertian bagi kata gagap

Bil. Klasifikasi Fitur Konsep Gagap


bercakap
1. Kelas kata Kata kerja [+] [+]
2. Pelaku Tuhan [+] [-]
Manusia [+] [+]
Makhlus halus [+] [-]
3. Unsur Kebaikan [+] [+]
Keburukan [+] [-]
4. Tindakan Sehala [+] [-]
Dua hala [+] [+]
Serius/emosi [+] [-]

23 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

Spontan [+] [+]


5. Keadaan Rasmi [+] [-]
Tidak rasmi /santai [+] [+]
Jadual 32: fitur-fitur bagi konsep bercakap dan kata gagap
Kata gugup atau angap mempunyai konsep bercakap yang hampir bersama. Akan tetapi yang

membezakannya ialah dari segi penyampaian kerana kata gugup merupakan suatu perbuatan

bercakap yang tersekat-sekat semasa ingin menyampaikan atau berkata-kata. Ianya berlaku

secara dua hala yang mempunya fitur yang sama [+] dengan konsep bercakap serta berlaku

secara spontan.

24 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

3.0 Dapatan Kajian

3.1 Analisis fitur berdasarkan penggunaan terhadap manusia

Di sini pengkaji menganalisis tentang siapa yang menggunakan bagi kata kerja bercakap.

Siapa di sini merujuk kepada taraf atau kedudukan mereka dalam masyarakat. Setelah

menganalisis dan menjelaskan 15 sinonim kata pilihan di atas, hanya 9 sinonim kata sahaja

pengkaji gunakan dalam analisis fitur berdasarkan penggunaan terhadap manusia. Berikut adalah

fitur-fitur dalam penggunaan kata kerja bercakap yang digunakan oleh manusia:

Kedudukan Kerabat di Para nabi Para ulama Orang biasa Anak kecil
raja (bayi)
fitur

berbual - - - + -
bertitah + - - - -
bersabda + + + - -
mengagah - - - - +
berdoa + + + + -
melafazkan + + + + -
Bacau-bacau - - - + -
khutbah - + + + -
kunyanyang - - - + -
Jadual 33: fitur-fitur terhadap siapa yang menggunakan konsep bercakap

Berdasarkan fitur-fitur di atas, ini dapat diulaskan bahawa konsep bercakap itu tidak

kesemua orang dapat menggunakan kata bercakap dalam semua konteks kerana ianya

bergantung kepada siapa dan situasi yang tertentu.

25 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

3.2 Kelebihan dan kelemahan

Dalam pendekatan ini, pengkaji berpendapat bahawa terdapat kelebihan dan kelemahan

dalam menggunakan analisis komponen makna. Tidaklah dikatakan bahawa pendekatan ini

terdapat keburukan terhadap pengguna dalam menganalisis komponen makna. Ianya lebih baik

daripada menggunakan pendekatan teori tiga segi atau teori imej. Ini disebabkan agak susah jika

menganalisis kata kerja (sesuatu yang abstrak) dengan menggunakan teori imej kerana ianya

memerlukan suatu gambaran di dalam otak atau fikiran seseorang. Oleh itu, pengkaji

berpendapat bahawa lebih baik jika menganalis makna terhadap sesuatu yang abstrak seperti kata

kerja dengan menggunakan pendekatan analisis komponen makna kerana para pengkaji dapat

menggunakan beberapa fitur untuk menganalisis apa yang sama dan berbeza antara kata-kata

yang bersinonim.

Fitur-fitur yang digunakan dalam mengalisis komponen kata, ianya tidak mudah untuk

membezakan kesemua kata-kata yang bersinonim dan kajian ini memerlukan tempoh yang agak

lama untuk menghasilkan fitur-fitur yang bersesuaian agar dapat memperlihatkan apa yang

membezakan kata-kata itu. Dalam kertas kerja ini, pengkaji menganalisis kata kerja bercakap

dengan cara mengklasifikasikan dahulu agar dapat memperluaskan fitur atau ciri bagi

membezakan kata-kata yang bersinonim dengannya.

Oleh itu, pendekatan analisis komponen makna mempunyai kelemahan namun ianya juga

mempunyai kelebihan. Setelah menganalisis fitur-fitur bagi konsep kata kerja bercakap, dapatlah

dilihat penggunaannya mengikut sturuktur ayat yang tertentu.

26 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

4.0 Penutup

4.1 Kesimpulan

Dalam melahirkan fitur-fitur yang bersesuaian dalam menganalisis komponen bukannya

suatu kajian yang mudah. Namun, dalam kajian analisis komponen makna bagi kata kerja

bercakap ini dapatlah dilihat sedikit sebanyak perbezaan dan persamaan dalam bentuk

penggunaan dalam ayat. Walaupun konsep bercakap itu mempunyai banyak sinonim kata tetapi

tidak semua kata itu mempunyai kesamaan seratus peratus. Oleh itu, pencerakinan fitur yang

dijelaskan di atas dapat membezakan beberapa kata-kata yang bersinonim dengannya yang dapat

ditukar ganti bagi kata bercakap dengan kata yang lain mengikut keadaan yang tertentu.

27 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

5.0 Bibliografi

Fadzil Kamruddin (1996). Kamus Nurul Kamus Bahasa Arab Bahasa Malaysia. Kuala

Lumpur: Majujaya Indah Sdn. Bhd.

Jaga dan Agungkan Al-Qur’an (2014, November 13). Pelita Brunei. Diterima

www.pelitabrunei.gov.bn/nasional/item/15008-jaga-dan-agungkan-al-quran

Jaludin Chuchu (2008). Semantik dan Pengajaran Bahasa. Bandar Seri Begawan: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Jaludin Chuchu (2010). Menyelusuri Makna. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Jumali H. S., Khaidzir H. I. & Shaharuddin H. A. (2012). Komunikasi Berkesan Aplikasi untuk

Remaja. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

28 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

Kamus Bahasa Melayu Brunei Edisi Kedua (2007). Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003). Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Sinonim Lengkap Dengan Rangkai Kata (1984). Kuala Lumpur: Utusan Printcorp Sdn.

Berhad

Palmer. F.R (1989). Semantik. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia

Slametulja (1965). Semantik Ilmu Makna. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Sofwan Amrullah (1992). 100 Mutiara Hadis: Terjemahan dan Penjelasan Shahih Bukhari

Muslim. Selangor: Percetakan Putrajaya Sdn. Bhd.

29 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

Tesaurus Bahasa Melayu (1992). Singapura: Times Book International

Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2010). Kuala Lumpur: dewan Bahasa dan Pustaka

Zawiyah Mohammad Yusof (2009). Kemahiran Komunikasi. Selangor: Dawama Sdn. Bhd

Zureen Yakob (2014). LB-2405 Kemahiran Komunikasi Strategik: Bidang Komunikasi. Bandar

Segi Begawan: Universiti Brunei Darussalam

30 | H a l a m a n
AB-2203 SEMANTIK
Analisis Komponen Makna bagi kata kerja bercakap

6.0 Lampiran

SINONIM BAGI KONSEP KATA KERTA BERCAKAP

A. berkata D. menengking
ambur-ambur berkhutbah di ambur-ambur mengaco
arahan berkunyanyang mengacum
berkurapak G. mengada-ada
B. berlandih gagap mengadu
bacau-bacau berpantun mengagah
bahabar berpidato gigiran mengajar
bangkit-bangkitan Berpuisi gugup mengapi-apikan
bapadah bersabda mengejek
becok bersajak menghasut
beka Bersapa K. menghina
bengap bersembang kecek mengigau
bentakan bersuara kritikab mengumpat
berakah bersumpah kuluk-kuluk mengumumkan
berandai-andai Bertitah mengumumkan
berbahas bertutur L. menyahut
berbahasa Berucap lagur-lagur menyampuk
berbaut berwawancara lisan menyanggah
berbicara besidang menyebut
berbincang Bibiran M. menyeru
berbisik Bilang manarubus menyindir
berborak Buras melafazkan
berbual melapor N.
bercakak C. melatah ngapur
berceloteh cabul melawan ngobrol
bercengkerama cacau meleter ngomong
bercerita cakap besar memarahi
bercurhat canggih membalas
berdebat cascus membantah
berdialog celatuk membebel
berdoa cerabih membengkengi
berfirman ceracau membentangkan
berikrar ceramah memerintah
berisi cerewet mencaci
berisik ceria mencanangkan
beritahu cimih menceceh
berjenaka

31 | H a l a m a n

Anda mungkin juga menyukai