Pendahuluan
Cerita jenaka adalah sebahagian daripada sastera rakyat yang merupakan satu
ciri zahir dalam satu-satu budaya. Di dalam konteks masyarakat lama, cerita jenaka
berkembang secara lisan dan cerita jenaka ini masih bertahan hingga sekarang kerana
ia adalah satu-satunya cerita yang bersifat lucu dan menghiburkan setiap pendengar.
Hasil kreatif pengarangnya yang bertujuan memberi nasihat dan pendidikan secara
tidak formal kepada ahli-ahli masyarakatnya di samping menghibur. Nilai moral
diresapkan ke dalam karya-karya atau cerita-cerita tersebut.
Ada beberapa jenis cerita jenaka Melayu yang boleh dilihat daripada dua
bahagian iaitu watak dan kegiatan. Dari segi watak, terdapat lima watak lucu yang
penting iaitu watak-watak seperti Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk, Pak
Belalang dan Si Luncai. Kelima-lima watak tersebut dapat pula dibahagikan kepada
tiga golongan menurut sifat-sifat atau tabiat-tabiat mereka iaitu watak yang bermotif
Bodoh Sial, watak yang bermotif Pintar Bodoh dan watak yang bermotif Pintar.
Cerita-cerita jenis ini biasanya memperlihatkan ciri-ciri seperti kebodohan,
kepintaran, teladan dan tamak.
dianalisis daripada tindak tanduk watak-watak dalam cerita, latar, pandangan dan cita-
cita watak mengenai kejayaan dan kegagalan serta corak masyarakat yang tergambar
dalam cerita-cerita tersebut.
Cerita Si Luncai
Dalam cerita Si Luncai, kita dapat melihat unsur-unsur kritikan sosial dan
pengajaran yang ingin disampaikan oleh pengarangnya. Di dalam cerita Si Luncai, ia
menyamakan raja dengan rupa ayahnya yang sudah mati dan mengatakan dirinya
malaikat. Kononnya ia datang dari negeri akhirat dan telah bertemu dengan ayahanda
bonda raja dan akhirnya telah membunuh raja dengan tipu helahnya dan berkahwin
dengan tuan puteri. Nilai dalam masyarakat lama dikekalkan walaupun raja dan
pembesar telah ditipu oleh si Luncai tetapi akhirnya si Luncai mati juga di tangan tuan
puteri.
Nilai moral dalam cerita ini ialah si penipu akan menerima juga balasannya
dipertahankan dalam bentuk sinis oleh pengarangya. Sindiran ditujukan kepada raja
bukan sahaja kerana kezaliman tetapi juga kebodohan raja yang membawa kepada
nasib buruk pada dirinya. Pengajaran yang boleh kita perolehi di sini ialah sebagai
seorang raja yang memerintah seharusnya bersikap adil, saksama dan mempunyai
Kajian Cerita Jenaka Melayu 4
Dalam cerita Pak Kadok pula kita juga akan melihat nilai-nilai moral dan
pengajaran yang tersirat di dalam cerita ini. Pak Kadok digambarkan sebagai seorang
rakyat biasa yang terlalu jujur, menaruh sepenuh kepercayaan terhadap rajanya dan
tidak terlintas di hatinya yang raja hendak menipunya. Sebaliknya raja pula cuba
menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk menipu Pak Kadok dengan
mengatakan ayam baginda lebih bertuah daripada ayam Pak Kadok. Kerana
permintaan raja itu, Pak Kadok telah bertukar ayam dengan raja. Akhirnya Pak Kadok
telah kalah dan hilang pertaruhan iaitu kampongnya sendiri dan terpaksa balik
bertelanjang bulat. Jika diperhatikan keseluruhan cerita ini, sebenarnya cerita ini
menyindir golongan feudal yang telah menggunakan kuasa dan pengaruh untuk
kepentingan diri, di samping memberi pengajaran supaya khalayak sentiasa berhati-
hati dan jangan terlalu mudah mempercayai kata-kata orang walaupun orang yang
berpengaruh. Perbuatan raja tersebut amat bertentangan dengan etika Islam kerana
raja telah menipu seorang yang lemah seperti Pak Kadok.
Cerita Mat Jenin pula agak berlainan sedikit daripada cerita-cerita jenaka yang
disebutkan di atas tadi. Mat Jenin digambarkan lambang kepada masyarakat Melayu
lama yang mempunyai cita-cita yang tinggi dan untuk mencapai cita-cita perlu ada
usaha atau azam, halangan, dugaan dan sebagainya. Persoalannya disini, mengapa
harus Mat Jenin mati apabila dalam angan-angannya memeluk puteri cantik
menyebabkan Mat Jenin jatuh lalu mati? Jika kita melihat isi dalamnya ternyata
masyarakat Melayu lama ketika itu mempunyai cita-cita yang tinggi. Mat Jenin hanya
satu lambang pada masyarakat Melayu yang berjiwa besar untuk mencapai sesuatu
tapi oleh sebab-sebab tertentu misalnya mungkin penjajah yang tidak mahu
masyarakat Melayu mempunyai didikan yang baik dan ditakuti akan mengalahkan
kedudukan penjajah ketika itu. Selain itu berkemungkinan juga Mat Jenin adalah
lambang pada segelintir masyarakat yang suka ingin maju dan bersaing tetapi
semangat begini dibunuh oleh masyarakat Melayu itu sendiri. Banyak kemungkinan
yang boleh diandaikan melalui cerita Mat Jenin tetapi yang pentingnya ialah
pengajaran yang tersirat di dalamnya yang memerlukan khalayak berfikir.
Satu pengajaran dan kritikan lain ialah tentang sifat sabar Lebai Malang.
Walaupun gagal menghadiri ketiga-tiga jemputan tersebut tetapi ia tetap tenang
apabila diberitahu yang majlis-majlis itu telah selesai. Dalam perjalanan pulang Lebai
Malang teringat hendak mengambil nira lalu lempeng yang dibawanya diletakkan di
sigai pokok. Memang nasibnya kurang baik, lempengnya telah dilarikan anjing.
Kemudian dia melihat anjing tersebut masuk ke dalam sebuah lubang kayu. Lebai
Malang menanggalkan pakaiannya dan menyumbat lubang kayu itu tetapi anjing
dapat melepaskan diri mengikut lubang yang lain. Kerana kebodohannya dan sifat
tamaknya juga dua ekor punai yang hampir ditangkapnya terlepas. Kemudian apabila
Lebai Malang mencari pakaiannya semula, ternyata telah dicuri orang dan terpaksalah
pulang bertelanjang bulat. Perbuatan Lebai Malang yang tidak mempunyai sifat sabar
menyebabkan ia kehilangan kesemua yang diingininya walaupun pada awalnya
mempunyai sifat sabar.
Melalui cerita Lebai Malang, pengarang cuba mengkritik golongan lebai yang
menduduki status yang tinggi dalam masyarakat dan dihormati masyarakat. Namun
demikian dari kalangan ini juga tidak kurang yang memiliki sifat-sifat yang buruk
seperti sifat tamak. Lebai Malang melakukan kerja-kerja kerana mengharapkan
balasan yang lumayan. Ini menunjukkan suatu unsur kritikan terhadap golongan ini.
Dalam cerita Pak Belalang pula selalu terdapat unsur-unsur kebetulan yang
membawa nasib baik kepadanya semasa membuat ramalan. Umpamanya dalam kisah
Pak Belalang, ia cuba mencari peti raja yang dicuri orang. Kebetulan semasa Pak
Belalang mengira roti yang digoreng isterinya, pencuri-pencuri itu berada di halaman
Kajian Cerita Jenaka Melayu 7
rumahnya dan mereka kemudiannya menyerah diri kepada Pak Belalang. Kepintaran
Pak Belalang ialah ketika ia menghadapi ketujuh-tujuh orang pencuri dan dapat
meyakinkan mereka kononnya beliau memang telah mengetahui tentang kegiatan
mereka. Dalam peristiwa yang lainnya pula, Pak Belalang hendak mengetahui
bagaimana caranya untuk mengenali anak itik, iaitu yang mana jantan dan betina.
Walaupun masih ada unsur kebetulannya tetapi diperlihatkan usaha Pak Belalang.
Beliau telah pergi pada waktu malamnya ke kapal wakil raja untuk mencari
jawapannya.
Pengajaran yang boleh dilihat dalam cerita ini ialah ia menunjukkan bahawa
kepintaran patut juga disertakan dengan usaha. Selain itu juga menasihati supaya
jangan percaya kepada ramalan dan nujum kerana kebanyakan nujum itu tidak benar
malah banyak mengandungi unsur tipu helah dan muslihat yang akan membawa
padah buruk. Ini menunjukkan sindiran kepada golongan pemerintah yang mudah
sekali ditipu oleh rakyatnya.
Apa yang jelas masyarakat Melayu lama tidaklah sebodoh yang digambarkan
oleh pengarangnya. Cerita jenaka sebegini mempunyai sindiran yang sinis dan tajam
kepada pihak-pihak tertentu sehingga cuba untuk mengambil tindakan terhadap
penulis cerita tersebut tetapi tidak berjaya sebab kebanyakan cerita seperti ini tidak
ada siapa pun yang akan mengaku siapa penulisnya. Sebab itulah lagi satu bukti
mencerminkan masyarakat dari segi tabiat, kelakuan dan sikap yang kadangkala
bukan hanya sukar tetapi langsung tidak ada pihak yang mengesan dari mana asal usul
cerita sastera lama ini.
Kajian Cerita Jenaka Melayu 8
Seperti yang telah diketahui, hampir semua karya sastera lama itu mempunyai
maksud tersirat yang seharusnya dikupas untuk melihat kebenaran dan kesegaran hati
nurani penulis itu. Walaupun identiti penulis tidak begitu dipentingkan, yang lebih
penting ialah isi di dalamnya harus disampaikan kepada semua masyarakat. Maksud
tersirat ini memerlukan fahaman tentang disiplin-disiplin sastera terutama yang ada
hubungkait dengan seni. Memahami seni bermakna berkemampuan menilai sesebuah
karya sastera lama dari berbagai sudut, di antaranya tema, bahasa, watak, lokasi di
samping melihat keindahan sesebuah karya dapat sesuatu keunikan yang sukar
didapati kecuali memahami seni itu sendiri.
mengandungi sesuatu ajaran atau petua yang boleh dijadikan peringatan dan
pandangan hidup.
Seperti yang kita ketahui, bercerita itu adalah salah satu cara yang paling
berkesan di dalam menyampaikan cerita-cerita untuk tujuan mendidik terutama hal-
hal yang berhubung dengan moral. Walaupun cerita jenaka ini kebanyakannya
berfungsi sebagai hiburan, namun perlu diingat adanya pengajaran yang boleh
didapati di dalamnya dan sesuai sekali diserapkan dalam pengajaran. Cerita jenaka
memberi pengajaran kepada masyarakat umum tidak kira sama ada golongan atasan
ataupun golongan bawahan kerana itu cerita jenaka selalunya menceritakan kisah
kedua-dua golongan ini. Di dalam fungsi pengajaran boleh dikatakan semua cerita
jenaka itu mengandungi pengajaran atau terselit di dalamnya nilai-nilai moral cuma
tidak begitu ketara.
Secara ringkasnya nilai-nilai moral dan kritik sosial dapat dilihat melalui cerita
jenaka Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Belalang, Mat Jenin dan Si Luncai. Melaluinya
cerita-cerita jenaka yang dibincangkan di atas tadi sudah cukup untuk memperlihatkan
kepada pelajar nilai-nilai moral atau pengajaran yang tersirat di dalamnya yang perlu
dikupas. Apa pun pendekatan yang digunakan dalam menganalisis cerita jenaka,
biarlah ianya sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan faedah kepada pelajar-pelajar.
Kesimpulan
Walaupun cerita jenaka hanya merupakan sebahagian tajuk kecil sahaja tetapi
ada banyak hal atau aspek atau perkara yang boleh diperlihatkan kepada pelajar
Kajian Cerita Jenaka Melayu 10
seperti unsur-unsur sosiologi dan moral. Pelajar tidak akan tahu bahawa banyak hal
atau perkara atau aspek yang terkandung di dalam cerita jenaka ini jika tidak dikupas.
Guru seharusnya dapat ‘membuka mata’ pelajar khususnya pelajar Tingkatan Enam
untuk melatih mereka berfikir secara kritis dan kreatif mengenai unsur-unsur yang
terkandung di dalam cerita tersebut.
Dalam hal ini guru perlulah bijak memilih pendekatan, teknik dan kaedah
yang boleh merangsang para pelajar agar berminat untuk mempelajari dan mengenali
cerita jenaka kerana sebagai seorang pelajar sudah setentunya menginginkan sesuatu
yang boleh menarik perhatian mereka.
RUJUKAN
Ab. Rahman Ab. Rashid dkk, 2000, Kamus Sastera Melayu Terkini, Pearson
Education Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya.
Ali Ahmad & Siti Hajar Che’Man, 1996, Bunga Rampai Sastera Melayu Warisan
Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Awang bin Ahmad, 1989, Pengantar Sastera Lama Brunei, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Brunei.
Hashim Awang dkk, 1985, Mendekati Kesusasteraan Melayu, Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor.
Hashim Awang, 1996, Etika dalam Kritikan Sastera, dlm Dewan Sastera, hal.32,
Februari, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1999, Pengajian Melayu 4:
Kesusasteraan dan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala
Lumpur.
Mat Jani Hassan, 1998, Warna Sari Sastera Melayu Tradisional, Longman
Malaysia Sdn. Bhd., Selangor.
Munir Ali, 1990, Kajian Kesusasteraan Melayu Klasik, FLO Enterprise Sdn. Bhd.,
Petaling Jaya.
Muslim Burmat, 1992, Bunga Rampai Sastera Rakyat Brunei Jilid IB, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Brunei.
Zalila Sharif & Jamilah Haji Ahmad, 1993, Kesusasteraan Melayu Tradisional,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.