Anda di halaman 1dari 25

Copywriting – Panduan Untuk Newbie.

Panduan A to Z menulis surat jualan yang berkesan.


Kandungan.

Kepentingan surat jualan yang efektif untuk perniagaan online

Kriteria yang menjadikan surat jualan itu hebat.

Bagaimana menulis surat jualan seperti seorang professional?

Bagaimana hendak memotivasikan orang untuk membeli?

Lima kesilapan utama dalam surat jualan dan bagaimana hendak mengatasinya?

7 langkah menulis surat jualan yang bagus


Kepentingan surat jualan yang efektif untuk
perniagaan online.
Perniagaan online dan offline adalah berlainan dari segi pendekatan kepada bakal
pembeli. Berikut adalah kelebihan yang ada pada perniagaan offline

 Pada perniagaan offline, anda boleh tanya apa yang pelanggan anda mahu.
Anda boleh berikan apa yang pelanggan anda itu mahu. Ia berbeza dari
perniagaan online di mana kita tidak tahu apa yang pelanggan itu mahu,
jadi maklumat melalui surat jualan perlulah tepat dan menyeluruh supaya
pelanggan tahu apa yang anda jual.
 Dalam perniagaan offline, anda boleh tahu keadaan atau latar belakang
pelanggan. Jadi, anda boleh approach mereka dengan menggunakan emosi
dan cara yang sesuai bagi memikat bakal pelanggan anda. Ia berbeza dari
perniagaan online di mana kita tidak tahu emosi semasa mereka yang
membaca surat jualan. Maka, surat jualan haruslah memiliki tone dan nada
yang sesuai untuk memikat mereka yang membaca surat jualan.
 Dalam perniagaan offline, pelanggan boleh nampak barang yang mereka
beli. Jadi, ia agak mudah untuk mereka mengetahui keadaan sebenar
barang yang mereka akan beli. Berbeza dari perniagaan online, pelanggan
tidak nampak dengan jelas apa yang mereka beli. Jadi, surat jualan yang
efektif perlu ada untuk menghuraikan kepada pelanggan mengenai
keadaan barang yang anda jual itu.
Surat jualan yang efektif penting untuk

 Menyakinkan pelanggan anda untuk membeli dari website anda.


 Membina hubungan dan kepercayaan dengan para pelanggan anda.
 Memberitahu para pelanggan secara menyeluruh barang yang anda jual
dan keperluan ia untuk di miliki oleh para pelanggan.

Di dalam ebook ini, anda akan di dedahkan

 Apa yang menjadikan sesuatu surat jualan itu hebat?


 Adakah anda patut menulisnya sendiri atau mengupah seorang copywriter.
 Bagaimana hendak meningkatkan kemahiran anda menulis surat jualan.
 Apa yang memotivasikan pengguna untuk membeli??
 Bagaimana dengan memilih perkataan boleh memengaruhi pembaca surat
jualan??
 Dan lain2 lagi
Kriteria yang menjadikan surat jualan itu
hebat.

Surat jualan yang berkualiti adalah bukan terdiri dari pemberitahuan apa yang
mereka hendak jual sahaja. Ia meliputi segala perkara yang boleh iaitu sejarah
penubuhan produk, pengalaman si pemilik produk, pengalaman orang lain dan
penulisan secara teliti mengenai produk yang mereka jual itu. Setiap penulis surat
jualan memiliki beberapa idea sendiri untuk melariskan produk yang mereka
promosikan.

Ia bermula dari hati.

Kualiti adalah segalanya dalam menulis surat jualan. Untuk menjadikan sesuatu
sales letter itu berkualiti, ia perlu di tulis menggunakan hati. Setiap perkataan
yang di tulis hendaklah menyentuh hati dan perasaan mereka yang membacanya.
Setiap kelebihan yang ada pada produk tersebut juga di tulis dengan penuh ikhlas
dan boleh membuatkan si pembaca teruja untuk membeli produk yang di jual.
Mengikut kajian, pembeli yang membeli melalui online adalah di sebabkan emosi,
jadi penulisan surat jualan yang berkualiti mesti melibatkan emosi manusia.
Penulisan surat jualan perlu tidak terlalu formal.

Surat jualan adalah seperti jurujual. Jadi, ia perlulah fleksibel. Anda tidak boleh
terlalu formal ketika menulis surat jualan, ia haruslah di tulis seolah-olah anda
sedang menceritakan sesuatu pada prospek anda. Jangan pedulikan tatabahasa
kerana anda sedang menjual, bukannya mengambil peperiksaan.

Berikut adalah tips penggunaan bahasa di dalam penulisan surat jualan.

 Gunakan bahasa yang tidak formal iaitu loghat tempatan jika ia


bersesuaian.
 Gunakan bahasa yang senang di fahami berbanding menggunakan ayat
yang rumit dan susah.
 Menggunakan peribahasa jika ia mampu memberi impak kepada surat
jualan anda.
 Gunakan perkataan yang sempoi dan boleh memberi perasaan teruja
kepada para pembaca.

Walaubagaimanapun, di kala penggunaan bahasa yang agak sempoi, pastikan


anda periksa perkara berikut untuk menjaga kredibilit anda sebagai penulis.
 Periksa ejaan surat jualan anda, pastikan tiada yang tersilap ejaan pada
surat jualan anda.
 Jangan gunakan terlalu banyak huruf besar kerana di dalam minda
pembaca, huruf besar bermakna anda sedang menjerit. Tentu ia akan
mengelirukan pembaca yang menganggap anda selalu terjerit-jerit ketika
mereka membaca surat jualan anda.
 Jaga penggunaan tanda bacaan anda seperti tanda seru dan tanda soal.
Jangan biarkan pembaca tersalah anggap dengan penulisan anda.

Panjang sesuatu surat jualan berdasarkan produk yang hendak di jual.

Surat jualan panjang atau pendek ada kelebihannya yang tersendiri. Cara untuk
menentukannya adalah memastikan apa yang anda tulis cukup panjang untuk
menerangkan apa yang anda jual. Namun, jika sesuatu produk itu mahal, surat
jualan biasanya akan lebih panjang di sebabkan pelanggan akan lebih teliti dalam
melakukan pembelian.

Kelebihan bagi surat jualan yang panjang.

 Lagi banyak maklumat yang tertulis dan pembeli lebih selesa untuk
membeli di sebabkan maklumat yang terlebih cukup.
 Maklumat yang di beri sudah cukup dan pelanggan tidak akan menganggu
anda melalu emel-emel untuk bertanyakan soalan.
 Memberi peluang kepada SEO optimization dan lebih keyword akan
terlekat.

Kelebihan bagi surat jualan yang pendek.

 Pelanggan boleh menangkap apa yang anda jual sebelum mereka hilang
fokus.
 Website anda lebih cantik dan kemas.
 Tidak kelihatan seperti surat jualan yang terlalu hype.

Tanpa mengira panjang atau pendek surat jualan yang anda tulis, kualiti tetap
memainkan peranan yang terakhir. Jika penyampaian anda tidak sampai pada
pelanggan, surat jualan anda akan menjadi sesuatu yang tidak berguna untuk di
baca. Bagi surat jualan yang panjang, anda boleh highlight ayat-ayat yang penting
supaya otak mereka akan menangkap maklumat tersebut ketika mereka
melalukan scan terhadap surat jualan anda.
Siapa yang paling sesuai untuk menulis surat jualan anda ?

Bagi saya, orang yang paling sesuai untuk menulis surat jualan bagi produk anda
adalah anda sendiri. Berikut adalah alasan kenapa andalah yang paling layak
untuk melakukan tugas copywriter ini berbanding orang lain

1. Anda tahu perniagaan anda lebih baik dari orang lain.


2. Anda tahu jenis pelanggan yang anda target dan apa yang anda perlu
terangkan pada pelanggan mengenai produk anda.
3. Anda sangat yakin dengan kebolehan produk anda dan ia akan memberi
lebih impak dalam surat jualan.
4. Anda mahu pelanggan mengenali anda bukannya orang lain melalui surat
jualan.

Namun, kebanyakan usahawan tidak ada masa untuk menulis surat jualan bagi
produk mereka. Jadi, mereka akan mengupah freelance copywriter untuk
melakukan tugas bagi pihak mereka. Anda boleh upah freelance tetapi anda perlu
pastikan copywriter anda itu ada perkara berikut

 Semua maklumat mengenai produk anda.


 Telah menguji kehebatan produk anda iaitu tahu mengenai selok belok
produk anda.
 Surat jualan yang di tulis copywriter membuatkan anda sendiri teruja untuk
membeli.
 Rekod perkhidmatan adalah cemerlang.

Latihan pertama : Kumpul semua surat jualan, landing page dan artikel pre jualan.
Print dan kumpul ia di dalam satu file untuk di jadikan rujukan pada masa
hadapan iaitu ketika anda ingin menulis surat jualan.
Bagaimana hendak menulis surat jualan
seperti seorang professional?

1. Lakukan kajian sepenuhnya terhadap produk yang anda hendak tulis.

Jika anda tidak yakin akan kelebihan yang ada pada produk anda, surat
jualan anda akan kurang impaknya. Anda perlu yakin akan kelebihan
produk anda. Jika ia adalah produk anda sendiri, ia mungkin anda lebih
biasa dan yakin. Namun, jika ianya adalah produk affiliate, anda perlulah
terlebih dahulu melakukan kajian untutk mendapatkan maklumat yang
cukup mengenainya.

2. Belajar perbezaan antara faedah dan apa yang produk itu mampu lakukan.

Soalan pertama yang akan muncul di dalam minda pelanggan adalah apa
yang produk ini boleh lakukan pada mereka? Apa faedah yang mereka akan
dapat jika mereka membeli produk dari anda? Mereka lebih ligat berfikir
untuk mengetahui apa yang produk anda mampu berikan pada mereka
berbanding apa yang produk tersebut mampu lakukan.

Contohnya televisyen membolehkan anda untuk menonton rancangan-


rancangan yang menarik. Namun, mereka tidak terpikat dengan apa tugas
televisyen tetapi mereka lebih terpikat untuk mengetahui faedah televisyen
kepada mereka. Adakah produk anda akan menjadikan mereka lebih kaya,
lebih kacak, lebih cantik, lebih kurus, lebih tenang dan sebagainya.

Berikut adalah contoh bagi produk IM

Produk = Internet Marketing


Apa yang produk ini mampu lakukan = bekerja di rumah.
Kelebihan produk ini = masa kerja yang fleksibel dan membolahkan anda
meruangkan lebih masa untuk bersama anak-anak.

Anda perlu pikat pengguna melalui kelebihan produk berdasarkan apa yang
produk anda mampu lakukan.

3. Latihan membentuk kesempurnaan.

Surat jualan yang hebat tidak terjadi dalam masa satu malam. Ia perlukan
masa dan pengalaman. Setiap hari, anda cuba tulis surat jualan untuk
produk anda atau untuk produk affiliate. Asah bakat anda pada setiap hari.

4. Biasakan diri untuk edit surat jualan yang anda tulis.

Baca berulang kali dan cuba cari kesalahan yang ada pada surat jualan
anda. Jadi jujur pada diri sendiri. Setiap ayat dan ungkapan yang anda tulis
perlulah ada tujuan. Jika anda nampak apa-apa kesalahan yang ada pada
surat jualan anda, jangan halang diri anda dari delete tulisan tersebut.

5. Tingkatkan kredibiliti surat jualan anda.

Berikut adalah beberapa cara untuk meningkatkan kredibilit surat jualan


anda

 Testimoni yang berkualiti tinggi dan benar.


 Masukkan kes study bagi produk anda untuk membuktikan kelebihan
bagi produk anda.
 Masukkan bonus bagi pembelian produk anda
 Jaminan wang di kembalikan.

6. Bayangkan bakal pelanggan anda.

Surat jualan haruslah berbentuk peribadi untuk memberi tanggapan yang


baik kepada pembaca surat jualan. Intonasi dan penggunaan ayat haruslah
seperti anda sedang bercakap secara berhadapan dengan pelanggan. Selain
itu, anda harus dapat membayangkan jenis emosi yang ada pada manusia
yang akan membaca surat jualan anda. Anda perlu bayangkan prospek
pelanggan anda.
Sebagai panduan, anda tanya soalan berikut pada diri anda

 Berapa umur pelanggan anda?


 Adakah mereka bekerja?
 Apa yang mereka lakukan?
 Adakah mereka lelaki atau perempuan?
 Barapa banyak masa mereka akan online?
 Berapa pendapatan mereka?
 Tahap pelajaran mereka?
 Apa yang mereka lakukan untuk meluangkan masa.
 Berapa ramai anak mereka ada? Berapa umur anak-anak mereka ?
 Adakah mereka mempunyai rumah sendiri?
 Adakah mereka mempunyai halaman rumah yang luas.

Ia hanyalah soalan contoh sahaja. Anda boleh cetuskan soalan yang


releven dengan produk anda sahaja. Luangkan masa untuk
mengetahui latar belakang pelanggan anda.

Latihan kedua : Ambik tahu target pasaran anda dan tulis secara lengkap
mengenai latar belakang pelanggan anda. Gunakan imaginasi dan lakukan
pembacaan tambahan jika buntu.
Bagaimana hendak memotivasikan orang
untuk membeli?

Surat jualan yang tiada motivasi untuk membeli adalah surat jualan yang sia-sia.
Penggunaan perkataan dan konsep penceritaan perlulah sesuatu yang boleh
membangkitkan perasaan teruja untuk membeli produk anda.

Psikologi membeli.

1. Adakah produk anda boleh memberi kebahagian kepada pembeli?


Pelanggan anda perlu percaya bahawa produk anda akan memberi tambah
nilai dalam kehidupan mereka. Di dalam surat jualan, anda perlu senaraikan
segala faedah iaitu apa yang boleh membuatkan pelanggan gembira jika
mereka membeli produk anda. Antara contoh faedah ialah

 Jimat wang.
 Jana pendapatan lebih
 Membuatkan hidup lebih mudah.
 Menjadikan diri mereka lebih menarik, cantik , kurus, dan
sebagainya.
2. Tulis sebagai pembaca. Ketika menulis surat jualan, anda letakkan diri anda
sebagai pembaca surat jualan iaitu pelanggan. Apa yang diri anda sebagai
pelanggan mahukan, anda masukkan di dalam surat jualan. Tenggelamkan
diri anda dalam masalah-masalah pelanggan dan wujudkan penyelesaian
melalui produk anda. Strategi yang bagus adalah ambik tahu apa yang
pelanggan anda sedang usahakan dan tunjukkan pada mereka bahawa
produk anda mampu membantu mereka untuk melakukannya dengan lebih
baik.
3. Takutkan pelanggan. Surat jualan anda akan lebih efektif jika anda
masukkan elemen takut untuk tidak membeli produk anda. Ia lebih
memberi impak dari menulis sesuatu untuk memaksa orang membeli
produk anda. Nyatakan dengan jelas apa yang mereka bakal hilang jika
mereka tidak membeli produk dari anda.
4. Wujudkan pihak ketiga untuk menjadi jurucakap bagi produk anda.
Contonya adalah kajian kes bagi keberkesanan produk anda dan testimoni
dari pembeli sebelum ini.
5. Tulis apa yang pelanggan anda mahu anda beritahu pada mereka.
6. Jadikan ia seperti perbualan. Tanya mereka soalan dan berikan jawapan
yang terbaik untuk soalan rekaan anda itu. Perbualan akan menjadikan
pembaca untuk terus membaca kerana mereka terasa seperti mereka
terlibat dengan produk anda.

Latihan Ketiga : Senaraikan segala faedah yang terdapat dalam produk anda. Dari
faedah-faedah tersebut, anda senaraikan apa yang boleh membuatkan pelanggan
gembira jika mereka membeli produk anda. Selepas itu , anda senaraikan pula
segala rugi yang pelangggan perlu tanggung jika mereka tidak membeli produk
anda sekarang.
Kuasa penggunaan perkataan yang berimpak
tinggi.

Apa sahaja produk yang anda promosikan, penggunaan perkataan atau ungkapan
tertentu boleh membantu untuk meningkatkan kualiti surat jualan anda. Tarik
perhatian pembaca surat jualan melalui keghairahan terhadap produk anda.
Gunakan perkataan-perkataan yang positif untuk menggambarkan produk anda.
Penggunaan perkataan negatif adalah hanya ketika anda menulis kerugian yang
perlu di tanggung oleh pembaca kerana tidak membeli produk yang anda jual.

Contoh perkataan berimpak tinggi adalah.

 Peluang
 Seumur hidup
 Terbukti
 Segera
 Esok di jamin berkesan.
 Jaminan 100 percent
 Berjaya
 Eksklusif
Penggunaan kata ganti nama.

Kelebihan menggunakan kata ganti nama saya adalah ia boleh mewujudkan


hubungan peribadi antara anda dan pembaca anda. Ia memberi tanggapan yang
anda sedang bercerita mewakili diri sendiri. Ia akan membuatkan pembaca untuk
lebih percaya dan gembira untuk membaca surat jualan anda sehingga habis.

Namun, kebanyakan copywriter menganggap penggunaan perkataan anda juga


memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan surat jualan yang bagus.
Ini keranan perkataan anda bermakna anda sedang memberitahu sesuatu kepada
si pembaca. Lalu, pembaca akan lebih fokus atas apa yang mereka baca.

Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan saya dan anda amat penting dalam
penulisan surat jualan. Anda gunakan kata ganti nama saya untuk menceritakan
situasi dan perkataan anda untuk memberitahu sesuatu kepada si pembaca.

Pikat hati pembaca untuk terus membaca,

Kebanyakan pengguna internet akan terus membaca surat jualan anda jika
mereka tertarik dengan headline anda. Namun, jika perenggan pertama tidak
sama dengan headline anda, mereka akan berhenti membaca kerana mereka
sudah hilang minat untuk membaca sesuatu yang mereka tidak mahu dengar atau
tahu.

Berikut adalah antara perkataan yang anda boleh guna di dalam headline untuk
memastikan pembaca untuk terus membaca perenggan seterusnya.

- Anda
- Baru
- Bagaimana.

Pembaca selalunya tertarik pada headlines yang agak misteri iaitu membuatkan si
pembaca teruja dan tertanya-tanya. Bila pembaca sudah tertarik dengan headline
anda, mereka akan membaca ayat pertama di perenggan pertama. Jadi, ayat
pertama anda haruslah sambungan kepada headlines anda. Manusia tidak suka
berteka teki, mereka mahukan jawapan dengan pantas. Jadi, anda beri sahaja
jawapan yang mereka mahu pada perenggan pertama.

Jika pembaca berhenti baca di perenggan pertama, ia tidak mengapa kerana


matlamat anda untuk memberitahu kepada pembaca mengenai produk anda
sudah tercapai. Lagipun anda mahu menjual barang bukannya mahu mereka
membaca surat jualan anda dan akhirnya tidak membeli.
Latihan keempat : buat latihan untuk menulis headline yang menarik. Pilih satu
produk atau produk anda sendiri, tulis berbagai headline.
Lima kesilapan utama dalam surat jualan dan
bagaimana hendak mengatasinya.

1. Surat jualan yang menggunakan ayat yang terlalu complicated.

Pembeli tidak suka berfikir, mereka mahukan sesuatu maklumat adalah


dalam bentuk straigtforward. Jadi, anda jangan masukkan ayat atau
ungkapan yang boleh mengelirukan pembaca.

2. Biarkan pembaca berfikir.

Jangan terlalu penuhkan page ministe anda dengan maklumat sehingga


menyusahkan pembaca untuk membaca maklumat yang anda ingin
sampaikan. Susun perenggan dengan teliti. Jarakkan ruang yang mencukupi
antara perkataan untuk membolehkan pembaca membaca dengan mudah.
Gunakan tulisan yang sesuai untuk di baca.

3. Memberitahu apa yang produk mampu lakukan.


Jangan terlalu highlight fungsi produk anda. Cukup sahaja dengan
penerangan umum dan lebihkan pada faedah produk anda. Apa yang
produk itu mampu lakukan untuk menyenangkan si pembeli tadi.

4. Meletakkan button BUY NOW tanpa arahan susulan.

Kebanyakan surat jualan hanya menyatakan beli produk ini sekarang dan
sebagainya tetapi mereka tidak menunjukkan cara untuk membeli. Di butik
contohnya, pembeli akan bertanya, berapa ringgit untuk harga sehelai baju.
Kemudian, juru jual akan beri arahan pada pembeli tadi untuk membayar di
kaunter.

Pendek kata, anda perlu mempersilakan pembaca surat jualan anda untuk
melakukan pembayaran bagi mendapatkan produk anda. Tunjukkan pada
mereka cara-cara yang sehalus mungkin supaya mereka tenang dan selesa
untuk melakukan pembayaran.

5. Tiada konsistensi.

Adakah surat jualan anda mempunyai headline yang mantap? Jika ya,
baguslah. Namun, surat jualan anda perlu konsisten. Ini bermakna jika
headline anda mantap, ayat-ayat di dalam surat jualan anda juga perlu
mantap. Teruskan momentum ayat headline anda dengan menggunakan
ayat-ayat yang sentiasa menarik.
Jangan terlalu takut untuk menulis surat jualan. Tiada yang lebih mengetahui
mengenai perniagaan anda selain anda sendiri. Tulis apa sahaja yang anda rasa
menarik dan perbaikinya di masa hadapan secara berperingkat. Prinsip yang anda
perlu pegang adalah surat jualan boleh di perbaiki. Jadi, jangan takut untuk
ekspresi idea anda.
7 langkah menulis surat jualan yang bagus.

1. Pastikan anda kenal target pasaran anda. Jika produk anda niche ibu bapa,
tulis surat jualan seperti anda bercakap kepada ibu bapa.
2. Tulis semua faedah produk anda.
3. Kesan masalah semasa yang perlu di selesaikan dan apa yang produk anda
mampu lakukan untuk menyelesaiakan masalah tersebut.
4. Kenapa masalah yang membelenggu mereka masih tidak selesai walaupun
mereka telah berusaha bermacam-macam cara, kesan masalah ini dan
kaitkan penyelesaian dengan produk anda.
5. Tulis kemungkinan yang anda. Ia bermaksud jika mereka membeli produk
anda, apa kemungkinan yang terjadi pada diri mereka. Contohnya, anda
menjual produk kuruskan badan, anda boleh tulis pada surat jualan bahawa
mereka mungkin akan memperoleh teman wanita jika mereka kurus dan
menarik.
6. Perbezaan ketara. Tunjukkan produk anda mampu memberi perbezaan
yang ketara pada pembeli. Di sini masukkan kajian kes dan testimoni.
7. Tunjukkan pada pembeli cara hendak membeli produk anda.

Anda mungkin juga menyukai