Anda di halaman 1dari 3

Teknik-teknik Lari Jarak Jauh

Teknik Permulaan Larian

Semua peserta akan memulakan acara ini dengan menggunakan gaya berdiri, tidak
kira pelan itu sudah terkenal atau tidak lelaki atau wanita. Gaya berdiri sangat sesuai
digunakan bagi teknik permulaan larian. Gaya berdiri ini dilakukan dengan berdiri dalam
gaya hendak melangah iaitu hujung kaki depannya hampir-hampir kena garisan permulaan,
sambil kaki belakangnya pula dalam keadaan hendak melangkah. jarak kaki depan dengan
jarak kaki belakang adalah dalam kadar yang cukup selesa dan relax bagi seseorang. tangan
boleh dihenda atas paha atau atas lutut dan badan membengkok. kepala pula adalah dalam
keadaan yang cukup relax dan hanya menunduk. Apabila terlalu ramai yang layak untuk
mengambil bahagian dalam sesuatu perlumbaan, mereka akan melalui peringkat saringan.

Pelari akan cuba memasuki lorong paling dalam untuk berlari sebaik sahaja
permulaan dilakukan oleh pegawai pelepas. Ini bertujuan mengelakkan diri daripada berlari
pada jarak yang jauh sedikit jika terus berlari di lorong luar serta untuk mengelakkan diri
daripada kemungkinan gangguan peserta lain semasa berlari. Pelari seboleh mungkin
hendaklah berusaha mengelakkan diri daripada kumpulan pelari yang ramai, sebaik-baiknya
hendaklah mengekori pelari di hadapan pada jarak yang tidak terlalu jauh dan mengelakkan
larian di samping menyimpan tenaga untuk membuat pecutan pada peringkat akhir larian.
Sekiranya tidak terdaya memecut, memadai jika pelari dapat meningkatkan kelajuannya
untuk mencapai garisan penamat.
Teknik Melakukan Larian
Walaupun kederasan larian bergantung kepada ketahanan dan keupayaan daya
seseorang pelari, tetapi dalam acara 5000 meter mi, kederasan tidak dapat dikekalkan
sepanjang larian. Setelah berlari beberapa jarak tertentu, pelari akan keletihan dan tenaganya
berkurangan, menyebabkan lariannya menjadi perlahan. Untuk mengelakkan perkara sebegini
berlaku, adalah bagi pelari berlari sambil menyimpan tenaganya dengan cara mengekalkan
kelajuannya sehingga ke peringkat akhir larian. Pelari hendaklah berlari mengikut rentak
larian sendiri dan tidak mudah terpengaruh oleh  larian pelari lain sehingga boleh
menjejaskan larian sendiri.
Ada kalanya kita lihat pelari yang tidak dapat mengekalkan larian dan terpaksa
berhenti tanpa menghabiskan larian. Mungkin pelari berkenaan sudah kehilangan tenaga dan
keupayaan untuk meneruskan larian dan dengan demikian dia tidak mempunyai harapan
untuk memenangi acara ini. Sebagai olahragawan yang terlatih dalam acara jarak jauh ini,
tindakannya itu seharusnya tidak terjadi. Pelari tersebut harus cuba menamatkan lariannya,
walaupun peluangnya untuk memenangi acara itu sudah tiada. Semangat kesukanan harus
dijadikan alasan untuk peserta menghabiskan larian itu.
Bagi menjadikan larian lebih berkesan, berikut adalah beberapa cara atau teknik yang
mungkin boleh digunakan sebagai bantuan dalam melaksanakan larian ini:
1.Berlari di lorong yang paling dalam
Berlari di lorong yang paling dalam dapat mengurangkan jarak sebenar larian. Ini disebabkan
seseorang itu akan berlari pada jarak yang lebih jauh jika dia menggunakan lorong luar dan
permulaan untuk acara ini sebenarnya tidak memberikan kelebihan kepada mana-mana pelari.
Pelari mesti berusaha untuk mendapatkan lorong yang paling dalam.
2.Cuba mengekalkan kepantasan
Pelari hendaklah berusaha mengekalkan kepantasan sendiri. Ada baiknya jika pelari
mengikut dengan rapat mana-mana pelari yang mendahului larian. Satu cara lagi ialah dengan
berlari dalam kumpulan, sambil bersedia untuk meninggalkan kumpulan itu pada jarak
terakhir larian.
3.Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri
Pelari hendaklah mengelakkan din daripada mengikut rentak dan teknik larian peserta lain,
sebaliknya hendaklah mengikut rentak dan strategi sendiri. Hanya pelari itu sahaja yang tahu
akan keupayaannya ketika perlumbaan dijalankan. Jika ada pelari yang memintas di hadapan
adalah lebih baik membiarkannya, tetapi jangan sampai ketinggalan jauh daripadanya.
4.Meningkatkan kepantasan pada akhir larian
Walaupun kebanyakan pelari tidak terdaya lagi untuk membuat pecutan pada peringkat akhir
larian, namun setidak-tidaknya dia hendaklah menyimpan sedikit tenaga untuk meningkatkan
kelajuan dalam mencapai garisan penamat.
Teknik Menamatkan Larian

Selepas para pelari melepasi pusingan ke-24, yang bermakna mereka mempunyai baki
satu pusingan lagi untuk menamatkan larian, loceng atau siren akan dibunyikan oleh pegawai
perlumbaan. Ketika inilah pelari akan membuat perancangan sendiri tentang bentuk larian
yang akan mereka lakukan untuk menamatkan acara itu. Walaupun pada peringkat ini
kebanyakan pelari sudah keletihan dan mulai kehilangan tenaga, jika boleh pelari hendaklah
meningkatkan sedikit kepantasan pada peringkat akhir larian. Peserta yang paling awal tiba
ke garisan penamat diisytiharkan pemenang.

Anda mungkin juga menyukai