Anda di halaman 1dari 1

Rumusan

Kesimpulannya, dalam acara lari jarak jauh  atlet menggunakan tenaga aerobik.
Sistem kardiovaskular menghantar dan membekal keperluan oksigen kepada otot yang
bekerja. Atlet yang berdaya tahan tinggi seperti pelari jarak jauh menggunakan sistem tenaga
aerobik. Ini bermakna pembekalan oksigen adalah faktor penting dalam proses pengoksidaan
phosphate. Oksigen dibekalkan otot melalui darah oleh yang demikian jumlah darah kaya
oksigen dan jantung mempunyai kesan terus kepada atlet acara jarak jauh. Peningkatan
keluaran kardiak akan membawa kepada peningkatan  kadar oksigen yang tinggi kepada
otot. Seterusnya meningkatkan kebolehan atlet dan keupayaan atlet untuk melalukan aktiviti
berdaya tahan tinggi seperti pelari jarak jauh tadi. Sistem endokrin pula mengintegrasikan
dan memastikan sistem physiologikal yang membolehkan badan berfungsi dengan optimum.
Sistem ini dapat mengawal dan menyelaraskan fungsi tubuh melalui hormon yang
dirembeskan ke dalam aliran darah. Pelari jarak jauh melakukan aktiviti dalam jangka masa
yang lama di mana penggunaan metabolisma lemak untuk penghasilan tenaga berlaku. Sistem
endokrin  melalui pengawalan hormon akan membantu dalam proses pemecahan asid lemak
kepada glukos untuk digunakan semasa aktiviti yang berpanjangan tersebut. Tambahan
lagi sistem endokrin juga akan memastikan keseimbangan cecair dana elektolit dalam badan
semasa aktiviti untuk membantu atlet melakukan aktiviti dalam keadaan yang lebih baik.
Akhir sekali pelari hendaklah mempunyai pengetahuan yang khusus tentang acara lari jarak
jauh ini.

Anda mungkin juga menyukai