Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK 2020

PROGRAM :- IJAZAH SARJANA MUDA Nama Pelajar:


PERGURUAN (PISMP) DENGAN KEPUJIAN
KOD:- BMMB 3043 SEMESTER/ TAHUN : SEMESTER 2 TAHUN 1
AMBILAN : JUN 2019
NAMA KURSUS:-KAJIAN KURIKULUM KUMPULAN : PISMP BM
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TUGASAN TARIKH MULA TARIKH AKHIR/ HANTAR
18/02/2020
Tugasan1: Penulisan Esei (25%) 31/01/2020

Tugasan 2: Penulisan Esei (25%) 19/02/2020 9/03/2020

Tugasan 3: Pembentanganmpulan (10%) 10/03/2020 18/03/2020

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Mentafsir reka bentuk kurikulum berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah (DSKP BM SR) melalui penilaian yang berjustifikasi (C4, PLO1, PLO3, CTPS1)
2. Menghuraikan Organisasi Kandungan Kurikulum berdasarkan DSKP BM SR dengan berkesan (C6,
PLO3, CTPS2)
3. Mengaplikasikan Standard Pembelajaran kemahiran bahasa dan aspek bahasa serta merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan DSKP BM SR dengan jelas secara bertulis (C3, PLO3,
PLO6, CTPS1, LL1)
4. Mengintergrasikan elemen Pengisian Kurikulum dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia berdasarkan DSKP BM SR menggunakan Kemahiran Teknologi Maklumat dalam
pembentangan kumpulan (C6, PLO4, PLO5, CS1, TS1)
5. Menginterpretasikan Pentaksiran Sekolah berdasarkan DSKP BM SR dengan jelas dan berkesan (C5,
PLO3, CTPS3).

Objektif Projek : Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:


1. Menginterpretasikan reka bentuk kurikulum berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah (DSKP BM SR) melalui penilaian yang disokong oleh bukti dan fakta
yang berjustifikasi (C4, PLO1, PLO3, CTPS1)
2. Membincangkan Organisasi Kandungan Kurikulum berdasarkan DSKP BM SR dengan huraian yang
jelas dan berkesan (C6, PLO3, CTPS2)
3. Mengaplikasikan Standard Pembelajaran kemahiran bahasa dan aspek bahasa dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah berdasarkan DSKP BM SR dengan
tersusun dan berkesan. (C3, PLO3, PLO6, CTPS1, LL1)
4. Mengintergrasikan elemen Pengisian Kurikulum dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia berdasarkan DSKP BM SR menggunakan Kemahiran Teknologi Maklumat dalam
pembentangan kumpulan (C6, PLO4, PLO5, CS1, TS1)

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2,3,dan 4

Tajuk Kursus : Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


Tugasan 1 : Penulisan Esei -25%

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (DSKP BM SR)
merupakan satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. DSKP BM SR
menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi).

Buat interpretasi reka bentuk kurikulum berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah (DSKP BM SR) semakan 2017 melalui penilaian yang disokong oleh bukti
dan fakta yang jelas serta bincangkan organisasi kandungan kurikulum Bahasa Melayu yang terdapat
dalam dokumen tersebut dengan menghuraikannya secara berkesan .

Tugasan 1 lebih kurang 1000 patah perkataan.

Tugasan 2 : Penulisan Esei -25%


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Standard Pembelajaran
berpaksikan kemahiran bahasa dan sistem bahasa dan disokong oleh pengisian kurikulum. Setiap
standard mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran, nilai murni, kreativiti dan inovasi yang perlu
dikuasai oleh murid selama enam tahun pembelajaran di sekolah rendah.

Aplikasikan Standard Pembelajaran kemahiran bahasa dan aspek bahasa dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah berdasarkan DSKP BM SR Tahap Satu dan Tahap Dua
dengan tersusun dan berkesan.

Tugasan 2 lebih kurang 1000 patah perkataan.

Tugasan 3 : Pembentangan Kumpulan -10 %(NPDL)- KIV

Mengintergrasikan elemen Pengisian Kurikulum dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia berdasarkan DSKP BM SR menggunakan Kemahiran Teknologi Maklumat dalam pembentangan
kumpulan (C6, PLO4, PLO5, CS1, TS1)

Masa pembentangan setiap kumpulan ialah selama 60 minit.


Arahan Pelaksanaan Tugasan:-

1. Hasil tugasan 1 dan 2 ini adalah tugasan INDIVIDU manakala tugasan 3 secara berkumpulan .
2 Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh enam minggu termasuk hari cuti.
3 Panjang tugasan keseluruhan esei 1 dan 2 , tidak melebihi 2000 patah kata.
4 Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
i. Fon –Arial
ii. Saiz huruf ialah 11.
iii. Langkau satu setengah baris.
iv. Rujukan mengikut format APA (sekurang-kurangnya 5 buah buku rujukan)
5 Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali .
6 Tugasan ini membawa markah 60 %
7 Hasil tugasan perlu diserahkan kepada pensyarah dengan format berikut:
- Nama pelatih / No Kad Pengenalan
- Nama pensyarah
- Nama Kursus
- Tahun Pengajian

8. Bahan-bahan bukti yang digunakan untuk menjelaskan tugasan projek hendaklah disertakan
dalam lampiran.

9. Tugasan yang baik harus menujukkan kriteria-kriteria berikut:-


Perbincangan esei yang jelas dan mantap. Contoh-contoh yang diberi amat jelas dan memenuhi
kehendak soalan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

-------------------------- --------------------------

MARINA BINTI MALEK Pakar Bidang(SME)/Penyelaras


Pensyarah/Penyelaras Kursus BMM1014 Kursus/ Pensyarah Kanan

Disahkan oleh,

-------------------------------

Ketua Jabatan Pengajian Melayu