Bagi menyempurnakan kursus saya pada sem 5 kali ini, saya perlu
menyempurnakan kursus MPU 3112 iaitu Bina Insan Guru. Saya telah mengambil bahagian
dalam program BIG selama 5 hari 4 malam yang bertempat di Teratak Riverview, Tanjung
Malim, Perak yang bertarikh 30 september 2019 hingga 4 oktober 2019. Sepanjang program
ini, saya telah banyak memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang membina dan
berguna. Dapatan program ini membolehkan saya membina penampilan diri sebagai guru
yang profesional dan berinsan mulia untuk menghadapi cabaran profesion pada masa
hadapan.
Pada hari pertama, saya dan rakan-rakan berkumpul di garaj bas sebelum memulakan
perjalanan ke Teratak Rivierview. Sewaktu tiba di persimpangan Teratak Riverview, saya
agak terkejut apabila perjalanan ke tapak perkhemahan kami, perlu ke sana dengan menaiki
lori. Setibanya kami di sana, kami dijemput dengan beberapa buah lori untuk masuk ke
tapak tersebut. Agak menvabar bagi saya apabila, perjalanan kami diuji dengan hujan lebat
yang turun secara tiba-tiba. Setibanya kami di tapak tersebut, kami menyediakan dan
mempersiapakan diri untuk melakukan aktiviti yang pertama iaitu “Keyakinan di air”.
Aktiviti ini mendatangkan manfaat kepada peserta, iaitu kemahiran keyakinan di air
dapat membina kesedaran tentang cara menyelamatkan diri ketika berada dalam air.
Dalam aktiviti keyakinan air, jurulatih menekankan cara memakai buoyancy aid (BA) supaya
keselamatan kami terjamin walaupun kami tidak tahu cara berenang. Seterusnya, beliau
mendedahkan kami tentang cara mengapung dan berenang di atas permukaan air secara
berbaring dan bersandar. Hal ini membolehkan kami menyelamatkan diri walaupun berada
dalam air. Sehubungan dengan latihan secara ansur maju daripada pemakaian BA hingga
cara mengapung dan berenang, kami dapat memperoleh keyakinan diri ketika berada dalam
air serta membuat persediaan untuk aktiviti berakit. Sekiranya kami menghadapi apa-apa
jua masalah, kami dapat kekal tenang untuk berfikir cara penyelesaian masalah.
Pengalaman sedia ada saya adalah, saya pernah lemas dan kurang berkeyakinan
berada di dalam air yg agak dalam. Tetapi aktiviti seperti ini, sangat membantu dan
meningkatkan keyakinan saya untuk berada di dalam air. Awalnya, kami diagihkan mengikut
kumpulan, kemudian kami di dalam kumpulan perlu membentuk bulatan di dalam air dan
diarahkan untuk baring di atas air secara terapung mengikut arus sungai dalam bulatan
yang telah dibina. Aktiviti ini sangat membantu meningkatkan keyakinan saya kerana pada
awalnya, saya agak yakin apabila mendapat sokongan daripada ahli kumpulan yang lain
dalam melakukan aktiviti tersebut.
Aktiviti ini menyedarkan saya tentang kepentingan keselamatan diri serta sikap
yang positif terhadap perkara yang berlaku dalam kehidupan selain menikmati
keseronokan aktiviti lasak ini. Semasa memanjat ke puncak atas bukit, saya perlu memanjat
beberapa anak tangga yang sangat curam. Dapat dikongsikan pengalaman saya ketika itu,
bahawa saya hamper terjatuh ke bawah. Saya berasa diri umpama seekor semut berjalan di
dahan pokok. Namun, saya tetap mengamalkan sikap yang tabah untuk menjalankan aktiviti
ini. Dengan sikap yang tabah, saya dapat melakukan aktiviti ini dan menempuh apa-apa jua
cabaran yang dihadapi. Hal ini amat penting sekali dalam kehidupan saya bahawa saya
perlu bersikap tabah, tenang dan berani semasa menghadapi cabaran supaya dapat
menemui jalan penyelesaian yang betul.
Aktiviti ini sangat membantu dalaman saya bahawa saya juga mampu
melakukan perkara yang mustahil dan yang saya kurang yakin dalam melakukannya.
Dapat dikongsikan pengalaman saya ketika itu, pada awalnya saya tidak berkeyakinan
langsung untuk diri diatas satu tali atas faktor berat badan saya. Namun, pensyarah yang
terlibat iaitu Encik Jun, membantu saya dan mendorong saya memulakan aktiviti tersebut.
Saya teruskan tanpa membantah. Namun, saya terjatuh di pertengahan jalan. Saya cuba
memanjat tali tersebut kembali dan Berjaya menamatkan. Apa yang saya dapat kaitkan
dengan kehidupan harian adalah, sekiranya saya gagal di pertengahan jalan, itu tidak
bermakna saya terus gagal di penghujungnya. Sikap yakin pada diri sendiri amat penting
dan harus dititik beratkan seandainya, kita mahu cemerlang dalam sesuatu tindakan kita.
Pengalaman yang dapat saya kongsikan adalah aktiviti ini amat mencabar kerana
sepanjang aktiviti itu dijalankan, saya menjerit sekuat hati ketika rakit yang dibawah
kendalian kami, senget atau sangkut pada batu. Dua kali juga saya terjatuh ke dalam air
akibat pelanggaran yang berlaku antara rakit dan batu sungai tersebut. Namun, saya tetap
memilih untuk meneruskan dan aktiviti ini Berjaya meningkatkan keyakinan saya terhdap air
lebih tinggi.
Dalam aktiviti ini, kami dapat belajar cara saling membantu antara satu sama
lain. Hal ini demikian kerana perjalanan aktiviti kembara kali ini, setiap kumpulan diberikan
kompas dan petunjuk arah. Kami perlu bijak dan bekerjasama secara berkumpulan
menggunakan klu-klu yang telah diberikan. Namun begitu, perjalanan kami agak keliru ini
kerana klu yang diberikan tidak bersesuaian kerana klu tersebut menyebabkan kekeliruab
terhadap semua siswa guru.
Setibanya di tempat perhentian, kami di dalam kumpulan, perlu memilih tempat yang
sesuai untuk memulakan aktiviti memasak menggunakan bahan-bahan yang telah
dibekalkan sebelum kami memulakan aktiviti kembara tersebut. Kami perlu bijak
menggunakan perlatan yang diberi dan perlu bijak merancang menu yang sesuai untuk
disajikan sebagai makanan tengah hari kami. Kaedah ini juga merupakan aktivit yang
membantu saya untuk sentiasa bersyukur dengan cara memanfaatkan bahan-bahan yang
sedia ada sahaja tanpa merungut dengan kekurangan yang ada.
Aktiviti ini agak membosankan kerana aktiviti ini dijalankan dalam bentuk
ceramah. Hal ini telah menyebabkan keadaan pasif dalam penerimaan kandungan
penyampaian oleh penceramah. Kebanyakan peserta tidak dapat memberi fokus dan berasa
mengantuk semasa ceramah diberikan. Hal ini menyebabkan ketidakberkesanan slot
ceramah ini malahan telah menyebabkan pembaziran masa. Sebagai cadangan
penyelesaian, ceramah ini boleh dilaksanakan dalam bentuk bengkel walaupun slot
ceramah ini hanya dijalankan dalam masa 2 jam. Dengan penglibatan semua peserta
secara berkumpulan, perbincangan dapat dilaksanakan antara ahli kumpulan tentang
kandungan penyampaian ceramah ini. Hal ini bukan sahaja membolehkan semua peserta
sedikit sebanyak memperoleh ilmu pengucapan awam malahan dapat membolehkan
peserta memperoleh pengalaman langsung dengan mengaplikasikan kefahaman mereka
melalui pembentangan dapatan perbincangan kumpulan.
Dalam aktiviti ini, saya dapat menyumbang tenaga dalam menjaga kebersihan
persekitaran perkhemahan di tepi sungai. Semasa saya mengutip sampah di Kawasan
tersebut, saya sedar akan keindahan alam sekitar di situ sekiranya tiada sampah dibuang
sewenang-wenangnya oleh masyarakat setempat. Sebagai warganegara yang
bertanggungjawab, kita harus memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan alam
sekitar supaya dapat mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Dalam sesi penutupan ini, saya dapat mengenal kepentingan membuat aktiviti
dengan menghayati makna dan rasional di sebalik aktiviti ini. Hal ini amat penting sekali
bagi saya kerana aktiviti yang telah saya lakukan membina kesedaran dalam diri saya
tentang potensi dan bakat diri saya yang belum habis diteroka. Segala ilmu dan pengalaman
perlu saya aplikasikan dalam kehidupan saya sebagai guru supaya mendidik anak-anak
murid saya dengan lebih berdedikasi. Sebagai contoh, antara nilai murni yang dapat saya
teroka, nilai bekerjasama, atau dikenal sebagai pembelajaran secara koperatif (cooperative
learning) harus diterapkan dalam diri murid dalam membantu mereka berusaha dengan
gigih dan berkesan dalam pembelajaran mereka.
Selepas membuat penulisan tentang aktiviti yang dijalankan, saya ingin membuat
penerangan secara umum tentang program BIG dengan menggunakan kaedah analisis
SWOT.
2.1 Kekuatan
Sepanjang program ini, antara kekuatannya ialah saya dapat melibatkan diri
secara aktif dalam persediaan perkhemahan. Hal ini memberikan pengalaman secara
langsung kepada saya, terutamanya dalam melaksanakan perkara yang tidak pernah
dilakukan. Sebagai contoh, saya bukan sahaja menolong rakan-rakan saya mendirikan
khemah dan memotong sayur untuk membantu rakan sekumpulan saya menyediakan
makan malam tetapi juga menjalankan tugas sebagai sentri untuk berjaga malam dan
membantu rakan-rakan membasuh BA selepas aktiviti berakit. Selain itu, saya berpeluang
untuk membuat pergerakan pada sesi nyanyian malam penutupan untuk bersama rakan-
rakan kumpulan meluahkan semangat terhadap kem kali ini. Tegasnya, penglibatan saya
secara aktif dalam program ini sememangnya mendatangkan manfaat kepada orang lain
dan juga diri sendiri.
Melalui program ini, program ini mendisiplinkan kita dan menyediakan personaliti
kita sebagai guru. Hal ini dapat dipaparkan melalui penglibatan kita dalam setiap aktiviti
yang dilaksanakan. Dalam program ini, kita telah melakukan pelbagai jenis aktiviti, dan
situasi yang sama akan berlaku apabila kita melangkah ke alam sekolah nanti. Sebagai guru
yang berdedikasi, kita harus melibatkan diri dalam aktiviti anjuran baik pihak sekolah
mahupun aktiviti kokurikulum untuk meningkatkan profesionaliti kita supaya menjadi teladan
yang baik untuk membimbing anak-anak murid kita.
2.2 Kelemahan
Namun, program ini mempunyai kelemahannya dari segi pengurusan masa. Dari
segi pengurusan masa, saya berpendapat bahawa kita kurang menepati masa yang
ditetapkan untuk setiap sesi. Dalam hal ini, kita seharusnya bersiap sedia 5 hingga 10
minit sebelum aktiviti yang seterusnya dilakukan. Hal ini menjejaskan keberkesanan
pelaksanaan aktiviti yang dirancang terhadap pembentukan insan guru dalam diri kita.
Contohnya, semasa kita berkumpul sebelum pergi ke sekolah untuk membuat interaksi
profesional di sekolah, kebanyakan peserta lewat berkumpul di Dewan dan memunggah
barang ke dalam bas. Hal ini bukan sahaja menjejaskan pengendalian aktiviti malahan
menjejaskan kualiti program BIG.
2.3 Peluang
Dengan pendedahan dalam program ini, saya dapat membina keyakinan diri
semasa saya berkhidmat di sekolah nanti. Semasa pihak sekolah mengadakan
mesyuarat dengan guru-guru, saya dapat menyumbang idea saya atau menyumbang
tenaga saya dalam menjayakan program yang ingin dilaksanakan. Sebagai contoh,
sekiranya pihak sekolah mengadakan program perkhemahan, saya dapat berkongsi
pengalaman saya dengan guru-guru di sekolah sebagai idea untuk membantu
meningkatkan kualiti pengurusan perkhemahan. Tegasnya, pengalaman dan pengetahuan
yang saya peroleh dalam program BIG dapat saya aplikasikan dalam aktiviti semasa saya
melangkah ke alam sekolah nanti.
Di samping keyakinan diri, saya juga dapat mendisiplinkan diri semasa
melaksanakan tugas di sekolah nanti. Hal ini dapat membantu saya mengamalkan sikap
profesional dalam diri, terutamanya berhadapan dengan tugas di sekolah. Sama ada
menjalankan pengajaran di dalam bilik darjah, ataupun melaksanakan aktiviti kokurikulum,
saya dapat memberikan komitmen dalam melaksanakan tugas di sekolah. Dengan ini, saya
bukan sahaja dapat membantu melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama, tetapi
juga menyahut seruan kerajaan dalam mencapai aspirasi sistem pendidikan negara demi
merealisasikan transformasi negara arus terkini.
2.4 Ancaman
Kita harus merancang aktiviti yang lebih sesuai dengan murid-murid. Hal ini
bukan sahaja dapat menarik minat murid dalam melakukan atkiviti ini malahan memudahkan
penerapan nilai dalam diri murid. Dengan ini, keberkesanan pengendalian aktiviti ini pasti
terjamin. Objektif yang ditetapkan bagi program bimbingan dan motivasi ini turut dapat
dicapai dan direalisasikan dalam kehidupan murid-murid.
Selain itu, kita perlu mengamalkan sikap menepati masa dalam kehidupan kita,
terutamanya dalam melakukan tugas semasa kita berada di sekolah. Menurut aspirasi
kedua dalam konsep 1Malaysia, budaya ketetapan di mana seseorang individu atau
komuniti haruslah mendidik sikap menepati masa dalam melaksanakan tugas dan
mengutamakan kecekapan serta ketepatan. (Aizat, 2016). Sebagai guru, kita bukan sahaja
perlu mengutamakan profesion kita, malahan mendahulukan kebajikan anak-anak murid
kita. Dalam konteks program perkhemahan BIG, saya berpendapat bahawa bukan sahaja
penghulu dan penghulu wati harus memainkan peranan dalam mengumpulkan semua
peserta BIG sebelum aktiviti bermula, malahan peserta harus menyedarkan diri tentang
kepentingan menepati masa dan berada di tempat aktiviti dijalankan 5 hingga 10 minit awal.
Kita harus meningkatkan profesionalisme kita secara berterusan dengan pengahayatan
amalan mendisiplinkan diri demi menjamin keberkesanan perkhidmatan kita serta anak
murid kita dapat memperoleh pendidikan yang berkualiti.
Tidak ketinggalan juga, kita patut menjalankan sistem hukuman dan ganjaran
berdasarkan prestasi setiap kumpulan. Dengan cara peneguhan ini, kita akan dapat
mengetahui kesalahan yang kita lakukan melalui sudut dan pandangan orang lain.
Sekiranya amalan pembaziran makanan dilakukan, maka jurulatih boleh mengambil
tindakan terhadap ahli kumpulan tersebut, contohnya, memberikan tugas mencuci dulang
dan cawan atau menyediakan makanan untuk semua peserta pada hari yang seterusnya.
Dengan ini diharapkan, mereka dapat menyedari betapa pentingnya untuk menghabiskan
makanan dan menunjukkan kesyukuran terhadap apa-apa yang dinikmati. Menurut Haliza
Hamzah (2014), guru merupakan contoh teladan kepada muridnya, sekiranya guru bersikap
tidak bertanggungjawab, kemungkinan besar murid akan menunjukkan sikap yang sama
terhadap guru tersebut. Oleh itu, kita harus membuat perubahan bermula daripada diri
sendiri supaya dapat menjadi cermin perbandingan kepada anak-anak murid supaya
mewujudkan amalan yang sihat di sekolah.
Rujukan
Aizat bin Khairi. (2016). Konsep 1Malaysia dan Cabaran Pelaksanaannya ke Arah
Haliza, H., & Samuel, J. N. (2014). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Selangor:
Janice Heu Wai Yee. (2015, November 16). Laporan Reflektif Big Fasa 6. Capaian 15