Anda di halaman 1dari 7

2018

DOKUMENTASI
SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ
PERINGKAT SEKOLAH 2018

TARIKH:
20 APRIL 2018
(JUMAAT)

TEMPAT:
DEWAN INDAH SKLB

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DOKUMENTASI SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ
PERINGKAT SEKOLAH 2018

ANALISA PENILAIAN PROGRAM

Sambutan Israk dan Mikraj pada kali ini berjalan dengan lancar.Penglibatan daripada
semua murid serta guru-guru dapat dilihat dalam melancarkan aktiviti dalam program ini.Sesi
Ceramah Israk dan Mikraj berjalan dengan lancar dan menarik kerana penceramah banyak
menggunakan unsur kecindan kepada murid-murid disamping analogi yang mudah bagi
meningkatkan kefahaman murid tentang peristiwa agung ini iaitu Israk dan Mikraj. Sesi
Ceramah dikendalikan oleh Ustaz Zaki bin Kasim.

Pengisian program yang lain juga berjalan dengan baik. Pertandingan kuiz yang
dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid yang terlibat.

KEKUATAN PROGRAM

Sambutan yang baik daripada semua murid-murid dalam melibatkan diri didalam
aktiviti yang diadakan.Penyertaan yang begitu menggalakkan dalam pertandingan kuiz Israk
dan Mikraj. Jamuan turut disediakan selepas ceramah Israk Mikraj untuk murid-murid, guru-
guru dan penceramah.

KELEMAHAN PROGRAM

Murid tidak menghabiskan makanan yang disediakan.

CADANGAN UNTUK PENAMBAIKAN

Guru perlu mengisi makanan dengan kuantiti yang bersesuaian berikutan murid baru sahaja
makan pada waktu rehat. Penambahbaikan perlu dilakukan agar segalanya berjalan lancar. Segala
kelemahan perlu diambil kira agar Sambutan Israk dan Mikraj pada tahun hadapan tidak akan
mengalami masalah dan kesukaran lagi. Segala perancangan harus di laksanakan awal dan gerak kerja
berjalan lancar dengan pembahagian tugas yang dibuat.

KESIMPULAN DAN PENUTUP

Secara kesimpulanya, dapatlah dilsimpulkan bahawa Sambutan Israk dan Mikraj ini berjalan
dengan lancar walaupun terdapat beberapa kelemahan. Kerjasama semua guru dan pelajar menjadi
tunjang kekuatan dalam perlaksanaan sambutan ini. Diharapkan pada tahun hadapan ianya akan lebih
berjaya dan berlangsung dengan lebih baik.
Disediakan oleh :

_____________________________
(PN. HAFIZA BT ALI HASAN)
AJK Dokumentasi
Sambutan Israk dan Mikraj
SK Lembah Beringin

Disemak oleh,

_________________________________
(PN MAYZURAH BT MOHAMED)
Ketua Panitia Pendidikan Islam
SK Lembah Beringin

Disahkan oleh,

_________________________________
(EN. SAMSUDIN BIN AHMAD)
Guru Besar
SK Lembah Beringin

LAMPIRAN
Ucapan alu-aluan oleh Ketua Panitia Islam

Murid serta guru tekun dan bersemangat mendengar ceramah yang disampaikan

Kuiz Israk dan Mikraj

Anda mungkin juga menyukai