Anda di halaman 1dari 2

Cerita lipur lara amat popular berbanding dengan cerita naratif lisan yang lain seperti mitos,

lagenda dan cerita rakyat. Bincangkan konsep, ciri- ciri , latar belakang serta keistimewaan
yang terdapat dalam cerita lipur lara.

Konsep
Cerita lipur lara merupakan cerita yang paling popular dalam kalangan masyarakat Melayu
lama, dikenali sebagai roman rakyat (folk romances) atau fiary-tales. Cerita ini biasanya
mengisahkan raja-raja dan putera-puteri raja. Wataknya cantic, gagah serta kuat dan
biasanya mengandungi unsur pengembaraan dan bersifat penghibur hati (Mohd Taib
Osman, 1974). Menurut Ismail Hamid (1987), ‘lipur’ bermaksud hibur dan ‘lara’ bermaksud
duka atau kesedihan hati. Penglipur lara bermaksud penghibur hati yang duka.

Ciri-ciri dan keistimewaan


1. Memaparkan suasana kehidupan putera puteri raja.
2. Berlatarkan istana.
3. watak utama dari kalangan putera puteri raja
4. ada unsur pengembaraan
5. unsur percaya kepada mimpi
6. unsur peperangan
7. latar tempat kayangan
8. cerita berakhir dengan kejayaan / kegembiraan

Latar belakang
Cerita-cerita yang mengandungi unsur pengembaraan (adventure) anak-anak raja. Ia
mengisahkan cerita-cerita mengenai Raja-raja atau golongan istana dengan segala
gambaran keindahan, kemewahan, kesaktian serta kejadian-kejadian yang luar biasa
(supernatural). Cerita penglipura disampaikan oleh tukang-tukang cerita yang memiliki
keistimewaan dan kelebihan menyampaikan isi cerita. Tukang cerita menggunakan
berbagai-bagai cara bagi menarik hati pendengar mengikut cerita dari awal hingga akhir.
Tukang cerita menggunakan atau memainkan alat-alat bunyian sambil bercerita seperti
menggesek selampit, memukul gendang , bermain rebab, bercerita mengikut irama bunyian
yang dimainkan. Pendengar tertarik bukan sahaja kerana suara tukang cerita yang merdu,
tetapi berbagai gaya dan lagu, cerita bagi menggambarkan suasana ada riang, sedih,
marah, pujuk rayu dan sebagainya. Tukang cerita penglipura berbeza peranan mengikut
daerah atau negeri.
Negeri Kelatan – Tok Selampit bermain alat bunyian rebab, Kedah – Awang Batil, Perak –
Penglipura, Selangor – Awang Belanga, Minangkabau (Indonesia) – Tukan Kaba, Brunei –
Diandangan (alat bunyian – Dombak)

Cerita-cerita ini kebanyakannya diceritakan oleh Pawang Ana dan menantunya Mir Hassan
dan dibukukan oleh R.O. Wilkinson. Sebelum cerita-cerita ini dibukukan dalam bentuk
tulisan, cerita-cerita ini adalah menjadi hak monopoli dan keistimewaan tukang-tukang cerita
dan tok dalang. Cerita-cerita ini disampaikan pada ketika-ketika tertentu oleh dalang-dalang,
ahli-ahli penglipur lara dalam majlis-majlis perkahwinan, memuja umur Sultan atau pada
masa menyambut sesuatu perayaan. Cerita-cerita penglipur lara ini mempunyai bentuk yang
tersendiri yang mementingkan pendengaran dan bila dibukukan hilanglah setengah daripada
keindahannya. Juga cerita-cerita ini dapat memberi imbasan mengenai masyarakat lama
Semua cerita Penglipur Lara yang terkenal di alam Melayu menggunakan nama hikayat.
Memang bentuk, sifat dan aliran cerita-cerita ini dalam menggambarkan kisah-kisah hero
dan heroin memakai bentuk hikayat. Cerita-cerita ini kapada masyarakat sekarang
dipandang sebagai cerita-cerita tahyul dan fantasi, kerana isinya tidak masuk akal dan
coraknya terlalu romantik.