Anda di halaman 1dari 32

Penghargaan

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan rasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah rahmat daripada-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan


terima kasih kepada pensyarah subjek Teknologi Bahan & Pembuatan, Encik Kamarun B.
Ishak. Beliau telah banyak membantu saya dalam jangka masa saya membuat tugasan-
tugasan ini. Selain daripada itu , beliau juga telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang
penghasilan kerja kursus ini.

Akhir sekali,di sini saya juga ingin berterima kasih kepada ibu dan juga bapa saya
dengan sokongan, nasihat dan galakan yang telah mereka berikan kepada saya. Tidak
dilupakan juga rakan-rakan yang juga telah banyak memberi pandangan dan cadangan
kepada bagi menyiapkan kerja ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.


Pengenalan

Subjek Teknologi Bahan dan Pembuatan dalam kursus RBT 3102 memberi
pendedahan kepada guru pelatih mengenai perkembangan teknologi dan pembuatan
bahan, jenis-jenis bahan mentah, sifat bahan mentah, asas pembinaan produk, barangan
logam dan kelengkapan, bahan hiasan dalaman dan luaran, perkembangan industri
pembuatan tempatan, penggunaan bahan kitar semula dan penerapan unsur pedagogi
dan pentaksiran.

Guru pelatih telah diberi tugasan untuk menghasilkan meja kopi bagi memenuhi
segala kehendak dan keperluan sukatan pelajaran. Projek meja kopi ini direka bagi
menyelesaikan masalah yang telah dihadapi oleh para pengguna yang mempunyai
masalah untuk meletakkan makanan dan minuman petang mereka. Bagi menyelesaikan
masalah ini, saya telah mereka sebuah meja kopi yang mempunyai jalan penyelesaian
iaitu dengan bentuk dan rekaan yang mudah dialih dan juga mudah untuk digunakan.
Selain itu rekabentuk meja kopi tersebut yang menarik saya percaya dan juga akan dapat
memikat dan menawan hati para pengguna.

Melalui projek meja kopi ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk
menjanakan idea serta membolehkan pelajar untuk menggunakan peralatan secara amali.
Selain itu, pelajar dapat menggunakan meningkatkan kemahiran dan pengalaman kepada
pelajar. Disamping itu, para pelajar dapat meningkatkan keberanian dan keupayaan diri
mereka dengan membuat projek ini secara individu. Kerja kursus ini juga menguji nilai
kretif dan kesungguhan yang ada dalam diri pelajar.
Rasional Projek

Kerasionalan projek meja kopi ini dilaksanakan adalah untuk:

i. Memudahkan pengguna untuk berehat bersama ahli keluarga pada waktu


rehat seperti pada waktu malam.
ii. Meja kopi ini mempunyai pelbagai kegunaan yang boleh digunakan oleh
pengguna seperti menempatkan surat khabar,majalah, hiasan seperti bunga
dan sebagainya.
iii. Meja kopi ini juga mudah untuk dipindahkan atau dibawa kemana sahaja
kerana saiznya yang kecil dan ringan.
iv. Projek ini akan dapat menjimatkan penggunaan ruang dan menjadikan
susunan ruang menjadi lebih kemas.
Matlamat Projek
Terdapat matlamat yang akan dapat dicapai melalui pelaksanaan projek meja kopi ini.
Antaranya ialah :

i. Melahirkan guru pelatih yang dapat menjana idea secara kreatif dan kritis dengan
baik.
ii. Mewujudkan daya cipta dan daya saing dalam diri para guru pelatih.
iii. Memberi pengalaman dan kemahiran kepada setiap guru pelatih yang
melaksanakan projek meja kopi ini untuk mempelajari prosedur merekacipta
sesuatu bahan
iv. Melahirkan guru pelatih yang cekap, berpegetahuan serta pakar dalam bidang yang
diceburi.
Objektif Projek

Objektif projek meja kopi ini dilaksanakan adalah untuk :

i. Membolehkan para guru pelatih menggunakan kemahiran mengendalikan mesin


dan juga alatan di bengkel.
ii. Mewujudkan sifat daya cipta dalam kalangan guru pelatih.
iii. Membolehkan guru pelatih menimba pengalaman serta kefahaman yang berguna
kepada diri mereka sendiri.
iv. Melahirkan seorang guru pelatih yang berpengetahuan dan pakar dalam bidang
atau kursus yang dipelajari.
Penyataan Masalah

Melalui pemerhatian dan pengamatan yang saya lakukan, saya dapat mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh pengguna atau pembeli meja kopi. Berdasarkan
pemerhatian saya, para pengguna amat mementingkan kemasan, bentuk, kegunaan,
kecantikan , kelasakan, harga dan ketahanan. Masalah yang sering menimpa para
pengguna ialah :

Bentuk yang tidak menarik.


Meja kopi yang tidak mempunyai kegunaan yang pelbagai.
Tahap Ketahanan dan kelasakan yang rendah.
Harga yang tidak berpatutan.

Disebabkan masalah tersebut, saya telah membuat keputusan untuk mencipta


sebuah meja kopi yang dapat menepati segala keinginan dan juga kehendak para
pengguna. Antara kehendak yang sering diimpikan oleh para pengguna adalah seperti :

Meja kopi yang mempunyai reka bentuk yang santai dan menarik
pandangan serta mempunyai nilai etatika.
Mempunyai ketahanan dan kelasakkan yang tinggi.
Saiz yang kecil dan ringan.
Harga yan berpatutan serta kualiti mutu yang tinggi.
Mengumpul Maklumat

Dalam usaha saya untuk melaksanakan projek meja kayu ini, saya telah mencari
dan juga mengumpul segala sumber dan juga maklumat untuk melengkapi tugasan yang
telah diberi oleh pensyarah saya. Sumber yang telah digunakan untuk mendapatkan
maklumat adalah melalui :

i. Pemerhatian
Membuat pemerhatian terhadap meja yang berada disekitar tempat
kawasan perumahan.
Membuat pemantuan ke atas kedai-kedai perabot untuk mengetahui
mutu, kualiti dan juga harga yang ditawarkan.

ii. Rujukan buku dan majalah.


Melihat bentuk-bentuk meja yang ada di majalah dan juga di buku.

iii. Internet
Melihat bentuk-bentuk meja kopi yang terdapat dipasaran di laman-
laman sesawang.

iv. Bimbingan pensyarah dan rakan

Meminta pendapat dan juga pandangan.

Meminta bantuan untuk mengendalikan mesin dan alatan tangan


serta maklumat-maklumat.
Jadual Pelaksanaan Tugas

BULAN JAN FEB MAC APR


MINGGU M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3
Perbincangan antara pensyarah
/
& pelajar
Mengenalpasti masalah
Perkembangan idea
Pemilihan idea terbaik
Menyediakan lukisan kerja
menggunakan perisian CAD
Susunatur dan merancang kerja
Penyediaan bahan
Pembinaan tanggam yang
sesuai
Pembinaan & pemasangan pada
projek
Kemasan
Pengujian projek
Persembahan
Menyediakan folio
Bahan & Alatan yang Digunakan

Alat tangan dalam kerja kayu mempunyai 4 kategori utama iaitu:

 Alat menanda dan mengukur.


 Alat mengapit dan menyanga.
 Alat memotong dan menajam.
 Alat menukul dan memutar.

Alat menanda dan mengukur.


Pembaris keluli

i. Dibuat daripada keluli karbon tinggi yang tahan karat.


ii. Digunakan untuk mengukur dan memindahkan jarak serta menanda garis
lurus.
Pisau penanda

i. Sejenis pisau kecil yang diperbuat daripada keluli yang khas.


ii. Digunakan untuk menanda garisan yang akan dipotong dengan gergaji
atau pahat semasa mmbuat tanggam.

Pensil Tukang

i. Mata dan badan pensil ini lebih tebal dan lebar dan permukaanya
berbentuk segiempat tepat.
ii. Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda dan
merancang tanda.
iii. Penggunaan pensil tukang kerana matanya yang lebih tebal serta
kepekatan karbon yang jelas pada kayu. Ia memudahkan untuk
melakukan proses pemotongan dan pemasangan.
Sesiku – ‘L’.

i. Matanya diperbuat daripada keluli.


ii. Digunakan untuk menguji ketepatan sudut dan menanda garisan
bersudut tepat dengan sesuatu permukan yang lurus.
Alat Mengapit dan Menyanga
Digunakan bagi mematikan kerja-kerja menggergaji,mengetam, memahat, melubang,
memasang dan sebagainya dapat dilakukan dengan sempurna.

Apit – G.

i. Diperbuat daripada besi tuagan berbentuk G atau F dalam beberapa


saiz.
ii. Digunakan untuk mengapit bahagian kerja muka ke muka, mengikat
benda kerja sementara dan sebagainya.

Kakatua.

i. Digunakan untuk mengeluarkan paku, memotong dawai dan


sebagainya.
ii. Saiznya adalah 125mm dan 300mm.
iii. Bahagian-bahagian kakatua terdiri daripada lengan, rivet, rahang
dan kuku.
Alat-alat Memotong
Menyediakan kayu kepada saiz dan bentuk yang dikehendaki

Gergaji

Di bawah adalah senarai gergaji yang telah saya gunakan untuk menyiapkan projek meja
kayu saya.

 Gergaji kerat
 Gergaji putting
 Grgaji bajang.
Pahat

o Pahat digunakan untuk membuang kayu yang tidak dikehendaki dalam


proses membuat tanggam pada projek kayu saya iaitu meja kopi.
o Senarai pahat yang telah gunakan ialah:
Pahat pelubang.
Pahat peraut.
ALAT MENUKUL DAN MEMUTAR

Alat Penukul

i. Dalam proses menyiapkan meja kopi ini saya juga menggunakan penukul untuk
mencabut paku yang salah dipaku dan juga untuk menyambungkan tanggam.
ii. Tedapat beberapa jenis penukul paku yang saya gunakan seperti:
Tukul kuku kambing.
Tukul besi warrington.
Gandin.
Kepala gandin dan pemegangnya diperbuat daripada kayu.
Alat menukul ini digunakan untuk menukul pahat dan mengetapkan
pemasangan tanggam kayu.
Alat menajam
Kikir

i. Sejenis alat yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi.


ii. Kegunaannya kikir adalah untuk memotong, menipiskan , dan melicinkan
permukaan sesuatu komponen kerja.
Mesin Kerja Kayu.

Terdapat pelbagai jenis mesin kayu iaitu Mesin mudah alih dan mesin berkuasa.
dalam proses pembutan meja kopi ini.disini saya menyenaraikan beberapa jenis mesin
yang saya gunakan untuk membuat meja kopi ini:

i. Mesin yang mudah alih saya gunakan ialah:

Jigsaw.
Mesin ini digunakan untuk memotong bahan dalan beraneka jenis
mata untuk membentu atau memotong bahan yang berlainan.
Kayu keras yang berketebalan 50mm boleh dikerat dengan gergaji
ini.
Gergaji rencong
Disaya menggunakan mesin ini untuk mendapat hasil pemotongan
permukaan kayu yang licin.
Digunakan untuk memotong serong dan tegak.
Dengan menggunakan gergaji ini saya mendapat hasil potongan
yang baik.

Antara mesin berkuasa yang saya guna ialah:

Gergaji bulat.

i. Digunakan semasa saya ini memotong sotf board untuk dijadikan top meja
kayu.
ii. Kerap digunakan untuk membelah kayu.
iii. Terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu rangka besi tuagan, meja atas, motor,
mata gergaji spring.
Gergaji Lengan

i. Mesin ini merupakan mesin kayu yang mempunyai pelbagai kegunaan.


ii. Saya menggunakan mesin untuk memotong kayu yang sederhana kecil kerana
ia lebih mudah dikawal.selain itu mesin ini juga menghasilkan pemotongan yang
licin dan berketepatan yang jitu.

Mesin Pelelas Jenis Belting.

i. Mesin ini digunakan untuk meratakan permukaan kayu dan membentuk kayu.
ii. Saya menggunakan mesin ini untuk membentuk lengkungan pada kayu.
Bahan
Paku Kemasan dan Paku Panel.

i. Paku ini digunakan untuk proses kemasan kerana paku tidak kelihatan di
permukaan kayu.
ii. Hal ini menambahkan lagi kecantikan dan kemasan meja kopi.
iii. Saya menggunakan paku ini untuk menyambungankan tanggam-tanggam yang
terdapat pada meja kopi saya.

Papan Serau (Soft Board)

i. Digunakan untuk membina syiling, dinding,papan kenyataan dan penebat bunyi.


Papan ini bersifat lembut dan menyerap bunyi.
ii. Saya memilih untuk menggunakan kayu ini kerana sifatnya yang menyerap
bunyi.
Gam
GLU-PVA

i. Digunakan secara meluas dan ia senang digunakan.


ii. Apabila saya menyapu gam saya akan membiarkan meja kopi .

Syelek
i. Merupakan yang lazim digunakan pada kayu.
ii. Saya menggunakan syelek sebanyak 4 kali.
Lekar
i. Mengandungi resin yang akan mengeraska melalui tindak balas kimia.
ii. Saya menyemburkan lekar pada permuakaan fomika dan juga kumai yang terlebih.
iii. Selain itu lekar ini juga bertujuan untuk mengilatkan dan melicinkan permukaan
meja kopi.

Tepung Penyumbat

i. Ia digunakan untuk menyumbat lubang-lubang kecil dan liang-liang kayu yang


kasar supaya mendapat permukaan kayu yang licin
ii. Antara lubang-lubang yang perlu disumbat ialah kesan kecacatan kayu,
kerengganan pada tanggam, dan bekas lubang kepala paku
iii. Boleh diperolehi dalam dua bentuk iaitu bentuk serbuk putih atau siap dibancuh.
iv. Saya menggunakan tepung penyumbat ini untuk menutup segala lubang yang
mencacatkan pandangan meja kerja.
Kertas las

i. Digunakan untuk melicinkan permukaan kayu dan menghilangkan calar-calar


kecil pada permukaan kayu.
ii. Kertas las biasanya dijual dalam bentuk kepingan dan diperbuat daripada
aluminium oksida dan silikon karbida
iii. Kertas las dikelaskan mengikut gred
iv. Saya menggunakan kertas las ini semasa proses meratakan permukaan meja
kayu selepas.
Nilai- nilai Estetika

Meja kopi yang dihasilkan mempunyai nilai estatika dan ergonamik yang sesuai mengikut
pasaran dan juga kehendak para pengguna.

i. Rupa bentuk yang menarik.


Meja kopi ini mempunyai rupa bentuk yang menarik kerana gabungan
pemilihan warna yang sesuai membuatkan meja kopi ini tampak cerah
dan mempamirkan suasana yang ceria.

ii. Tahan kelasakan.


Meja kopi ini mempunyai ketahanan yang tinggi kerana permukaan meja
kopi disyelek dan dipasang fomika serta disembur clear pada top meja.
Hal ini tidak menyerap air dan tahan bebanan haba yang tinggi.
iii. Kestabilan meja yang kukuh dan kuat.
Meja kopi yang dihasilkan boleh menahan bebanan, serta mempunyai
kestabilan yang tinggi.
Selain itu, sifat meja yang ringan dan kecil menjadikan meja ini boleh
dibawa ke mana sahaja

iv. Nilai egronomik


Meja kopi yang dihasilkan boleh digunakan dengan pelbagai
kegunaan dalam satu masa.
Bahagian atas top meja boleh digunakan untuk meletakkan cawan
dan teko.
Pada bahagian bawah boleh diletakkan majalah atau surat khabar.
Bahagian kaki meja pula terdapat kayu yang berpalang yang boleh
digunakan untuk meletakkan dulang serta cawan yang tidak
digunakan.
Meja ini juga boleh digunakan untuk kegunaan lain kerana
permukaannya yang rata.

v. Nilai Komersial di pasaran


Meja kopi ini bersesuaian dengan sasaran pasaran kerana reka
bentuk yang menarik dan ceria, sifat katahanlasakan dan kestabilan
yang tinggi serta mempunyai pelbagai kegunaan.
Tidak kurang juga harga yang ditawarkan juga berpatutan dan yidak
membebankan pengguna.
Anggaran Kos

BAHAN HARGA KUANTITI HARGA(RM)


SEUNIT(RM)
1. Kayu Medium Desnity
Board(MDF) 350mmX550mm 30.00 1 keping 30.00
2. Gam PVA 4.00 1/8 tin 0.50
3. Wood Filler 3.50 1/8 tin 0.50
4. Kertas Las 0.50 4 keping 2.00
5. Syelek 9.80 1 botol 9.80
Jumlah 42.80

Kos tenaga kerja = 1org + 1.30 + 6jam

= RM 7.80

Kos elektrik = 0.20 x 6jam

= RM 1.20

Jumlah Keseluruhan = kos bahan + kos tenaga kerja + kos elektrik

= RM 42.80 + RM 7.80 + RM 1.20

= RM 51.80

Keputusan harga pasaran = RM 65.00


Refleksi

Alhamdulillah, akhirnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan KKP ini mengikut
masa yang telah ditetapkan. Pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa saya hadapi
untuk menjayakan tugasan ini dengan sempurna.

Dalam tempoh saya melakukan tugasan ini saya telah mengalami beberapa
masalah dalam usaha saya untuk memastikan tugasan ini dapat disiapkan mengikut
kehendak soalan. Seperti sudah menjadi satu ”trend” apabila tibanya musim ‘assignment’
semua pelajar akan mula sibuk dan mengalami tekanan sepanjang menyiapkan tugasan
yang diberikan, begitu juga dengan saya. Pada mulanya, saya mengalami masalah dalam
memahami kehendak tugasan ini. Saya telah memperuntukan kira-kira tiga hari untuk
benar-benar memahami kehendak tugasan tersebut dengan bertanya soalan kepada
rakan-rakan dan juga pensyarah matapelajaran ini iaitu Encik Kamarun.

Setelah memahami kehendak soalan, tanpa membuang masa, saya terus mencari
maklumat yang berkaitan melalui media cetak, internet dan juga daripada rakan-rakan.
Pada mulanya saya mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk ini di Pustaka Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn tetapi saya berasa tidak puas hati kerana
maklumat yang diperoleh tidak banyak. Tanpa berputus asa untuk mencari bahan
maklumat, saya kemudiannya mencari maklumat tambahan melalui teknologi yang ada
kini iaitu internet. Kata pepatah ‘ilmu dihujung jari’ amat sinonim dengan penggunaan
internet kerana dengan hanya menekan kekunci pada komputer riba, saya akan dapat
melayari laman web yang dikehendaki.

Selain itu juga rakan-rakan terutama sekali rakan dari RBT3 dan rakan baik saya
Diana Nasieha, Ili Syahirah, Izyan Nadhirah dan Hidayatunnisa banyak membantu saya
dalam pencarian maklumat dan mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu mereka bersama
saya.
Melalui tugasan ini, saya telah mendapat banyak kebaikan antaranya ialah sifat
sabar yang sememangnya perlu ada dalam diri setiap manusia terutama sekali bagi diri
saya yang bakal bergelar pendidik suatu hari kelak. Melalui tugasan seperti ini akan dapat
melatih saya agar bersabar melayan karenah pelajar yang bakal saya hadapi setelah
bergelar seorang guru. Selain itu, saya juga dapat mendalami dengan lebih terperinci
mengenai matapelajaran tersebut selain memahami sekaligus saya dapat mengulangkaji
pelajaran di dalam masa yang sama. Mungkin juga saya dapat mengaplikasikan beberapa
pekara yang terkandung di dalam tugasan ini selepas memahaminya di dalam kehidupan
seharian saya.

Melalui tugasan ini dapat membuatkan saya lebih memahami mengenai bidang ini.
Berdasarkan apa yang telah saya kaji dan teliti dalam usaha saya untuk menyiapkan
tugasan ini, saya telah mengetahui cara-cara untuk menghasilkan tanggam dan juga cara-
cara untuk membina meja kopi. Melalui tugasan ini juga, akan dapat memupuk dan juga
mengasah bakat para guru pelatih supaya menjadi seorang yang lebih kreatif.
Bibliografi

Asnull Dahar Minghat(2005). Teknologi Kayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Tan Boon Tong (1992). Teknologi Binaan Bangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Walton, John (1971). Pertukangan Kayu : Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Kedai Perabot Sekitar Batu Pahat.

Anda mungkin juga menyukai