Anda di halaman 1dari 2

Harimau dengan Bayang-bayangnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengerusi majlis,


barisan para hakim yang bijaksana, penjaga masa yang setia, guru-
guru dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Pada pagi ini, saya
akan menceritakan sebuah cerita yang bertajuk Harimau dan bayang-
bayangnya.
 
Di dalam sebuah hutan ada seekor harimau yang besar dan garang.
Semua binatang yang kecil takut akan dengan harimau itu. Apabila
sang harimau mengaum, semua binatang akan bersembunyi. Binatang
yang tidak sempat bersembunyi pasti akan menjadi mangsa harimau
tersebut.

    Pada suatu hari, sang kancil sedang mencari makanan di satu


kawasan yang redup. Ia seronok memakan daun-daun muda. Tiba-tiba
ia terdengar bunyi ranting patah dari arah belakangnya. Ia terus
menoleh. Ia nampak seekor harimau sedang menghampirinya.

    Harimau itu mengaum dengan kuatnya dan sungguh menakutkan dan


sang kancil tidak sempat untuk melarikan diri. "Kali ini kau tidak
boleh lari kan diri lagi, aku akan makan kau, kancil! Ha ha ha," kata
harimau dengan garang. "Kalau engkau makan aku, kau akan di makan
oleh binatang yang lebih besar," kata sang kancil.

    "Binatang yang mana pula berani melawan ku?" tanya harimau


dengan marah. "Pagi tadi aku berjumpa dengan seekor harimau yang
jauh lebih besar dari mu. Kata harimau itu dialah harimau yang paling
kuat di hutan ini." kata  kancil. Harimau menjadi sangat marah dan
mengaum dengan sekuat hati.

    "Tunjukkan aku di mana harimau yang angkuh itu. Aku akan


mengalahkannya," kata harimau dengan nada yang amat angkuh.
    Kancil pun berlari pantas meninggalkan tempat itu dan harimau
terus mengekori. Sekali sekala harimau mengaum kerana marah.
Semua binatang lain bertempiran lari ketakutan tetapi merasa pelik
kenapa harimau hanya mengekori kancil pada hal mudah untuk
harimau membaham kancil. Sampai di sebuah kolam, kancil pun
berhenti.

  "Di sini lah aku berjumpa dengan harimau itu, cubalah kamu tengok,
aku takut" kata kancil. Harimau pun menjadi lebih marah dengan
kata-kata kancil. Ia pun menjenguk ke dalam kolam dengan beraninya.
Bayang-bayangnya segera muncul di permukaan air yang jernih dan
tenang itu. Harimau mengaum dan membuka mulut seluas-luasnya
menunjukkan taringnya yang panjang dan tajam. Harimau di dalam
kolam pun membuka mulut seluas-luasnya.

   "Kalau engkau harimau yang paling kuat, pergilah lawan dan


tewaskannya," kata Kancil. Harimau bertambah berang dan terus
terjun mendapatkan harimau itu ambil mengeluarkan kukunya yang
tajam. Bila ia terjun, bayang-bayang pun hilang. Barulah ia sedar yang
ia telah di tipu oleh kancil. Harimau berusaha untuk naik ke tebing
kolam tetapi tidak berjaya kerana tebing itu tinggi. Kancil pun sudah
melarikan diri. Oleh kerana terlalu angkuh, akhirnya harimau tewas
dengan bayang-bayang sendiri.

Pengajaran daripada cerita ini ialah janganlah kita bersikap angkuh


dan sombong serta memandang rendah terhadap orang lain. Orang
yang bersikap tamak juga selalu rugi.
Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai