Anda di halaman 1dari 8

Syair

Latar belakang syair


Syair dikatakan diambil daripada perkataan “shi’r’” yang bermaksud puisi atau sajak dalam
bahasa Arab • Namun ianya bukanlah puisi dari Arab atau Parsi. Dalam konteks masyarakat
Melayu,syair bukanlah puisi atau sajak kerana ianya mempunyai unsur yang tersendiri. Syair
juga merupakan ciptaan asli masyarakat Melayu. Berkemungkinan berasal daripada puisi
Melayu- Indonesia yang asli. Syair Melayu dicipta oleh Hamzah Fansuri beracuankan puisi
Arab- Parsi - Syed Naquib al-Attas

Bentuk
Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada
isi. Rima akhir pula a-a-a-a.

Ciri-ciri Syair
 Setiap bait terdiri atas empat baris.
 Jumlah suku kata dalam setiap baris antara 8-14 suku kata.
 Semua barisnya adalah isi.
 Rima (persamaan bunyi atau persajakannya) adalah a-a-a-a.
 Bahasa pada syair berbentuk kiasan

Pemikiran dalam Syair


Syair juga sering membawa makna isi yang behubung dengan kias ibarat, sindiran, nasihat,
pengajaran, agama dan juga berasaskan sejarah atau dongeng. Contoh:

Contoh:
SYAIR IKAN TERUBUK

Bismillah itu permulaan kalam


Dengan nama Alllah khalik al-alam
Melimpahkan rahmat siang dan malam
kepada segala mukmin dan islam

mula dikarang ikan terubuk


lalai memandang ikan di lubuk
hatidan jantung bagai serbuk
laksana kayu dimakan bubuk
asal terubuk ikan puaka
tempatnya konon dilaut melaka
siang dan malam berhati duka
sedikit tidak menaruh suka

pagi dan petang duduk bercinta


berendam dengan airnya mata
kalbunya tidak menderita
kerana mendengar khabar berita

pertama mula terubuk merayu


berbunyilah guruh mendayu-dayu
senantiasa berhati sayu
terkenangkan puteri ikan puyu-puyu

puteri puyu-puyu kon namanya


di dalam kolam konon tempatnya
cantik menjelis barang lakunya
patutlah dengan budi bahasanya

koolamnya konon di Tanjung Padang


di sana lah tempat terubuk bertandang
pinggangnya ramping dadanya bidang
hancurlah hati terubuk memandang

muda menentang dari saujana


melihat puteri terlalu lena
hati di dalam bimbang gulana
duduk bercinta tiada semena

gundah gulana tiada ketahuan


lalulah pulang muda bangsawan
setelah sampai ke Tanjung Tuan
siang dan malam igau-igauan

setelah hari hampirkan senja


puteri siap hendak memuja
jika sungguh asal raja
disampaikan Allah barang disaja

berlimau mandi tuan puteri


lalulah masuk kedalam puri
meminta dia seorang diri
sampailah waktu dinihari

Ya Ilahi ,Ya Tuhanku


apakah sudah demikian laku
dengan berkat nenek moyangku
disampaikan dewata barang pintaku

selang tidak berapa antara


turunlah ribut dengan segera
kilat dan petir tidak terkira
datuk nenek turun dari udara
membawa sepohon batangnya pulai
datang dari Tanjung Balai
eloknya tidaklah ternilai
puteri melihat hairan terlalai

pulainya rendang dengan rampaknya


di tengah kolah terdiri dianya
sampailah waktu dengan janjinya
puteri melompat keatas pucuknya

dengan berkat segala aulia


perkataan puteri terhentilah ia
belum;lah sampai daya upaya
tiada pertemuan apakan daya

berlida menyahut sambil bercura


lemah lembut bunyi suara
puteri nin sudah naik udara
dengan bala segala tentera

pari pun kembali menghadap baginda


berdatang sembah lakunya syahda
dualat tuanku dule seripada
tuan puteri sudah tiada

sudah naik ke atas udara


belida gerangan punya bicara
kepada tuanku jangan ketara
silakan tuanku ke laut negara

demi baginda mendengar kata


tunduk berhamburan airnya mata
putuslah harap rasnya beta
belumlah lagi pertemuan kita

terubuk berenang lalu ke laut


sekalian ramai yang mengikut
hati di dalam terlalu kusut
bagaikan datang rasanya takut

kain putih bersampul pulih


pakaian anak raja perempuan
yang dicita tidaklah boleh
sudahlah nasib badanku tuan

anggur jabat tanaman Judah


tanam melati di jambangan
janganlah dijabat yang telah sudah
rosaklah hati yang berpanjangan

muda pun datang kepada tempatnya


hancur luluh rasa hatinya
sebab tak sampai bagai kehendaknya
duduk bercinta di dalam hatinya
MAKSUD SETIAP RANGKAP

 Rangkap 1:
Syair ini dimulakan dengan bacaan bismilah sebagai pembuka cerita dan seterusnya diikuti
dengan memuji kebesaran Allah pentadbir sekalian alam semestayang sentiasa member
rahmat siang dan malam kepada setiap umat Islam.

 Rangkap 2:
Syair ini menceritakan tentang ikan terubuk yang tidak menghiraukan keadaan
sekeliling(kawasan pemerintahannya) kerana bersedih .

 Rangkap 3:
Sebenarnya ikan terubuk adalah ikan yang dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka.
Ikan terubuk berada dalam kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya.

 Rangkap 4:
Ikan terubuk sentiasa termenung dan bermuram dalam kesedihan kerana perasaanya resah
gelisah apabila mengetahui adanya puteri yang cantik jelita.

 Rangkap 5:
Kisahnya bermula apabila ikan terubuk yang cuba memujuk rayu puteri ikan puyu-puyu,
sehingga menyebabkan ikan terubuk sentiasa terkenangkannya.

 Rangkap 6:
Puteri tersebut dikenali sebagai Puteri puyu-puyu  yang tinggal di dalam sebuah kolam (air
tawar) Memiliki rupa paras yang cantik, tingkah laku yang baik serta bersopan-santun.

 Rangkap 7:
Tempat tinggal sang puteri di Tanjung Padang. Pada suatu ketika ikan terubuk datang
menziarahinya lalu jatuh cinta kerana kecantikan fizikal yang dimiliki oleh puteri ikan puyu-
puyu.

 Rangkap 8:
Ikan terubuk mulai terkenang puteri puyu-puyu dari jauh hingga tidak terkata. Perasaannya
diselubungi resah sehingga tidak keruan(tidak tentu arah jadinya)

 Rangkap 9:
Perasaan sedih kerana terkenangkan puteri puyu-puyu yang tidak menerimanya
menyebabkan ikan terubuk (golongan bangsawan) pulang ke tempat asalnya di Tanjung
Tuan. Siang dan malam ikan terubuk teringatkan tuan puteri.

 Rangkap 10:
Apabila menjelang waktu senja(petang) tuan puteri berdoa, sekiranya dia dari keturunan raja
yang berdaulat muga Allah akan memakbulkan segala pemintaannya.
 Rangkap 11:
Upacara berdoa tersebut  dimulai dengan tuan puteri mandi berlimau membersihkan diri,
seterusnya ke tempat beribadat. Tuan puteri berdoa sehingga waktu dinihari(subuh).

 Rangkap 12:
Doa tuan puteri dimulai dengan puji dan puja kepada Allah. Tuan puteri merintih akan nasib
dirinya, dia juga bermohon untuk mendapat restu dari keturunannya agar doanya
diperkenankan.

 Rangkap 13:
Tidak lama kemudian, suasana berubah, ribut , kilat dan petir sabung menyabung lalu
turunlah nenek moyangnya dari kayangan.

 Rangkap 14:
Mereka membawa sepohon pokok pulai yang dibawa dari Tanjung Balai. Pokok pulai itu
sangat cantik apabila tuan puteri menyaksikannya timbullah rasa kagum.

 Rangkap 15:
Pokok pulai itu sangat rending dengan banyak dahannya. Pokok pulai itu diletakkan
ditengah-tengah kolah, apabila sampai waktu yang telah ditetapkan tuan puteri telah
melompat ke atas pucuknya.

 Rangkap 16:
Dengan restu para wali (orang suci) tuan puteri tidak dapat berkata-kata, belumpun sempat
berlaku apa-apa tuan puteri sudah tidak kelihatan lagi.

 Rangkap 17:
Ikan belida bersungguh-sungguh memaklumkan tentang kejadian tersebut di mana tuan
puteri telah naik ke langit bersama dengan bala tenteranya.

 Rangkap 18:
Ikan pari telah datang mengadap Duli Baginda Seripada (ikan terubuk) memaklumkan
tentang berita kehilangan tuan puteri puyu-puyu.

 Rangkap 19:
Ikan pari memaklumkan bahawa berita kehilangan tuan puteri naik ke udara datangnya
daripada ikan belida. Dia berharap berita tersebut tidak akan menimbulkan keresahan
kepada ikan terubuk. Lalu dia mempersilakan ikan terubuk ke laut Negara.

 Rangkap 20:
Apabila Raja Seripada mendengar berita tersebut dia berasa sangat sedih hingga
menyebabkannya menitiskan air mata. Beliau berasa harapannya hampa kerana belum dia
sempat dia bertemu tuan puteri, tuan puteri telah menghilangkan diri.
 Rangkap 21:
Ikan terubuk terus berenang ke lautan luas bersama dengan bala tenteranya, perasaannya
diselubungi rasa serba salah sehingga timbul rasa takut(tidak berjumpa dengan tuan puteri)
didalam hatinya .

 Rangkap 22:
Raja Seripada diselubungi rasa sedih kerana kehilangan tuan puteri yang dikasihinya.
Begitulah nasib yang terpaksa dihadapinya.

 Rangkap 23:
Perasaan Raja Seripada terus dibayangi rasa sedih yang berpanjangan akibat kehilangan
tuan puteri.

 Rangkap 24:
Raja Seripada kembali semula ke tempat asalnya , perasaan sedih yang teramat sangat
kerana hasrat hatinya untuk mendapatkan tuan puteri tidak kesampaian perasaan sedihnya
itu bersemandi di dalam kalbunya.

Seloka
Latar belakang
Seloka berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu shloka. Dalam bahasa Melayu, shloka
dinamakan sebagai seloka. Seloka bererti seloroh, berjenaka, atau menyindir. Seloka dipercayai
datang kea lam melayu bersama-sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Teks
Mahabrata dan Ramayana merupakan buku-buku yang ditulis dalam bentuk seloka.

Bentuk
 biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk melengkapkan keseluruhan
idea.
 seloka mengandungi banyak peribahasa yang selalunya disusun dengan cara yang
senada atau mempunyai irama.
 kadangkala seloka sama dengan peribahasa berirama
 seloka mengandungi nada-nada ejekan dan nada-nada sinis - menyindir terhadap
sesuatu kelakuan sesetengah anggota masyarakat melalui peribahasa yang disusun
secara sejajar untuk menghasilkan irama tersebut.

Ciri-ciri
 Terdiri daripada 2 baris atau 2 kerat.
 setiap satunya mengandungi 16 suku kata.
 disusun dalam 4 unit.
 dalam kesusasteraan melayu tradisional,seloka merupakan sejenis puisi bebas dari
segi rangkap,(sama ada berangkap ataau tidak).
 jika berangkap = tidak tentu barisnya dalam serangkap.
 tidak tentu jumlah perkataannya dalam sebaris.
 boleh mempunyai rima atau tidak.

Pemikiran
 Selalunya berdasarkan aspek pemikiran masyarakat
 Contoh: Seloka Pak Pandir
o Masyarakat yang mementingkan orang luar
o Masyarakat yang suka mendengar khabar angin
o Masyarakat yang mudah terpedaya