Anda di halaman 1dari 2

Pendekatan

Gunaan

Pengkaedahan
Pendekatan Moral
Alamiah

Pendekatan
Firasat
Teori
Pengkaedahan
Melayu
Pendekatan
Dakwah

Pengkaedahan Pendekatan
Keagamaan Kemasyarakatan

Pendekatan Seni

Teori pengkaedahan melayu terbahagi kepada dua iaitu pengkaedahan alamiah dan
pengkaedahan keagamaan.

Semangat Seni Permainan ... Dulu kita main wau sendiri wau siapa naik tinggi kita main
gasing gasing siapa ligat berpusing gasing pangkah tanda bijak jangan kepala orang pijak
tengok rebana kertuk sepak raga, sepak bulu ayam jaga diri jangan telentang lumba
perahu siapa dahulu tunjuk laju cekap maju. Kita pergi serata daerah mainan banyak boleh
pilih berlumba tarik upih main cakjeng berdiri galah tahan langkah tidak kalah main ketuk
kepala ular pandai ketuk tidak liar tibai anak congkak selambut kita main dalam lembut
jantan betina sama-sama main tanda sepakat kita berkawan. ... Kalau petang lepas Zuhur
mengaji Quran di balaisah balik mengaji bidas burung atau mengail guna pelampung ...
Kalau habis musim mengetam ramai-ramai kita ke padang ada makyung ada wayang kulit
tengok Menora Siam depan ketik dengar dikir barat hebat tuk juara tukang karut suara
sedap terbit segala pantun ibarat. 

Gelora Nurani, 2015:139


Kumpulan puisi Gelora Nurani karya A. Aziz Deraman – Kumpulan puisi ini menampakkan
diri pengarang sebagai pencinta satu-satunya Tuhannya dan agamanya, budayanya ,
bahasa ibundanya lingkungan bangsanya, dan seluruh yang bersifat sejagat. Hal itu terlihat
demikian kerana beliau dengan telus dan tulus berbicara lewat sajak-sajaknya tentang
agama dan keagamaa, manusia dan kemanusiaan, dunia dan keduniaan, kuasa dan
kekuasaan, negara dan kenegaraan, bangsa dan kebangsaan, rantau dan keserantauan,
budaya dan kebudayaan, fikiran dan pemikiran dan sebagainya lagi. Sajak-sajaknya itu
apabila ditaakul dan dihayati, akan membenihkan kesedaran dalam kalangan pembaca
tentang hal-hal ketuhanan, keagamaan, akidah, akhlak, perjuangan, nilai-nilai kemanusiaan,
kemasyarakatan, kedamaian, siasah, jiwa kebangsaan, kenegaraan, citra keserantauan,
kesenian, kezaliman, zionisme, alam sekitar, dan soal diri - yang semuanya sangat berguna
kepada pembaca dalam mendepani karenah dan mehnah kehidupan. Analisis secara
terperinci Teori Pengkaedahan Melayu bagi puisi Gelora Nurani ini boleh diakses di
http://journal.ump.edu.my/ijleal/article/view/513/119 .