Anda di halaman 1dari 4

ISTILAH SAINS TAHUN 4

BIL ISTILAH MAKSUD


1 KADAR PERNAFASAN Bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam satu minit
2 PERKUMUHAN Penyingkiran bahan buangan daripada badan
3 PENYAHTINJAAN Penyingkiran sisa - sisa makanan melalui dubur
4 RANGSANGAN Keadaan atau perubahan yang dapat dikesan oleh hidupan
5 TINDAK BALAS Tindakan yang diambil terhadap rangsangan
6 PEWARISAN Ciri-ciri persamaan yang diwarisi daripada kedua-dua ibubapa
7 FOTOSINTESIS Proses tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri
8 PANJANG Jarak antara dua titik
9 LUAS Besarnya sesuatu permukaan
10 ISIPADU Besarnya sesuatu ruang
11 JISIM Kuantiti jirim dalam sesuatu objek
12 MASA Tempoh antara dua ketika
13 KONDUKTOR ELEKTRIK Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik
14 PENEBAT ELEKTRIK Bahan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik
15 KONDUKTOR HABA Bahan yang membenarkan haba mengalir melaluinya
16 PENEBAT HABA Bahan yang tidak membenarkan haba melaluinya
17 LUT SINAR Bahan yang membenarkan semua cahaya menembusinya
18 LUT CAHAYA Bahan yang membenarkan sebahagian cahaya menembusinya
19 LEGAP Bahan yang menghalang cahaya daripada menembusinua
20 MENYADUR Proses melapiskan permukaan besi dengan logam lain yang bukan besi
21 MENYALUT Disalut dengan plastik
22 ASTEROID Batuan logam yang mengelilingi matahari
23 METEOR Meteoroid yang memasuki ruang atmosfera bumi dan menghasilkan coretan cahaya
24 METEOROID Ketulan batuan atau logam yang terapung dan beredar di angkasa lepas
25 METEORIT Meteor yang terhempas di permukaan Bumi
26 SATELIT SEMULAJADI Bulan
27 KOMET Gas-gas beku , batuan dan debu yang beredar mengelilingi matahari
28 PAKSI Garisan bayangan yang menganjur dari Kutub Utara ke Kutub Selatan
29 ORBIT Jalan atau landasan di ruang angkasa yang tidak dapat dilihat secara fizikal
ISTILAH SAINS TAHUN 5
BIL ISTILAH MAKSUD
1 JERUMUN Tempat persembunyian haiwan / buaya
2 MIGRASI Pergerakan pelbagai spesies haiwan yang sering dilakukan secara bermusim
3 HIBERNASI Tidur yang panjang menyebabkan haiwan kurang aktif dan kurang rasa lapar
4 KEMANDIRIAN SPESIS Keupayaan haiwan mengekalkan spesiesnya daripada ancaman kepupusan
5 RANTAI MAKANAN Hubungan makanan antara hidupan
6 SIRATAN MAKANAN Gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat
7 PENCARAN Cara tumbuhan membawa biji benih jauh dari pokok induk
8 TENAGA Keupayaan untuk melakukan kerja
9 TENAGA SURIA Tenaga daripada matahari
10 TENAGA BOLEH DIBAHARUI Tenaga yang boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan
11 TENAGA TAK BOLEH DIBAHARUI Sumber tenaga yang tidak boleh dijana
12 PANTULAN CAHAYA Cahaya yang melantun balik apabila mengenai satu permukaan
13 BIASAN CAHAYA Pergerakan cahaya dari satu medium ke satu medium yang lain
14 LITAR BERSIRI Litar yang mempunyai satu laluan tenaga elektrik mengalir
15 LITAR SELARI Litar yang mempunyai dua atau lebih laluan tenaga elektrikmengalir
16 SUHU Ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan
17 JIRIM Objek yang mempunyai jisim, memenuhi ruang dan boleh dilihat disentuh dan dirasa.
18 KONDENSASI Perubahan keadaan air daripada gas kepada cecair
19 PENDIDIHAN Perubahan keadaan air daripada cecair kepada gas
20 PENYEJATAN Perubahan keadaan air daripada cecair kepada gas
21 PELEBURAN Perubahan keadaan air daripada pepejal kepada cecair
22 PEMBEKUAN Perubahan keadaan daripada cecair kepada pepejal
23 ASID Bahan yang menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah
24 ALKALI Bahan yang menukarkan warna kertas litmus merah kepada biru
25 NEUTRAL Bahan yang tidak menukarkan warna kertas litmus
26 PUTARAN BUMI Pergerakan bumi pada paksi dari arah barat ke timur
27 PEREDARAN BUMI Pergerakan bumi mengelilingi matahari
28 KESTABILAN Objek yang tidak mudah tumbang
29 KEKUATAN Objek yang tidak mudah runtuh

ISTILAH SAINS TAHUN 6


BIL ISTILAH MAKSUD
1 MIKROORGANISMA Hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar
2 KONJUNKTIVITIS Sakit Mata
3 TUBERKULOSIS Batuk kering
4 KUARANTIN Mengasingkan pesakit penyakit berjangkit daripada orang ramai
5 INTERAKSI Hubungan antara hidupan bagi memenuhi keperluan asas untuk hidup
6 INTERSPESIES Interaksi antara spesies yang berlainan
7 INTRASPESIES Interaksi antara spesies yang sama jenis
8 SIMBIOSIS Hubungan rapat antara dua atau lebih haiwan yang saling memberi manfaat antara satu sama lain
9 MUTUALISME Interaksi yang membawa manfaat kepada kedua-dua spesies
10 KOMENSALISME Interaksi yang memberi manfaat kepada satu spesies tetapi satu spesies lagi tiada manfaat mahupun kesan buruk
11 PARASITISME Interaksi yang memberi manfaat kepada satu spesies sahaja dan merugikan spesies yang lain
12 KEPUPUSAN Lenyap ataupun sudah tiada lagi di bumi ini
13 ANCAMAN KEPUPUSAN Bilangan spesies yang semakin berkurangan
14 SISA TOKSIK Bahan buangan yang berasal daripada cecair kimia, bahan buangan industri serta sisa pertanian
15 PEMELIHARAAN Mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah
16 PEMULIHARAAN Mengembalikan keadaan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal
17 PUSAT REHABILITASI Tempat pemuliharaan haiwan
18 TAPAK RAMSAR Tempat untuk melindungi flora dan fauna di kawasan payabakau
19 DAYA Tarikan atau tolakan yang bertindak ke atas sesuatu objek
20 DAYA GESERAN Daya yang terhasil apabila dua permukaan bersentuhan antara satu sama lain dan sentiasa menentang arah gerakan
21 KELAJUAN Laju atau perlahannya pergerakan sesuatu objek
22 PENGAWETAN Proses menjadikan makanan tahan lebih lama
23 TERBIODEGRASI Telah direputkan oleh mikroorganisma dan kembali menjadi nutrien di dalam tanah
24 AMALAN KURANGKAN Kurangkan penggunaan bahan buangan
25 KITAR SEMULA Bahan buangan diproses menjadi produk baru
26 GUNA SEMULA Menggunakan semula bahan buangan
27 BURUJ Gugusan bintang-bintang yang membentuk corak tertentu
28 MESIN RINGKAS Alat yang membolehkan kita melakukan kerja dengan lebih mudah dan cepat
29 MESIN KOMPLEKS Gabungan beberapa mesin ringkas
Mesin yang tahan lama, tidak mudah rosak, menguntungkan, tidak memberikan kesan buruk kepada alam sekitar,
30 MESIN LESTARI
mudah dan  selamat digunakan

Anda mungkin juga menyukai