Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan aktiviti kokurikulum

Isi:
1. pelajar dapat meningkatkan daya kepemimpinan
2. kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan dapat diperoleh
3. dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar
4. dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar

(AR) Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar
bilik darjah. (AR) Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan
pakaian seragam dan kelab atau persatuan. (AR) Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai
sekurang-kurang satu daripada setiap aktiviti tersebut. (AA) Kegiatan kokurikulum ini bukan
sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan
kepada pelajar yang menyertainya.

(AJ) Salah satu kebaikan yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum ialah para pelajar
dapat meningkatkan daya kepemimpinan. (AH) Daya kepemimpinan ini dapat dipupuk
apabila seseorang pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan. (AH) Daya
kepemimpinan ini juga amat berguna kepada para pelajar apabila sudah dewasa. (AC) Sebagai
contohnya, pelajar yang pernah memimpin sesuatu pertubuhan seperti pengakap, kadet
remaja, dan sebagainya, mereka akan lebih yakin untuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi
pada suatu hari nanti. (AP) Oleh itu, daya kepemimpinan ini haruslah dipupuk sejak awal lagi
kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, (AJ) kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada kegiatan
kokurikulum. (AH) Kebanyakan pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan sukan atau
permainan disebabkan faktor-faktor tertentu. (AH) Kegiatan sukan ini dapat membina stamina
yang kuat serta membolehkan para pelajar mengeluarkan peluh, iaitu salah satu bahan
perkumuhan manusia. (AC) Sebagai contohnya, aktiviti sukan dan permainan seperti bola
sepak dapat membina kekuatan stamina, manakala sukan catur pula akan mencerdaskan
minda seseorang. (AP) Pepatah Melayu mengatakan bahawa badan sihat, otak cerdas.

Seterusnya, (AJ) kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan pelajar. (AH) Semangat perpaduan ini adalah amat penting dalam mewujudkan
negara yang aman dan makmur. (AH) Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar
berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. (AC) Sebagai
contohnya, pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan
yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola sepak. (AP) Secara tidak langsung,
hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu
untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh bercerai roboh.

(AJ) Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. (AH)
Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. (AH) Melalui
kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat
dalam kokurikulum. (AC) Sebagai contohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan
yang ada pada dirinya, tetapi setelah menyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya terserlah dan
terus bergiat dalam acara yang diminati, yang akhirnya menjadi juara di kelabnya. (AH)
Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding pada
peringkat sekolah. (AP) Secara tidak langsung, kejayaan pada peringkat sekolah ini akan
membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri, dan kemudiannya negara .
Kesimpulannya, (A Cdgn) pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar
bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. (A Pndpt) Hal ini demikian kerana kegiatan
kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan
cergas. (A Hrpn) Selain itu, kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa harus
diperkukuh supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. (A Pndpt) Pepatah
Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. (A Cdgn)
Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya
pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.

Anda mungkin juga menyukai