Anda di halaman 1dari 3

1) Definasi :

A. Objektif mata pelajaran: Matlamat atau hasil pembelajaran yang dihasratkan melalui mata
pelajaran tersebut.

B. Standard kandungan:  Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan
kemahiran dan nilai

C. Standard prestasi: Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan
murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.

D. Proses guru-gur mempelajari kaedah pengajaran sendiri dan menentukan cara-cara yang
terbaik untuk mengajar murid-murid. Melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti, guru-guru
akan mempelajari apa yang berjaya dan apa yang tidak berjaya dalam bilik darjah, apa yang
penting dan apa yang tidak penting serta perkara yang perlu di elakkan dalam pembelajaran
yang akan datang.

2)  Ciri-ciri objektif mata pelajaran :

1. Satu pernyataan yang telah ditentukan yang perlu dicapai oleh pelajar mengikut tahap-tahap
tertentu. Ia melibatkan apa sahaja yang akan dipelajari dan dikuasai yang melibatkan
pengetahuan, kemahiran, perubahan tingkah laku, sikap, perangai dan sebagainya. 

2. Membantu guru dalam merancang dan melaksana kan pengajaran dan pembelajaran
dengan cara sistematik dan berkesan.

3) Contoh objektif mata pelajaran mengikut domain.

1. Domain kognitif.

 Pada akhir pengajaran, pelajar dapat menamakan 7 orang Menteri Besar di Malaysia

 Pada akhir pengajaran, pelajar dapat menerangkan keadaan menyebabkan perang saudara
berlaku di negeri perak.

 Pada akhir pengajaran, pelajar dapat melukis pelan rumah berasaskan maklumat yang diberi.

2. Domain psikomotor.

 Pada akhir pengajaran, pelajar dapat memerhati hubungan sesuatu maklum balas melalui
alat-alat deria.

 Pada akhir pengajaran, pelajar dapat memilih tindak balas daripada pelbagai perlakuan,
mungkin melalui pengaruh hadiah atau hukuman.

 Pada akhir pengajaran, pelajar dapat melaksana kan tugasan yang diberikan dengan
kebolehan dan kemahiran sedia ada.
3. Domain afektif.

 Pada akhir pengajaran, pelajar berupaya menunjukkan tingkah laku yang baik sebagaimana
yang di tuntut oleh agama.

 Pada akhir pengajaran, pelajar dapat merancang aktiviti-aktiviti kelasnya berdasarkan


kepada penilaiannya.

 Pada akhir pengajaran, pelajar dapat bertindak berdasarkan falsafah kehidupannya.

4) Kepentingan alat bantu mengajar(ABM):

1. Penggunaan alat bantu mengajar dapat mengawal serta mengatasi masalah kekurangan
tenaga pengajar kekurangan masa.

2. Dapat mempertingkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Dapat memahami dengan lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar.

4. Dapat merasakan keseronokan belajar dan mengelakkan rasa jemu terhadap pengajaran
guru.

5. Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat.

5) Contoh aktiviti yang dapat menggalak kan penglibatan murid dalam bilik darjah.

1. Think pair share.

 Murid berfikir sendiri dalam jangka masa tertentu dan berkongsi dengan pasangan.

 Tujuan :

 Menyelesaikan masalah

 Menjana idea

 Kerjasama

 Semangat kerja sepasukan

2. Round table.

 Murid mencatat satu idea secara bergilir berdasarkan tajuk yang diberi.

 Tujuan :

 Menjana idea

 Memberi pandangan dan cadangan

 Perkongsian maklumat

 Menyemak kerja rakan

 Menggalak pemikiran kreatif


3. Gallery walk.

 Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dipamer atau diberi ulasan oleh rakan lain.
ulasan/pandangan di tulis di atas sticky note.

 Tujuan :

 Perbincangan

 Menggalak pemikiran kritis

 Menyuarakan dan menghargai pandangan

 Semangat kerja sepasukan

6) Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang positif kepada pembelajaran
pelajar. Melalui perancangan pengajaran yang teliti, guru dapat menentukan jarak, urutan dan
penekanan kepada isi setiap pelajaran. Topik-tipik yang penting dalam peperiksaan akan diberikan
keutamaan oleh guru dan diberikan penerangan yang lebih teliti.

Perancangan juga memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru sepanjang
setahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan pelajar. Ini dapat memberi panduan
kepada guru agar dapat menggunakan masa yang di peruntukkan dengan lebih teratur. Menyusun
atur masa dengan tepat juga dapat memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada masa yang telah
ditetapkan mengikut perancangan.

7) Tindakan guru menghadapi pelajar yang agak ketinggalan dalam pelajaran:

1. Guru perlu mengatur pengajarannya mengikut pendekatan dan kaedah pengajaran yang
terkini yang sesuai dengan kehendak pelajar, justeru, dengan cara ini pelajar akan mudah
memahami ilmu yang hendak disampaikan oleh seseorang  guru dan cemerlang dalam
pelajaran.

2. Sentiasa menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar berdasarkan teknologi terkini untuk
menarik minat dan perhatian pelajar mengikuti pengajarannya. Contohnya, menggunakan
peralatan mengajar seperti komputer riba,Lliquid Crystal Display Projektor (LCD  Projektor),
bijak mengakses bahan pengajaran menggunakan internet dan alatan bantu mengajar lain
sebagai usaha untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam
kelas 

Anda mungkin juga menyukai