Imam Nawawi Dan Raja Bahiers Hal Tabung Negara
Imam Nawawi Dan Raja Bahiers Hal Tabung Negara
Ketika kerajaan berdepan dengan ancaman Tatar, Raja Zahir Bybres selaku penguasa ketika itu mencari
ikhtiar pintas untuk mendapatkan dana segera bagi menampung keperluan pertahanan negara.
⚫ Tabung Harapan.
Lalu dikutip fatwa para ulama' pengampu sebagai lesen untuk mengenakan bayaran wajib ke atas
rakyat, dengan alasan kononnya demi keperluan negara yang mendesak.
Ketika itu Imam Nawawi dengan tegas menentang tindakan Raja Zahir Bybres. Beliau meletakkan syarat,
bahawa Raja Zahir wajib mengeluarkan harta kekayaannya terlebih dahulu sebelum memeras keringat
rakyat.
Mana mungkin seorang penguasa mendahulukan rakyat untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara,
sedangkan ketika senang si penguasa itulah yang terlebih dahulu mengecapi kemewahan. Pendirian
Imam Nawawi tegas, menyuruh agar segala kekayaan istana dan anggota di dalamnya diperah keluar
terlebih dahulu.
Sesudah semuanya telah licin dikeluarkan namun masih belum mencukupi, barulah boleh dikenakan
bayaran wajib ke atas rakyat untuk menampung keperluan ekonomi negara. Itu pun dengan syarat,
sekali kutipan sahaja. Tidak boleh dijadikan rutin berpanjangan. Dari ketegasan tersebut, Imam Nawawi
dibuang negeri.
• Menjadi satu kebingungan apabila diisytiharkan derma yang kononnya sangat darurat demi negara.
Tetapi pada masa yang sama kerajaan sedia berbelanja berpuluh juta ringgit semata-mata untuk
tayangan Piala Dunia. Ternyata ini merupakan praktis prioriti yang dangkal.
• Kerajaan mempropagandakan kononnya negara akan bankrup dan rakyat perlu mengeluarkan derma,
merupakan gimik politik yang memberi impak negatif kepada kestabilan ekonomi negara.
30 Mei 2018.