Anda di halaman 1dari 1

SINOPSIS

TAJUK : JIWA REMAJA (MELENTUR BULUH BIARLAH DARIPADA REBUNGNYA)


PENULIS : SYED OMAR SYED AGIL AL-ATTAS

Buku ini merupakan panduan kepada ibu bapa untuk membimbing dan mendidik
anak-anak dalam menghadapi pelbagai masalah, tekanan dan cabaran masa kini. Cara untuk
membendung pelbagai isu moral yang sedang dihadapi oleh masyarakat kita juga turut
diperkatakan dan diperhalusi. Kita sebagai ibu bapa diajar supaya perlu mengambil tahu
masalah moral masa kini dan apakah kesannya terhadap kita, anak-anak kita dan seterusnya
kepada institusi kekeluargaan diikuti kelompok masyarakat kita.
Buku ini menekankan cara hidup seorang remaja yang kini semakin menjauh dari
penghayatan Islam. Ibu bapa disarankan untuk menunjukkan contoh dan tauladan yang baik
sejak sedari anak-anak masih kecil lagi. Mereka harus dididik secara asasnya untuk
melakukan sesuatau atas arahan yang tidak bercanggah atau selan dengan tuntutan Ilahi.
Remaja juga perlu diberikan kesedaran akan peranannya sebagai seorang remaja Muslim
masa kini. Pastikan mereka faham apakah kejayaan dan kebahagiaan sebenar yakni mengatur
hidupnya sebagaimana ynag dikenddaki oleh Penciptanya.
Remaja Muslim juga harus mengetahui dan mengenali Penciptanya serta tahu
mengapa dirinya dicipta.setiap remaja Musli harus mengenal pasti kelemahan dan mencari
jalan untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Segala permasalahan yang menyelubungi
remaja Islam masa kini dapat diselesaikan dimulai dari rumah.
Maka, penulis telah memberikan penerangan secara terperinci akan tanggungjawab
bapa sebagai ketua keluarga dan ibu nadi kepada sesebuah institusi kekeluargaan bagi
memastikan pembentukan akhlak anaknya. Peranan masayarakat terhadap social dan kerajaan
dalam membangunkan ummah yang berkualiti.
Beberapa saranan dalam pembentukan disiplin remaja antaranya menguruskan masa
dengan baik, tidak mudah kecewa apabila menemui kegagalan dan belajar daripada kejayaan
dan kegagalan orang lain turut dikongsikan. Kesimpulannya buku ini ditulis dengan harapan
dapat membantu ibu bapa dan masyarakat dalam membina jati diri dan sahsiah remaja yang
berkualiti dan bermotivasi serta mempunyai daya kepimpinan yang berketrampilan dalam
melahirkan generasi yang cemerlang di dunia dan gemilang di akhirat