Anda di halaman 1dari 4

Pendahuluan

Surah al Maa’idah merupakan surah ke-5 didalam Al Quran dan mempunyai 120
ayat . Surah ini termasuk golongan dalam surah Madaniyah . Walaupun ada
sesetengah ayat daripadanya yang turun di Mekah , namun ayat ini diturunkan
selepas Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah iaitu pada waktu haji wadaa’.
Surah ini dinamakan Al Maa'idah (hidangan) kerana menceritakan kisah pengikut-
pengikut setia Nabi Isa a.s. meminta kepada Nabi Isa a.s. agar Allah menurunkan
untuk mereka Al Maa'idah iaitu makanan dari langit (ayat 112). Dinamakan Al Uqud
(perjanjian) kerana kata itu terdapat pada ayat pertama surah ini dimana Allah
menyuruh agar hamba-hamba-Nya memenuhi janji mereka terhadap Allah dan
perjanjian-perjanjian yang mereka buat sesama manusia. Dinamakan juga Al
Munqidz (yang menyelamatkan), kerana akhir surah ini mengandungi kisah tentang
Nabi Isa a.s.yang menyelamatkan pengikut-pengikut setianya daripada azab Allah
yang pedih .

Isi kandungan yang ada dalam surah al Maa;idah :

 Keimanan : dimana ada orang-orang yang menjadikan nabi Isa sebagai tuhan
  Hukum-hukum : Keharusan menunaikan janji , hukum melanggar syiar Allah ,
makanan yang dihalalkan dan diharamkan , hukum mengahwini ahli kitab;
wudhu' , tayammum , mandi , hukum membunuh orang , hukum mengacau dan
mengganggu keamanan; hukum qisa ,; hukum melanggar sumpah dan
kafaaratnya , hukum memburu binatang pada waktu ihram , hukum persaksian
dalam berwasiat.
 Kisah-kisah : Kisah nabi Isa yang menyuruh pengikutnya ke Palestin , kisah
Habil dan Qabil .
Terjemahan surah al maidah ayat 42-43

Ayat 42
Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala
yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu,
maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah),
atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka
mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau
menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya
Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Ayat 43
Dan (sungguh menghairankan), bagaimana mereka meminta keputusan hukum
kepadamu, padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah,
kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (dari hukumanmu)? Dan (sebenarnya)
mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.
Tafsir fi zilalil quran

Ayat 42

Ayat ini menceritakan kaum Yahudi yang gemar mendengarkan perkataan-perkataan


yang dusta. Mereka terasa senang dengan perkataan yang dusta dan merasa
terkilan dengan perkataan yang benar . Pada masa yang sama , mereka gemar
memakan harta haram seperti wang riba dan wang rasuah. Kemudian Allah memberi
pilihan kepada Rasulullah dalam menghadapi orang Yahudi yang meminta hukuman
atau pengadilan untuk mereka. Baginda boleh membantu mereka atau menolaknya
kerana tidak mendatangkan kemudaratan . Rasulullah merupakan pemerintah dan
hakim Islam berkomunikasi dengan Allah tentang urusan ini . Apabila manusia
melakukan kejahatan , pengkhianatan dan sebagainya , maka keadilan tetap tidak
akan terjejas kerana keadilan itu adalah kerana Allah semata-mata dan bukan dibuat
daripada manusia . Oleh itu, inilah kebenaran dan jaminan dalam pelaksanaan
undang-undang dan kehakiman Islam berlandaskan Al quran .

Ayat 43

Ayat ini menceritakan yang bertujuan untuk mengecam perbuatan atau sikap kaum
Yahudi kerana mereka meminta keadilan atau kehakiman dari Rasulullah kemudian
baginda menghukum dengan ajaran yang diturunkan oleh Allah sedangkan mereka
(kaum yahudi) memiliki kitab Taurat yang juga mengandungi undang-undang Allah
yang sama hukum yang disampaikan oleh Rasulullah . Selepas itu, mereka berpaling
dengan tidak mematuhinya atau tidak reda jika hukuman diterima. Kemudia mereka
itu mendakwa diri mereka beriman sedangkan tidak mematuhi perintah Allah atau
tidek rela kalau hukum Allah dijalankan ke atas diri mereka, maka mereka adalah
orang-orang yang membuat dakwaan bohong.
Tafsir ibnu kathir

Anda mungkin juga menyukai