Anda di halaman 1dari 5

SJK SUNGAI JAONG MARUDI

ULASAN PEMBELAJARAN KENDIRI

Nama PPP Fenny Lau Yeo Feng


Jenis Pembelajaran Kendiri Webinar
Perkara / Pembelajaran PENCEN: ANDAI AKU PERGI DULU
Penceramah 1. En. Mohamad Ribwan bin Abas
2. En. Mageshwaran Rajasingam
3. Pn. Safura binti Sabir
Tarikh 22.08.2019 (2 jam)
Ulasan Bersara
- Menamatkan perkhidmatan pada waktu/ pada umur
yang kita pilih
Pencen
- Faedah yang diperoleh oleh sesorang semasa
bersara

(i) Bantuan Mengurus Jenazah


(ii) Ganjaran Terbitan
(iii) Pencen Terbitan
(iv) Ganjaran Cuti Rehat
(v) Pencen Tanggungan
(vi) Ex Gratia Terbitan

Bantuan Mengurus Jenazah


(Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2010, 1PP WP
6.4)
- Bayaran bantuan mengurus jenazah: RM3000
- Kematian dalam perkhidmatan diuruskan dan dibayar
oleh jabatan masing-masing
- Kematian selepas persaraan pula diuruskan dan
dibayar oleh JPA
- Perbelanjaan pengangkutan/ tambang waris bawah 21
tahun ke bawah antara wilayah juga boleh dituntut
sepenuhnya (dikuatkuasa mulai 2019)
- Perbelanjaan pengangkutan jenazah antara wilayah/
perbelanjaan pemindahan barang jenayah antara
wilayah (perbelanjaan perpindahan) juga boleh
dituntut
- Kemudahan ini tidak dipanjangkan untuk tanggungan
penjawat awam tersebut

Ganjaran terbitan
- Ibu bapa- 10%
- Balu/duda dan anak di bawah 21 tahun- 90%
- Ganjaran ini boleh diberi kepada wakil yang sah di sisi
undang-undang
- Bagi kes tiada ibu bapa, keseluruhan ganjaran akan
diberikan kepada isteri dan anak kepada penjawat
awam tersebut
- Bagi kes penjawat awam bujang, ganjaran ini boleh
diberi kepada wakil yang sah di sisi undang-undang.

Gantian Cuti Rehat

- Maksimum gantian cuti rehat ialah 150 hari sahaja


- Suami atau isteri yang sah dan anak bawah umur 21
tahun (90%)
- Ibu/bapa (10%)

Pencen terbitan
-
- Diberikan kepada isteri, suami atau anak secara
bulanan (ibu bapa tidak akan dapat)
- Suami/ isteri: anak = 2:1
- Penjawat yang memilih skim pencen meninggal dunia,
isteri dan anak bawah 21 tahun ini akan dapat pencen
terbitan ini secara serta-merta.
- Urusan ini mesti diselesaikan dalam masa 5 hari
bekerja
- Bayaran akan dibuat dalam masa 14 hari bekerja

Perkahwinan dalam/ selepas persaraan

-
- Pasangan yang ditemu jodoh selepas masa persaraan
hanya dapat ganjaran pencen terbitan untuk tempoh
20 tahun sahaja
- Pasangan yang ditemu jodoh semasa perkhidmatan
dapat ganjaran pencen terbitan sehingga akhir hayat

Pencen Tanggungan
- Pencen Tanggungan merupakan suatu faedah
persaraan tambahan yang diberikan kepada orang-
orang tanggungan pesara atau anggota yang telah
meninggal dunia akibat dari kecederaan yang dialami
semasa menjalankan tugas-tugas rasmi atau penyakit
yang dihidapi atau kemalangan dalam perjalanan
dengan syarat:
(i) anggota tersebut telah meninggal dunia di
dalam salah satu keadaan yang dinyatakan di
atas;
(ii) kematian pesara atau anggota tersebut telah
berlaku dalam masa 7 tahun dari tarikh ia mula
mengalami kecederaan atau menghidap
penyakit tersebut.

Ex Gratia Terbitan

-
- Bayaran sekaligus kepada ibu, atau sekiranya ibu
telah meninggal dunia, bapa kepada anggota
berpencen yang meninggal dunia semasa dalam
perkhidmatan tanpa meninggalkan balu/duda atau
anak.
- Pemberian ini adalah sebagai tambahan kepada
ganjaran terbitan atau caruman syer Kerajaan/majikan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau
mana-mana kumpulan wang simpanan berserta
faedah yang terakru.

Tindakan Susulan Sebagai seorang guru dalam perkhidmatan, saya akan


memastikan diri saya dilengkapi dengan ilmu sebegini
agar saya sendiri jelas dengan hak sebagai seorang
penjawat awam.

Disediakan oleh,
_____________________

(FENNY LAU YEO FENG)

Anda mungkin juga menyukai