Anda di halaman 1dari 5

Nama penguji: Muhammad Hanafi bin Ismail

Maklumat Klien:

 Nama : Muhammad Saiful bin Lazim


 Umur: 21 Tahun
 Latar belakang klien: klien tidak mempunyai sebarang masalah yang berkait dengan
telinga dan bukan berlatar belakangkan dari keluarga yang mempunyai masalah
pendengaran.
AUDIOMETER
Lampu tone
Lampu respon

Microphone

Talk forward

Butang merah & biru

Butang pelaras
Butang switch frekuensi
Butang pelaras
tone
intensiti
MANUAL LAPORAN UJIAN AUDIOMETRI KONDUKSI UDARA

Audiometri nada tulen adalah ujian yang menguji pendengaran dengan


menggunakan berbagai jenis frekuensi. Selalunya frekuensi adalah daripada nada yang
terendah (250Hz) hinggalah kepada nada yang tertinggi (8,000Hz). Audiometri nada tulen
dilakukan dengan menggunakan audiometer. Audiometer adalah suatu instrumen elektrik. Ia
mempunyai suis untuk memudahkan pemilihan nada yang diperlukan. Frekuensi yang selalu
digunakan dalam ujian adalah 125, 250, 500, 1000, 1500, 2000, 3000, 4000, 6000 dan
8000Hz. Intensiti yang digunakan pula adalah antara 10db HL sehingga 110dB HL (decibel
hearing loss) dan 500Hz hingga 6,000 Hz. Pelaksaan ujian audiometri nada tulen yang
dijalankan oleh audiologis adalah dengan cara menguji pesakit menggunakan fon telinga.
Fon telinga berfungsi untuk menghalang kemasukan bunyi-bunyi lain yang tidak
dikehendaki. Selain daripada itu, fon telinga juga berfungsi sebagai alat untuk mengalirkan
nada ke telinga yang diuji.

Pesakit akan menekan suis (respond) dengan menggunakan jari sekiranya mereka
mengesan bunyi. Suis mestilah diberikan kepada pesakit dan audiologis perlu mengarahkan
pesakit untuk memusingkan badan ke belakang. Ujian audiometri konduksi udara ini
menggunakan kaedah Hudson dan weslake iaitu naik 5dB turun 10dB untuk menguji tahap
pendengaran pesakit. Audiologis menguji tahap pendengaran pesakit dengan menaikkan
intensiti dan menekan suis tone untuk menghasilkan bunyi. Pesakit akan menekan suis
(respond) jika dapat mendengar bunyi yang dihasilkan. Kemudian audiologis akan
memperlahankan nada bunyi tersebut. Bunyi akan diperlahankan sehingga pesakit tidak
dapat mendengar bunyi itu lagi. Proses ini diulang sehingga pesakit dapat mendengar bunyi
pada kekuatan (decibel) yang sama. Proses ini akan diulangi dengan menggunakan tona
atau frekuensi yang berbeza. Setiap telinga akan diuji secara bergilir-gilir. Ini kerana setiap
telinga mempunyai sensitiviti bunyi yang berlainan.

Seterusnya, audiologis akan merekodkan data yang didapati pada kertas audiograf.
Cara untuk merekod data pada kertas audiograf ialah audiologis perlu menandakan bulat
dengan menggunakan pen merah untuk menanda data telinga sebelah kanan. Manakala
audiologis akan menandakan pangkah dengan menggunakan pen yang berwarna biru untuk
menanda data telinga sebelah kiri. Di akhir pengujian, audiologis dapat membuat
kesimpulan berkaitan data yang diperoleh.

Fon telinga dipakaikan kepada pesakit. Fon telinga yang terdapat warna biru
diletakkan di sebelah telinga kiri manakala yang berwarna merah diletakkan di sebelah
telinga kanan pesakit. Seterusnya, audiologis akan mengendalikan ujian audiometri nada
tulen ini dengan menggunakan prosedur seperti di atas (perenggan 2). Mesin audiometer
akan membenarkan bunyi atau nada pada frekuensi , pitch dan kekuatan yang berbeza.
Manakala nada yang digunakan boleh jadi dalam bentuk muzik atau sebagainya. Ujian
hendaklah dijalankan di dalam bilik yang kalis bunyi untuk mengelakkan sebarang gangguan
bunyi dari sumber-sumber luar. Ujian yang dilakukan mestilah mempunyai suasana yang
sesuai. Peralatan yang digunakan juga dipastikan tepat agar kesahan dapat diperolehi. Data
juga direkod ke dalam kertas audiograf dengan menggunakan prosedur seperti di atas
(perenggan ke 3).

Berdasarkan kertas audiograf yang telah saya plot, jelaslah bahawa tahap
pendengaran klien saya berada pada tahap normal ke mild iaitu pada 30db ke 15db Pada
tahap ini biasanya tidak dapat mendengar sebanyak 10-30% iaitu tidak dapat mendengar
bunyi-bunyi yang perlahan seperti berbisik.

Anda mungkin juga menyukai