Anda di halaman 1dari 2

SEK (FELDA) TRIANG 3

SIPUT YANG BIJAK

Assalamualaikum wbt....

Nama saya Nurul Husna bin Ruzaini akan menceritakan sebuah cerita bertajuk “Siput
Yang Bijak”.

Pada suatu hari kuda pergi bersiar-siar di sekitar tanah lapang. Dia berjalan dengan hati
yang gembira. Tiba-tiba dia terserempak dengan Si Siput yang berjalan dengan
perlahannya.

“Siput, awak ni berjalan terlalu perlahan,tengok macam saya sentiasa bergerak dengan
pentas. Setiap kali saya bergerak 10 langkah, pasti kamu akan ketinggalan 100 langkah
dari saya”, kata Kuda kepada Si Siput.

Si Siput pun menjawab, “saya tidak perlu berjalan dengan pantas kerana saya hanya
bersiar-siar menghirup udara yang segar, lagipun saya tidak ada perkara yang penting
untuk dikejarkan”.

Si Siput ingin mengusik kuda yang sombong itu lalu berkata,”Marilah kita bertanding
berjalan pantas, saya yakin yang saya tidak akan ketinggalan dari kamu lebih dari 100
langkah”.

“Saya tidak menyangka kamu boleh bercakap sebegitu. Keadaan ini tidak mungkin berlaku
di dunia ini kerama saya boleh berlari seribu kilometer sehari, kata kuda dengan
bangganya.

Kalau kamu tidak percaya esok pagi kamuu datang ke sini sama-sama bertanding, kata Si
Siput kepada kuda.

Jikalau saya ketinggalan lebih 100 langkah dari kamu boleh memijak saya sampai mati
menggunakan tapak kaki kamu, sambung Si Siput lagi.Tanpa berfikir panjang Kuda terus
bersetuju.

Si Siput pula pun terus pulang ke rumah, kemudian, dengan segera dia memanggil lebih
kurang 10000 saudara-mara dan kawan-kawannya. Si Siput meminta pertolongan mereka
untuk memenangi pertandingan itu.

Si Siput meminta mereka bersedia di sepanjang jalan ketika pertandingan itu


berlangsung dan jarak antara mereka hanya 100 langkah antara satu sama yang lain.

Pada keesokkan harinya, Kuda dan Si Siput berjumpa di tempat yang telah dijanjikan.
Kuda memandang Si Siput sambil berkata, kamu pasti akan kalah, saya cadangkan lebih
baik kamu mengaku kalah daripada mati ditapak kaki saya.
SEK (FELDA) TRIANG 3

Si Siput tersenyum sambil berkata,kamu jangan berlagak sombong, saya pasti akan
memenangi pertandingan ini. Jikalau kamu yang takut kalah, kamu boleh berundur diri
sekarang. Apabila Si Siput berkata begitu, kuda terus memecut meninggalkan Si Siput.

Sambil berlari kuda berfikir, aku sudah berlari lebih 200 langkah, pasti Si Siput sudah
jauh ketinggalan. Tanpa menoleh kebelakang, kuda pun berkata dengan kuat,

Siput, kamu pasti tidak dapat mengejar saya.kasihannya!lebih baik kamu mengaku kalah,
saya pasti tidak akan memijak kamu sampai mati.

Tiba-tiba kuda terdengar satu suara dari belakang, kuda berasa sungguh terkejut lalu
menoleh. Rupa-rupanya suara itu adalah suara Si Siput.

Saya sudah dapat mengejar kamu, kata Si Siput kepada Kuda.

Kuda berlari dengan si kuat hati. Apabila kuda menoleh kebelakang Si Siput sedang
mengekorinya dengan jarak yang tidak sampai 100 langkah darinya.

Setiap kali kuda menoleh ke belakang, pasti Si Siput sedang mengekorinya. Dia menjadi
cemas dan akhirnya dia keletihan kerana berlari tanpa henti. Pada ketika itu, kuda tidak
langsung memikirkan bagaimana Si Siput boleh berlari dengan begitu pantas.

Inilah balasan kepada aku yang berlagak sombong dan terlalu memandang rendah pada Si
Siput, kata kuda di dalam hati. Kuda bertanya kepada Si Siput bagaimana dia boleh
berlari dengan pantas.

Selain daripada mempunyai kaki yang kuat,kamu juga perlu mempunyai otak yang cerdik
untuk berfikir. Jangan memandang rendah kepada orang lain, kata Si Siput kepada Kuda.

Selepas kejadian itu, kuda berasa sangat menyesal dan dia telah berubah menjadi kuda
yang baik dan tahu menghormati orang lain.

Moral daripada cerita in mengajar kita betapa pentingnya sifat hormat-menghormati dan
sifat merendah diri. Jangan terlalu sombong dengan kelebihan yang kita miliki.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai