Anda di halaman 1dari 33

2010

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU


(Versi 3.5)
ARTIKEL PENGIRING: CATATAN SRIKANDI

Original Author: Srikandi


For: MistisFiles
From: Mistis Organisation
Republish by Alam Mala
CATATAN SRIKANDI
Catatan Srikandi I

– Catatan Srikandi dari Guadalajara


Isnin, 26hb April 2010

Catatan Srikandi II

– Penyakit buta sejarah


Selasa, 1hb Jun 2010

Catatan Srikandi III


– Bingkisan dari Phnom Penh
Jumaat, 25hb Jun 2010
[Nota: Sumber asal (MistisFiles) adalah artikel bertajuk Bingkisan dari Phnom Penh]

Catatan Srikandi IV
– Puteri Misteri
Khamis, 22hb Julai 2010
[Nota: Sumber asal (MistisFiles) adalah artikel bertajuk Catatan Srikandi III]

Catatan Srikandi V

– Empayar Melayu bukan sekadar bermula di Melaka


Ahad, 17hb Oktober 2010
[Nota: Sumber asal (MistisFiles) adalah artikel bertajuk Catatan Srikandi IV]
CATATAN SRIKANDI I
ISNIN, 26HB APRIL 2010
[HTTP://MISTISFILES.BLOGSPOT.COM/2010/04/CATATAN-SRIKANDI-DARI-GUADALAJARA.HTML]

“Jangan dipendam hati yang duka


Kelak bersarang bermuramdurja
Biar dibuka rahsia di dada
Tiada pekung tiada dhoraka
Tiada curiga semua muditta
Biar dibuka tiada rahsia”
Menyusuri perjalanan jauh dari Calakmul ke Mexico City menimbulkan nostalgia kepada saya ketika
masih di belajar di tanah air. Ketika itu saya mengikuti rombongan konvoi ‘The Golden Chersonese’
yang bermula dari Johor Bahru, merentasi Tanah Semenanjung yang bertuah dan kemudiannya
melepasi sempadan Thailand di pintu masuk Padang Besar. Seterusnya kami menuju ke Hatyai,
Phattalung seterusnya sampai di Ranong (Segenting Kra). Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke
Bangkok. Seterusnya kami ke Aranyaprathet dan memasuki Kemboja.

Sebahagian dari Peta Dunia


(Kurun ke-15) oleh Ptolemy
menunjukkan “Sine” (China),
"Taprobane" (Sri Lanka) dan
"Auria Chersonesus" (Semenanjung
Tanah Melayu)
Sepanjang perjalanan itu (khususnya di Indochina), saya mengkhayalkan kisah-kisah dan hikayat
Melayu dahulukala seperti puteri kayangan, nenek kebayan, putera raja atau pun pengembara-
pengembara dan pelaut (diidentifikasikan sebagai ‘Malim’ seperti Hikayat Malim Deman) pernah terjadi
di sini. Saya perhatikan Banjaran Tenasserim (Tenang Siram atau Tanah Sari) yang indah, menimbulkan
misteri betapa di sini pernah berdiri beberapa negarakota Melayu Purba pada masa silam. Dan disini
juga terjadinya sebahagian hikayat-hikayat purba Melayu yang diceritakan turun-temurun sehingga ke
hari ini. Sebenarnya di sini bertaburan orang-orang Melayu di celah-celah nama-nama Thai mereka
bersama-sama kaum-kaum lain (Thai khususnya). Di Segenting Kra sebelah Myanmar pula, terdapat
perkampungan-perkampungan Melayu di mana orang Burma memanggil mereka sebagai ‘Pashu’. Zon
semenanjung yang dihuni oleh ‘Pashu’ ini dikenali sebagai semenanjung Myeik. Pada zaman purba,
kawasan ini diperintah bersilih ganti oleh kerajaan-kerajaan Mon dan etnik-etnik Malayan. Seperti yang
diterangkan dahulu, orang Mon adalah etnik Indochina antara yang terawal berinteraksi dengan orang
Melayu pada masa silam. Namun hubungan orang Mon dan Mela (antara nama purba puak-puak
Malayan di Indochina) amatlah misteri sehingga kini. Terdapat hipotesis di kalangan ahli bahasa
mendakwa istilah ‘Mon’ adalah kesalahan sebutan bahasa Kradai (bahasa-bahasa seperti Tai dan Lao)
terhadap huruf ‘L’ pada akhir perkataan ‘Mel’ atau ‘Mal’. Ini samalah seperti perkataan ‘Setul’ (nama
sejenis buah dalam bahasa Melayu) iaitu nama sebuah tempat di selatan Thai disebut sebagai ‘Satun’
oleh lidah orang Thai.
Tanintharyi adalah nama kawasan yang diduduki oleh orang-orang Melayu Myanmar, merupakan versi
sebutan Burma bagi Tanah Sari, satu wilayah purba orang-orang Melayu dahulu kala. Begitu dengan
nama ‘Tenasserim’ yang dijadikan nama banjaran gunung di sini sebelum ditukarkan menjadi
Tanintharyi adalah istilah Melayu iaitu ‘Tenang Siram’. Betapa misterinya kewujudan orang-orang
Melayu di Indochina dan betapa anehnya mengenangkan pesona warisan keMelayuan yang hilang di
Indochina.
Sebelum mengkaji Diari Lodgekeeper dahulu, saya benar-benar tidak menyangka bahawa rahsia yang
tersimpan di dalam diari ini berkenaan rahsia kerajaan-kerajaan Melayu purba di Indochina adalah
amat mengejutkan! Saya ketika itu hanya tahu sedikit sebanyak tentang Champa, satu kerajaan
Austronesia yang berbahasa rumpun Melayu di pantai-pantai Vietnam. Saya masih ingat buku rujukan
Sejarah Tingkatan Lima terbitan Sasbadi yang saya tatap sebelum menghadapi peperiksaan. Di dalam
terdapat tajuk kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara. Tercatat di sana nama Funan dan Champa, dan
Champa dinyatakan sebagai ‘kerajaan Melayu terawal’ di Asia Tenggara. Ketika itu saya berbisik di
dalam hati, bagaimana terdapat orang Melayu di Vietnam pada masa dahulu!
Pada muka surat ke 37, perenggan ke 5 di bawah tajuk ‘The Realm of Mystic Flower’ ada mencatatkan:
"...tiga kerajaan bangsa bunga-bungaan, Teratai di kiri, Kembuja di tengah dan Champaka di
kanan..."

Seroja (Nelumbo nucifera) sering disebut teratai (Nymphaea) walaupun keduanya tidak berkerabat
Ayat-ayat ini benar-benar menimbulkan perasaan aneh kepada saya. Sejak dari itu saya bertekad untuk
mencari warisan keMelayuan yang hilang di Indochina. Semakin saya membaca ayat-ayat seterusnya di
dalam diari itu, saya semakin menjadi tidak keruan. Betapa di dalamnya terungkap rahsia-rahsia yang
begitu lama terpendam selama beribu-ribu tahun!
Selama seminggu saya tiba-tiba mendapat demam panas ketika
mengkaji tajuk ‘The Tabernacle of Melati and Mala’. Anehnya,
beberapa kali saya mendapat mimpi-mimpi aneh. Saya bermimpi
tentang raja-raja purba dan daerah pemerintahannya yang
digambarkan aman makmur dan indah permai. Saya bermimpi
didatangi seorang puteri raja yang memakai mahkota berkerawang
yang mirip sekali dengan perhiasan kepala yang selalu dipakai oleh
penari Menora di Kelantan.
Selepas mengalami mimpi aneh itu, saya terus mengatur rancangan
untuk melawat negeri pantai timur yang penuh misteri ini, Kelantan Darul Naim, semata-mata mahu
melihat dengan lebih dekat ‘headgear’ penari Menora. Sehinggalah ada satu malam saya berpeluang
menonton satu pertunjukan kebudayaan yang tertutup (saya dimaklumkan dengan polisi kerajaan
negeri ketika itu) menampilkan penari Menora. Namun ‘headgear’ mereka tidak sama dengan apa yang
dipakai oleh puteri raja dalam mimpi saya itu. Kostum para penari itu seolah-olah penari tarian Thai
yang memakai ‘headgear’ yang bermuncung tajam. Saya pun menemui guru Menora yang melatih para
penari tersebut dan bertanyakan perkara tersebut. Beliau meminta saya melukiskan bentuk perhiasan
kepala puteri raja tersebut. Guru tua itu begitu lama merenung lukisan saya. Tidak berkedip matanya
merenung lukisan saya itu.
Beliau memandang saya dan mengatakan bahawa perhiasan tersebut pernah dilihatnya ketika kecil
dalam satu persembahan Menora di kampungnya di Songkhla (Singgora). Ia adalah perhiasan satu
aliran Menora kuno yang jarang dilihat kini. Namun begitu beliau pun kurang pasti jika tarian itu adalah
dari Menora atau tarian lain, namun beliau mengatakan kini Menora jarang memakai ‘headgear’
sebegitu walaupun sesetengah tempat beliau pernah melihatnya mirip seperti itu. Di kesempatan yang
amat berharga itu, beliau telah menceritakan sejarah Menora yang begitu menarik bagi saya; penuh
misteri untuk mencantum rahsia keMelayuan yang hilang di Indochina.
Beliau menceritakan asal-usul Menora adalah dari
Singgora dan pada masa dahulu Singgora adalah sebuah
kerajaan Melayu purba yang diperintah oleh Raja Saifafat
dan Permaisuri Sri Mala. Tarian Menora ini kononnya
diasaskan oleh cucu baginda sendiri. Dari kerabat istana,
tarian ini diajarkan kepada orang kampung termasuk
orang Thai yang menyerap tarian ini menjadi budaya
mereka (orang Tai gemar kepada tarian-tarian, raja Tai
pernah mengangkut beratus-ratus penari Khmer ke
ibukota kerajaan mereka setelah menakluk Angkor
dahulu). Kisah yang diceritakan oleh guru Menora itu amat
panjang dan sukar saya mengingatnya namun saya tertarik
dengan nama permaisuri Singgora itu yang bernama Sri
Mala. Nama tersebut begitu terkesan di dalam diri saya.
Malam itu, saya tidak dapat tidur. Dahi saya berpeluh.
Malam itu saya terasa amat panas. Tiba-tiba saya terasa
seseorang berada dihujung kaki saya. Saya cuba
memanggil rakan saya yang tidur di sudut sebelah bilik, namun suara saya seakan tidak keluar. Saya
cuba menjeling ke arah kaki saya. Alangkah terkejutnya saya apabila terpandang seorang wanita yang
aneh, dengan memakai perhiasan kepala!
Saya menjerit tidak keruan. Rakan saya terkejut dari tidur dan menenangkan saya. Malam itu saya
dapat tidur hanya setelah lampu bilik dibiarkan terpasang dan rakan saya tidur di hujung kaki saya.
Paginya saya terus bergegas ke Kuala Lumpur. Saya terus ke Perpustakaan Negara dan mencari
maklumat tentang sejarah Indochina dan kerajaan-kerajaan purba di Asia Tenggara. Sejam saya
mencari namun saya masih tidak tahu apa yang saya cari. Ketika asyik membaca, tiba-tiba mata saya
tertarik dengan satu perenggan tentang sejarah Hamsavati, sebuah kerajaan purba Mon. Perenggan ini
menceritakan raja-raja dari dinasti Mala yang berasal dari ‘Sri Dharmaraja’ dan dari garis keturunan
dinasti ini telah menurunkan Samala dan Vimala, dua orang putera yang menubuhkan Hamsavati,
kerajaan purba orang Mon. Ini amat-amat menarik dan menyimpan satu rahsia yang begitu penting.
Tiba-tiba saya teringatkan ‘Sri Mala’, nama seorang wanita yang menjadi permaisuri sebuah kerajaan
purba di Singgora.
Apa kaitan Sri Mala dengan Samala dan Vimala?
Apakah dia dinasti diraja Mala dan apa kaitan dengan Malayu?
Ketika itu saya merasakan saya hampir melengkapkan ‘puzzle’ ini, namun saya masih ragu-ragu tentang
perhiasan kepala puteri raja yang saya lihat dalam mimpi dahulu. Apa kaitannya dengan kerajaan Mon,
dua orang putera berdarah dinasti Mala, permaisuri Sri Mala dan orang Kelantan?
Saya kembali ke perpustakaan pada keesokkan harinya. Saya cuba berjalan dari satu rak ke satu rak.
Hampir dua jam saya menelaah, namun saya kembali menemui jalan buntu. Saya meletakkan kepala ke
meja perpustakaan. Saya mengeluarkan ‘walkman’ dan memasang ‘earphone’ ke telinga. Ketika itu saya
masih ingat, lagu Siti Nurhaliza, ‘Joget Berhibur’ sedang ke udara. Saya asyik melayan lagu ini
sehinggalah ke lirik ini:
"Pohon berembang di atas gunung
Tumbuh dibawah pohon meranti
Janganlah hidup berulam jantung
Menunggu dia bersama mati"
Tiba-tiba saya tersentak. ‘Déj{ vu’ mimpi saya tentang satu kerajaan purba yang aman permai tiba-tiba
menyentak di dalam kepala. Saya ‘reverse’ kan lirik itu kembali dan cuba menarik seberapa banyak
‘channeling’ tentang petunjuk dalam lirik tersebut. Apa maksud ‘pohon berembang di atas gunung’?
Saya mesti cari rahsia Funan, bisik hati saya. Funan adalah bermaksud ‘gunung’. Kemudian saya
bergegas mencari maklumat tentang Funan, sebuah kerajaan terawal di IndoChina, sekurang-
kurangnya bermula 1 Masehi lagi.
Sekali lagi saya bergegas mencari dan mencari tentang Funan. Funan, seperti yang diketahui umum
masih kabur identiti mereka dan menjadi perdebatan antara sarjana untuk menetapkan bahawa adakah
ia kerajaan orang Khmer atau dari rumpun Austronesia. Saya telah menemui beberapa buku yang saling
berbeza pendapat antara yang mengatakan ia kerajaan Khmer, kerajaan rumpun Melayu (seperti
Champa) dan ada yang mengatakan ia diperintah oleh raja Hindu dari India. Saya tidak tahu mengapa,
setiap kali saya mencari tentang Funan, saya pasti akan terhenti kepada bahagian Champa, sejak
diketahui Funan dan Champa pernah sezaman.
Pada satu ketika, sedang saya mencari-cari, tiba-tiba saya terpandang lukisan-lukisan lakaran
‘headgear’ yang dipakai oleh bangsawan dan kerabat diraja Champa. Alangkah terkejutnya saya apabila
salah satu ‘headgear’ itu benar-benar sama dengan perhiasan kepala yang dipakai oleh puteri misteri
dalam mimpi saya!
Cerita selepas itu adalah menakjubkan.
Selepas penjajahan, warisan Kemelayuan benar-benar hampir lenyap di Indochina. Penjajah telah
memberikan tampuk politik kepada kaum yang dominan dalam wilayah-wilayah jajahan, dan bermula
sejak itu, nasionalis masing-masing mula menuliskan sejarah. Nasionalis terutamanya Khmer dan Tai,
telah berlumba-lumba menuliskan sejarah bangsa masing-masing. Kecuali Vietnam kerana istana, candi,
bangunan dan tempat suci Champa masih terpelihara (Dai-Viet diketahui amat kurang warisan
binaannya kerana kerajaannya sama seperti Monggol; berdiri di atas peperangan), nasionalis-nasionalis
ini cuba untuk menafikan pengaruh politik Kemelayuan di dalam sejarah negara masing-masing. Raja-
raja Tai cuba men'Tai'kan seberapa banyak nama-nama tempat yang berbau Melayu dan menamakan
semula raja-raja purba Melayu dalam lenggok Tai. Nama-nama raja Melayu yang pernah memerintah
Kambuja terselindung secara misteri dalam nama-nama Hindu mereka dan nasionalis Khmer
mendakwa mereka adalah dari keturunan Khmer asli.
Kini pengkaji sejarah dari luar malah dari dalam Thailand dan Kemboja sendiri mengakui pengaruh
Empayar Melayu ini yang menurunkan darah keturunan mereka untuk memerintah Suvarnabumi;
Srivijaya.
Pada abad-abad terawal di Indochina, segala kisah dan hikayat di sana adalah cerita tentang raja-raja
Melayu dan Jawa bersaing sesama sendiri mempertahankan jajahan. Perlu diingat istilah ‘Jawa’ di sini
bukanlah orang Jawa di Tanah Jawa, namun satu suku Melayu yang menguasai Indochina pada zaman
purba. Pada inskripsi dan manuskrip purba Tamil, Sanskrit dan Sri Lanka menyebutkan mereka adalah
‘Javaka’ manakala prasasti-prasasti Khmer menyebutkan mereka sebagai ‘Chaeva’. Melayu di sini
merujuk kepada Srivijaya yang terkenal dalam catatan-catatan purba Indochina sebagai ‘Chakravartin’
(pemerintahan universal atau empayar). Saya telah mengetahui satu rahsia penting ketika raja
Haripunjaya menyerang Lavo (Lopburi sekarang ‘Lavopuri’) kira-kira abad ke 9. Dari peperangan
misteri ini saya mengetahui asal-usul orang Kelantan yang mewakili dialek Pantai Timur dan perbezaan
mereka dengan orang Kedah yang berdialek utara.
Terdapat satu suku Melayu terawal yang pernah bersempadan dengan wilayah-wilayah Cina pada
zaman purba. Mereka pernah berperang dengan Maharaja Cina dan berjaya menubuhkan kerajaan. Dan
saya tahu dari mana asal-usul orang Mon dan kaitan mereka dengan masyarakat Siam Kedah dan
Melayu Kedah.
Di Kelantan, terdapat satu kawasan yang dinamakan ‘Jawakoti’ atau Titik Jawa. Ini adalah kawasan yang
paling terpenting dalam sejarah Kemelayuan, untuk menghubung era-era purba mereka dengan era
Srivijaya menjadi empayar perdagangan maritim. Dari sini saya mengetahui dari mana asal-usul orang
Jawa di Tanah Jawa yang tiba-tiba bangkit membina kerajaan, kerana saya tahu orang Sunda terlebih
dahulu telah pun lama mempunyai kerajaan mereka sebelum kewujudan Majapahit. Siapakah yang
membantu orang-orang Jawa di Tanah Jawa membina peradaban?
Kebanyakan empayar di dunia akan
meninggalkan binaan yang agung tanda
kemuncak peradaban mereka. Sekadar
menyebutkan beberapa contoh, Mesir
Purba meninggalkan Piramid Agung
Giza, Rom meninggalkan Colosseum,
Greek meninggalkan kompleks Athens,
China meninggalkan Tembok Besar
China, Moghul meninggalkan Taj Mahal
dan seteruskan sebagai tanda
kemuncak kekayaan material dan
hegemoni politik mereka. Namun ketika
orang di Tanah Jawa masih belum
mempunyai kerajaan, telah terbina kuil
Buddha paling terbesar di dunia, Borobudur. Ketika ini, kuil-kuil Buddha di China amatlah kecil dan
sami-sami di sana hanya mampu mengukir patung Buddha di gunung-gunung, yang paling terkenal
ialah seperti di Lesyan. Namun satu tamadun yang agung telah berjaya membina satu binaan yang
kreatif dan menakjubkan. Sebab itu raja-raja Srivijaya menghantar para pengukir dan tukang batu
mereka kepada Maharaja Cina untuk membaiki kuil dan membina candi-candi sebagai menjalinkan
hubungan diplomatik. Seorang raja Srivijaya yang bernama Cudamanivarman telah menghadiahkan
sebuah loceng yang dinamakan oleh Maharaja China sebagai “Kehidupan Seribu Tahun Yang di
Anugerah dari Syurga”. Orang-orang Melayu Srivijaya juga telah dipanggil oleh Maharaja Cina bagi
membaiki candi-candi di sana misalnya pada tahun 1079 tercatat di kuil Taois di Kanton nama
seorang pembesar dari Srivijaya yang bernama Ci-lo-lo (Chi-lo-lo) yang dihantar oleh Maharaja
Srivijaya yang bernama Divakara untuk membaiki kuil tersebut. Maharaja Cina itu memberi gelaran
kepada Maharaja Srivijaya itu sebagai “Jeneral Agung”. Betapa manisnya hubungan antara Maharaja
Cina dan Maharaja Melayu Srivijaya pada masa silam.
Dari sini saya mengkaji dinasti Sailendra yang sebenarnya berasal dari Melayu Sumatera sebelum
menakluk Tanah Jawa dan hubungan mereka dengan kerajaan-kerajaan Melayu terawal di Indochina
termasuk hubungan mereka dengan orang Khmer dan Angkor. Kemudian saya mengesan bahawa
sebenarnya mereka berasal dari Indochina yang pernah memerintah Kemboja (Funan?) kemudian
berpindah ke Sumatera. Nama dinasti ini ada tercatat dalam sebuah kuil purba Khmer.
Saya juga mengetahui rahsia raja-raja Kambujadesa dan Empayar Angkor. Titik kunci bagi semua rahsia
ini adalah di Ligor, ketika berdirinya satu kerajaan Melayu dari dinasti Mala Purba bergelar Sri
Dharmaraja. Saya menyelusuri sejarah Ketomala dan Sri Melati dari ‘The Ancient Court of Mala’. Dan
saya mempelajari bagaimana Ketolamala menubuhkan istana Angkor dan misteri siapakah Sri Kambu.
Pada muka surat 47 di bawah tajuk “The Bloodline of The Kings of Sacred Mountain”:
"Mereka berasal dari satu bangsa misteri yang pernah menerima utusan Mesir Purba pada masa
dahulu. Mereka inilah asal-usul gelaran ‘Pharaoh’ yang merupakan sebutan versi Mesir Purba
kepada ‘Perahu’ yang tercatat nama Raja Mala ini pada ukiran di Kuil Hatshepsut di Luxor.
Samala dan Vimala adalah satu garis keturunan dari Ketolamala berasal dari kelas pemerintahan
Mala-Yu purba di Ligor, Negara Sri Darmaraja yang maju dan berjaya"
Dari petunjuk dalam Diari Lodgekeeper ini saya mula mengkaji sejarah Kemboja dan Thailand dan
menghubungi rakan-rakan Khmer saya untuk mendapatkan senarai manuskrip, inskripsi dan batu-batu
bersurat dari era pra-Angkor sehingga saat-saat kemuncak peradaban Angkor.
Saya belajar tentang Suryavarman II yang membina Angkor Wat. Saya juga belajar tentang moyangnya
Suryavarman I dan Jayaviravarman yang dipengaruhi aura Srivijaya. Semua ini membawa saya ke satu
dinasti yang samar-samar dalam sejarah Kemboja, Viravamsa.
Inskripsi Phimanakas mencatatkan:
Dhati vrah pada kamraten kamtvan an cri suryavarmmadeva ta sakata svey vrah dharmarajya nu
924 caka
Inskripsi ini menunjukkan hubungan Suryavarman dengan kerajaan Sri Darmaraja (Ligor) atau
Tambralingga. Saya telah terangkan sebahagian rahsia Tambralingga di mana seorang raja Melayunya
bernama Chandrabhanu pernah berusaha menakluk Sri Lanka.
Kemudian saya menyedari keanehan pada Suryavarman I yang asal-usulnya dinyatakan sebagai ‘came
from Malaysia’ pada satu artikel kajian penyelidik Khmer. Kemudian rupa-rupanya keanehan itu
semakin membesar apabila saya mendapat tahu dari prasasti demi prasasti, manuskrip demi
manuskrip seperti Khmer Chronicle (Botomvaravamsa), inskripsi Prasat Khan as Sri
Narapativiravarman, inskripsi Ta Praya, inskripsi Prasat Trapan Run sekadar menamakan beberapa
contoh menunjukkan hubungan keturunan mereka dengan dinasti Melayu Srivijaya!
Tidak hairanlah raja-raja Angkor terawal selalu berulang alik ke Jawa kerana di sana terdapat saudara
mara mereka dari dinasti Sailendra yang merupakan ‘ruling class’ Empayar Melayu Srivijaya.
Contohnya dalam inskripsi Prasat Trapan Run memperkenalkan seorang raja Angkor bernama
Jayavivarman sebagai ‘raja Mala’ (Maulimalaraja), menghubungkan beliau kepada raja Srivijaya
bernama Sujita dalam rekod-rekod orang Mon.
Dalam Batu Bersurat Talang Tua yang ditemui di Bukit Seguntang,Sumatera tercatat perkataan
‘Śrīksetra’:
"Pada 23 Mac 684 Masehi, pada ketika itulah taman ini yang dinamakan Śrīksetra dibina di
bawah pimpinan Sri Baginda Śrī Jayanāśa. Inilah niat baginda: Semoga yang ditanam di sini,
pohon kelapa, pinang... (terjemahan Goerge Coedes)
Śrīksetra adalah sebuah tempat di Burma sekarang dan dikenali sebagai negarakota orang Pyu pada
masa silam. Menariknya di antara wilayah Indochina yang tercatat pernah di bawah taklukan Jayanasa,
Maharaja Srivijaya yang agung itu ialah Segenting Kera, Dwarawati (Thailand Tengah dan Utara),
Khemra Hilir (Kemboja), Khemra Ulu (Laos), Arimadana (Myanmar) dan Sumatera Selatan.
Dahulu kita pernah tinggal di Indochina!
Semua keanehan ini membawa saya ke Angkor Wat sejak saya mengetahui siapa Suryavarman II dan
kaitan beliau dengan Sri Kambu, raja-raja Mala dan kerajaan Melayu Ligor. Saya merenung ukiran-
ukiran di tembok-tembok Angkor Wat tanpa sebarang tujuan. Bisikan hati saya menuju kepada watak-
watak perempuan pada ukiran bas-relief kuil itu. Sebenarnya saya ingin mencari puteri misteri dalam
mimpi saya. Malangnya semua watak-watak wanita di Angkor Wat kerap digambarkan tidak menutup
bahagian dada. Ini tidak menggambarkan ciri-ciri puteri raja di dalam mimpi saya yang berpakaian
seolah-olah kebaya lama. Entah mengapa intuisi saya kuat mengatakan ‘dia’ ada di sini!
Saya mengelilingi tembok-tembok yang menceritakan peperangan dalam Ramayana dan Mahabbrata
dan juga sejarah Cham dan Khmer (Khemra). Kemudian setelah letih menjelajah saya berhenti rehat di
satu sudut kuil. Kemudian secara tidak sengaja saya terpandang ukiran dua gadis yang seolah-olah
berkebaya diukir di satu galeri!
Pakaian dua orang gadis itu amat ganjil dan berbeza dengan pakaian gadis Khmer di ukiran-ukiran
tembok lain dan anehnya ukiran dua gadis ‘berkebaya’ ini diukir dalam galeri yang terasing dan
nampak istimewa. Saya benar-benar teruja. Siapa mereka berdua? Mengapa mereka memakai kebaya?
“Siapakah kamu sebenarnya?”, berkali-kali saya menyoal ke arah dua ukiran tersebut sehingga tiga
orang pelancong Korea menjeling-jeling ke arah saya sambil tersenyum.
Kemudian selepas beberapa lama, barulah saya tahu siapakah sebenarnya Suryavarman II.
Begitu agung dan syahdunya sejarah Kemelayuan pada masa silam.
Satu catatan yang menarik ialah Suryavarman I telah membina Preah Vihear merupakan seorang Raja
dari dinasti Malayu yang terakam dalam ‘Riwayat Chiang Mai’ (Chronicles of Chieng Mai). Kemudian
Preah Hear direbutkan oleh orang Khmer Kemboja dan Thailand pada hari ini. Sejarah kita telah
direbutkan oleh orang lain.
Insya Allah, saya akan jelaskan semua rahsia ini dengan lebih mendalam dalam Alter Terahsia Bangsa
Melayu v3.5 akan datang.
Rahsia Kemelayuan bagaikan ‘puzzles’ yang terpisah-pisah di sana-sini. Berada di Indochina membuat
kajian tentang Melayu, memaksa saya mengumpulkan rekod-rekod Mon, Khmer, Tai dan Viet. Sejarah
Melayu mesti dibaca bersama-sama dalam semua rekod berbeza ini. Ini kerana setiap rekod kaum-
kaum ini mengandungi ‘puzzle’ masing-masing yang perlu digabungkan dengan ‘puzzle’ yang dipegang
oleh kaum lain. Jika tidak, ia menjadi ‘The Lost Civilization’ yang tergelap dalam sejarah Indochina.
Perlu diingat sekali lagi, sejarah ditulis oleh mereka yang menang.
Sembah salam Srikandi dari Guadalajara
15 April 2010
CATATAN SRIKANDI II
SELASA, 1HB JUN 2010
[HTTP://MISTISFILES.BLOGSPOT.COM/2010/06/CATATAN-SRIKANDI-II.HTML]

Penyakit Buta Sejarah

Apakah kepentingan sejarah? Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan dan puan-puan semua. Apakah
kepentingan sejarah kepada manusia khasnya kepada bangsa? Adakah sejarah hanya sebagai cerita-
ceriti sahaja untuk didengar? Dibaca? Atau hanya sebagai subjek untuk lulus SPM?

Cuba tanyakan kepada para pemimpin yang buta sejarah. Atau para ‘sejarahwan’ kita yang pemalas dan
menganggap bidang sejarah ini hanya sebagai periuk nasi mereka, bukan tanggungjawab kepada
bangsa. Saya akan memberitahu kesan buruk penyakit buta sejarah dari seorang pelajar sekolah
sehinggalah kepada satu bangsa. Seorang pelajar sekolah yang buta sejarah akan menghadapi kegagalan
dalam subjek sejarah. Jika dia gagal dalam subjek itu, keputusan peperiksaannya akan cacat walaupun
dia mendapat semua A dalam subjek lain. Namun siapa yang kisah? Kerana dia pun boleh ke universiti
jika gagal dalam subjek sejarah. Seorang sejarahwan yang buta sejarah (ini agak mustahil tapi benar)
akan membuat kesimpulan yang salah dalam jurnalnya kerana malas membuat kajian sendiri atau
setidak-tidaknya berusaha membuat ‘cross-reference’ dengan para sarjana lain. Dia akan mengikut
sahaja sejarah kontemporari yang ditulis oleh penjajah. Dia hanya terperuk sahaja dalam pejabat dan
jika mengajar, akan mengajarkan silibus sejarah versi penjajah, meneruskan program mengkerdilkan
jiwa dan jatidiri bangsanya. Tapi siapa yang kisah, jika mengajar bahawa orang Melayu berasal dari
Yunnan atau orang gua sekalipun, duit gaji tetap masuk tiap-tiap bulan.

Seorang pemimpin yang buta sejarah lagi dasyat. Dia akan meneruskan polisi membutakan sejarah
bangsanya, jika tidak sebab dirinya yang buta sejarah, mungkn sengaja membutakan matanya sendiri
demi mencapai agenda politik sempitnya. Mungkin tapak-tapak bersejarah diarahkan untuk
dimusnahkan atas nama pembangunan, atau dibiarkan bersemak-samun tanpa berjaga. Inilah yang
berlaku kepada para pemimpin kita tidak terkecuali kaum kerabat raja-raja Melayu. Ini berlainan pula
dengan orang luar, misalnya raja Kemboja Norodom Sihamoni misalnya, adalah seorang yang amat
mencintai hasil budaya dan seni Kemboja. Kerajaan Kemboja pula sanggup berusaha bermati-matian
mempertahankan tapak bersejarah Preah Vihear dari dikebas oleh Thailand. Kerana apa tuan-tuan?
Kerana sejarah itu amat penting bagi mereka. Kerana suatu hari nanti mereka tidaklah sedungu
sesetengah orang Melayu di Malaysia yang percaya bangsanya adalah hamba sahaya raja Siam Ayutia.
Dan percaya bahawa nama bangsanya adalah ciptaan penjajah!

Satu bangsa yang buta sejarah akan ditipu hidup-hidup oleh orang lain. Akhirnya sesuatu bangsa itu
akan hilang jatidiri dan tidak mustahil tanahair, apabila tempat tinggalnya didakwa milik orang lain lain
dahulu. Kaji tuntutan Filipina ke atas Sabah. Kaji tuntutan Kepulauan Spratly. Kaji kekalahan Malaysia
dalam isu Pulau Batu Putih. Kaji Singapura yang sengaja terlepas dari tangan kita. Kaji status Hong Kong
setelah tamat penjanjian koloni British. Kaji status Macau setelah tahun 1999 dengan Portugis. Lihat,
tanah dan negeri boleh bertukar tangan atas sebab-sebab sejarah, bukan penguasaan ekonomi atau
politik. Anda nampak rahsia ini?

Namun siapa yang peduli? Biar bangsa tergadai asal perut sendiri kenyang.

Kita pernah mendengar ada orang mencuri barang, meragut beg, merompak bank dan lain-lain lagi,
namun pernahkah kita mendengar ada orang mencuri sejarah, meragut sejarah orang lain atau
merompak sejarah orang lain? Inilah yang cuba dilakukan oleh orang-orang yang mahukan tanahair
kita ini. Contoh yang paling terbaik setakat ini adalah percubaan yang dilakukan oleh
‘blogsejarahnagarakedah’. Terima kasih kepada penulis blog itu yang menyedarkan kita bahawa kini
taktik merompak sejarah orang lain sebenarnya memang berkesan ke atas orang-orang Melayu yang
dungu sepertimana kejayaan menipu orang Melayu dalam MLM (sistem jualan langsung) sejak sekian
lama. Saya merasa amat sedih melihat wajah orang-orang Melayu yang kecewa dan murung ketika kes
Island Red Cafe tempoh hari. Saya mahu menjerit sahaja kepada orang-orang Melayu itu, mengapa
terlampau bodoh sehingga sanggup ditipu oleh orang lain? Saya percaya harta-benda beratus ribu yang
dikumpul oleh orang-orang Melayu untuk menyertai MLM itu adalah harta yang halal dan jujur (bukan
hasil judi atau loteri) namun sedihnya dikebas sebegitu mudah oleh orang lain yang kaya-raya atas
kesedihan orang Melayu. Kini bukan sahaja segenap benda di Malaysia ini boleh dijadikan modal untuk
berniaga, namun kebodohan orang Melayu itu sendiri mampu dijadikan modal berniaga dan menjana
wang beratus-ratus ribu!

Fikirkan. Sampai bila mahu hidup dalam keadaan bodoh dan dungu sehinggakan sejarah bangsa sendiri
minta diajarkan oleh orang luar? Saya sudah membaca majalah ‘Realiti’ yang diterbitkan oleh geng-geng
‘blogsejarahnagarakedah’ (saya kenal beliau). Dalam ruangan ‘Menjejak Bani Jawi’, memang dinyatakan
kesimpulan yang sama dalam laman sesawang milik mereka, mengatakan nama ‘Melayu’ adalah ciptaan
dan agenda British. Ini adalah percubaan yang amat berbahaya. Kerana jika semua orang Melayu
percaya dakwaan ini, maka soalannya: Apakah nama asal orang Melayu sebenar sebelum kedatangan
British?

Maka orang Siam akan mengatakan orang Melayu dahulu bergelar Siam, sarjana India mengatakan asal-
usul orang Melayu adalah orang Malayalam (ini amat melucukan) dan Ultrakiasu-Komunis berserta
sejarahwan pemalas akan mendakwa orang Melayu berasal dari Cina. Saya sudah terangkan bukti-bukti
amat jelas dari pelbagai batu bersurat, juga dari rekod Maharaja Cina, bahawa sebelum kedatangan
orang Eropah ke Asia Tenggara, terdapat dua nama panggilan orang luar terhadap kaum-kaum
Nusantara. Teks-teks berbahasa Pali dan Sinhala menyebut kita sebagai ‘Jawaka’. Teks Sanskrit
menyebutkan kita sebagai ‘Malai’. Manuskrip, prasasti dan legenda Khmer menyebutkan kita
sebagai ‘Melayu’ atau ‘Mala’. Rekod-rekod Cina menyebutkan kita sebagai ‘Mo-lo-yu’, ‘Ma-li-
yueh’, ‘Mo-li-yu-er’ dan pelbagai lagi bentuk sebutan mengikut dialek atau lidah orang yang
menulisnya.

Jawaka, Cheava atau Chawa adalah nama umum kepada seluruh kaum dari Alam Melayu begitu juga
‘Mala’, ‘Malai’, ‘Mo-lo-yu’ dan sebagainya adalah panggilan umum kepada kaum-kaum Malayo-
Polinesian di Nusantara. Tidak ada pula terjumpa perkataan ‘Siam’, ‘Ayutthaya’ atau ‘Monggol-
Kedah’ pada zaman purba. Tidak ada. Memang tidak ada.

Orang Arab memanggil orang Melayu pada zaman purba sebagai ‘Zaba’ atau ‘Zabag’ iaitu satu versi
penyebutan lidah orang-orang Arab kepada perkataan ‘Jawak’ atau ‘Cheava’. Seorang pedagang Arab
bernama Sulaiman yang singgah di Asia Tenggara pada tahun 851 Masehi telah mencatatkan bahawa
‘Maharaja Zabag telah menjadi maharaja bagi seluruh kepulauan’. Jadi dari manakah munculnya idea
bahawa nama ‘Melayu’ itu sendiri adalah rekaan penjajah semata-mata orang Inggeris memanggil kita
‘Malay’ bukan ‘Siam’?

Namun tidak mengapa jika anda membeli majalah itu, ia tiada kaitan dengan penipuan sejarah oleh
mereka. Malah saya sarankan belilah majalah itu kerana banyak perkara lain yang boleh anda baca
selain ruangan Menjejak Bani Jawi itu. Bantulah perniagaan orang Islam. Jika mereka kaya, mereka akan
bayar zakat dan Insya Allah, wang itu kembali kepada orang Islam khasnya bangsa Melayu.

Mengkaji asal-usul Melayu, mestilah mengkaji sejarah Asia Tenggara keseluruhannya. Tidak boleh anda
hanya mengkaji sesempit Malaysia sahaja. Jangan sesekali menulis sejarah Melayu hanya bermula
dari Kesultanan Melayu Melaka. Ini adalah kesilapan paling besar para sejarahwan kita. Ini kerana
sejarah empayar yang didirikan oleh orang Melayu adalah sejauh 500 tahun Sebelum Masehi (500 B.C)!
Ini bukan saya yang kata, tetapi kajian para sarjana Tamil yang mengungkapkan wujud bukti
perdagangan antara India dan Nusantara (mereka merujuknya sebagai Srivijaya) sejauh 5 abad
sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Lihat, jika tiada orang Melayu yang tahu asal-usul dirinya sekalipun,
para sarjana dari seluruh dunia akan tampil memberikan bukti bahawa kita dahulu pernah membina
empayar perdagangan yang hebat.

Saya sendiri terpaksa berhempas pulas mempelajari bahasa Sanskrit bagi memahami segala gelaran
raja-raja Melayu dahulukala di Indochina khususnya di Ligor (Nagara Sri Dharmaraja) dan Kemboja.
Walaupun hanya asas dan terlampau singkat masa pembelajaran saya itu (akibat kesibukan kerja)
namun itu semua sudah cukup memberikan saya kunci-kunci rahsia kehadiran darah keturunan Melayu
di dalam istana Angkor. Bertuahnya, para sarjana Khmer yang membantu saya adalah amat jujur
dengan sejarah dan tidak malu mengaku pengaruh keturunan Srivijaya (Melayu) yang mengalir dalam
diri para pembina Angkor Wat. Buat pengetahuan umum, orang Khmer amat anti dengan orang Thai
kerana orang Thai adalah pakar dalam mencuri, menipu dan merompak sejarah dan warisan orang lain
(ini bukan saya kata, tetapi orang Khmer yang saya temuramah). Jadi fikirkan dengan warisan raja
terakhir Ayutthaya yang lari ke selatan Tanah Melayu akibat pemberontakan di dalam kota Ayutthaya
sendiri, bersembunyi di kampung-kampung Melayu, masuk Islam dan menjadi Melayu. Hari ini orang
Thai Ayutthaya yang berubah menjadi Melayu Islam masih berdegil mahu merompak sejarah orang lain
walaupun cuba dinasihati berkali-kali.

Saya mengkaji dinasti Ketolamala, Mahawangsa, Mahidhara, Kamara serta Wirawangsa. Saya juga
mengkaji gelaran ‘Maulimalaraja’, ‘Kambojaraja’ dan ‘Paramakamboja’ yang dirujuk oleh pakar sejarah
Khmer sebagai ‘berasal dari Kepulauan Melayu’. Saya juga membaca sejarah dinasti Padmavamsa
(wangsa bunga seroja) iaitu nama keluarga bagi Chandrabanu, seorang Raja Melayu Tambralingga yang
pernah menyerang Sri Lanka. Menariknya saya telah membaca jurnal kajian pakar sejarah Khmer
tentang Funan (umum mengetahui orang Khmer bermati-matian mempertahankan bahawa Funan
adalah kerajaan mutlak orang Khmer) yang membuat kesimpulan bahawa seorang raja Funan bernama
Fan Man atau Fan Shih Man (nama dalam rekod China) adalah berasal dari Kepulauan Melayu kerana
mempunyai gelaran ‘Sri Man Dharmaraja’ yang ditemui dalam inskripsi di Dong-duong. Para
sejarahwan Kemboja mengenalpasti bahawa gelaran itu adalah gelaran khas yang biasa dipakai oleh
istana Kamara dari kerajaan Melayu Ligor. Seterusnya mereka mengaitkannya dengan satu dinasti
Melayu iaitu Paramakamboja di mana Sri Kambu, iaitu satu lagi watak legenda penubuhan Kemboja,
berasal. Menarik bukan?

Ini bukan untuk menuntut Angkor Wat atau Kemboja adalah milik Malaysia. Tetapi ini adalah sekadar
memberitahu realiti sejarah Kemelayuan sebenar. Biarlah Angkor Wat atau Kemboja ditangan orang
Khmer, ‘saudara jauh’ Melayu itu, namun jangan sesekali anak-anak Melayu merasa rendah diri dengan
bangsa mereka.

Saya juga mengkaji asal-usul dinasti paling berkuasa di Asia Tenggara, Sailendra. Umum mengatakan
mereka adalah dinasti Jawa yang memerintah Jawa. Ya, betul mereka adalah pemerintah Jawa. Namun
bukan orang Jawa! Kajian dari pakar sejarah Indonesia mendapati mereka adalah dinasti Melayu,
mungkin dari Sumatera atau Semenanjung. Ini kerana semua prasasti atau batu bersurat yang
mencatatkan nama dinasti ini sama ada dalam bahasa Sanskrit atau Melayu Tua (Old Malay). Prasasti
Ligor ada mencatatkan nama ‘Sailendra’ ini dalam bahasa Sanskrit, manakala di Jawa, prasasti-prasasti
oleh keluarga pemerintah ini ditulis dalam bahasa Melayu Tua! Bagaimana satu dinasti yang kononnya
dikatakan adalah raja-raja Jawa menulis kemegahan dinastinya dan nama keluarganya dalam bahasa
Melayu Tua!

Nama Sailendra juga dikenali dalam kesusasteraan Indochina. Sri Ksetra di Burma adalah warisan
Srivijaya, kemudian oleh dinasti Sailendra. Saya baru sahaja mencantumkan misteri Sri Ksetra di Burma
yang dikatakan pernah diduduki oleh Empayar Melayu Srivijaya. Dalam Batu Bersurat Talang Tua tahun
684 masehi yang ditulis dalam bahasa Melayu Tua ada mencatatkan:
"Pada tarikh 23 Mac 684 Masehi, pada ketika itulah taman ini yang dinamakan Sriksetra dibuat di
bawah pimpinan Sri Baginda Sri Jayanasa. Inilah niat baginda: Semoga yang ditanam di sini,
pohon kelapa, pinang, aren, sagu, dan bermacam-macam pohon, buahnya dapat dimakan,
demikian pula pokok buluh, waluh, dan pattum, dan sebagainya; dan semoga juga tanaman-
tanaman lainnya dengan bendungan-bendungan dan kolam-kolamnya, dan semua amal yang beta
berikan, dapat digunakan untuk kebaikan semua makhluk, yang dapat pindah tempat dan yang
tidak, dan bagi mereka menjadi jalan terbaik untuk mendapatkan kebahagiaan. Jika mereka lapar
waktu beristirehat atau dalam perjalanan, semoga mereka menemukan makanan serta air
minum..."

Dalam jurnal yang diterbitkan oleh sekumpulan pakar sejarah Khmer, ada menyebutkan istana raja-raja
Sailendra di Sri Ksetra dan ‘puzzle’ dari rekod penulis China ada menyebutkan berdekatan Sri Ksetra
adalah dua kerajaan Kunlun; Kunlun Kecil dan Kunlun Besar. Dari rekod Sin Tang Chou:

"Dari Mi-tchen, kami tiba di Kouen-lang di mana hidup satu puak dari Kunlun Kecil; rajanya
bernama Mang-si-yue; budayanya sama seperti Mi-tchen. Dari Kouen-lang, kami telah di Lou-yu
di mana ia adalah kerajaan bagi raja Kunlun Besar. Rajanya bernama Seu-li-po-po-na-ta-chan-na.
Negerinya lagi besar dari Mi-tchen. Dari sini kami tiba di Tcha iaitu di Moti-pa dalam masa
separuh hari".

Perkataan ‘Lou-yu’ adalah versi sebutan penulis Cina


bagi ‘Melayu’. Seterusnya penulis Cina itu
menyebutkan ‘Grand King of Kunlun’ yang
menunjukkan status ‘Maharaja’. Ini adalah merujuk
kepada Maharaja Jayanasa atau maharaja-maharaja
Srivijaya yang lain. Bukti lain adalah dari tradisi Burma
yang menyebut pengasas Sri Ksetra adalah
‘Dattabaung’ dan ini adalah dalam bahasa Pyu yang
bermaksud ‘maharaja’. Ini baru sahaja jajahan Kunlun
(Melayu) di Indochina, belum lagi di kawasan
kepulauan di mana para pengembara Arab
menyebutnya sebagai ‘Maharaja bagi seluruh
kepulauan’. Lihat, begitu luas pengaruh Empayar
Melayu Srivijaya dalam sejarah Asia Tenggara.

Selepas mengkaji sebahagian kesusasteraan dan


prasasti Khmer, Thai dan Mon, saya benar-benar
terkedu dan hampir-hampir menitiskan air mata
apabila mendapati bahawa dahulu raja-raja Melayu
begitu berpengaruh dalam istana Angkor dan sejarah
Kemboja. Patutlah nama ‘Kemboja’ itu sendiri amat dekat dengan orang Melayu. Legenda Khmer
mengatakan bahawa sejarah mereka dibentuk oleh ‘The Father of Brahmin’ dan ‘The Mother of Soma’.
Dan apabila saya mengkaji jurnal-jurnal dari sejarahwan Indonesia, saya menemui bahawa nama
keluarga (dinasti) bagi Dharmasetu, seorang maharaja Srivijaya antara terawal diketahui adalah dari
Dinasti Soma! Semua ini dengan bukti bahawa Sri Kambu, seorang lagi legenda Khmer yang dikatakan
‘came from grass-root of Malay Archipelago’ menunjukkan beribu-ribu tahun dahulu, orang Melayu
pernah mendominasi seluruh Asia Tenggara malah adalah pribumi juga!

Perkataan Melayu itu sendiri memiliki harganya yang tertentu. Ada orang berebut-rebut mahu
dikatakan Melayu atas sebab Islam dan budaya. Kaum-kaum lain yang masuk agama Islam secara tidak
langsung terpengaruh dengan budaya dan bahasa Melayu sehingga lama-kelamaan anak-anak mereka
menjadi Melayu sepenuhnya selepas satu generasi misalnya. Inilah punca apa yang dikatakan jika
masuk Islam, maka dia juga akan ‘masuk Melayu’. Ini terjadi ke atas golongan India Muslim Malaysia
(konotasi umum: Mamak) yang mahu lari dari bayang-bayang Hindu dan keIndiaan, mahu bergabung
dengan orang Melayu sepenuhnya untuk ‘meningkatkat taraf perhubungan sosial’. Ada yang mahu
dikatakan Melayu atas sebab subsidi dan hak-hak peribumi. Kesampingkan dengan makna-makna
negatif yang dikaitkan dengan nama ‘Melayu’ sehingga ada yang mengeluh ‘aku malu bernama Melayu’,
kerana ramai lagi yang berlumba-lumba mahu masuk Melayu kerana sebab-sebab tertentu.

Jika ada yang malu mengaku Melayu, ini tidaklah menghairankan tetapi bukan dua nama ini: Bani Jawi
dan Srivijaya. Ini adalah dua nama yang memiliki harga paling mahal di Asia Tenggara malah
menjangkaui seluruh dunia. Saya akan mulakan dengan ‘Srivijaya’. Ini telah diketahui seluruh dunia
bahawa satu-satunya empayar maritim yang amat-amat berjaya. Bangsa-bangsa lain yang diketahui
profesion mereka adalah di laut seperti Phoenicia dan Viking (Norsemen) tidak pernah membina
rangkaian perdagangan dan empayar maritim sehebat Srivijaya. Tetapi orang Melayu telah
membinanya. Tetapi cerita mereka bukan di Malaysia, tetapi di luar negara. Sebab itu orang Melayu
Malaysia bersama para sejarahwan dan pemimpin politik mereka hanya melompat-lompat dan
berteriak dengan sejarah Melaka sahaja. Maka jadilah sejarah orang Melayu bermula di Melaka sahaja.
Sebelum itu? Sebelum itu orang Melayu menjadi bangsat atau duduk di dalam gua sahaja. Benar-benar
menyedihkan.

Ini kerana Srivijaya adalah satu-satunya empayar yang paling effektif, yang benar-benar ada dalam
sejarah Asia Tenggara setakat ini.

Srivijaya adalah satu-satunya kerajaan yang bertindak sebagai empayar yang memiliki sistem
‘federation’. Maksudnya semua kerajaan dan tanah di Asia Tenggara tunduk dan bernaung di bawah
raja-raja Melayu Srivijaya, untuk bersama-sama menyertai perdagangan maritim yang dibuka oleh
Srivijaya. Bukan konsep imperialisme dari Barat. Tetapi konsep ‘perdagangan maritim’ yang benar-
benar memeningkan ramai sarjana Eropah bagaimana orang Melayu boleh membina empayar bukan
semutlaknya di atas penguasaan tentera dan peperangan tetapi lebih kepada hegemoni perdagangan
dan prestij.

Mengapa paling effektif? Kerana budaya dan bahasa Malayo-Polinesian yang berkembang dari
Madagaskar sehingga ke Kepulauan Pasifik, pelbagai prasasti dan batu bersurat, binaan candi-candi
seperti Borobudur yang merupakan antara ‘Wonders’ di Asia Tenggara, catatan dan bukti dari sarjana
asing, penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca sehinggalah ke hari ini (Malaysia, Indonesia,
Brunei) dan penguasaan wilayah oleh kaum-kaum Malayo-Polinesian adalah bukti paling nyata
kewujudan empayar ini. Walaupun banyak bangsa dan negara cuba menuntut hak mereka terhadap
Srivijaya, namun mereka tidak mampu menafikan hakikat paling penting ini. Apakah hakikat itu?

Hakikat bahawa raja-raja Srivijaya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa mereka.

Raja-raja Srivijaya menuliskan dengan megah kerajaan mereka pada prasasti-prasasti dalam bahasa
Melayu Tua. Jangan haraplah mereka mahu menggunakan bahasa Siam Ayutthaya kerana ketika itu
nenek moyang raja Naresuan ataupun Traikolanat masih di alam arwah lagi dan bangsa mereka masih
berada di Nanchao, Shan atau Yunnan. Tulisan Siam pun tiada lagi dan bahasa Thai pun mungkin masih
tiada dan kaum-kaum di Shan dan Nanchao kemungkinan berbahasa Sino-Tibetan seperti Hokkien dan
lain-lain.

Sebab itu ‘pride’ Kemelayuan itu masih ada setidak-tidaknya masih tertinggal pada raja-raja Melayu.

Keduanya 'Bani Jawi'. Jika dikatakan Melayu, mungkin ada yang memandang sinis dan tidak mahu
mengaku Melayu terutama para nasionalis Jawa dan Indonesia. Begitu juga orang Siam Celup yang mati-
mati mahu menegakkan teori Siam-Islamnya. Namun apabila dikeluarkan istilah Bani Jawi, maka
berebut-rebut tidak kira Siam Islam, Jawa Islam mahupun pendatang India Muslim dan Bangladesh
mahu mendakwa mereka adalah sebahagian dari Bani Jawi ini. Mengapa begitu sekali istimewa istilah
Bani Jawi ini? Semua ini berpunca dari kajian salasilah para sarjana Arab dahulakala yang
menyebutkan orang Melayu itu berasal dari apa yang dinamakan ‘Bani Jawi’ yang jika ditelusuri
asal-usulnya bersambung dengan salasilah Nabi Ibrahim.

Saya akan keluarkan iklan tentang ATBM version 3.5 akan datang. Saya akan ceritakan kepada anda
kisah-kisah menakjubkan dari Indochina. Saya akan buktikan bahawa konotasi ‘Alam Melayu’ itu benar-
benar ada dalam hikayat-hikayat Melayu dahulukala. Saya akan bukakan satu persatu misteri gelaran
dan nama-nama raja-raja Melayu di Kemboja yang berselindung dalam nama Sanskrit mereka. Saya
akan ceritakan mengapa orang Melayu masih wujud bernegara dan beraja walaupun empayar maritim
mereka yang berusia sejak 500 tahun Sebelum Masehi telah lenyap, tidak seperti bangsa Assyria,
Chaldea dan Akkadia yang lenyap tidak bersisa hari ini.

Saya akan ceritakan kepada anda kisah ‘kerajaan Angsa’ orang-orang Melayu Purba di Indochina yang
disebut ‘Hamsavati’ dalam sejarah Indochina, sejarah negeri Reman dan asal-usul orang Mon. Saya akan
bukakan rahsia hubungan orang Mon dan Ketaha dan kaitan kerajaan Kedah Tua dengan Dvaravati,
kerajaan orang-orang Mon. Saya akan tuliskan rahsia orang Melayu Champa dan kaitan mereka dengan
Funan dan kerajaan Kambojadesa. Seterusnya dinasti Srivijaya dan Sailendra di Burma, Thailand dan
Kemboja berserta kaitannya dengan Khun Borom, legenda orang Lao dan Thai serta pengaruh raja-raja
Melayu di istana Angkor. Saya akan bukakan rahsia Jawakoti, Empayar Chermin Kelantan, Majapahit-
Kelantan, kaitan orang Jawa dengan orang Kelantan dan kaitan orang Kelantan dengan orang Champa
dan Kemboja.

Saya akan bukakan rahsia darah naga dan kaitan gelaran ‘preah’ dalam budaya Khmer, ‘praoh’ dalam
budaya Mesir Purba dan hubungan mereka dengan Raja Perahu dan permaisuri Hati, sebagaimana yang
tercatat di Kuil Hatshepsut di Luxor, Mesir.

~ Srikandi

The Secret Keeper of Mala, Sri Kambu Paramakamboja & Maulimalaraja.


CATATAN SRIKANDI III
FRIDAY, JUNE 25, 2010
[HTTP://MISTISFILES.BLOGSPOT.COM/2010/06/BINGKISAN-DARI-PHNOM-PENH.HTML]

Menikmati waktu senja sambil melihat bayangan menara-menara Angkor Wat begitu mengasyikkan.
Saya seakan-akan melihat para jurutera Melayu dan Khmer sedang berbincang di satu sudut untuk
merencanakan pelan pembinaan Angkor Wat. Sebagaimana para ahli arkeologi Indonesia dan Kemboja,
saya juga dapat merasakan ada kaitan misteri antara Borobudur dan Angkor Wat. Apabila saya
membaca dan mempelajari bayangan keturunan Srivijaya (tradisi Khmer menyebutnya sebagai
‘Melayu’) dalam salasilah istana Angkor, saya baru menyedari tangan-tangan misteri yang membina
Borobudur adalah tangan yang sama mewarnai Angkor Wat!
Dalam catatan-catatan saya yang lepas, saya ada memberitahu usaha saya menjejaki warisan
Kemelayuan yang hilang di Indochina. Pada hari ini saya begitu gembira dapat bersama-sama rakan-
rakan pengkaji dari pelbagai negara untuk duduk bersama menghayati warisan Melayu yang begitu
‘mistik’ di Indochina. Sidang Warisan Melayu di Indochina adalah hasil usaha pelbagai pihak dan saya
sendiri bersama-sama rakan-rakan Khmer di Akademi Diraja Kemboja (RAC) dan rakan sebidang di
universiti tempatan di sana. Sesiapa yang ada di sana pasti akan menemui saya, biasa memakai kebaya
labuh atau baju kurung.
Kesibukan saya di Indochina selepas pulang dari Amerika Tengah tempoh hari membataskan saya
menulis untuk siri Alter Terahsia Bangsa Melayu di MistisFiles. Kami bekerja di belakang tabir bagi
menjayakan seminar ini. Antara yang menarik perhatian adalah tamadun Melayu Champa yang kurang
diketahui masyarakat dunia, begitu juga teknologi purba Kedah Tua yang hilang dari pengetahuan
dunia hari ini. Perbincangan tentang penemuan angka ‘0’ pada prasasti-prasasti Srivijaya dan Champa
terus menjadi perbualan hangat sejak seorang ahli Matematik yang bernama Zakov pada satu seminar
di Eropah pada tahun 1975 pernah mendedahkan bahawa penemuan angka ‘0’ di kepulauan Melayu
adalah lebih tua usianya berbanding yang ditemui pada tamadun India dan Arab.
Sebenarnya untuk membicarakan tentang tamadun Melayu, kita kena ingat dua perkara penting ini:
1. Tamadun Melayu bukan bermula dari Kerajaan Melaka
2. Tamadun Melayu bukan bermula semata-mata apabila orang Melayu menerima Islam
Dua perkara inilah yang memerangkap minda orang-orang Melayu terutamanya di Malaysia. Perkara
pertama telah menjahanamkan ‘self-esteem’ anak-anak Melayu apabila menyangka bahawa Melaka
hanyalah satu-satunya rujukan kepada dunia pengurusan dan pentadbiran orang Melayu. Dari mana
kekeliruan ini tersebar? Dari buku-buku teks sejarah sekolah yang begitu memualkan perut apabila
menatapnya. Sejarahwan Jepun berusaha untuk
meneutralkan imej kekejaman Jepun dan
kekalahan mereka kepada kuasa Barat dalam
Perang Dunia Kedua, namun lain halnya dengan
kementerian yang mengawal soal pendidikan
negara berserta para penulis buku teks sejarah
Malaysia yang diupah, mereka menulis seolah-olah
begitu berbangga dengan kemunduran bangsa
melayu dan menyambut dengan gembira era
penjajahan. Lihat sejarah England misalnya atau
buku teks sejarah Perancis. Sejarah mereka
mempunyai ‘cross-link’ dengan sejarah Norman,
Viking, Rom dan bangsa-bangsa Eropah yang lain.
Semua diceritakan setepatnya dan ini benar-benar dapat diterima akal. Namun di Malaysia, para
sejarahwan atau penulis buku teks berdegil menulis sejarah Malaysia amnya dan Melayu khususnya
sesempit geografi Malaysia dari Perlis sehingga ke Sabah.
Mereka menulis seolah-olah orang Melayu ini, tiba-tiba muncul di Melaka dan menawan seluruh
semenanjung. Adakah orang-orang Melayu yang mundur dan miskin, tiba-tiba boleh membina sebuah
pelabuhan yang lebih kaya dari Venice? Mereka perlu menyingkap tabir misteri yang menutup sejarah
500 tahun Sebelum Masehi (500 B.C) ketika para pengasas Srivijaya mula membina jaringan
perdagangan maritim di Alam Melayu. Siapakah Nakhoda Tanggang? Malim Deman? Malim Dewa? Atau
Malim Kundang?
Mereka adalah para pelaut dan pedagang maritim yang dikenang dalam hikayat-hikayat Melayu. Dan ini
membayangi sejarah perdagangan maritim yang begitu lama diterajui oleh orang Melayu, Srivijaya.
Siapakah Merong Mahawangsa yang profesionnya membawa barangan dan manusia dari satu tempat
ke satu tempat dengan kapalnya? Ingat kisahnya yang membawa putera Rom untuk bertemu dengan
puteri Cina? Semua watak-watak ini adalah bayang-bayang kepada profesion purba orang-orang
Melayu dahulukala, perdagangan maritim.
Orang Melayu tidak akan membina empayar
sekiranya tidak bermula lebih awal. Namun
malangnya sejarah Srivijaya terpecah-pecah
berkeping-keping dan direbut oleh orang
lain. Hasilnya, orang Melayu di Malaysia
hanya mendapat serpihan sahaja, iaitu
Kesultanan Melaka. Jika ‘serpihan’ inipun
telah membangkitkan kekaguman dan prestij
yang tinggi dari orang luar dan dalam diri
orang Melayu sendiri tentang gaya
pengurusan pelabuhan, pentadbiran, undang-
undang laut dan cukai, apatah lagi jika
diberitahu tentang empayar maritim
Srivijaya yang punya rangkaian perdagangan
yang kompleks atau kerajaan Champa yang
punya sukatan metrik dan ilmu matematik
yang tinggi. Kita tidak tahu semua ini, selama
ini, kerana kita duduk di bawah tempurung
pemerkosaan sejarah paling sadis dalam
hikayat Kemelayuan.
Kerajaan Melaka sebagai contoh, tidak berdiri dengan sendiri dan hanya tegak secara individu. Penulis
buku teks sejarah Malaysia perlu menceritakan sekali hubungan Melaka dengan kerajaan sekeliling
seperti Majapahit, Champa, Angkor dan Ayutthaya. Juga perdagangan maritimnya yang mencakup
sejauh kerajaan Ryukyu di kepulauan Jepun sehingga ke Mesir. Ceritakan secara terperinci keadaan di
pelabuhan Melaka dengan kehadiran pedagang Cina, India, Jawa, Khmer, Bugis, Eropah, Arab dan
sebagainya. Ceritakan bagaimana sistem parking kapal-kapalnya di mana seorang pengembara Portugis
mengatakan sebanyak 500 kapal besar dan lebih 1000 kapal kecil berlabuh di Melaka pada satu-satu
masa, menggambarkan betapa sibuknya pelabuhan ‘yang lebih kaya dari Venice’ ini. Kita tidak tahu
semua ini, selama ini, kerana kita memikirkan orang Melayu tidak pandai mencipta apa pun hatta
sebatang jarum, pemalas dan 1001 sifat negatif lain yang benar-benar menyedihkan.
Pihak kerajaan sibuk mahu mencanangkan tentang jatidiri, namun jatidiri yang bagaimanakah mahu
dibina di atas luka penjajahan dan sejarah yang digelapkan? Jatidiri hanya mampu dibina dari budaya,
bahasa dan sejarah bangsa. Secara logik, pengasas Melaka bukanlah membina hegemoni perdagangan
di Selat Melaka secara sendirian dan tiba-tiba. Beliau membina kerajaan dan pelabuhan setelah
mewarisinya dari satu budaya perdagangan yang amat lama.
Terdapat empat kerajaan orang Melayu sekurang-kurangnya, yang perlu difokuskan selain Melaka.
Pertamanya, Srivijaya. Keduanya, Champa. Ketiga, Kedah Tua dan yang keempat, Langkasuka. Masing-
masing mempunyai misteri dan keistimewaan yang perlu disingkap. Sebab itu peraturan pertama untuk
memahami sejarah Melayu adalah, Melayu bukan semata-mata bermula dari Melaka. Ingat, ayat ini dan
anda akan menyeberangi ke dunia yang menakjubkan. Mahukah anda membuka rahsia para dewa-dewi
Hindu yang sebahagiannya adalah raja-raja Melayu di Suvarnadvipa dan Suvarnabumi, dan lombong
emas Kerajaan Israel Raya di bawah pemerintahan Nabi Sulaiman? Ingat ‘kata-kata hikmat’ yang
pertama ini.
Jika kita memikirkan selama ini budaya Melayu banyak menyerap dari India, sebenarnya kita tidak
mengetahui tentang Tamadun India yang menterjemah kitab-kitab falsafah Jawa dan Melayu
sebagaimana Tamadun Cina yang menterjemah karya-karya sarjana Funan dan Champa. Kita jarang
tahu semua ini. Mengapa? Kerana bagi kita sejarah tidak penting sehinggalah kita semua disejarahkan
atau dimuziumkan perlahan-lahan sebagaimana orang Melayu di Singapura. Ketika itu barulah
terhegeh-hegeh mahu berdondang sayang atau berpenglipur lara menangisi riwayat dan hikayat
Melayu yang pupus di bumi sendiri.
Perkara kedua, juga sedikit sebanyak memesongkan orang-orang Melayu sebanyak 180 darjah dari
realiti yang sebenar. Membincangkan perkembangan Tamadun Melayu tidak semestinya menafikan
pencapaian orang Melayu ketika sebelum kedatangan Islam. Islam bermula sejak abad ke-7 Masehi, dan
sebelum itu orang Melayu telah pun menggunakan sistem metrik dan sistem perpuluhan sebagaimana
ditemui pada prasasti-prasasti Champa dan Srivijaya. Kita kena tahu membezakan sentimen agama
dengan sejarah. Sebagai contoh, bangsa Amerika pada hari ini diketahui umum bukan beragama Islam
dan mereka telah mencapai tamadun dan teknologi yang hebat. Adakah setelah bangsa Amerika
beramai-ramai memeluk agama Islam misalnya, maka sejarah peradaban mereka sebelum Islam
dipadam dan dihapuskan dengan alasan itu hanya mengagungkan zaman kafir mereka? Sejarah
Microsoft, McDonalds, KFC, Google, Yahoo! dalan lain-lain akan dipadamkan serta-merta. Itu tindakan
bodoh sama sekali.
Ini bukan hendak mengatakan Islam membawa kemunduran pula kerana kebetulan ketika zaman
penyebaran Islam, pihak Kristian pula menggunakan imperialisme untuk menghalang perkembangan
Islam. Perkembangan Islam di Nusantara seiring dengan kedatangan kuasa Eropah. Keadaan ini akan
sama sekiranya kuasa Eropah datang ketika zaman Hindu-Buddha. Apa yang perlu ditekan di sini
bahawa Melayu bukan tiba-tiba wujud setelah era kedatangan Islam.
Jika hendak berkata tentang sejarah, kita perlu jujur walaupun berdepan dengan kenyataan yang pahit,
kerana dari situ kita boleh mempelajari segala kesilapan kita. Kita seharusnya bersyukur atas anugerah
iman dan Islam kita namun ini tidak semestinya menafikan sejarah Melayu ketika sebelum zaman Islam.
Bayangkan Amru al-As sebagai penakluk Mesir memusnahkan segala warisan purbakala Mesir, Piramid,
kuil-kuil Firaun atas nama Islam, sudah tentu ini adalah moral yang buruk dan akan dikenang sebagai
kedunguan orang Islam kerana memusnahkan kesan-kesan tamadun orang lain. Tetapi orang Islam
tidak berbuat begitu di Mesir kerana mereka bukan datang untuk membawa vandalisme kepada
tamadun purba Mesir. Mereka datang untuk membawa cahaya iman, dan tanpa memusnahkan kesan
tamadun purba, penduduk Mesir berbondong-bondong masuk Islam. Ini adalah hikmah dakwah
mereka, kerana sekiranya mereka terburu-buru memusnahkan segala kesan sejarah purba Mesir, sudah
tentu penduduk Mesir akan berfikir dua kali untuk menerima Islam.
Tidak perlu mereka-reka sejarah palsu dengan mengatakan keturunannya pernah memerintah
empayar Islam yang sebenarnya tidak wujud sama sekali. Empayar Islam di Nusantara yang pernah ada
ialah Empayar Cermin-Jeddah atau Majapahit-Kelantan (ini adalah ‘clue’ kepada Batu Bersurat
Terengganu) dan Kesultanan Melaka, di mana ketika itu masih wujud kerajaan Majapahit yang
beragama Hindu dan Ayutthaya yang beragama Buddha. Kemudian Majapahit diruntuhkan perlahan-
lahan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang muncul di Tanah Jawa seperti Demak dan Mataram Islam.
Jika benar keturunan kita pernah memerintah satu empayar Islam, kajian kita hendaklah serasi dengan
sejarah sekeliling dan ada ‘cross-reference’ dengan bukti sejarah lain. Saya berasa sedih apabila orang
Islam bergaduh dengan memaki-hamun antara satu sama lain semata-mata kerana sejarah dan
keturunan, juga pangkat dan takhta. Seorang penulis dan blogger Merah Silu iaitu saudara Radzie
Sapiee telah dicerca sehingga ke tahap keturunan apabila penulis blog Merah Silu itu dihina sebagai
keturunan lanun dan nama anaknya juga dihina sebegitu keji. Turut mendapat penghinaan adalah
sultan-sultan Perak yang dikatakan keturunan lanun perampas takhta semata-mata kononnya negeri
Perak adalah berasal dari empayar ‘Islam’ mereka. Jika mereka adalah pewaris empayar Islam,
mengapa peribadi dan maruah mereka tidak sesuci agama Islam yang menggalakkan penganutnya
bersabar dan bermanis dalam kata-kata? Inikan pula sesama Islam? Ini terjadi akibat pertanyaan
saudara Radzie yang juga seorang pengkaji salasilah kerabat diraja Melayu mempersoalkan kesahihan
salasilah ‘hikayat’ mereka yang meyeleweng. Anda tahu bagaimana ini berlaku? Sebabnya mereka telah
mencampur adukkan salasilah raja-raja Melayu dengan keturunan sebelah Siam mereka. Makam-
makam raja Melayu ada yang didakwanya secara membuta tuli adalah nenek moyang mereka dan
begitu juga ada raja-raja Melayu yang dimaki-hamun mereka sesuka hati. Ini kerana keturunan mereka
telah berkahwin dengan kerabat diraja Kedah dan bercampur-maur dengan darah Melayu Kedah, dan
apabila keturunan sebelah Melayu Kedah Tulen menjadi Sultan Kedah, kaum kerabat mereka yang telah
menjadi sebahagian kerabat diraja Kedah merasa marah kerana keturunan mereka (Siam) tidak naik
takhta Kedah. Mungkin mereka teringatkan keagungan Ayutthaya pada zaman dahulu dan menyangka
Kedah masih dinaungi oleh Ayutthaya. Akibatnya, mereka sudah menjadi sebahagian kerabat istana
Kedah, maka kerajaan Kedah Tua yang lebih lama dari Ayutthaya juga dituntut mereka padahal
kerajaan ini tiada kaitan langsung dengan keturunan Nai yang telah memeluk Islam. Saudara Radzie
Sapiee hanya bertanya dengan baik namun dihadiahkan dengan maki-hamun yang meleret-leret dan
saya perasan gaya maki hamun yang meleret-leret ini juga terdapat pada seorang keturunan Siam (Thai
Malaysia) yang membuka blog menentang blogsejarahnagarakedah. Ini adalah gaya makihamun Siam,
tidak kira yang Buddha atau yang Islam kerana saya pernah berkawan dengan orang Thai dan
menonton wayang kulit serta persembahan teater rakyat mereka yang penuh sindiran dan perlian yang
kadang-kadang berbau lucah dan kurang sedap didengar. Saya juga perasan kaitan keturunan Arab
Yaman dengan Siam dan campuran dari mereka ini mungkin membentuk Siam Islam, dari apa yang saya
baca dan pengetahuan meluas saya menyertai forum-forum Siam Buddha dan juga yang disertai oleh
keturunan Siam Islam yang mempunyai ‘intermarriage’ dengan keturunan Arab Yaman. Semua ini
melalikan saya dengan karakter makihamun mereka, ‘trademark’ yang sukar dikikis dari peribadi
mereka walaupun ada di antara mereka pernah belajar di Masjidil Haram dan Jordan, malah mengambil
jurusan Islam pula!
Saya juga perasan bahawa cerita ‘empayar Islam’
mereka hanya laku di Kedah dan sebahagian orang
Melayu yang buta sejarah. Jika mahu ‘fight’ di forum-
forum luar negeri seperti Indonesia, Singapura
mahupun Brunei, sudah tentu akan diketawakan,
apatah lagi berpencak di forum-forum Thailand dan
Kemboja. Namun ini tidak berlaku jika kita bawa
sejarah Kesultanan Melaka, Patani atau Kerajaan
Champa era Islam. Kerana semua kerajaan ini ada
kesan-kesan di negara-negara berkaitan. Sejarah
Melayu Islam lebih diterima berbanding sejarah
‘Siam Islam’ kerana tiada satu pun prasasti atau
catatan tentang empayar Siam Islam ini melainkan
hikayat-hikayat atau kitab-kitab jawi Melayu yang
diselewengkan atau disalah tafsir oleh mereka. Sebab
itu mereka hanya mampu menceritakan wasiat dan
penglipurlara tentang mitos empayar ‘Islam’ mereka
di dalam perhimpunan keluarga sahaja bukannya
seminar dan sidang sebagaimana yang saya hadiri
sekarang. Cuba adakan pengkisahan dongengan
mereka itu di Bangkok atau Phnom Penh, sudah tentu
akan dihalau oleh orang Thai dan Khmer malah tiada
seorang sarjana pun yang berani hadir kerana tiada
siapa pun mahu terlibat dalam kisah hikayat perapu
mereka.
Saya juga perasan, untuk membuat dakwaan kewujudan ‘empayar Islam’ mereka nampak logik, maka
bermulalah proses ‘Islamisasi’ seluruh watak-watak, tempat dan sejarah Nusantara. Nama-nama raja
Thai Buddha di Islamkan, kuil-kuil dan candi-candi yang nampak terang tiada kaitan dengan Islam juga
diIslamkan. Semua sejarah kerajaan-kerajaan Nusantara diIslamkan secara lucu, sehingga Srivijaya dan
Majapahit juga diIslamkan setelah Ayutthaya menjadi mangsa yang amat teruk ‘diIslamkan’. Portugis
yang menyerang Melaka juga diIslamkan sehingga apabila ditanya pelbagai soalan tentang kronologi
dan kesan ‘Islamisasi’ itu, mereka berasa panik dan marah kemudian kelam-kabut mereka-reka cerita
bagi menyedapkan hati supaya dongeng mereka itu nampak benar.
Nasihat saya, kita boleh berbangga dengan Islam, namun jangan sesekali membohongi orang lain
dengan mempergunakan Islam untuk tujuan peribadi.
Saya juga perasan, apabila setiap kali penemuan sejarah baru berkaitan Melaka dan Malaysia, tiba-tiba
mereka mengaku itulah sejarah yang telah hilang dan cuba digelapkan dan kemudian mereka-reka
cerita bahawa ia ada kaitan dengan dongeng empayar mereka itu. Dalam hal ini sejarah Kedahlah paling
teruk ‘diperkosa’ mereka dengan setiap inci sejarah Kedah dikaitkan dengan keturunan mereka. Saya
juga perasan mereka tidak mempunyai identiti yang tetap. Sekejap mengaku Melayu, sekejap mengaku
Siam. Mereka tidak boleh keluar dari bayang-bayang Siam/Thai mereka kerana orang tua mereka masih
berbahasa Thai Kedah dan masih menyimpan gelaran ‘Nai’. Sebab itu dakwaaan mereka bercampur-
campur antara Siam dan Melayu.
Semua hikayat, kitab, kajian dan sebagainya yang bertentangan dengan hikayat mereka, maka ia
dinafikan terus kesahihannya dan serta-merta mendapat cop ‘hasil kerjatangan British’, tahyul dan
khurafat. Hanya hikayat merekalah yang benar dan suci walaupun juga penuh dengan tahyul dan
dongeng seperti garuda yang bercakap-cakap seperti manusia dalam Hikayat Merong Mahawangsa.
Kebanyakan dari mereka ini luas pengetahuan sejarah tempatan namun menggunakannya untuk
menyesuaikannya dengan wasiat atau dongeng empayar mereka itu. Tujuan utamanya ialah untuk
menuntut takhta Sultan Kedah malah Yang Di Pertuan Agong! Dalam hal ini saya teringat tulisan Ibnu
Rusydi dalam blognya yang mengatakan kemungkinan besar mereka ini adalah orang Thai dari kerabat
atau pengikut Raja Ayutthaya yang terakhir, yang dikejar oleh para pemberontak Ayutthaya dahulu.
Beliau berpendapat yang mereka semua ini sebenarnya dari keturunan Boromoraja Ekkathat, Raja
Ayuthaya terakhir, yang melarikan diri ke Rundung (Ranong) akibat kekacauan dan peperangan di
Ayutthaya, dan seterusnya berkahwin dengan Kerabat Di Raja Kedah dan keturunan mereka kini
menjadi Melayu. Ketika dikejar oleh para pemberontak (pemberontakan oleh seorang jeneral Ayutthaya
bernama Thaksin), mereka bersembunyi di negeri-negeri Melayu dan mengharapkan belas ihsan orang-
orang Melayu yang pernah diancam mereka dahulu. Sebahagian mereka akhirnya memeluk Islam
manakala yang lain tetap mengamalkan agama Buddha. Inilah misteri bermulanya konotasi Siam Islam
itu. Sebab itu setiap pertanyaan yang berbau fakta sejarah yang menentang dongeng mereka itu akan
disambut dengan leteran dan maki-hamun yang meleret-leret seperti kesampukan hantu kerana hanya
orang yang berbohong sahaja akan menjawab secara panik dan dengan perasaan amat marah dan
kurang selesa.
Ingat katakunci ini, sejarah Kedah mahupun era Kedah Tua sehinggalah Kesultanan Kedah sekarang
tiada kaitan langsung dengan Siam Islam versi kedat.
Dan ingat lagi katakunci seterusnya, bahawa kelompok Tai-Kadai (Siam/Thai) adalah kelompok yang
terkemudian datang ke Asia Tenggara dari wilayah selatan China. Ketika migrasi mereka ke Indochina
secara beramai-ramai, Indochina sudah terdapat kelompok ‘pribumi’ yang lebih awal iaitu dari
kelompok Mon-Khmer dan kita, Malayo-Polinesian.
Jadi jika terdapat perkataan loghat
Kedah yang sama dengan bahasa
‘Siam’, itu bukan sebenarnya dari
bahasa Siam (Tai-Kadai) tetapi
berasal dari kelompok Mon-Khmer.
Dan perlu diingat, sesungguhnya
orang Thai/Siam telah mencedok
bahasa dan budaya Mon-Khmer
serta Melayu Segenting Kra selama
berabad lamanya dan ini
dipersetujui sebulat suara oleh
pakar sejarah Kemboja (Khmer) dan
Thailand sendiri. Kaji senibina
Khmer dengan senibina Thai.
Bandingkan istana raja Kemboja
dengan istana Raja Thai dengan gaya bumbung mereka. Siapa cedok siapa? Budaya Ayutthaya lebih
kepada ‘Melayu’ dan Khmer berbanding budaya satu lagi kerajaan Thai yang lain, Sukhothai yang
terletak jauh di utara, lebih keCinaan (sinicized) berbanding Ayutthaya yang mencedok segala budaya;
dari senibina hingga tarian daripada jiran sekelilingnya iaitu Khmer dan Melayu. Hari ini tidak kira Siam
Buddha mahupun Islam mendakwa mereka sudah lama di sini padahal semua orang tahu sebenarnya
merekalah yang ‘mengambialih’ bahasa dan budaya orang Mon (Kerajaan purba orang Mon terletak di
Thailand Tengah, berjiran dengan kerajaan-kerajaan Melayu Segenting Kra pada masa lalu). Apabila
orang Mon telah berhijrah ke Burma akibat trend penjarahan orang Thai yang terkenal apabila
menakluk negeri orang lain, orang Thai/Siam yang asalnya tiada identiti khas akibat pencinaan
(sinicized) telah perlahan-lahan membina identiti sendiri dengan mengadaptasi budaya Khmer dan
Melayu Segenting Kra terutama kerajaan Melayu Sri Dharmaraja. ‘Sinicized’ orang Thai samalah dengan
orang Vietnam, berbanding orang Mon dan Khmer masing-masing mengetahui mereka adalah ‘pribumi’
Indochina dan istimewanya kedua-dua bangsa ini juga mengaku bahawa kelompok Malayo-Polinesian
terutamanya Melayu adalah pribumi yang lain, hidup dan saling mempengaruhi antara satu sama lain
selama beribu tahun sebelum kebanjiran orang Siam/Shan/Tai dan Viet-Muong/Dai-Viet dari utara.
Jadi jika ingin bertanya adakah Melayu itu pendatang atau tidak, tanya kepada orang Mon dan Khmer
ini, jangan tanya kepada orang Cina dan India mahupun Siam/Thai Malaysia. Orang luar lebih jujur dari
kaum-kaum lain dalam negara kita kerana kaum-kaum pendatang terkemudian di Malaysia umumnya
sengaja membutakan mata mereka terhadap sejarah orang Melayu semata-mata mahukan berebutkan
tanah kita ini, yang penuh subur dengan segala mineral dan baik untuk pertanian serta strategik untuk
perdagangan laut. Tidak hairanlah ia digelar ‘The Golden Chersonese’ oleh pelukis peta Greek.
Saya ingin beritahu satu rahsia. Jika ingin tahu sejarah Kedah, anda mesti belajar sejarah orang Mon.
Ada benang-benang merah antara orang Melayu Kedah dengan orang Mon. Terutamanya lenggok
bahasa mereka. Ini terjadi selama beratus-ratus tahun malah mungkin beribu tahun. Untuk tahu lebih
lanjut, anda kena tahu lebih tentang ilmu linguistik dan sejarah, dan anda akan nampak rahsia antara
orang Mon dan Melayu Kedah. Sebagaimana untuk memahami orang Kelantan, anda kena tahu sejarah
Langkasuka dan Champa. Dan ‘surprise’, jika anda mahu memahami sejarah orang Jawa, anda kena kaji
sejarah negeri Kelantan. Di mana? Anda akan dapat jika pandai mencari. Jika tidak, tunggu sahaja Alter
Terahsia Bangsa Melayu v3.5.
~ Srikandi
10.45am June 25
Phnom Penh
CATATAN SRIKANDI IV
KHAMIS, 22HB JULAI 2010
[HTTP://MISTISFILES.BLOGSPOT.COM/2010/07/CATATAN-SRIKANDI-III.HTML]

Warna senja yang berbayang-bayang di puncak Gunung Pulai di Baling, Kedah tiba-tiba membangkitkan
satu perasaan mistik dalam diri saya. Bayangan seorang puteri sedang bersimpuh sambil tangan
kanannya menyusun jari-jemarinya seolah-olah kepala ular tedung tiba-tiba berbalam-balam seolah-
olah menggantikan puncak tertinggi di daerah Baling itu. Ketika itu saya dalam perjalanan di dalam
kereta pacuan empat roda, dalam keadaan amat letih dan mengantuk. Renungan puteri misteri itu tiba-
tiba hilang ditelan merah senja yang membungkus puncak Gunung Pulai yang tingginya yang
mempunyai ketinggian 585 meter.
Bayangan puteri misteri itu mengingatkan saya tentang lagenda raja-raja perempuan yang memerintah
satu kawasan pemerintahan purba yang dipercayai bermula di Kelantan sehingga menjangkau Patani
dan utara Segenting Kra. Wilayah ini memang kaya dengan legenda ratu-ratu yang memerintah, seperti
Cik Siti Wan Kembang, Puteri Saadong, Ratu Hijau dan adik beradiknya dan lain-lain lagi sekadar
menyebutkan beberapa contoh. Ketika ini saya teringatkan puteri jelita yang memakai ‘headgear’
Champa yang pernah datang dalam mimpi saya dahulu. Semuanya seakan-akan mahu memimpin saya
ke arah petunjuk-petunjuk baru kepada misteri keMelayuan silam yang tidak pernah terbongkar dalam
mana-mana sejarah, sama ada yang fantasi mahupun yang realiti.
Saya masih teringatkan Siri Salma (pada masa itu diterbitkan oleh FarGoes atau Hasrat Pelajar) yang
amat digemari oleh saya. Biasanya ketika zaman sekolah dahulu, siri-siri penyiasatan seangkatan
dengannya seperti Siri Hadi (dari siri Hardy Boys) atau Siri Tiga Penyiasat (dari siri The Three
Investigators) juga garapan dari Enid Blyton menjadi kegemaran budak-budak lelaki pada zaman saya
dahulu, namun saya adalah satu-satunya pelajar perempuan yang berebut-rebutkan buku-buku ini
terutamanya Siri Salma (dari Nancy Drew) ketika waktu meminjam buku di perpustakaan! Saya merasa
bagaikan watak utama siri itu, dikenali sebagai Salma, pergi mengembara dan merantau ke merata
tempat untuk mencari petunjuk-petunjuk kepada misteri baru yang muncul.
Saya telah dirasuk oleh bayangan itu lagi. Wanita muda yang
bersimpuh sambil menggaya-gayakan tangannya. Telapak tangannya
dikuncup-kuncupkan bagaikan menyerupai ular tedung atau pun
seolah-olah memanggil-manggil diri saya supaya rapat kepadanya.
Ketika berhenti rehat di sebuah rumah seorang kru arkeologi di
Kampung Sera, saya dapat merasakan sesuatu yang amat ganjil pada
diri saya. Apabila menjelang malam, dahi saya mula berpeluh-peluh.
Malam itu, seperti yang dijangka, saya telah bermimpi seorang puteri
menari-nari dengan tangan yang melambai-lambai ke arah saya!
Namun kali ini saya tidak mengigau seperti dahulu. Bacaan doa yang
diajarkan oleh ibu saya benar-benar berguna. Syukur kepada Allah
s.w.t kerana melindungi saya dari sebarang kejadian yang tidak
diingini. Petunjuk kali ini adalah teramat misteri. Saya seakan-akan
pernah melihat puteri itu, tetapi tidak tahu di mana. Siapa pula
gerangan gadis itu?
Sepanjang hari saya memikirkan tentang puteri misteri itu dan cuba mengingat-ingat kalau-kalau saya
pernah melihatnya di dalam mana-mana tarian tradisional. Tiada. Saya semakin buntu. Ketika berjalan-
jalan di sebuah pekan (dirahsiakan), saya telah terpandang satu restoran yang dimiliki oleh orang Thai
Malaysia (orang Siam pada bahasa tempatan). Saya ternampak satu patung wanita yang diletakkan di
atas bar kaunter, dengan gaya tangan yang sama seperti yang muncul dalam mimpi saya semalam!
Semua ini tiba-tiba seperti satu ‘flashback’ kepada kenangan di Sungai Petani, ketika saya dan kawan-
kawan saya melawat bandar itu dalam satu rombongan sekolah. Ketika itu saya telah terpisah dari
kawan-kawan saya akibat terlalu asyik membelek majalah di kedai buku. Saya cuba mencari-cari kelibat
kelompok kawan-kawan sekelas saya namun hampa. Saya semakin takut. Hari semakin petang. Saya
tidak dapat menahan sebak. Mata saya mula berair. Saya sedar bahawa saya telah tersesat!
Saya cuba pergi ke arah sebuah pondok telefon untuk menelefon guru kelas saya, namun alangkah
sedihnya saya apabila telefon awam di situ telah rosak gara-gara vandalisme. Dalam hati saya
menyumpah-nyumpah budak-budak ‘senget’ yang pastinya adalah punca kesusahan saya petang itu.
Ketika berjalan longlai ke arah sebuah warung, seorang pemuda berumur dalam 30-an menegur saya.
Siapa tidak merasa hairan melihat seorang gadis yang bermuka sembab dengan mata berair tanpa hala
tujuan dan kebingungan? Pemuda itu sedang membaiki motorsikal di sebuah bengkel motor selang dua
pintu dari warung yang saya mahu tuju. Selepas memberitahu masalah saya, pemuda itu memberikan
telefon bimbitnya untuk digunakan bagi menelefon guru kelas saya (saya tidak mampu untuk memiliki
telefon bimbit semasa di zaman persekolahan). Ketika menunggu guru kelas mengambil saya di situ,
saya duduk di bawah pokok sambil memerhatikan pemuda itu membaiki motorsikal. Pada mulanya
saya menyangka dia adalah seorang pemuda Melayu, namun rupanya tidak.
Saya mula terkenangkan, ketika saya menelefon, mata saya terpandang satu kain yang dipenuhi
mantera-mantera yang aneh direntang di atas altar pemujaan yang dipenuhi patung-patung Siam. Di
atasnya terlihat satu lukisan seorang gadis bersimpuh dengan di sisinya terdapat sebuah dupa dan saya
kira seakan-akan pinggan-pinggan yang berisi hidangan tertentu atau berisi buah-buahan. Anehnya,
gadis itu tidak berpakaian dengan terlampau banyak aksesori yang punya pengaruh Siam/Thai. Dia
hanya bersanggul dan memakai baju yang benar-benar mirip kebaya dan berkain batik!
Dan gaya tangannya, adalah mirip patung wanita di restoran-restoran Thai.
Setelah dapat mengingati dari mana petunjuk itu mula-mula saya pernah melihatnya, saya pun
bergegas ke Sungai Petani untuk melawat bengkel motorsikal yang pernah saya singgah dahulu. Kalau
boleh saya mahu bertemu dengan pemuda (mungkin umurnya sudah mencapai 40-an kini) yang pernah
membantu saya dahulu. Namun ketika tiba di sana (berdekatan Taman Cinta Sayang), bengkel
motorsikal itu sudah tiada. Tempatnya digantikan dengan kedai Cina menjual buah-buahan. Saya tidak
berputus asa. Saya cuma mahu melihat kain mantera yang punya rajah dewi Thai itu dan bertanya asal-
usulnya.
Ketika meronda-ronda di sekeliling pekan, saya ternampak satu kedai ‘hardware’ yang memaparkan
kain bermantera seperti yang saya inginkan. Gambar gadis dengan gaya tangan melambai/terkuncup
itu dilukis di bahagian bawah dengan gambar haiwan seakan-akan kura-kura dan lain-lain figura aneh.
Kain berwarna kuning itu penuh dengan mantera-mantera dalam tulisan Thai. Saya pergi menemui
pemilik kedai sambil berpura-pura bertanyakan barang. Sambil berbual-bual, saya mengambil
kesempatan menanyakan tentang rajah dewi di dalam kain bermantera.
Kemudian barulah saya tahu nama gadis itu.
Pemilik kedai itu juga memberitahu saya bahawa mantera yang ditulis memenuhi kain kuning itu
bukanlah dalam bahasa Thai atau skrip Thai. Ia adalah dalam bahasa Khmer dan dalam skrip Khmer,
dengan simbol-simbol Khmer Kuno!
Selepas itu saya pun mengkaji dan mengkaji semua ‘puzzle’ yang muncul. Ini semua benar-benar
mencabar minda saya. Saya terpaksa belajar memahami petitih-petih kuno, legenda rakyat Thai dan
Khmer, belajar bahasa Sanskrit secara asas dan riwayat-riwayat purba. Saya belajar sejarah Thai dari
Lanna, Lanxang (Lancang), sejarah Lao dan Sukhotai (Sukodaya). Saya belajar sejarah Kambujadesa dan
dinasti Soma serta manuskrip-manuskrip Khmer Kuno. Saya terpaksa menyelak NegaraKratagama
karya Prapanca bagi mengetahui wilayah-wilayah Srivijaya yang ‘diambil alih’ oleh Majapahit (menurut
Prapanca). Saya menjumpai wilayah kuno bernama Grahi yang terahsia dan paling gelap dalam sejarah
Melayu. Saya juga berjumpa dengan wilayah Srivijaya sejauh Martaban di Burma dan hakikat paling
tidak diketahui oleh anak-anak Melayu dan paling mahu dipadamkan oleh nasionalis Khmer, bahawa
terdapat riwayat kuno yang menyatakan rakyat Khmer adalah di bawah pemerintahan ‘Ma-La-Yu’ iaitu
nama yang dikenali oleh orang Khmer merujuk kepada empayar maritim paling agung yang pernah ada
dalam sejarah Asia Tenggara, Sriwijaya.
Dari sini saya menjumpai hakikat paling menggemparkan bahawa nama ‘Melayu’ itu bukan sahaja
muncul sebagai satu kerajaan di Sumatera, bahkan terdapat satu kerajaan kuno di Segenting Kra
(setepatnya di sekitar Chaiya kini) yang digelar, kerajaan Melayur. Ini menghapuskan sama sekali
pendapat yang mengatakan bahawa nama ‘Melayu’ itu berasal dari nama sebuah kerajaan di Sumatera.
Saya cuba mencari jawapan kepada misteri paling gelap dalam kerajaan Grahi ini namun bukti
kewujudan kerajaan ini hampir mencapai tahap mustahil dalam dokumen bertulis berbahasa Melayu,
tidak kira di zaman Pallawa, Kawi atau Jawi. Apatah lagi dalam kajian moden bertulisan Rumi. Ya, Grahi
adalah kunci kepada misteri Kemelayuan di Indochina. Siapa dapat rahsia dari Grahi, dia akan
membuka rahsia Funan dan Kambojaraja.
Bagaimana dalam timbunan manuskrip Thai dan Khmer, dapat menemui sisa-sisa warisan Kemelayuan
dan bayang-bayang nusa pertiwi? Bagaimana dalam riwayat-riwayat Thai dan Khmer yang bercampur-
baur itu dapat terhidu harum seroja Kemelayuan dan santun susila Sang Melati?
Tetapi saya dapat melihatnya. Malah semakin jelas. Saya tahu di mana mahu menjejak sejarah Melayu
yang bersembunyi di dalam pekat mantera Khmer Kuno dan tarian suci diraja Angkor. Saya masih dapat
menghidu warna darah Kemelayuan dan tinta emas Sriwijaya di dalam mitos dan petitih Thai Kuno,
tidak kira ia bersembunyi di era Lanna, Sukhothai atau Ayutthaya. Saya tahu di mana mereka
bersembunyi!
Bagaimana seorang dewi Thai yang dipuja-puja, mantera pujanya ditulis menggunakan simbol suci
Khmer?
Ingat, budaya Thai dicedok dari Khmer dan Melayu Segenting Kra. Budaya Khmer pula dibayangi oleh
budaya Sriwijaya. Jika anda mahu lihat budaya Melayu kuno yang masih tertinggal, perhatikan kostum
Thai dan Khmer; bukan yang jadi komersil atau pop, ia sudah bayak diubahsuai, lihat yang lebih asli di
pedalaman. Tetapi orang Melayu moden sudah tidak mengenalnya, dan semuanya yang berasal dari
Indochina semuanya dikatakan ‘Siam’. Budaya Melayu purba termuzium dengan baik ditangan Thai dan
Khmer. Bagus juga mereka ada. Sekurang-kurangnya jika saya mahu tahu bagaimana senibina dan
pakaian Melayu Purba di Indochina, saya terus melihat Thailand dan Kemboja!
Kemudian pencarian saya terhenti kepada satu watak paling penting dalam sejarah Kelantan. Siapa?
Siapa orang Thai yang tidak kenal RamaKhamhaeng?
Beliau adalah seorang raja dari kerajaan Sukhothai
yang paling menyerlah dan kononnya beliaulah yang
bertanggungjawab mengubahsuai skrip Khmer
menjadi skrip Thai seperti yang digunakan pada hari
ini. Tetapi bagaimana beliau mati? Ini adalah misteri
yang menghantui semua hikayat tentang raja ini.
Pernah dengar legenda Suriyothai? Seorang
permaisuri duduk di atas gajah pergi berperang.
Seorang wanita berperang di atas gajah!
Saya belajar memahami siapa di sebalik nama Urduja
atau Durga Wijayamala, serang puteri raja dalam riwayat Kelantan yang pergi berperang di atas gajah
dan berhasil memenggal kepala seorang raja yang ganas!
Cuba kaji mengapa kerajaan Sukhotai terus hancur selepas era Ramakhamhaeng, padahal pada era
beliaulah, Sukhothai mencapai tahap kemuncaknya. Siapa pengganti Ramakhamhaeng?
Pada Abad 14 pula Ibnu Battuta (pengembara Arab yang terkenal) telah singgah di satu tempat yang
bernama ‘Kilu Krai’ (Kuala Kerai di Ulu Kelantan sekarang) dan bertemu dengan seorang raja
perempuan yang bernama Urduja. Raja perempuan ini digambarkan oleh Ibnu Battuta sebagai seorang
yang gagah perkasa di sebalik wajahnya yang cantik jelita.
Siapa Urduja? Sebab itu amat penting untuk saya sebagai penyelidik mempelajari sistem nama-nama
monarki Melayu purbakala. Raja-raja Melayu pada era pra-Islam dahulu memakai gelaran Sanskrit
untuk urusan rasmi atau dokumentasi dan gelaran tempatan di kalangan rakyat. Inilah rahsia yang
amat mengelirukan ramai pengkaji sejarah.
Siapa SuryaVarman I atau Jayaviravarman? Mereka secara umum adalah tokoh dalam monarki
Kemboja. Adakah mereka Khmer? Salah! Mereka adalah Melayu. Seperti saya dan anda.
SuryaVarman I adalah raja agung yang banyak membina candi dan binaan. Pernah dengar Preah
Vihear? Ada pengkaji mengatakan beliaulah yang membina ibukota Angkor berpandukan rujukan
bintang-bintang sebagaimana Piramid Agung dibina berpandukan buruj Orion. Raja-raja Kemboja
menyambung usahanya selepas itu sehingga terbinalah Angkor Wat dan sejarah Angkor Wat inilah yang
saya katakan ada kaitan dengan Grahi. Saya boleh katakan bahawa, ‘blueprint’ Angkor Wat dikeluarkan
dari dalam istana Grahi.
Jadi seperti biasa,sudah tentu nama Suryavarman I ini amat direbut oleh nasionalis Khmer tanpa
mempedulikan kejujuran ahli sejarah mereka. Suryavarman I dikatakan dari Khmer asli. Sama juga
seperti nama empayar agung Sriwijaya, yang direbut oleh Thailand dan Indonesia, juga India!
Perlu diingat bahawa rekod-rekod kuno dari China tidak mengenal apa itu Chaiya atau Nakhon Si
Tammarat. Nakhon Si Tammarat berasal dari kata ‘Sri Dharmaraja’. Ramai menganggap ia adalah nama
kerajaan. Sebenarnya ‘Sri Dharmaraja’ menjadi popular kerana seorang raja Melayu yang pernah
menyerang Sri Lanka iaitu Chandrabanu meletakkan kata ‘Sri Dharmaraja’ sebagai gelaran menjadi
Chandrabanu Sri Dharmaraja. Kedua-dua nama ini (Chaiya dan Nakhon Si Tammarat) telah diberikan
oleh Thailand. Tetapi terdapat nama ‘Kio-lo-hi’ dalam rekod kuno China.
Ia adalah 'Grahi' dalam lenggok sebutan orang China purba.
Biar saya beritahu rahsia ini.
Durga Wijayamala telah membunuh RamaKhamhaeng di
atas gajah dalam pertempuran paling legenda seluruh
Indochina. Wanita besi itu telah memenggal kepala raja
Sukhothai itu dan mencampakkan tubuhnya ke sungai, lalu
menyembunyikan kepalanya sebelum dituntut oleh sami-
sami Sukhothai. Inilah legenda yang membayangi sejarah
Sri Suriyothai.
Ingat lagi gadis misteri yang melambaikan tangannya
kepada saya dalam mimpi? Dan lukisannya yang dipuja
oleh pemuda Siam, mekanik dari Sungai Petani? Patungnya
telah dijadikan pelaris oleh masyarakat Thai. Kini patung
dewi ini telah dipakaikan kostum Thai moden. Dan lukisan
gadis ini dalam kostum kebaya atau kostum Sriwijaya
(berkemban dan memakai selempang) adalah satu budaya
tertua sekali berkaitan dewi ini. Asal-usul pemujaan ‘Nang
Gwak’ (nama dewi pelaris ini) dikatakan berasal dari mitos
yang berasal dari India namun pengkaji budaya Thailand
bersetuju mengatakan budaya dan kostum dewi ini berasal
dari kebudayaan kuno yang telah bertapak lama di
Thailand. Apakah kebudayaan kuno ini? Ia adalah
Sriwichay. Mahu saya terjemahkan apa dia Sriwichay itu?
Seorang sami Thai dari Baling telah mengajarkan saya mantera pelaris untuk ‘Nang Gwak’ ini. Saya
bukan mahu amalkan benda-benda syirik ini, tetapi saya mendapat satu kenyataan yang menarik dan
begitu menakjubkan dari mantera Nang Gwak, gadis misteri dari tamadun purba Thailand!
Setelah meneliti mantera ini:

ohm s e-w -chai gang wian bp o j}o k o k eow mee l ok kon d eow ch u naang-gw{k chaai
h n chaai r|k y ng h n y ng t|k t k t an n}a p ak paa-n t chaa paa goo bpai k|a t ung
meuang maen goo j{ bpai k|a h a w en g r d}i wan l| s en t|-naan goo j{ k|a s a-r|-p|t
gaan g r d}i doi kl ng goo j{ k|a tong g r d}i-m|-dtem h{ap piang wan née bpen r i s am
h{ap maa reuan s am deuan bpen s{yt-t e s am bpee bpen p r k|a s m-pao pr| reu-s e p o
bpen j}o bpr{-s t h}i g{e l ok kon d eow s{-w a ha
Saya mendapati kata ‘see-wi-chai’ / ‘Sriwichay’ tidak punya maksud dalam bahasa Thai dan ditafsirkan
terus kepada ‘Sriwijaya’ padahal kata ‘Sriwijaya’ ada maksud dalam bahasa Sanskrit. Kata-kata
permulaan ‘Ohm’ adalah kata-kata sanjungan atau pujaan dari agama Hindu. Biasanya nama-nama
dewa akan diletakkan di belakang kata puja ‘Ohm’. Menariknya di sini, nama ‘Sriwijaya’ diletakkan di
belakang ‘Ohm’. Tiada dewa Thai yang bernama Sriwijaya. Juga tiada nama dewa Hindu yang bernama
Sriwijaya. Dalam riwayat kuno Thai, ambillah petitih mana pun, dari era Lannathai atau Sukhothai
sekalipun, ‘see-wi-chai’ hanya merujuk satu nama, Sriwijaya.
Kandungan mantera ini menggambarkan maksud pelaris itu sendiri, membawa banyak harta benda,
emas atau kekayaan dan menjadikan perniagaan semakin baik. Ada juga perkataan ‘Khao Khieow’ yang
membawa erti yang mendalam.
Saya ingin beritahu anda satu perkara. Puji-pujian kepada raja-raja Melayu Sriwijaya adalah satu
budaya biasa ketika Sriwijaya berkuasa di IndoChina. Raja-raja ini dipuji dan dipuja bagaikan Dewa
Visnu dan Siva dalam prasasti dan riwayat-riwayat Thai Kuno. Dan jangan terkejut jika sebahagian
mantera sami Thai masih terlekat pujaan terhadap ‘Sriwichai’ ini.
Nama empayar ini dipuja bagaikan masih punya bisa dan kesaktian.
Mungkin mereka dengan kepercayaan mereka, tetapi bagi saya kesaktian ‘Sriwichai’ terletak kepada
hegemoni perdagangan maritimnya. Bukan jelmaan Visnu atau Siva.
Apakah kaitan Sriwichai, Durga Wijayamala dan Ramakhamhaeng?
Cik Siti Wan Kembang dan Tanah Serendah Sekebun Bunga!
Tetapi saya mahu tahu dahulu siapakah ‘Nang Gwak’ sebenarnya. Atau saya boleh bertanya lagi, biar
minda anda lebih sakit lagi, apa kaitan Nang Che Yam dengan Nang Gwak?
Prasasti Grahi yang telah dijumpai di Kemboja adalah dalam bahasa Khmer. Namun ia menceritakan
tentang keagungan raja-raja Melayu Sriwijaya. Pelik? Anda kena belajar memahami kenyataan ini!
Anda kena memahami bahawa Melayu itu tidak sesempit Perlis sehingga ke Sabah. Belajar nama
empayar ini, Sriwijaya dan anda akan dapat tahu rahsia kerajaan Grahi yang hilang. Sekali anda tahu
rahsia Grahi, anda akan tahu apa yang berlaku 500 tahun sebelum Masehi. Sekali anda tahu riwayat 500
tahun sebelum Masehi, sebelum Dapunta Hyang Jayanasa mendarat di Muara Tamwan dengan
balatentaranya sebagaimana yang tercatat di prasasti Kedukan Bukit, anda akan dapat memahami
mengapa Valmiki menuliskan nama ‘Malayadvipa’ (Kepulauan Melayu) dalam Ramayana juga Vyasa
dalam kompilasi Purana, beratus tahun sebelum kemunculan Gautama Buddha. Sekali anda tahu
mengapa para rishi menuliskan nama Kepulauan Melayu di dalam kitab-kitab suci mereka, anda akan
tahu siapakah dia watak misteri ‘Maat Heru’ (Mata Hari) seperti yang tercantum di dalam The Egyptian
Book of The Dead.
The history of thy beloved,
~ Srikandi
CATATAN SRIKANDI V
AHAD, 17HB OKTOBER 2010
[HTTP://MISTISFILES.BLOGSPOT.COM/2010/10/CATATAN-SRIKANDI-IV.HTML]

Gambar menunjukkan raja dan permaisuri Melayu dari dinasti Sailendra sedang berehat di dalam istana sambil
dikelilingi para pegawai kerajaan dan inang-inang diraja. Relief dari Borobudur, Indonesia.
Catatan Srikandi V: Jangan keliru sejarah bangsa sendiri!
Ketika saya belajar sejarah dahulu, terutamanya ketika di tingkatan satu, saya memahami selepas topik
‘orang gua’ (Paleolitik, Mesolitik dan ‘litik-litik’ yang lain) saya dihidangkan tentang sejarah Kesultanan
Melaka. Saya ketika itu walaupun masih kecil namun tetap boleh berfikir dan terpinga-pinga mengapa
sejarah Malaysia khasnya orang Melayu boleh menjadi cacamarba sebegini. Jika teks Sejarah Malaysia
dijadikan filem komersil, saya jamin ia akan menjadi filem paling top oleh Rotten Tomatoes. Filem
paling tidak senonoh dari segi kronologi.
Ketika di tingkatan 5, barulah ada disentuh sedikit tentang kerajaan agraria dan maritim di Asia
Tenggara. Ada disebutkan tentang Champa dan Funan. Juga disebutkan tentang Sailendra dan Sriwijaya.
Namun ketika saya tidak tahu bahawa Sriwijaya yang amat hebat itu adalah empayar orang-orang
Melayu! Dan Sailendra yang merupakan dinasti penguasa paling agung Asia Tenggara adalah dinasti
Melayu! Memang saya tidak tahu. Dan ramai tidak tahu. Ketika itu saya benar-benar tidak mengerti
mengapa sejarah bangsa saya adalah sejarah paling misteri dalam dunia. Tidak ada kesinambungan.
Terputus dan terpecah-pecah di sana-sini. Pada mulanya saya memikirkan bahawa orang Melayu itu
hanya terdapat di semenanjung. Kemudian saya tahu bahawa orang Melayu ada di Sumatera. Kemudian
rupa-rupanya ada satu kerajaan Melayu di Borneo, Brunei Darussalam. Kemudian akhirnya saya tahu
ada Melayu di Selatan Thai. Pada mulanya juga, saya memikirkan bahawa kerajaan orang Melayu yang
mula-mula sekali adalah Kerajaan Melaka. Sebelum itu orang Melayu mungkin tidak punya apa-apa
kerajaan. Saya diajar tentang Parameswara, penguasa pertama Melaka telah membunuh Temagi, wakil
pemerintah ‘Siam’ di Temasik dan melarikan diri sehingga membuka Melaka. Saya berfikir, bagaimana
‘Siam’ boleh sampai nun, di Singapura sana. Hanya dalam Sejarah Melayu sahaja disebutkan tentang
Temagi ini manakala semua petitih-petitih kuno dan riwayat Thai tidak menyebutkan apa-apa tentang
penguasaan mereka sejauh Temasik. Namun saya ketika itu mula memikirkan bahawa sebelum naik
Kesultanan Melaka, seluruh semenanjung adalah di bawah taklukan ‘Siam’. Jadi dari mana orang Melayu
datang? Kenapa Siam yang terkenal kuat itu tidak menghalang penubuhan Melaka? Saya benar-benar
keliru dengan riwayat bangsa saya sendiri.
Apabila saya mengambil kursus sejarah di universiti, dan mengkaji sejarah Melayu Asia Tenggara
dengan semakin mendalam, saya menjadi semakin keliru apabila dijumpai prasasti-prasasti berbahasa
Melayu Kuno di merata tempat seawal abad ke-7 Masehi! Saya juga tidak menyangka bahawa Champa
adalah kerajaan orang Melayu dari suku Cham yang punya kaitan rapat dengan orang Kelantan
dan Terengganu. Saya semakin pelik apabila empayar maritim Sriwijaya yang telah membina
Borobudur itu ketika era dinasti Sailendra memerintah Jawa menggunakan bahasa Melayu Kuno!
Kemudian saya tahu yang membunuh temagi bukanlah Parameswara tetapi Sang Nila Utama,
seorang putera dari keturunan Sriwijaya yang berpindah ke Temasik dari Sumatera untuk lari dari
hegemoni Majapahit yang semakin kuat di Palembang. Dan saya tahu bahawa Temagi bukanlah
keturunan Thai atau dari kerajaan Ayutthaya, tetapi keturunan sama ada Mon-Khmer atau
Melayu Segenting Kra dari kerajaan Melayu antara tergelap dalam sejarah Kemelayuan,
Tambralingga. Temagi dikatakan dibunuh pada tahun 1324 padahal kerajaan Ayutthaya ditubuhkan
kira-kira pada tahun 1354! Ayutthaya perlu mengambil masa berpuluh tahun sebelum mampu
menghantar tenteranya menakluki Temasik!
Cerita yang sebenar ialah, ketika hegemoni Sriwijaya ke atas Asia Tenggara sedikit demi sedikit runtuh,
maka banyak negarakota Melayu (Malay states) dan lain-lain (contohnya kerajaan orang Mon) mula
membebaskan diri dari Sriwijaya. Terutamanya ketika serangan kilat Rajendra Chola dan peperangan
dengan di Jawa telah melemahkan hegemoni
empayar ini menyebabkan Sriwijaya melepaskan
wilayah-wilayahnya. Salah satunya ialah
Tambralingga yang kemudiannya dikenali
sebagai Nagara Sri Dharmaraja. Raja
Tambralingga yang berjaya membebaskan diri
dari pengaruh Sriwijaya mula meluaskan
pengaruhnya sendiri di seluruh semenanjung
hingga ke Temasik. Pengaruh Tambralingga
semakin besar sehingga mampu menghantar
angkatan tentera menyerang Sri Lanka pada
tahun 1247 Masehi. Tidak hairanlah pulau
Temasik adalah di bawah pengaruh
Tambralingga jika sudah berupaya menghantar
tentera sejauh ke Sri Lanka.
Ukiran pada Borobudur pada abad sekitar 6-8 Masehi menunjukkan orang Melayu telah mampu membina kapal-
kapal besar dan membina rangkaian perdagangan ketika di Kepulauan British masih berperang dengan bangsa
Norman,Norseman dan puak-puak Jerman Kuno.
Semua kekeliruan sejarah ini menyebabkan kesan yang bukan sedikit. Pertamanya orang Melayu
memikirkan dahulu seluruh semenanjung adalah di bawah Siam. Kemudian yang lucunya, ada
warganegara Malaysia keturunan Thai berdegil mengatakan bahawa Temagi itu adalah wakil Ayutthaya
dan dahulunya orang Thai adalah pribumi semenanjung! Ini adalah karut kerana semua pengkaji
sejarah tahu orang Thai adalah imigran termuda ke Indochina ketika etnik-etnik Malayo-Polinesia
(termasuk Melayu), orang Pyu, Mon dan Khmer sudah berada lama di Indochina.
Ingat kisah Rajuna Tapa yang membuka pintu kota Temasik untuk tentera Majapahit? Itulah sebab
Parameswara lari ke Melaka! Bukan sebab membunuh Temagi. Siap ada filem era Jalan Ampas lagi
tentang serangan Majapahit ke atas Temasik akibat pembelotan Sang Rajuna Tapa, seorang pegawai
kerajaan Temasik di bawah pemerintahan keluarga Parameswara. Sang Rajuna Tapa membelot kerana
kecewa anak perempuannya dihukum sula oleh raja akibat dituduh bermukah.
Semua ini bagaikan melengkapkan satu ‘puzzles’ yang berselerak di sana-sini!
Salasilah sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menyebabkan banyak pihak mengambil
kesempatan. Bumi orang Melayu yang penuh kekayaan ini menjadi idaman semua bangsa di dunia.
Kedudukannya yang strategik di antara Barat dan Timur dicemburui ramai orang. Bukan sahaja di darat
malah lautan kelilingnya penuh dengan sumber mineral. Kaji mengapa China yang jauh dari Kepulauan
Spratly bermatian menuntut kawasan ini. Dari segi kedudukan, Filipina dan Malaysia punya kelebihan
kerana lebih berdekatan. Kerana faktor-faktor kedudukannya yang jauh dari kepulauan ini maka China
terpaksa menggunakan senjata berbahaya yang kurang dipedulikan pemimpin UMNO yang ‘duit rakyat
didahulukan, perut sendiri diutamakan’. Apa senjata itu wahai tuan-tuan dan puan-puan?
Sejarah!
China terpaksa mendakwa bahawa Kepulauan Spratly telah lama dikunjungi oleh para nelayan dan
pedagang China sejak berabad-abad dahulu padahal ramai pengkaji sejarah maritim mengakui orang-
orang China agak lambat menguasai laut selatan berbanding kaum-kaum Austronesia yang terkenal
sebagai para pelayar dan pengembara maritim dari Hawaii hingga ke Madagaskar. Para pedagang China
terpaksa menumpang kapal-kapal orang ‘Kunlun’ untuk ke selatan kerana keadaan laut di situ amat
berbahaya. Siapa orang ‘Kunlun’ dalam teks kuno Maharaja China? Tidak perlu saya beritahu.

Betapa indahnya kenangan bangsa Melayu pada masa-masa dahulu. Ahli sejarah luar negara mengenang Melayu
sebagai bangsa yang setaraf dengan Norseman dan Phoenicia, pakar dalam ilmu maritim. Sehingga pada candi,
tukang-tukang batu Melayu mengabadikan profesion purba mereka dengan penuh megah.
Cukuplah Merong Mahawangsa yang diupah untuk membawa putera Rom menemui puteri China
menggunakan kapalnya. Inilah kisah profesion purba orang ‘Kunlun’ yang terakam kemas dalam
hikayat Melayu dahulukala. Sebab itu saya katakan dahulu, membaca hikayat-hikayat Melayu perlu
punya pengetahuan sejarah yang luas supaya dapat membaca secara ‘read between the lines’. Di
dalamnya penuh kod-kod rahsia yang hanya mampu dipecahkan jika pengetahuan kronologi sejarah
kita kuat. Orang Melayu dahulukala memang suka berkias-kias.
Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan sekelompok orang yang
menggelarkan diri mereka ‘Keturunan Merong’ menuntut takhta Sultan Kedah dan Yang Dipertuan
Agong dengan cara memutarbelitkan sejarah dan mengisi lompang sejarah Melayu dengan versi sejarah
karut mereka.
Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan golongan ‘Ultrakiasu’
mempermainkan sejarah Malaysia dengan cuba mengelirukan dan memutarbelitkan fakta bahawa
orang Melayu adalah pendatang.
Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan orang lain menuntut wilayah-wilayah
Melayu pada zaman dahulu seperti yang berlaku ke atas Pulau Batu Putih.
Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan orang Melayu ke arah buta sejarah
bangsa sendiri dan penuh perasaan ‘inferior’ terhadap bangsa lain.
Saya galakkan anda semua wahai anak-anak Melayu tonton filem ‘The Legend of Queen Suriyothai’ dan
‘King Naresuan’ dan belajar bagaimana bangsa Thai cuba menaikkan jatidiri dan semangat patriotik
bangsa dengan mendefinisikan semula sejarah mereka. Walaupun ada pakar sejarah tahu bahawa
kostum perang di zaman Raja Naresuan tidaklah seperti yang ditonjolkan, namun mereka sedar betapa
pentingnya prestij sejarah untuk membangkitkan semangat bangsa mereka. Tidak kiralah sejarah realiti
atau sejarah yang asalnya fantasi namun cuba direalitikan.
Jadi apa yang pemimpin UMNO buat? Berkokok dan menyalak ke sana ke mari tentang Ketuanan
Melayu, namun menjahanamkan orang Melayu sedikit demi sedikit. Apabila Ultrakiasu (ingat, bukan
Cina tetapi yang rasis dan Ultrakiasu sahaja) mengadu mereka dikatakan pendatang, maka pemimpin
Umno membuat kenyataan bahawa Ultrakiasu bukan pendatang. Namun apabila orang Melayu dihina
malah agama dan nama Allah dipermainkan oleh Ultrakiasu, apakah yang pemimpin UMNO ini buat?
Amaran, amaran dan amaran sahaja? Ini kedunguan saudara dan saudari. Ini kebingungan yang tidak
boleh dimaafkan. Pandai bila menghayun-hayunkan keris ketika memekik ‘Hidup Melayu!’ namun pada
masa yang sama menikam dan membunuh warisan dan jatidiri Melayu sedikit demi sedikit. Apa
gunanya Perkasa dan Pekida? Dua organisasi ini semakin hari semakin menggalakan gengster-gengster
dan mat rempit Melayu berkeliaran di dalamnya. Mereka amat berani berkokok dan bergaduh. Tetapi
mangsa mereka siapa? Orang Melayu juga!
Mereka hanya berani ke atas bangsa sendiri tetapi pengecut terhadap bangsa lain. Sebab apa?
Pertamanya sebab memang mereka pengecut. Keduanya sebab bos-bos mereka iaitu pemimpin UMNO
ada ‘deal’ dengan Ultrakiasu. Ini semua cerita pasal duit. No money no talk. Rasuah dan sogokan duit
akhirnya menghancurkan orang Melayu.
Dahulu raja-raja Melayu dipermainkan British. Sekarang pemimpin-pemimpin Melayu dipermainkan
Ultrakiasu. Apa yang boleh saya katakan, ‘why are you so stupid?’
Kita tidak boleh harapkan satu lagi parti Melayu iaitu PKR yang jadi hamba sahaya pacal yang hina
kepada DAP. Ini memang sudah keluar carta. Buat pemilihan dalam parti pun kelam kelibut, bagaimana
hendak pegang satu Malaysia?
PAS, bermula dengan baik dengan tema agama, kerana AGAMA adalah berkait amat rapat dengan
Kemelayuan. Sama seperti separuh sejarah Thai adalah Buddha Theravada maka 80% dari warisan
Melayu dan kekuatan sejarahnya adalah Islam itu sendiri. Jika seorang Melayu sudah murtad dan masuk
agama Kristian contohnya, anda akan lihat sedikit demi sedikit dia akan hilang aura Kemelayuannya.
Jadi ‘makhluk’ lain yang asing terhadap Melayu dan segala rahsianya.
Tetapi amat mengecewakan kerana dek mahu menang pilihanraya, PAS seakan-akan rela membutakan
matanya sendiri laksana Kasim Selamat. Sudah-sudahlah berpolitik. Jangan sampai PAS bertuhankan
politik. Jika PAS membuang Melayu kerana jadi hamba politik saya masih boleh menerima (walau
dengan hati yang berat dan sedih) tetapi jangan sampai PAS buang agama sekali akibat mahu menang
pilihanraya. Ini sudah sampai peringkat sadis dan ‘gore’.
Adakah saya boleh berkata, biarkan luncai terjun dengan labu-labunya?
Kini saya mahu menumpukan kajian terhadap kerajaan Melayu sebelum Sriwijaya atau era pra-
Sriwijaya. Jika pada zaman Ratu Hatshepsut (1508BC - 1458BC), sudah tercatat nama ‘Perahu’ dan
‘Hati’ sebagai nama pemerintah Melayu pada zaman dahulu, sudah tentu saya mahu tahu lebih tentang
mereka. Mengapa? Tidak percaya? Tidak percaya kerana tidak mungkin orang Melayu wujud sejauh
1500 Sebelum Masehi?
Tetapi saya mahu percaya.
Saya mahu percaya sebab jika orang Melayu tidak meninggalkan apa-apa tentang kewujudan mereka
sekalipun, orang Mesir Purba teguh mengukirkan rahsia Kemelayuan di dinding-dinding makam dan
kuil mereka. Sebab apa?
Sebab moyang saya adalah pedagang dan pelaut yang handal. Rempah dan kemenyan adalah antara
barangan dagangan nenek moyang saya yang menjadi idaman para Firaun dan Emperor Babilon.
Saya mahu tahu mengapa ‘Maat Heru’ dalam ‘The Egyptian Book of The Dead’ yang terukir pada
keranda-keranda dan dinding makam Firaun punya hubungan dengan nama ‘Matahari’ dalam bahasa
Melayu. Apa hubungan Melayu dengan bangsa Mesir Kuno? Siapa Raja Matahari?
Siapa Raja Perahu dan Permaisuri Hati? Apa hubungan mereka dengan Raja Matahari?
Kemudian setelah mengkaji sejarah Phoenicia dan menemui beberapa petunjuk antara orang Melayu
dan bangsa Phoenicia, memimpin saya kepada petunjuk di Borneo. Saya menemui nama lama bagi
Borneo adalah berasal dari kata Borni merujuk ‘slang’ pengembara Itali kepada kerajaan Melayu
Brunei. Kemudian saya menggali lagi sehingga mengetahui nama purba Brunei adalah Poni merujuk
kepada catatan-catatan pengembara China zaman dahulu. Pengembara China ini mencatatkan bahawa
penduduk di kawasan ini (Borneo sekarang) menggelarkan tanah mereka sebagai Poni/Puni.
Inilah Punt yang sebenar!
Inilah tempat tinggal Raja Perahu dan Permaisuri Hati!
Sungguh! Saya benar-benar teruja dengan sejarah Melayu yang penuh misteri!
~ Srikandi
"Don't hide my Chronicles behind your blood of war. I'm vampire of history"

Anda mungkin juga menyukai