Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 6 )

SEMANTIK BAHASA MELAYU


(BMMB 3123)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NABIL AZFAR BIN A WAHAB


NO. KAD
PENGENALAN 980719-01-5083

ANGKA GILIRAN 2017192340043

KUMPULAN PISMP C3

NAMA
PENSYARAH
AKADEMIK DR. AZMAN BIN RAHMAT

TAJUK TUGASAN ANALISIS PERIBAHASA

TARIKH TERIMA
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke atas hadrat ilahi serta kurniaan nikmat masa, nyawa dan
tenaga yang telah dianugerahkan kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan
dengan jayanya meskipun pelbagai kelemahan yang dizahirkan dalam hasil penulisan ini.

Namun, saya tetap ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada


pensyarah yang dikasihi kerana tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya memberi ruang kepada
saya untuk menghasilkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
iaitu A Wahab bin Buang dan Jamaliah binti Hassan kerana memberi motivasi dan sokongan
buat saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya rakamkan kepada rakan-rakan yang banyak
membantu serta sebagai pemudahcara dalam setiap permasalahan yang timbul. Akhir bicara,
saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun
sebaliknya dalam menghasilkan kerja kursus ini.

Semoga hasil penulisan ini diberkati dan memberi manfaat kepada diri penulis mahupun
para penunutut limu yang mempelajari bidang ini. Diharapkan hasil penulisan ini menjadi suatu
wadah untuk mengembangkan lagi idea dalam menberikan manfaat kepada masyarakat serta
negara khususnya dalam bidang pendidikan. Terima kasih.
1.0 PENDAHULUAN

Peribahasa merupakan fokus utama dalam aspek pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Hal
ini kerana, peribahasa merupakan salah satu aspek bahasa yang wajib dipelajari oleh murid-
murid berdasarkan kandungan kurikulum yang telah dirangka. Berdasarkan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR), peribahasa merangkumi perumpamaan, bidalan, simpulan bahasa,
pepatah, perbilangan dan kata-kata hikmat yang perlu diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).

Dalam konteks ini, penulis melihatkan kepada takrif yang dinyatakan oleh Zaitul Azma
Zainon dan Ahmad Fuat Mat Hassan (2011) dengan menakrifkan peribahasa dari dua sudut
pandang iaitu dari sudut hukum adat dan dari sudut aspek penulisan. Takrifan oleh dua tokoh
ini boleh dilihat berdasarkan rajah di bawah:

Takrif peribahasa menurut


Zaitul Azma Zainon dan
Ahmad Fuat Mat Hassan
(2011)

Hukum Adat Penulisan

Peribahasa berperanan sebagai Pembentukan ayat yang menggunakan


hukum adat dan nasihat moral peribahasa yang terdapat dalam puisi
dalam mengawal tindak tanduk dan penulisan kreatif melihatkan
masyarakat keindahan dan seni bahasa Malaysia

Rajah 1: Takrif peribahasa menurut Zaitul Azma Zainon dan Ahmad Fuat Mat Hassan (2011)

Dalam konteks ini, peribahasa juga mempunyai nilai keunikannya tersendiri. Menurut
Za’aba (2002) menyatakan peribahasa mempunyai struktur ayat tertentu yang dapat
meningkatkan kemahiran penulisan seseorang murid hasil daripada keindahan bahasa dan
berbeza daripada pengucapan harian. Selain itu, ciri keringkasan ayat dalam peribahasa dapat
dilihat dari segi unsur elipsis (pengguguran) yang membuatkan ayat menjadi lebih pendek,
namun makna yang difikirkan disampaikan secara jelas kerana pengguguran hanya berlaku
kepada perkataan-perkataan tertentu yang kurang membawa maksud pada peribahasa tersebut
(Effendy Ahmadi, 2004).
Namun, sejauhmana peribahasa diaplikasikan dalam pembelajaran formal Bahasa
Melayu masih menjadi persoalan. Tambahan pula, keupayaan guru dan murid untuk
menggunakan peribahasa yang sesuai bagi tujuan pembelajaran pelbagai aspek kehidupan
masih menjadi isu utama. Oleh itu, tugasan ini memilih 10 peribahasa Melayu untuk ditafsirkan
makna mengikut konteks yang betul dan jelas.

2.0 PERUBAHAN SEMANTIK DALAM PERIBAHASA

3.0 ANALISIS PERIBAHASA

10 peribahasa yang dipilih untuk dianalisis adalah seperti berikut:

I. Bagai gembala diberi keris

Peribahasa ini membawa makna pemberian yang tidak berfaedah. Asasnya peribahasa
ini mempunyai dua bahagian yang boleh dianalisis, iaitu:

bagai gembala diberi keris


Alat yang digunakan Senjata masyarakat
oleh petani Melayu

Gembala ialah alat yang digunakan oleh penternak ataupun petani bagi
mengurus dan memukul haiwan ternakan yang diternak untuk bergerak. Asasnya, alat
gembala ini tidaklah bersifat tajam sehingga memudaratkan kepada binatang jika
melibas haiwan ternakan tersebut.

Keris pula dikonotasikan sebagai senjata kebanggaan masyarakat Melayu baik


zaman dahulu ataupun kini. Walaupun tidak lagi menjadi senjata penting, namun
keistimewaan keris ini menjadikannya sebagai lambing adat dan budaya masyarakat
Melayu (Mohd Azam Shah, 2013).

Berdasarkan dua makna ini menunjukkan bahawa peribahasa yang ingin


disampaikan perbuatan memberi keris kepada pengembala merupakan satu perbuatan
yang kontradik dek akal. Mana mungkin pengembala menggunakan keris untuk
menternak? Malahan jika diberikan sekalipun, keris tersebut tidak dimanfaatkan
sepenuhnya oleh pengembala kerana kegunaan keris digunakan untuk alat
pentempuran bukannya alat untuk menternak. Maka, jelaslah bahawa peribahasa ini
membawa konotasi ragam manusia untuk dikiaskan. Hal ini kerana, jika ingin
memberikan sesuatu barang atau peralatan kepada sesesorang, haruslah individu
tersebut tahu menggunakannya. Jika tidak tahu menggunakannya, maka barang atau
peralatan tersebut sudah tentu tidak akan dimanfaatkan kegunaannya.

II. Bagai mencurah air ke daun keladi


Peribahasa ini memberi erti bahawa nasihat yang diberikan adalah sia-sia dan tidak
menyentuh hingga ke perasaan. Dalam peribahasa ini, boleh difahami berdasarkan dua
pecahan untuk menjelaskan maksud yang tersirat.

Frasa ‘mencurah air’ diibaratkan sebagai nasihat, semangat, dorongan mahupun


motivasi yang diberikan, Hal ini kerana, dalam perspektif masyarakat Melayu,
simbolisme air boleh disamakan dengan perbuatan memberi nasihat disebabkan air
merupakan entiti semula jadi yang digunakan setiap hari begitu juga perbuatan orang
yang lebih tua sewaktu menasihati golongan muda (Amirah Ahmad & Rozaimah
Rashidin, 2011)

Frasa daun keladi dalam konteks ini membawa sifat kalis air kerana terdapat
satu lapisan daun keladi yang berlilin yang menyebabkan menghalang penyerapan air.
Maka disebabkan sifat yang ada pada daun keladi itu menyebabkan seberapa banyak
manapun air yang dicurahkan kepada daun keladi, sudah tentu tidak akan meresap.
Dalam konteks ini, ungkapan ‘ke daun keladi’ dipetakan sebagai tidak memberi kesan
ataupun merupakan satu perbuatan yang sia-sia sahaja.

Oleh itu, dalam peribahasa ini memberi gambaran bahawa nasihat yang diberikan
tidak akan didengari bahkan dianggap sia-sia sekiranya individu yang diberikan nasihat
itu masih dengan sikap ego dan sombong. Sifat ego dan sombong inilah boleh
dipandankan dengan ungkapan daun keladi kerana menjadi tembok penghalang kepada
nasihat itu dapat diterima ataupun sebaliknya.

III. Jika tiada rotan, akar pun berguna

Peribahasa ini membawa maksud kalau perkara yang dihajati tidak kesampaian, guna
sahaja apa-apa yang ada. Dalam konteks ini, peribahasa ini memberi kiasan dalam
maknanya secara eksplisit dan dapat difahami maknanya dengan jelas, iaitu ‘jika tidak
dapat perkara yang dihajati, guna apa-apa sahaja yang ada’.
Dalam hal ini, timbul satu persoalan, mengapakah akar dikatakan dapat
menggantikan rotan dalam situasi-situasi tertentu? Persoalan ini menujukkan
kebijaksanaan orang Melayu dalam memberi kiasan terhadap sifat ‘rotan’ dan ‘akar’
yang mempunyai kegunaan yang hampir sama meskipun sifat dua tumbuhan ini
berbeza. Sifat rotan lazimnya bersifat kaku, struktur memanjang dan kukuh. Oleh sebab
itu, rotan digunakan untuk menghasilkan perabot, kraf tangan bahkan untuk mengikat
hasil hutan yang dikumpul contohnya, kayu api, akar ubat, pucuk herba, sayur hutan dan
buah-buahan. Namun, dalam situasi tertentu jika rotan tidak dijumpai, rotan boleh
digantikan dengan akar untuk kegunaan yang sama seperti mana kegunaan rotan iaitu
dijadikan alat perhiasan dan mengikat hasil hutan yang dikutip. Antara akar kayu yang
dapat menggantikan rotan bagi tujuan mengikat ialah akar pokok tuba dan akar pokok
ara (Mohd Anim Hosnan, 2015)

Menurut Mary Fatimah Subet dan Ridzuan (2019) peribahasa ini menunjukkan
pembawaan sikap masyarakat Melayu dahulu apabila melihat ciri-ciri persamaan yang
ada pada ‘rotan’ dan ‘akar’ seterusnya membuat perumpamaan dalam hal-hal
kehidupan tentang hal-hal kehidupan manusia yang perlu berusaha untuk mencapai
sesuatu dan tidak patut terhalang dengan sedikit kekurangan yang ada. Tuntasnya,
peribahasa ini menerangkan bahawa sesuatu yang harus berlaku tidak patut dihalang
oleh perkara yang remeh dan kecil jika masih terdapat jalan lain atau pengganti untuk
memastikan perkara yang dihasratkan itu terus dijalankan meskipun pengganti itu
kurang baik sedikit berbanding yang asal seperti diharapkan.

IV. Berjagung-jagung dahulu sementara menanti pada masak

Peribahasa ini membawa maksud oleh intuisi Melayu sebagai sementara menunggu
yang baik, bolehlah lakukan juga kerja-kerja berfaedah. ‘Berjagung-jagung dahulu’
merupakan ungkapan yang boleh difahami dengan menunjukkan aktiviti bercucuk tanam
yang cepat mengeluarkan hasil. Penggunaan leksikal ‘berjagung-jagung’ ataupun
‘menanam jagung’ membuktikan ciri-ciri tanaman ini yang mengeluarkan hasil lebih
cepat berbanding padi. Meskipun jagung tidak dijadikan makanan ruji oleh masyarakat
Melayu, namun jagung tetap boleh dijadikan sumber makanan sampingan sementara
menunggu beras yang diproses masak. Penggunaan leksikal ‘sementara menanti padi
masak’ selepas leksikal ‘berjagung-jagung dahulu’ menunjukkan peribahasa ini
mempunyai ungkapan yang saling berhubung. Menurut Mary Fatimah Subet dan
Ridzuan (2019) menyatakan bahawa sifat hubungan antara ungkapan dalam peribahasa
ini membolehkan pemprosesan maklumat menjadi lebih mudah apabila digunakan
dalam konteks ayat yang betul.

Peribahasa ini menfokuskan kepentingan pengurusan masa yang sangat


penting. Dalam kesempatan menunggu hasil yang besar dan lumayan, kita sepatutnya
memanfaatkan masa dengan melakukan pelbagai kegiatan sampingan supaya
mendapat hasil yang lebih. Oleh yang demikian, melalui semantik kita dapat mencungkil
falsafah dan akal budi masyarakat Melayu yang mengungkapkan peribahasa ini
berdasarkan pemerhatian mereka terhadap unsur-unsur alam semula jadi. Melalui
peribahasa ini juga, kita dapat melihat bukti penggunaan kiasan ini dalam kehidupan
masyarakat Melayu yang membuat perbandingan antara dua tanaman yang berbeza
namun mempunyai manfaatnya tersendiri kepada manusia.

V. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya


Peribahasa ini menunjukkan bahawa perangai atau sifat anak yang serupa seperti ibu
bapanya. Peribahasa lebih menonjolkan hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu
bapa. Penggunaan acuan yang disiratkan dengan makna ibu bapa manakala bentuk
kuih yang difahami sebagai anak-anak menggambarkan secara langsung ciri-ciri utama
makna peribahasa yang bertemakan kekeluargaan (Mary Fatimah Subet & Ridzuan,
2019).
Berdasarkan sudut pandang bidang seni kulinari, acuan ditakrifkan sebagai
tempat bekas tempat menuang bahan yang hendak dibentuk (Kamus Dewan, 2010).
Asasnya, bentuk acuan mempunyai pelbagai bentuk dan saiz yang boleh diisi dengan
pelbagai jenis adunan sama ada dalam bentuk cecair ataupun doh dan seterusnya akan
melalui proses penyejukan ataupun pembakaran sehingga menghasilkan kuih, biskut,
kek ataupun sebarang jenis alatan yang ingin dibentuk. Contohnya, jika kuih acuannya
berbentuk bulan sabit, maka kuih ataupun biskut yang dihasilkan juga akan berbentuk
bulan sabit.
Di samping itu, ungkapan leksikal kuih juga menterjemahkan gaya hidup
masyarakat Melayu yang sememangnya sinonim dengan makanan tradisional. Oleh
demikian, melalui persepktif semantik perlambangan antara sifat acuan dengan
perangai ibu bapa dan bentuk kuih yang terhasil daripada acuan tersebut disimbolkan
dengan perangai anak yang terhasil daripada didikan ibu bapa.
Jadi, peribahasa ini menggunakan acuan untuk menggambarkan sikap atau
perangai anak-anak yang mengikut perangai ibu atau bapa adalah tepat kerana acuan
akan menghasilkan objek yang sama dengan bentuk bekas yang dipilih.

VI. Ayam tambatan


Ayam tambatan merupakan simpulan bahasa yang membawa makna orang yang
dianggap hebat dan boleh diharapkan. Peribahasa tersebut merupakan frasa nama
gabungan antara perkataan ayam dan tambatan. Dalam hal ini, ayam tambatan merujuk
kepada makna ayam yang dipancang pada sebatang tiang untuk mengelakkan ayam itu
lari.
Perubahan makna boleh dilihat berdasarkan sifat ayam itu sendiri yang
merupakan haiwan peliharaan utama masyarakat Melayu zaman dahulu. Rentetan
daripada itu, kita dapat melihat leksikal ayam banyak digunakan dalam peribahasa
Melayu kerana haiwan ini dekat dengan manusia atau sering ditemui manusia serta
mempunyai impak kepada manusia sehingga menatijahkan leksikal ayam dengan lebih
kerap dalam peribahasa (Nor Hashimah Jalaluddin, 2011). Ayam juga dijadikan sebagai
sumber untuk mendapatkan makanan sama ada telur, dagingnya bahkan juga ganjaran
hasil daripada aktiviti menyabung ayam. Menurut Abdullah Hussain (2016) menyatakan
masyarakat Melayu pada zaman dahulu turut menjadikan ayam sebagai salah satu
sukan dan permainan, iaitu Sabung Ayam.
Maka, ayam yang ditambat merujuk kepada ayam yang mampu memberi hasil
kepada tuannya. Justeru, peribahasa ayam tambatan telah disiratkan sebagai kiasan
untuk merujuk kepada orang yang dianggap hebat dan boleh diharapkan untuk
membawa suatu kemenangan, manfaat ataupun faedah dalam sesuatu perlawanan.

VII. Air dicincang tidak akan putus


Peribahasa ini merujuk kepada perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama
dan akhirnya akan berbaik semula. Peribahasa ini terbentuk daripada kata nama ‘air’
dan juga kata kerja ‘dicincang.’ Air bermaksud cecair yang berada pada suhu bilik.
Dicincang pula bermaksud perlakuan memotong sesuatu kepada bahagian yang kecil.
Perubahan makna yang berlaku dalam peribahasa ini boleh dilihat berdasarkan
penggunaan kata air. Air telah digambarkan sebagai hubungan kekeluargaan seperti
adik beradik. Simbolisme air dalam peribahasa ini merujuk kepada satu pertalian
kekeluargaan atau hubungan darah (Amirah Ahmad & Rozaimah Rashidin, 2011).
Malah dari sudut perspektif masyarakat Melayu, air merupakan unsur alam yang wujud
secara semula jadi dan membawa makna positif berbanding kata darah yang membawa
makna satu sudut pandang yang negatif dalam peribahasa. Manakala dicincang dalam
konteks ini disiratkan sebagai permasalahan atau pergaduhan yang berlaku dalam
keluarga. Jadi, ungkapan dicincang tidak akan putus bererti masalah atau pergaduhan
yang berlaku dalam sesebuah keluarga tidak akan putus hatta sebesar mana sekalipun
pergaduhan itu terjadi.

VIII. Makan angin


Makan angin merupakan simpulan bahasa yang membawa makna berehat atau bersiar-
siar. Makan angin dibentuk daripada kata kerja ‘makan’ dan kata nama ‘angin’. Simpulan
bahasa makan angin merupakan domain makna yang diklasifikasikan sebagai domain
tempat (Sarudin Anida, 2016). Hal ini kerana, masyarakat telah melazimi bahawa kata
makan akan terus dihubungkan dengan aspek tempat. Melalui justifikasi inilah,
masyarakat Melayu telah memanfaatkan metafora unik ini untuk membentuk simpulan
bahasa makan angin yang membawa maksud perbuatan bersiar-siar atau berehat di
tempat-tempat tertentu yang indah dan menarik untuk melapangkan fikiran. Amnya,
pembentukan simpulan bahasa ini menggambarkan kebijaksanaan masyarakat Melayu
menggunakan kata-kata sebagai metafora, khususnya dalam menterjemahkan sesuatu
hal yang berkaitan dengan sesuatu hasrat.

IX. Tulang belakang


Tulang belakang merujuk kepada punca harapan atau invididu yang diletakkan harapan.
Tulang belakang dibentuk daripada dua kata nama yang digabung membentuk simpulan
bahasa. Tulang sifatnya keras dan terletak dalam badan manusia sebagai pelindung
manakala secara khusus terdapat satu jenis tulang yang dipanggil sebagai tulang
belakang yang sinonim sebagai tulang utama yang menjaga stuktur dan postur badan
manusia. Jika tulang belakang ini patah ataupun retak, maka kesannya akan
memudaratkan individu bahkan boleh menyebabkan kematian. Tulang belakang
melindungi tali tunjang dari kemungkinan kecederaan dan juga menyumbang kepada
hubungannya dengan otak (Fauziah Ibrahim, 2015). Maka, berdasarkan konteks ini,
tulang belakang secara literalnya membawa satu konotasi yang sangat penting dalam
sistem tubuh badan manusia.
Walau bagaimanapun, jika dari sudut pandang semantiknya pula, makna yang
diungkapkan membawa maskud pengharapan kepada seseorang yang amat dipercayai
dan jika individu yang digelar tulang belakang itu tiada, maka perkara yang ingin
dihajatkan atau sesuatu perkerjaan yang ingin dilakukan akan menjadi sukar dan
mencabar. Jadi, inilah perubahan makna jika diteliti daripada sudut semantiknya.

X. Seperti ayam patuk anaknya


Peribahasa ini bermaksud bermaksud menghukum anak bukan untuk menyeksa tetapi
untuk memperbaik kelakuan anak. Peribahasa ini terdiri daripada kata nama iaitu ayam
dan anaknya serta juga kata kerja iaitu patuk. Ayam merupakan haiwan seakan burung
yang mempunyai paruh tetapi tidak boleh terbang manakala perbuatan patuk pula
bermaksud perbuatan ayam mematuk atau memagut dengan paruh.
Perubahan makna yang berlaku dalam peribahasa boleh diteliti berdasarkan
pada penggunaan kata ayam. Hal ini kerana, timbul satu persoalan, mengapakah orang
dahulu menggambarkan konteks ayam mematuk anaknya itu sebagai kelakukan yang
positif.
Dalam konteks ini, masyarakat Melayu dahulu memilih ayam untuk membentuk
peribahasa ini kerana ayam merupakan haiwan yang mempunyai naluri semula jadi
dengan memakan semua jenis makanan. Jika makanan tersebut tidak sesuai maka,
ayam akan membuang makanan tersebut dari paruhnya. Kelakuan ayam mematuk
anaknya kerana ayam merupakan haiwan yang cepat belajar untuk mengenali tuan atau
ibunya sendiri. Mematuk anaknya sendiri akan membantu anaknya mencari makanan
dan melindungi anaknya daripada serangan musuh (Muhammad Zaid & Mary Fatimah
Subet, 2017). Melalui konteks inilah memberikan idea kepada orang Melayu dahulu
menterjemahkan kelakuan ayam dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini demikian
kerana, ibu bukan sahaja akan menghukum anaknya akan tetapi niatnya untuk mendidik
kelakuan anaknya agar menjadi insan yang baik suatu hari nanti.

4.0 KESIMPULAN

Sesuatu masyarakat yang kaya dengan kesopanan dalam berbahasa akan sentiasa cuba untuk
cuba menjaga hati pendengar dalam setiap tutur kata mereka. Oleh itu, dapat dirumuskan
bahawa dalam peribahasa Melayu mempunyai pelbagai makna yang tersirat. Peribahasa
Melayu ini telah menonjolkan kearifan masyarakat Melayu dahulu dengan mengaitkan alam
sekitar sebagai rujukan sifat atau kelakuan sesuatu perkara. Kehebatan peribahasa Melayu
tersebut bukan sahaja dapat dilihat daripada aspek tersebut, namun dapat dilihat juga daripada
kelestarian penggunaannya sehingga pada hari ini. Masyarakat Melayu dan masyarakat Jepun
dahulu menggunakan peribahasa dalam kehidupan harian mereka. Daripada kedua-dua
peribahasa ini terdapat banyak pengajaran yang dapat dicungkil. Penyampaian maksud
peribahasa ini dapat difahami secara tersurat dan tersirat. Dapatan kajian ini juga menunjukkan
masyarakat Melayu dan masyarakat Jepun mempunyai kesejajaran pemikiran dalam
penciptaan peribahasa walaupun unsur yang digunakan berbeza. Namun, maksud yang hendak
disampaikan adalah sama. Pengaruh budaya dan alam banyak mempengaruhi dalam
penciptaan peribahasa. Ini menunjukkan masyarakat Melayu dan masyarakat Jepun banyak
berinteraksi dengan alam dan menggunakan kiasan dalam kehidupan harian mereka.

Anda mungkin juga menyukai