Anda di halaman 1dari 21

Siri WebEX PPPJJ, USM

JMS 101: Pengantar Sejarah

PENYEBABAN DALAM SEJARAH


i. Pengenalan
ii. Definisi Penyebaban / Penyebaban Dalam Sejarah
iii. Pendekatan dalam Penyebaban

Dr. Ku Boon Dar


kubd@usm.my
Hasil Pembelajaran
We lead

JMS 101: Pengantar Sejarah


 Membincangkan definisi penyebaban.

 Menjelaskan penyebaban dalam sejarah.

 Membincangkan pendekatan-pendekatan dalam


penyebaban dalam sejarah.
Pengenalan
We lead

• Penyebaban (causation), iaitu tentang sebab-


musabab berlakunya sesuatu kejadian tertentu.

• Dalam sejarah, penyebaban timbul melalui


usaha untuk menjelaskan lagi perjalanan
sejarah secara kritis.

• Penjelasan (explanation) sejarah melibatkan


kajian tentang sebab-musabab atau punca-
punca terjadinya sesuatu peristiwa itu.

• Jadi sejarah tidak setakat penceritaan secara


naratif sahaja, bahkan juga penjelasan dan
analisis tentang sebab-sebabnya.
Penyebaban
We lead

• Mengikut Carr, "Kejadian Sejarah Adalah


Kajian Sebab Musabab."

• Maksudnya, seorang sejarawan yang ulung


seharusnya bertanya "MENGAPA" tentang
peristiwa yang telah berlaku dan selagi ia
masih mengharapkan jawapan dia akan terus
bertanya, menyelidik dan menyiasat!

• Tuntasnya, sejarawan mahukan sebab musabab


sesuatu perkara itu berlaku.

• Oleh itu, penyebaban merupakan satu perkara


yang sangat penting di dalam pengajian
sejarah.
Penyebaban
We lead

• Maksudnya, sesuatu peristiwa bukan sekadar


memaparkan secara 'harfiah' sahaja.
• Contohnya: Jepun menakluki Tanah Melayu
adalah kerana pihak Jepun sukakan
peperangan.
• Sebaliknya, penyebaban dalam sejarah
bermaksud isu tersebut perlu dikupas sebab,
kenapa, bagaimana dan sebagainya [5W 1H]
Jepun menakluki Tanah Melayu.
• Tanpa memberi penjelasan tersebut, seseorang
penyelidik tidak boleh mengakui dirinya sebagai
sejarawan.
Penyebaban
We lead

 Oleh itu, tidak selalunya penjelasan sejarah


melibatkan kajian sebab-musabab, walaupun
kajian sebab-musabab dapat menjelaskan
sejarah.

 Hal ini sedemikian kerana seperti kata William


H. Dray, ada kalanya kita tidak bertanya
"MENGAPA" (yakni sebab-sebabnya) tetapi
"BAGAIMANA" sesuatu kejadian itu berlaku.
Penyebaban
We lead

 Malah bagi Michael Oakeshott, semua pertanyaan


mengenai sebab itu sebetulnya merupakan
pertanyaan mengenai "BAGAIMANA".

 D.H. Porter juga melihat penjelasan sejarah sebagai


suatu jawapan terhadap pertanyaan mengenai
"BAGAIMANA" berlakunya sesuatu.

Asal-usul yang sebenar menghindari kita, semuanya


merupakan hasil daripada sesuatu yang mendahuluinya
malah proses penyebaban bergerak pada peringkat tertentu
dan retetan sebab musabab yang tidak berakhir selari
dengan rentetan perubahan yang tidak berpenghujung.
+ Cheyney
Pendekatan Dalam Penyebaban
We lead

Sesuatu peristiwa penting berlaku


disebabkan oleh satu rantaian faktor.
Satu sebab membawa kepada sebab yang
lain. Contohnya pembunuhan Birch.
Jadi yang dibangkitkan bukannya sebab-
sebabnya, tetapi proses atau selok-belok
terjadinya sesuatu.

Carr mengatakan terdapat beberapa pendekatan yang


dilakukan oleh sejarawan tentang keperluan memberikan
penyebaban ini.
Pendekatan Dalam Penyebaban
We lead

 Sejarawan akan memberikan beberapa sebab


bagi sesuatu peristiwa yang sama.
 Ringkasnya, rantaian sebab-sebab itu boleh
merupakan ekonomi, psikologi, politik,
peribadi, ideologi dan sebagainya.
 Sejarawan akan memberikan sebab pokok,
sebab kepada semua penyebaban.
 Namun ada pendekatan berbeza dalam
penyebaban.
 Contohnya Collingwood mementingkan
pemikiran pelaku-pelaku sejarah yang
mencetuskan peristiwa yang dikaji.
Pendekatan Dalam Penyebaban
We lead

 Contohnya peristiwa pembunuhan Birch di Pasir


Salak.
 Pendekatan Collingwood ialah sejarawan harus
menghayati pemikiran Dato' Maharajalela dan cuba
menyelami lubuk hatinya untuk mendapatkan
sebab kenapa kejadian pembunuhan itu boleh
berlaku?
 Kelemahan pendekatan Collingwood agak jelas.
 Pendekatan ini agak sempit kerana penyebaban
sesuatu peristiwa itu hanya bergantung kepada
pemikiran pelaku.

J.W.W. Birch
Pendekatan Dalam Penyebaban
We lead

 Pendekatan Collingwood tidak mengira akan


keadaan sekitaran yang juga boleh mempengaruhi
tindak tanduk manusia seperti nilai dan
kepercayaan sesuatu masyarakat.
 Pendekatan Collingwood hanya dapat menjelaskan
peristiwa kecil tetapi sukar menjelaskan
penyebaban tentang peristiwa atau pergerakan
besar-besaran. Seperti Perang Dunia, Revolusi
Perancis, Revolusi China. MENGAPA?
Pendekatan Dalam Penyebaban
We lead

 Pendeknya, sesetengah pihak tidak mengambil


pusing tentang sebab-musababnya, malah
menganggapnya sebagai kurang penting dalam
menjelaskan sesuatu.

 Selain itu, ada juga pihak yang kelihatannya


semacam mengambil mudah sahaja terhadap
persoalan ini, dengan cara memberi jawapan yang
berbentuk simplistik terhadap pertanyaan tentang
sebab-musababnya.

 Misalnya, jawapan-jawapan yang diberikan itu


dengan mudah dikatakan sebagai kebetulan
(chance, accident) sahaja, tanpa memerlukan
penelitian yang serius terhadapnya.
Pendekatan Dalam Penyebaban
We lead

Pandangan
 Teori sejarah menurut Teggart
Jean Paul Sartre,
bahawa kewujudan sesuatu itu tidak
mempunyai sebab atau alasan atau
keperluan.

 Malah pernah juga dikatakan yang


sejarawan Jerman yang terkemuka,
Friedrich Meinecke, turut tertarik kepada
peranan kebetulan ini dalam sejarah.
Pendekatan Dalam Penyebaban
We lead

 Terdapat juga penolakan terhadap konsep


penyebaban ini kerana keakuran hubungan
dengan akibat.

 Mereka mendakwa hubungan di antara


sebab dan akibat dianggap tidak jelas, dan
malah sengaja dipenggal-penggalkan sahaja.

 Masa lampau sendiri tidak mengenai


perbezaan-perbezaan, atau penggalan-
penggalan antara sebab dan akibat.
Pendekatan Dalam Penyebaban
We lead

Pandangan
 Penjelasan simplistik Teggart
ini ada
kalanya
juga muncul dalam bentuk ilmiah, iaitu
sebagai suatu aliran pemikiran yang
eksklusif.

 Teori Darwinisme atau evolusionisme,


yang mengajarkan tentang kejadian-
kejadian yang wujud secara kebetulan
sahaja.
Pendekatan Dalam Penyebaban
We lead

Penjelasan simplistik ini pernah juga


disebut oleh J. B. Bury sebagal Teori Hidung
Cleopatra (Cleopatra's Nose) yang
dikatakan cukup mengesankan bagi Mark
Anthony, hingga menentukan arus sejarah.

Andai kata, hidung Cleopatra tidak


mempersonakan, tentulah Mark Anthony
tidak akan tertarik kepadanya, dan akibat
Peperangan Actium serta nasib dunia
keseluruhannya akan menjadi berlainan.
Pendekatan Dalam Penyebaban
We lead

 Geoffrey Barraclough sampai menyarankan agar


sejarawan seharusnya tidak lagi menekankan isu
sebab-sebab, sebaliknya tumpukan sahaja kepada
akibat-akibatnya.

 Penyebaban atau sebab-sebab adalah milik sejarah,


sedangkan akibat atau natijahnya adalah milik kita
kini.

 Penyebaban atau motif adalah tersembunyi dalam


diri manusia. Hanya Tuhan jua yang dapat
mengetahuinya. Sedangkan kesan atau natijahnya
dapat disaksikan sampai kini.
Let Bygones Be Bygones.
Kesimpulan
We lead

 Betapapun wujudnya sikap massa dangkal atau


penolakan terhadap penjelasan tentang sebab-
musabab ini, ternyata sekali yang ia cuma
mewakili segelintir manusia sahaja.
 Manusia dalam keadaan biasa (normal) dan
waras tidak akan mempertikaikan lagi tentang
wujud atau tidaknya sebab-musabab sesuatu
itu.
 Yang dipertikaikan sejak lama hanyalah pada
jenis sebab-musababnya, atau urutan sebab-
sebab yang lebih penting dan utama.
 Di sinilah timbulnya pelbagai bentuk aliran
fahaman dalam kalangan sejarawan, yang
melahirkan pelbagai bentuk tafsiran tentang
sejarah.
Sejenak
We lead

Sejenak… Penyebaban juga penting


untuk membolehkan
sejarawan mewujudkan
kesinambungan di antara
satu peristiwa dengan
satu peristiwa itu.

Penyebaban penting
kerana ia merupakan
satu cara
mendapatkan
pengajaran daripada
sejarah
Buku Rujukan
We lead

1. Carr E.H. (1984) Apakah Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka. [mD16.8 C3li]

2. Collingwood R.G. (1996)The Idea Of History. Oxford


University Press. [D13.C711 – ada di setiap pusat wilayah]

3. Muhd.Yusof Ibrahim. (1986) Pengertian Sejarah. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. [D16.8.Y95 m – ada di setiap pusat
wilayah]

4. Suntharalingam. R. (1985) Pengenalan Kepada Sejarah.


Merican & Sons. Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. [D16.S958 m -
Perpustakaan Hamzah Sendut 1, USM]
We lead

Terima Kasih

Presented by
Dr. Ku Boon Dar | kubd@usm.my