Anda di halaman 1dari 14

MAJLIS HARI ANUGERAH KUALITI

SEKOLAH KEBANGSAAN UNDANG JELEBU


DEWAN BESTARI SKUJ

PADA 12 NOVEMBER 2010

MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN PENYAMPAI

2.30 Ptg KETIBAAN MENGUMUMKAN KETIBAAN YG BERBAHAGIA AIZIL


TETAMU KHAS ENCIK ANSAR BIN MAT ISA, PENOLONG
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH JEMPOL DAN
JELEBU.

2.45 Sirih Berlipat Sirih Pinang SHIKIN


PTG UCAPAN ALU- Sirih Dari Pulau Mutiara
ALUAN Pemanis Kata Selamat Datang
PENGERUSI Awal Bismillah Pembuka Bicara
MAJLIS
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.

ASSALAMU'ALAIKUM & SALAM SATU MALAYSIA

PIHAK MAJLIS MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN


YG B’BHG :

1. YG BHG. EN. ANSAR B. MAT ISA,


PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN
DAERAH JEMPOL DAN JELEBU

2. EN. SEZALI B. MOHAMAD KAMAL,


PENYELARAS PRA SEKOLAH
JABATAN PELAJARAN N.SEMBILAN

3. YG BERUSAHA EN. ZULKUPLI B.


OSMAN, GB CEMERLANG SKUJ.

4. YG, DIHORMATI EN MOHD FOUZI B


ISA, YG DIPERTUA PIBG SKUJ.

5. YG SETIA SRJN ZAKARIA B. RAHIM ,


BAPA ANGKAT SKUJ.(jika hadir)

6. YG SETIA SRJN RASHID B. AWANG,


BAPA ANGKAT SKUJ. (jika hadir)

1
7. AJK2 PIBG SKUJ YANG SEMPAT
HADIR, GURU2 PENOLONG KANAN,
GURU2, IBU BAPA SERTA
PELAJAR2 YANG DIKASIH
SEKALIAN.

Sayang Kumbang Mencari Makan,


Terbang Seiring Di Tepi Kali,
Selamat Datang Kami Ucapkan
Moga Diiringi Restu Illahi.

Melati Kuntum Berhias Buluh,


Tumbuh Melata Di Tepi Kali,
Anugerah Cemerlang 2010 ,
Murid-Murid Bertuah Kita Hargai

DIMAJLIS YANG PERMAI INI, MARILAH KITA


MEMANJATKAN KESYUKURAN KE HADRAT ILAHI
KERANA DENGAN IZIN SERTA LIMPAH RAHMAT-
NYA KITA DIBERIKAN KELAPANGAN MASA UNTUK
BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN HARI ANUGERAH
KUALITI SK UNDANG JELEBU 2010. SEPERTI YANG
KITA SEDIA MAKLUM, MAJLIS YANG DIADAKAN
SABAN TAHUN INI ADALAH UNTUK MERAIKAN
DAN MEMBERI PENGHARGAAN KEPADA ANAK-
ANAK DIDIK YANG TELAH MENUNJUKKAN
PRESTASI CEMERLANG. MEREKA BUKAN SAHAJA
DINILAI DARI SEGI AKADEMIK MALAH
PENGLIBATAN DALAM BIDANG KOKURIKULUM
TURUT DIAMBIL KIRA. JUSTERU, ADALAH
MENJADI HARAPAN KAMI WARGA PENDIDIK AGAR
IANYA MENJADI TONGGAK BAGI MEMULAKAN
ANJAKAN PARADIGMA DAN PENCETUS REVOLUSI
DALAM DIRI PARA PELAJAR INI.

BACAAN DOA Penglipurlara Mengungkap Madah AIZIL


Madah Dibaca Panjang Berbaris
Sembah Bukan Sebarang Sembah
Sembah Beradab Pemula Majlis

Kalau Pergi Tanjung Keramat


Anak Manis Jangan Diangkat
Bersama Kita Memohon Rahmat
Moga Majlis Mendapat Berkat

2
BAGI MEMULA DAN MEMULIAKAN MAJLIS,
DENGAN INI DIJEMPUT AL FADHIL UST. MOHD
FIRDAUS B. HARUN UNTUK MENGETUAI
BACAAN DOA. DENGAN PENUH TAKZIMNYA
DIPERSILAKAN.

SELESAI BACAAN MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH AIZIL


DOA KEPADA AL FADHIL UST. MOHD FIRDAUS B.
HARUN ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.

PERSEMBAHAN Dari Kedah Ke Bandar Perlis,


CAK LEMPONG Singgah Bersantai Di Tepi Jeti, SHIKIN
Persembahan Menyusul Memeriahkan Majlis,
Semoga Hadirin Terhibur Di Hati

DENGAN INI DIJEMPUT KUMPULAN CAK LEMPONG


PELAPIS SK UNDANG JELEBU UNTUK MEMBUAT
PERSEMBAHAN. KUMPULAN INI AKAN
MENYAMPAIKAN DUA BUAH LAGU IAITU LAGU
SI CANTIK MANIS DAN ZAPIN ANAK AYAM.
MAJLIS MEMPERSILAKAN.

SELESAI BEGITULAH TADI ALUNAN MERDU DARIPADA SHIKIN


PERSEMBAHAN KUMPULAN CAK LEMPONG PELAPIS SK UNDANG
CAK LEMPONG JELEBU.

UCAPAN GBC SK MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN


UNDANG JELEBU MEMPERSILAKAN EN ZULKUPLI B. OSMAN
GURU BESAR CEMERLANG SEKOLAH AIZIL
KEBANGSAAN UNDANG JELEBU UNTUK
MENYAMPAIKAN UCAPAN. MAJLIS DENGAN
SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

SELESAI UCAPAN MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH AIZIL


GBC SKUJ KEPADA TUAN GURU BESAR ATAS UCAPAN
BELIAU SEBENTAR TADI.

UCAPAN DAN Cempaka Sari Warisan Sejati SHIKIN


PERASMIAN Menjadi Kebanggaan Seisi Negeri
Ucapan Perasmi Memang Dinanti
Berilmu Tinggi Bijak Bestari.

KINI TELAH TIBA MASANYA UNTUK KITA


MENDENGAR UCAPTAMA YANG AKAN
DISAMPAIKAN OLEH YANG BERBAHAGIA
ENCIK ANSAR BIN MAT ISA, PENOLONG
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH JEMPOL
DAN JELEBU DAN SETERUSNYA
3
MERASMIKAN PERASMIAN MAJLIS
ANUGERAH CEMERLANG SK UNDANG JELEBU
TAHUN 2010. MAJLIS MEMPERSILAKAN.

SELESAI UCAPAN Ucapan Tuan Menyerikan Majlis SHIKIN


DAN PERSAMIAN Warga Pendidik Tampak Ceria
Kesudian Tuan Merasmikan Majlis
Bangganya Kami Tidak Terkira

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN JUTAAN TERIMA


KASIH ATAS UCAPAN DAN PERASMIAN YG TELAH
DISEMPURNAKAN OLEH YG.BHG ENCIK ANSAR
BIN MAT ISA SEBENTAR TADI.

PERSEMBAHAN Terbang Bebas Si Rama -Rama AIZIL


PPKI Teratai Mekar Di Tengah Lembah
Menyusun Langkah Semerdu Irama
Tarian Endang Kini Dipersembah

BAGI MENCERIAKAN LAGI MAJLIS KITA PADA


PETANG INI, DIJEMPUT MURID-MURID DARI
KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI UNTUK
MEMPERSEMBAHKAN TARIAN ENDANG.
DIPERSILAKAN.
AIZIL

SELESAI BEGITULAH TADI PERSEMBAHAN YANG AIZIL


PERSEMBAHAN BERSAHAJA DAN MENGHIBURKAN DARI MURID-
PPKI MURID KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI.

PENYAMPAIAN SIDANG HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN, SHIKIN


HADIAH DAN SIJIL
PRA SEKOLAH MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN
DAN PRA HADIAH DAN SIJIL BAGI MURID-MURID PRA
SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI DAN PRA
INTEGRASI
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI. DENGAN INI
MAJLIS MEMPERSILAKAN PUAN SALMAH BINTI
ABD. WAHID BAGI MENGIRINGI EN. SEZALI B.
MOHAMAD KAMAL, PENYELARAS PRA
SEKOLAH JABATAN PELAJARAN
N.SEMBILAN / SRJN.ZAKARIA BIN RAHIM, /
SRJN. RASHID B. AWANG SELAKU BAPA
ANGKAT SK UNDANG JELEBU UNTUK
MENYEMPURNAKAN UPACARA TERSEBUT.

PENYAMPAIAN DIMULAKAN DENGAN KELAS PRA


DAMAI. DENGAN INI, DIJEMPUT ADIK
………………………………….

SETERUSNYA BAGI KELAS PRA SURIA DIJEMPUT


ADIK ..............................

BERIKUT ADALAH ANUGERAH KEDUDUKAN

4
TERBAIK PRA SEKOLAH. DIMULAKAN DENGAN
PRA DAMAI, TEMPAT PERTAMA DIPERSILAKAN
ADIK ......................
BAGI KELAS PRA SURIA, TEMPAT PERTAMA
DIJEMPUT ADIK .........................

SETERUSNYA BAGI PROGRAM PENDIDIKAN


KHAS ...............

SELESAI MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH SHIKIN


PENYAMPAIAN ATAS KESUDIAN SRJN.ZAKARIA BIN RAHIM, /
HADIAH & SIJIL SRJN. RASHID B. AWANG MENYAMPAIKAN
PRA SEKOLAH HADIAH DAN SIJIL SEBENTAR TADI.
DAN INTEGRASI

PERSEMBAHAN
NYANYIAN MAJLIS DENGAN INI MENJEMPUT GABUNGAN
BAHASA CINA MURID-MURID TAHUN 1,2 DAN 3 UNTUK SHIKIN
MENYAMPAIKAN NYANYIAN DALAM BAHASA CINA
YANG BERTAJUK TONG XUE QI LI YANG
MEMBAWA MAKSUD MURID-MURID BANGUN.
MAJLIS MEMPERSILAKAN.

SELESAI BAK KATA PEPATAH , MELENTUR BULUH


NYANYIAN BIARLAH DARI REBUNGNYA. BEGITULAH SHIKIN
BAHASA CINA KEHEBATAN YANG TELAH DITUNJUKKAN
OLEH ANAK-ANAK KITA DALAM PENGUASAAN
BAHASA CINA. UNTUK MAKLUMAN HADIRIN,
PERSEMBAHAN TADI DI BAWAH BIMBINGAN
PUAN ELING HO.

PENYAMPAIAN Tumbuh Melati Dalam Perigi, AIZIL


HADIAH Kembang Mekar Di Pagi Indah,
AKADEMIK 2010 Acara Seterusnya Kami Mulai,
Penyampaian Hadiah Dan Juga Anugerah.
HADIAH & SIJIL

TAHAP 1 SIDANG HADIRIN SEKALIAN,

MAJLIS ANUGERAH DITERUSKAN LAGI DENGAN


PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL BAGI PELAJAR
TAHAP 1. DENGAN INI DIJEMPUT PUAN SALMAH
BT. ABD WAHID GPK 1 / PN.HJH NORZILA
BT. JAMALUDIN GPK KOKO / EN.MOHAMED
AZAHARAN B. MOHAMAD GPK HEM UNTUK
MENGIRINGI ………………………………….. NYDP
PIBG SK UNDANG JELEBU BAGI
MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN TERSEBUT.

PENYAMPAIAN INI DIMULAKAN DENGAN TAHUN 1.


BAGI TAHUN 1 ARIF DIJEMPUT
ADIK ...........................................

5
SELESAI MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH AIZIL
PENYAMPAIAN KEPADA .................................. ATAS KESUDIAN
HADIAH & SIJIL MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN HADIAH DAN
TAHAP 1 SIJIL SEBENTAR TADI.

PERSEMBAHAN BAGI MENERUSKAN LAGI ATURCARA PADA


PRA SEKOLAH PETANG INI, MARILAH KITA SAMA-SAMA
MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN TARIAN ZAPIN SHIKIN
DAN CAK LEMPONG YANG AKAN
DISEMBAHKAN OLEH ANAK-ANAK CILIK DARI
PRA SEKOLAH. MAJLIS MEMPERSILAKAN.

SELESAI SEKIAN TADI PERSEMBAHAN YANG SHIKIN


PERSEMBAHAN MENGHIBURKAN DARIPADA MURID-MURID
PRA SEKOLAH PRA SEKOLAH. UNTUK MAKLUMAN HADIRIN,
KUMPULAN TARIAN INI ADALAH DI BAWAH
PIMPINAN PUAN NORLIA BAHALDIN.

PENYAMPAIAN Berkebaya Batik Berwarna Merah, AIZIL


HADIAH & SIJIL Diserikan Dengan Permata Berlian,
TAHAP 2 Tibalah Masa Penyampaian Anugerah
Penerima Teruja Menunggu Giliran

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN


HADIAH DAN SIJIL BAGI TAHAP 2. DIJEMPUT
PUAN SALMAH BT. ABD WAHID GPK 1 /
PN.HJH NORZILA BT. JAMALUDIN GPK
KOKO / EN.MOHAMED AZAHARAN B.
MOHAMAD GPK HEM UNTUK MENGIRINGI EN.
MOHD FOUZI B. MOHD ISA NAIK KE PENTAS
UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH TERSEBUT.
MAJLIS MEMPERSILAKAN.

PENYAMPAIAN INI DIMULAKAN DENGAN


TAHUN 4. BAGI TAHUN 4 ARIF DIJEMPUT
ADIK .............................

SELESAI AIZIL
PENYAMPAIAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN. MOHD
HADIAH & SIJIL FOUZI B. MOHD ISA DI ATAS KESUDIAN
MENYAMPAIKAN HADIAH DAN SIJIL SEBENTAR
TAHAP 2
TADI.

PERSEMBAHAN Bersarang Merbah Di Kuala Langat SHIKIN


CAK LEMPONG 2 Manis Madunya Pabila Dimakan
Suasana Meriah Bertambah Hangat
Persembahan Cak Lempong Kami Persembah

6
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PERSEMBAHAN
KEDUA DARI KUMPULAN CAK LEMPONG SK
UNDANG JELEBU DENGAN ALUNAN LAGU YANG
BERTAJUK MEDLEY 1 MALAYSIA. MAJLIS
MEMPERSILAKAN.

SELESAI Pagi Hari Pergi Ke Taman, SHIKIN


PERSEMBAHAN Jangan Dipetik Bunga Larangan
CAK LEMPONG 2 Alunan Merdu Telah Dipersembahkan
Tepukan Gemuruh Buat Kalian

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA KUMPULAN


CAK LEMPONG SK UNDANG JELEBU ATAS
PERSEMBAHAN SEBENTAR TADI. UNTUK
MAKLUMAN HADIRIN, KUMPULAN INI TELAH
MENJADI JOHAN PERSEMBAHAN TERBAIK DAN
KOSTUM TERBAIL DALAM FESTIVAL KESENIAN
KEBUDAYAAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
SERTA NAIB JOHAN DALAM FESTIVAL
KEBUDAYAAN NEGERI SEMBILAN.

PENYAMPAIAN Terkenal Dengan Pembantu Sejati AIZIL


HADIAH & SIJIL Terpilih Dari Prestasi Tinggi
PENGAWAS Jalankan Tugas Penuh Integriti
SEKOLAH & Pengawas Sekolah Dan Media Kini Dirai
MEDIA
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MEMPERSILAKAN ENCIK ZULKUPLI B. OSMAN
GURU BESAR CEMERLANG SK UNDANG JELEBU
MENGIRINGI EN. SEZALI B. MOHAMAD
KAMAL, PENYELARAS PRA JBTN. PELAJARAN
N. SEMBILAN UNTUK MENYEMPURNAKAN
UPACARA TERSEBUT. DIPERSILAKAN.

BAGI PENERIMA SIJIL PENGHARGAAN PENGAWAS


TAHUN 6 DIJEMPUT
……………………………………………………

SETERUSNYA, DIJEMPUT WAKIL PENGAWAS DARI


TAHUN 5.

BERIKUT DIJEMPUT WAKIL PENGAWAS DARI


TAHUN 4 ……TAHUN 3.

SETERUSNYA, BAGI PENERIMA SIJIL


PENGHARGAAN PENGAWAS MEDIA. DIJEMPUT
…………………….

PENYAMPAIAN LIHAT PADA LAMPIRAN TEKS


KEPUTUSAN

7
UPSR 2010

SELESAI MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH AIZIL


PENYAMPAIAN ATAS KESUDIAN EN. SEZALI B. MOHAMAD
HADIAH & SIJIL KAMAL, PENYELARAS PRA MENYAMPAIKAN
HADIAH DAN SIJIL SEBENTAR TADI.
PENGAWAS
SEKOLAH DAN
MEDIA SERTA
KEPUTUSAN
UPSR

PENYAMPAIAN SIDANG WARGA DEWAN SEKALIAN,


ANUGERAH KHAS
MAJLIS DENGAN INI DITERUSKAN LAGI DENGAN SHIKIN
PEMYAMPAIAN ANUGERAH KHAS. MAJLIS SEKALI
LAGI MENJEMPUT EN. ZULKUPLI B. OSMAN,
GBC SK UNDANG JELEBU UNTUK MENGIRINGI
EN. ANSAR B. MAT ISA, PENOLONG
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH JEMPOL DAN
JELEBU UNTUK NAIK KE ATAS PENTAS BAGI
MENYAMPAIKAN ANUGERAH TERSEBUT. MAJLIS
DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

ANUGERAH INI DIMULAKAN DENGAN PENERIMA

1. TERBAIK KO AKADEMIK
2. TERBAIK DALAM BADAN UNIFORM
3. TERBAIK DALAM SUKAN & OLAHRAGA
4. TERBAIK DALAM PERMAINAN
5. UNIT TERBAIK
6. MURID MITHALI
7. TOKOH KURIKULUM TAHUN 2010
8. TOKOH AKADEMIK TAHUN 2010
9. TOKOH MURID TAHUN 2010

SELESAI Bersyukur Kini Kami Panjatkan, SHIKIN


PENYAMPAIAN Majlis Anugerah Telah Disempurnakan,
ANUGERAH KHAS. Sekalung Penghargaan Kami Hulurkan,
Segulung Tahniah Kami Ucapkan

MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH


KEPADA EN. ANSAR B. MAT ISA DI ATAS
KESUDIAN BELIAU MENYEMPURNAKAN
PENYAMPAIAN HADIAH SEBENTAR TADI.

PENYAMPAIAN SIDANG HADIRIN SEKALIAN, SHIKIN


SIJIL
PENGHARGAAN SEBAGAI MENGENANG JASA YANG TELAH
DIBERIKAN , PIHAK SEKOLAH TELAH BERBESAR

8
WARIS MITHALI HATI MENYEDIAKAN SIJIL PENGHARGAAN WARIS
PRA SEKOLAH MITHALI PRA SEKOLAH 2010.
2010
DENGAN INI MAJLIS MENJEMPUT EN. ZULKUPLI
B. OSMAN, GBC SK UNDANG JELEBU BAGI
MENGIRINGI EN. MOHD FOUZI B. MOHD ISA
UNTUK MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN
TERSEBUT. DIPERSILAKAN.

MAJLIS MENJEMPUT PUAN NORLIA BT. BAHALDIN


UNTUK MENERIMA SIJIL PENGHARGAAN DI ATAS
SUMBANGAN YANG TELAH BELIAU BERIKAN
SEBAGAI JURULATIH TARIAN PRA SEKOLAH 2010.

SHIKIN

SETERUSNYA, MAJLIS MEMPERSILAKAN PUAN SITI


ROHAIDAH BT. MOHD ISA ATAS SUMBANGAN
YANG TELAH BELIAU BERIKAN UNTUK KECERIAAN
KELAS PRA SEKOLAH.

SELESAI TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PENERIMA SIJIL. AIZIL


PENYAMPAIAN MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH
PENGHARGAAN KEPADA EN. MOHD FOUZI B. MOHD ISA ATAS
KESUDIAN MENYAMPAIKAN SIJIL PENGHARGAAN
WARIS MITHALI
SEBENTAR TADI.

PENYAMPAIAN ADAT TETAMU DATANG BERTANDANG, AIZIL


CENDERAMATA CENDERAMATA DIBERI TANDA INGATAN. OLEH
ITU, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MEMPERSILAKAN PUAN SALMAH BT. ABD.
WAHID GPK 1 MENGIRINGI YANG BERUSAHA
TUAN GURU BESAR CEMERLANG UNTUK NAIK
KE PENTAS BAGI MENYEMPURNAKAN UPACARA
TERSEBUT.

DENGAN INI DIJEMPUT :

1. EN. ANSAR B. MAT ISA, PENOLONG


PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
JEMPOL DAN JELEBU
AIZIL
2. EN. SEZALI B. MOHAMAD KAMAL,
PENYELARAS PRA SEKOLAH JABATAN
PELAJARAN N.SEMBILAN

SELESAI TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TUAN GURU AIZIL


PENYAMPAIAN BESAR EN ZULKUPLI B. OSMAN ATAS
CENDERAMATA KESUDIAN MENYAMPAIKAN CENDERAMATA
SEBENTAR TADI.
KEPADA VIP
Tanam Lengguna Tumbuh Kelapa
Terbit Bunga Pucuk Mati

9
Budi Tuan Kami Tak Lupa
Sudah Terpaku Di Dalam Hati

UCAPAN TERIMA SIDANG HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN, AIZIL


KASIH
DENGAN INI BERAKHIRLAH SUDAH MAJLIS
ANUGERAH KUALITI SK UNDANG JELEBU BAGI
TAHUN 2010.

KAMI MERAKAMKAN SETINGGI2 PENGHARGAAN


DAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA
KEPADA :

8. YG BHG. EN. ANSAR B. MAT ISA,


PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN
DAERAH JEMPOL DAN JELEBU

9. EN. SEZALI B. MOHAMAD KAMAL,


PENYELARAS PRA SEKOLAH
JABATAN

PELAJARAN N.SEMBILAN

10.YG …..

11.YG …..

12.YG …..

13.YG …..

14.YG …

SETERUSNYA KEPADA SEMUA WARGA SK


UNDANG JELEBU SERTA ORANG-ORANG
PERSEORANGAN YANG TELAH MEMBERI
SUMBANGAN DALAM BENTUK KEWANGAN DAN
TENAGA SEHINGGA MAJLIS INI DAPAT
DIJALANKAN DENGAN JAYANYA.

BICARA PENUTUP Subur Padi Allah Kurnia, SHIKIN


Hidup Mula Di Dalam Air,
Sudah Menjadi Lumrah Dunia,
Setiap Yang Bermula Pasti Berakhir.

Bunga Seroja Di Atas Para ,


Jatuh Ditimpa Buah Berangan,
Andai Kata Tersilap Bicara,
Kemaafan Jua Kami Pohonkan.

Dari Kedah Ke Pekan Sari,

10
Beli Suasa Di Kota Tinggi,
Selesai Sudah Tugas Diberi,
Di Lain Masa Bersua Lagi.

JEMPUTAN KE Sungguh Indah Bunga Kemboja, SHIKIN


JAMUAN Di Bawah Atap Tepi Halaman;
Juadah Sudah Letak Di Meja,
Sudilah Santap Tuan Budiman

DIJEMPUT KEPADA PARA JEMPUTAN, TETAMU-


TETAMU UNDANGAN, IBU BAPA, PARA GURU DAN
ANAK DIDIK SEKALIAN UNTUK KE KANTIN
MENJAMU SELERA.

DENGAN INI SAYA LABUHKAN TIRAI MAJLIS


ANUGERAH KUALITI SK UNDANG JELEBU 2010
DENGAN LAFAZ ASSALAMMUALAIKUM WBT.

SKRIP PENGACARA MAJLIS


MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
SK UNDANG JELEBU
2010 M / 1431 H

12 NOVEMBER, 2010 (JUMAAT)

3.00 PETANG

DEWAN BESTARI SK UNDANG JELEBU

11
TAMBAHAN TEKS KEPUTUSAN UPSR 2O1O

HADIRIN SEKALIAN,

TANGGAL 11 NOVEMBER 2010 MERUPAKAN TARIKH KERAMAT DIMANA


KEPUTUSAN UPSR DIUMUMKAN.
SERAMAI 22 ORANG MURID BERJAYA MENCATAT KECEMERLANGAN
DALAM UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (U.P.S.R) TAHUN INI. OLEH
YANG DEMIKIAN, PIHAK MAJLIS SUKACITANYA MEMPERSILAKAN MURID-
MURID BERTUAH INI UNTUK MENERIMA ANUGERAH ATAS KEJAYAAN
MEREKA MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH SEKALIGUS MENGUKIR
KEJAYAAN DALAM DIARI HIDUP MASING-MASING.

PENYAMPAIAN ANUGERAH 5A …………….

TAHNIAH & SYABAS KEPADA SEMUA PELAJAR YANG TELAH MENDAPAT


KEPUTUSAN 5 A DAN SETERUSNYA MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH.
UNTUK MAKLUMAN HADIRIN, SK UNDANG JELEBU TELAH MUNCUL
SEBAGAI SEKOLAH YANG TERBAIK DALAM DAERAH JELEBU BAGI
PENCAPAIAN UPSR TAHUN 2010.

12
PENYAMPAIAN ANUGERAH 4A ………………..

~PENYAMPAIAN ANUGERAH~

BERSYUKUR KINI KAMI PANJATKAN,


ANUGERAH UPSR TELAH DISEMPURNAKAN,
SEKALUNG PENGHARGAAN KAMI HULURKAN,
SEGULUNG TAHNIAH KAMI UCAPKAN....

PIHAK MAJLIS SEKALI LAGI MENYUSUN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH


ATAS KESUDIAN YANG BERBAHAGIA, ………………………………. KERANA
TELAH SUDI MENYAMPAIKAN ANUGERAH INI.

TEKS TOKOH MURID

SETERUSNYA BAGI PENERIMA ANUGERAH KHAS TOKOH MURID TAHUN


2010, BELIAU DILAHIRKAN PADA 4 JULAI 1998 DAN MERUPAKAN ANAK
BONGSU DARI 5 ADIK-BERADIK. TOKOH INI MERUPAKAN SEORANG
YANG PERIANG, PERAMAH, MESRA DENGAN GURU DAN RAKAN-RAKAN,
SOPAN SERTA PANDAI MENYESUAIKAN DIRI DALAM APA JUA KEADAAN.
DARI SEGI AKADEMIK, BELIAU MEMPUNYAI PENCAPAIAN YANG
KONSISTEN IAITU MEMPEROLEH 5 A DALAM SEMUA UJIAN DI
PERINGKAT NEGERI DAN DAERAH.
SIKAP KEPIMPINAN YANG DIWARISI DARIPADA IBU BAPANYA YANG JUGA
MERUPAKAN PENDIDIK, TELAH DAPAT MEMBANTU BELIAU MENJAWAT
BEBERAPA JAWATAN PENTING DI PERINGKAT SEKOLAH. ANTARANYA
MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI KETUA PENGAWAS, BENDAHARI KELAB
DOKTOR MUDA, PENGERUSI KELAB PENGAKAP DAN PENGERUSI KELAB
BADMINTON.

DALAM BIDANG KOKURIKULUM, BELIAU MERUPAKAN SEORANG


PELAJAR YANG SANGAT AKTIF DALAM KELAB KEBUDAYAAN SEKOLAH
SEHINGGA KE PERINGKAT NEGERI. BELIAU JUGA AKTIF DALAM BIDANG
SUKAN DAN PERMAINAN SERTA MELIBATKAN DIRI DALAM SEMUA

13
AKTIVITI KOKURIKULUM SAMAADA DI PERINGKAT SEKOLAH DAERAH
MAHUPUN NEGERI.

BELIAU YANG DIMAKSUDKAN IALAH ADIK MOHD AFFANDI BIN MOHD


SAAT. MAJLIS DENGAN BERBESAR HATI MEMPERSILAKAN ADIK
MUHAMMAD AFFANDI BIN MOHD SAAT BERSAMA-SAMA KEDUA
IBU BAPANYA, ENCIK MOHD SAAT BIN WAHID SERTA PUAN
ESAH BINTI KASSIM NAIK KE PENTAS UNTUK MENERIMA ANUGERAH
TERSEBUT. MAJLIS MEMPERSILAKAN….

TEKS ANUGERAH KHAS UNIT TERBAIK

SETERUSNYA, BAGI ANUGERAH KHAS UNIT TERBAIK, JATUH KEPADA


KELAB TUNAS BUDAYA. DENGAN INI, MAJLIS MENJEMPUT WAKIL KELAB
M. KAMAL HASSANI B RAZZALI NAIK KE PENTAS UNTUK MENERIMA
HADIAH. UNTUK MAKLUMAN HADIRIN, KELAB TUNAS BUDAYA TELAH
BERJAYA MENJADI JOHAN PERSEMBAHAN TERBAIK DAN KOSTUM
TERBAIK DALAM FESTIVAL KESENIAN KEBUDAYAAN PERINGKAT NEGERI
SEMBILAN SERTA NAIB JOHAN DALAM FESTIVAL KEBUDAYAAN NEGERI
SEMBILAN.

14