Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN LENCANA KERIS PENGAKAP


SEKOLAH KEBANGSAAN TITI TERAS
11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG.

RASIONAL

Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti kegiatan kokurikulum di sekolah


yang melibatkan unit beruniform Pengakap Kanak-kanak. Melalui aktiviti ini
unsur-unsur asas pembangunan Pengakap dipupuk secara hands on dengan
para Pengakap mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya
sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin
dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri
sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-
cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat
juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan
kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam
menyelesaikan masalah.
Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan
bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para
peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-
masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-
unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan
cintakan bangsa dan negara. Di samping itu, memberikan peluang kepada para
Pengakap untuk mendapatkan pengiktirafan yang tertinggi dalam mencapai 3
lencana tertinggi Pengakap Kanak-kanak iaitu Keris Gangsa, Keris Perak dan
Keris Emas serta mendapatkan anugerah tertinggi iaitu Rambu Pengakap
Kanak-Kanak yang akan diterima di acara Korobori pada masa akan datang.
MATLAMAT PROGRAM

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian
daripada usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi
sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat,
bangsa, agama dan negara.
Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan
memberi peluang kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-
masing khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti disamping
memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kejasama dan kesediaan berdikari
serta bertanggungjawab.
Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka
pelaksanaan perkhemahan ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi
pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta
berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup
seterusnya.
Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para
peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-
prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai
keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdaya saing,
berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi.
Pada masa yang sama, aktiviti-aktiviti seperti ini dapat menarik
penglibatan ibu bapa sebagai salah satu program Sarana Ibu Bapa kepada
sekolah. Ini kerana penglibatan ibu bapa memberikan peranan yang besar dalam
dalam menjayakan sesuatu program supaya ibu bapa mendapat sedikit
sebanyak memberikan mereka pengetahuan tentang program yang dianjurkan
oleh pihak sekolah yang melibatkan anak-anak mereka dan bukan sahaja
melibatkan guru-guru di sekolah.
OBJEKTIF

Dengan adanya perkhemahan bersepadu ini ianya dapat :

1. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas


perkhemahan.
2. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.
3. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan
seharian secara teratur dan berdisiplin.
4. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi
dalam suasana semula jadi yang kondusif.
5. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti
masing-masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
6. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-
rukun beragama dan kehidupun bermoral.

KUMPULAN SASAR

76 orang para peserta yang terlibat


Tahun 4 - 29 orang peserta
Tahun 5 - 25 orang peserta
Tahun 6 - 22 orang peserta
Jumlah - 76 orang peserta

Bilangan peserta yang mendapatkan Lencana Keris


Keris Gangsa - 20 orang peserta
Keris Perak - 15 orang peserta
Keris Emas - 10 orang peserta
Jumlah - 45 orang peserta
JANGKA MASA PERKHEMAHAN

Perkhemahan ini akan diadakan pada :

Tarikh : 25, 26 Oktober 2019

Hari : Jumaat dan Sabtu

Tempat : SK TITI TERAS, BALIK PULAU PULAU PINANG.

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Hjh Noraini Bt Hj Arshad


Pengerusi : En. Azizi Bin Bahari
Naib Pengerusi 1 : En. Harmizi bin Musa
Naib Pengerusi 2 : Pn. Siti Anita Binti Misran
Setiausaha : En. Khairi Azri Bin Kassim
Bendahari : Pn. Siti Hasniza Binti Hassan

JAWATANKUASA KERJA

Kem Komanden : En. Harmizi Bin Musa

Logistik : En. Fahmi Bin Khazali

Persiapan Tempat : En. Hanapiah Bin Sapuan

Peralatan : En. Khaidhir Bin Othman

Pendaftaran : Cik Nurul Syazwani Binti Mahmud Zuhadi


Cik Siti Nabilah Binti Moin

Keselamatan : En. Abdul Syafiq Bin Md. Subahir


Hadiah/Cenderamata : En Muhammad Faez Bin Nurazman Amrullah

Aktiviti : En. Nor Ashmawi Akbar Bin Nor Azhari Shah

Urusetia Makanan : Cik Siti Sarah Binti Mohd Noor


: Cik Intan Syafiqah Binti Abdollah

Juru Kamera : En Mohd Hafez Bin Sahipaluddin

BAJET/ PERBELANJAAN:

1. Sumber Kewangan.
Peruntukan PIBG
2. Anggaran Perbelanjaan RM

BI
PERKARA RM JUMLAH
L
Lencana Wajib
- RM 3.00 X 1
Lencana Kepandaian Pengakap
Lencana Kegemaran
Kanak-Kanak
- RM 3.00 X 2
- Lencana Wajib
1
- Lencana Kegemaran
Lencana Pengetahuan
- Lencana Pengetahuan
- RM 3.00 X 2
- Lencana Perkhidmatan
Lencana Perkhidmatan
- RM 3.00 X 2
Keris Gangsa
RM 4.50 X 30
= RM 135.00
Lencana Keris
Keris Perak
- Keris Gangsa
2 RM 4.50 X 30 RM 360.00
- Keris Perak
= RM 135.00
- Keris Emas
Keris Emas
RM 4.50 X 20
= RM 90
Kertas A4 (Untuk Kertas Ujian RM 12.00 X 2
3 RM 24.00
Keris & Lain-lain Aktiviti) = RM 24.00
Sarapan – RM 2.00
Makanan (untuk sepanjang
Tengah Hari – RM 2.00
program : Peserta dan AJK)
4 1) Pagi RM 720.00
Malam – RM 2.00
2) Tengah Hari
RM 6.00 X 120
= RM 720.00
Air Mineral 250ml RM 12.00 x 10
5 RM 120.00
(10 Kotak) = RM 120.00
6

7.

8.

9.

10.

JUMLAH BESAR
Tentatif Program
TARIKH MASA AKTIVITI/UJIAN TINDAKAN
HARI TEMPAT KERIS KERIS JURULATIH
GANGSA PERAK
HARI/TARIKH
HARI
HARI/TARIKH
PENUTUP

Segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah bagi


menerapkan dan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang
mantap dan disiplin yang kuat. Program ini juga berperanan untuk memupuk
semangat setia kawan dan saling tolong-menolong dan bantu-membantu serta
mengekalkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar supaya ia disemai
dan dipupuk sejak mereka kecil dan menjadi sebati bila mereka meningkat
remaja dan dewasa kelak.
Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua
pihak. Demikian juga sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan
secara langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu. Sokongan dan
bantuan dari semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan program ini adalah diucapkan berbanyak-banyak terima
kasih.
PERALATAN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PERKHEMAHAN.

INDIVIDU
1. Uniform Pengakap 11. Lampu suluh
2. Pakaian sembahyang 12. Tuala
3. Pakaian sukan 13. Pakaian mandi
4. Selimut 14. Beras 3 cawan
5. Kasut dan selipar 15. Telur 2 biji
6. Peralatan Mandian
7. Pakaian untuk 2 hari
8. Pinggan dan gelas 2 biji
9. Sudu
10. Barang-barang lain yang difikirkan perlu
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

……………………… ………………………
HARMIZI BIN MUSA EN. AZIZI BIN BAHARI
PENGERUSI PENGAKAP KANAK- GPK Ko-Kurikulum
KANAK SK TITI TERAS.

Disahkan Oleh,

………………………
HJH. NORAINI BT H ARSHAD
Guru Besar,
SK TITI TERAS
BALIK PULAU PULAU PINANG.
JADUAL AKTIVITI PERKEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK SUNGAI TUKANG SIDIN 2008

6.30- 8.30 – 11.00- 12.00- 2.30- 3.00- 4.30- 5.00- 6.00-


5.45 7.30-8.30
7.30 11.00 12.00 2.30 3.30 4.30 5.00 6.00 8.00
Khamis Makan Makan
Solat
Riadah Pemeriksaan AKTIVITI AKTIVITI Tengahari/ AKTIVITI REHAT AKTIVITI AKTIVITI Malam
Subuh/
Kemah 1 2 sembahyan 3 PTG 4 5 Solat
Sarapan
g zohor maghrib
Jumaat Makan
Penyampaia Tengahari/
AKTIVITI AKTIVITI Bersurai
n Hadiah sembahyan
g zohor