Anda di halaman 1dari 1

Hexagon Agility Test

Objektif: Menguji komponen ketangkasan seseorang individu iaitu dengan melakukan


pergerakan berturutan atau mengubah kedudukan badan dengan cepat di samping mengawal
pergerakan.
Peringkat Umur : 10-17 tahun.
Kemudahan/ Alatan: Pita pengukur, pita atau kapur untuk menandakan tanah, jam randik,
borang skor.
Arahan/ Penerangan:
i) Peserta berdiri dengan kedua-dua kaki di tengah-tengah segi enam dengan menghadap ke
garisan depan.
ii) Apabila wisel ditiupkan, peserta perlu melompat ke hadapan, kemudian kembali ke garis
yang sama di tengah-tengah segi enam.
iii) Kemudianpeserta akan terus menghadap ke dapan dengan kaki bersama, melompat ke sisi
seterusnya dan kembali ke segi enam.
iv) Teruskan lompatan penuh segi enam ini sebanyak 3 kali.
v) Lakuan ujian pertama adalah mengikut arah jam dan yang seterusnya adalah lawan arah
jam.
Skor:
1 markah akan diberikan sekiranya murid berjaya membuat satu pusingan lengkap.
1 markah=1 pusingan (ikut arah jam)
2 markah=2 pusingan (ikut arah jam)
3 markah=3 pusingan (ikut arah jam)
4 markah=4 pusingan (lawan arah jam)
5 markah=5 pusingan (lawan arah jam)
6 markah=6 pusingan (lawan arah jam)

Anda mungkin juga menyukai