Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KONSEP KOLABORASI AKADEMIK (SEKOLAH MENENGAH)

D BAWAH INISIATIF DTP


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH RANAU
TAHUN 2016

1.0 PENDAHULUAN
Dalam sesebuah sekolah komposisi pelajarnya selalunya dapat dikelompokkan kepada
pelajar terbilang, pelajar cemerlang, pelajar sederhana dan pelajar yang lemah. Pada
kebanyakan keadaan, kumpulan pelajar yang sederhana dan lemah lebih besar jumlahnya
daripada pelajar yang cemerlang dan terbilang. Akan tetapi, hal ini bukanlah satu kekangan untuk
mencapai kecemerlangan sebagaimana yang diimpikan oleh peneraju dan warga setiap sekolah.
Kata Confucius, kejayaan dan kecemerlangan, semuanya bergantung pada persediaan dan
perancangan dan tanpa persediaan dan perancangan, sudah pasti akan berlaku
kegagalan. Hal ini bermakna setiap sekolah mestilah bersedia untuk merancang ke arah
kejayaan dan kecemerlangan.

Keberkesanan sekolah juga boleh diukur bukan sahaja melalui kecemerlangan dalam
pendidikan, tetapi dari aspek ekuiti (kesaksamaan) untuk mendapatkan pendidikan tanpa
mengira kebolehan dari segi kognitif, fizikal pelajar, latar belakang taraf sosio ekonomi (SES)
ibu bapa pelajar,latar belakang agama, bangsa dan keturunan dan fahaman pelajar, Akhir sekali,
keberkesanan sekolah boleh diukur dari segi kemajuan atau peningkatan dari segi kadar
pencapaian akademik pelajar dari tahun ke tahun yang ditunjukkan melalui adanya nilai tambah
(value added) kepada kebolehan pelajar. Sehubungan itu, guru-guru adalah individu utama yang
menentukan perkembangan akademik murid selain daripada kemampuan pentadbir membantu
guru siapsiaga menjalankan tugas mereka dengan baik. Untuk membantu pelajar pula, sekolah
perlu mempunyai guru-guru yang boleh mengajar dengan efektif agar pelajamya bijak,
bersahsiah mulia dan berdisiplin baik.

Sejajar dengan hal di atas, amatlah perlu pihak sekolah bersama dengan Unit
Pengurusan Akademik dan SISC+ (School Improvement Specialist Coaches Plus) Pejabat
Pendidikan Daerah Ranau untuk melaksanakan program yang dapat merealisasikan
kecemerlangan akademik sekolah dan PPD Ranau.. Maka, Program Kolaborasi Akademik ini
merupakan satu menifestasi antara sekolah dan PPD Ranau ke arah pencapaian akademik yang
cemerlang dan luar biasa serta untuk merealisasikan RANAU NOMBOR 1.
2.0 OBJEKTIF:
1. Meningkatkan Gred Purata Sekolah (SPM) dan peratus kelulusan bagi semua sekolah
menengah daerah Ranau bagi tahun 2015
2. Meningkatkan bilangan pelajar yang mencapai prestasi sekurang-kurangnya mendapat gred
C dalam semua mata pelajaran teras termasuk mata pelajaran elektif.
3. Berkongsi amalan terbaik dan intervensi berimpak tinggi yang bersesuaian dengan
keperluan murid.
4. Perkongsian program Pembangunan Akademik Sekolah (SPM) yang berimpak tinggi.
5. Pemantapan selia bantu guru mata pelajaran dalam mencapai KPI yang telah ditetapkan.

3.0 STRATEGI PELAKSANAAN


3.1 Modus Operandi
3.1.1 Pembentukan Jawatankuasa Program Kolaborasi Akademik Dibawah Inisiatif
PPD Ranau tahun 2015
3.1.2 Mesyuarat Pelaksanaan Kolaborasi Akademik PPD Ranau
3.1.3 Pembentangan KPI 2015
3.1.4 Pembentangan dan analisis prestasi akademik sekolah ujian 1& 2 , peperiksaan
pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan SPM.
3.1.4 Penilaian dan analisis amalan terbaik, intervensi dan program akademik
sekolah.
3.1.5 Menyediakan laporan dan analisis ujian dan peperiksaan dan dihantar ke PPD
Ranau

3.2 Kumpulan Sasaran


3.2.1 Semua guru mata pelajaran SPM di semua sekolah menengah daerah Ranau
3.2.2 Pengetua sekolah dan Penolong Kanan Pentadbiran setiap sekolah
3.2.3 Ketua Bidang setiap sekolah

3.3 Aktiviti Program Kolaborasi Akademik


3.3.1 Pembentangan prestasi SPM daerah Ranau tahun 2014
3.3.2 Pembentangan KPI /ETR setiap mata pelajaran tahun 2015
3.3.3 Dialog Prestasi Akademik
3.3.4 Penilaian semula pencapaian ujian dan peperiksaan (SPM) 2015
3.3.5 Selia bantu guru mata pelajaran terutama mata pelajaran teras.

3.4 Bahan
3.4.1 Pembentangan (Power Point/ MWord/Prezi/etc) KPI/ETR SPM 2015 –oleh pihak
sekolah
3.4.2 Pembentangan dan perkongsian amalan terbaik dan intervensi berimpak tinggi
tahun 2014- oleh UPA dan pihak sekolah
3.4.3 Pembentangan program dan penambahbaikan peningkatan akademik sekolah –
oleh pihak sekolah

4.0 CADANGAN TARIKH PELAKSANAAN :


Program ini akan dimulakan pada bulan April iaitu bermula daripada 11 April hingga 25
April 2015 (Jadual dilampirkan)

5.1 TEMPAT PELAKSANAAN: 11 buah sekolah menengah daerah Ranau

6.0 ORGANISASI :
Pengerusi : Pn.Siti Hamni Hashim – PPD Ranau
Naib Pengerusi 1 : En. Maksum Y.Shariffuddin – KU UPA
Naib Pengerusi 2 : En.Rusining Rusidi – Peg.SIPartner
Naib Pengerusi 3 : En.Ibnis Shaid Abdul Raju – Peg.SIPartner
Naib Pengerusi 4 : En. Jeafry Goh Kautah – Peg.SIPartner

Setiausaha : Pn. Roslinah Apin – Peg,SISC+


Pen. Setiausaha : En.Ahsly Kassin – Peg.SIPartner
Pen. Setiausaha 2 : En.Fadzul Shemoery @ Julai Salim

Bendahari : Cik Alice Aban


Pegawai Meja : En.Fadzul Shemoery @ Julai Salim
AJK PELAKSANA

1. Data / Analisis : Pn. Caesarina Yuman


En.Marcelus Johnny
Nazarius G.Yulip
2. Dokumentasi/ : Pn. Shahrul Nadia Halid
Pencatat Pn.Susan Inow
Pn..Alicia Nicolete Chew Mailap
3. Bahan : Disediakan oleh sekolah / guru-guru mata pelajaran
4. Pembentangan : Pn.Roslinah Apin
En.Ahsly Kasin
En.Losius Goliong
5. Penyelaras mata pelajaran:
Bahasa Melayu : Pn.Roslinah Apin / Semua SISC+ BM(SR)
Bahasa Inggeris : Pn.Shahrul Nadia Halid / Semua SISC+ BI (SR)
Matematik : En.Ahsly Kasin / Semua SISC+ Matematik (SR)
Kemanusiaan : UPA
Teknik : En.Maksum Y.Shariffuddin

6. Peningkatan akademik & kepimpinan sekolah


En.Rusining Rusidi
En.Ibnis Shaid Abd.Rajun
En,Jeafry Goh Kautah

7. Amalan terbaik dan intervensi berimpak tinggi


SISC+
Unit Pengurusan Akademik
8. Dialog Prestasi
En.Maksum Y.Shariffuddin
7.0 PENILAIAN
Kejayaan program ini adalah terletak kepada komitmen dan kesungguhan setiap pihak
yang terlibat dan melaksanakannya dengan betul dan konsisten. Petunjuk Prestasi adalah
berdasarkan peningkatan pencapaian pelajar dalam setiap peperiksaan. Kejayaan seterusnya
akan dapat dilihat melalui peningkatan GPS dan peratus kelulusan serta bilangan pelajar
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2015.

Disediakan oleh:
ROSLINAH BTE APIN
Setiausaha Program
Program Kolaborasi Akademik DTP
Pejabat Pendidikan Daerah Ranau
Tahun 2015

“ RANAU NO.1”

“ MENERAJUI TRANSFORMASI”

Anda mungkin juga menyukai