Anda di halaman 1dari 5

Teori pohon merupakan satu model untuk menunjukkan evolusi bahasa-bahasa dalam

linguistik sejarah. Menurut Alexandar Francois (2014: 162), teori ini diperkenalkan oleh

August Schleicher dalam artikelnya yang bertajuk ‘Die ersten Spaltungen des

indogermanischen Urvolkes’ pada tahun 1853. August Schleicher merupakan seorang ahli

biologi. Menurut Kaylan & Francois (2018: 59-61), August Schleicher memperkenalkan dan

menggunakan teori ini secara besar-besaran dalam bidang linguistic sebelum Charles Darwin

mencadangkan modul ini dalam evolusi biologi selepas 6 tahun kemudian. Menurut Gorys

Keraf (1983), teori ini baru diperkenalkan sebagai Stammbaumtheorie atau Pedigree Theory

yang diilhamkan melalui teori kejadian yang dicadangkan oleh Charles Darwin pada tahun

1866. Teori ini kemudian dikenali dengan nama Family Tree atau Silsilah.

Tujuan teori pohon ini adalah untuk mengelompokkan bahasa-bahasa di dunia dalam

bidang linguistic untuk menjejaki asal-usul sesuatu bahasa-bahasa purba atau bahasa proto.

Seperti dihuraikan oleh Johann, Nelson, Shijulal, Hans dan William (2014: 141-144), ia

adalah pusat bidang linguistik perbandingan yang melibatkan penggunaan bukti dari bahasa

yang diketahui dan peraturan evolusi ciri bahasa yang diperhatikan untuk mengenal pasti dan

menggambarkan proto-bahasa hipotetis yang berasal dari setiap keluarga bahasa, seperti

Proto-Indo-Eropah dan Indo- Bahasa Eropah.

Menurut Gorys Keraf (1983), August Schleicher telah memberi pandangan yang jelas

terhadap pemencaran bahasa dalam teori pohon, iaitu bahasa yang dimulai dari bahasa proto

atau bahasa purba sehingga berkembang menjadi cabang-cabang bahasa lain. Hal ini

bermakna bahasa proto akan memencarkan kepada cabang-cabang bahasa yang utama

sehingga cabang-cabang bahasa kecil. Pemencaran bahasa dalam teori pohon berlaku seperti

pencabangan dahan pokok yang terjadi secara mendadak dan berterusan. Ia masih boleh

membantu kita memperlihatkan hubungan antara bahasa-bahasa utama seperti bahasa purba

dan dialek-dialek kecil dalam bidang linguistic perbandingan ini. Menurut August
Schleicher, pencabangan akan bercabang dua dan seterusnya akan melahirkan dua lagi

cabang yang lain pada peringkat yang seterusnya. Pemencaran bahasa akan menjadi semakin

jauh sehingga tidak berlaku pertembungan antara satu sama lain atau bahasa-bahasa tidak

mempunyai hubungan lagi kalau dibandingkan.

Teori pohon ini boleh digambarkan dengan rajah pohon dari atas ke bawah dan rajah

pohon dari bawah ke atas.

Teori pohon dari atas ke bawah

Teori pohon dari atas ke bawah boleh digambarkan berdasarkan rajah 1. Yang kita

tahu, teori pohon dimulai daripada bahasa proto. Ia memencarkan kepada beberapa cabang

bahasa utama sehingga kepada cabang-cabang bahasa yang lebih kecil. Contohnya, bahasa A

memencarkan kepada bahasa A1, bahasa A2, dan bahasa A3. Kemudian, bahasa A1

memencarkan lagi kepada cabang bahasa kecil iaitu A11, A12, dan A13 dan bahasa A11

memencarkan cabang bahasa lebih kecil lagi atau dikenali sebagai dialek iaitu A111, A112,

dan A113.

Berdasarkan contoh, ia memperlihatkan hubungan antara bahasa-bahasa melalui teori

pohon. Contohnya, bahasa A1 mempunyai hubungan dengan bahasa A11, bahasa A11

mempunyai hubungan dengan dialek A113. Dengan masa yang sama, ketiga-tiga bahasa ini

mempunyai hubungan dengan bahasa proto mereka iaitu bahasa A


Rajah 1

Perkembangan sesuatu bahasa atau dialek akan menyebabkan sesuatu bahasa itu

mempunyai usia atau lama waktu yang berbeza. Menurut Asmah Hj Omar (1988), usia waktu

merujuk kepada umur sesuatu bahasa yang dihitung dari masa bahasa itu berpecah atau

dipencarkan dari bahasa induknya. Umur sesuatu bahasa dapat dilihat melalui beberapa

pemeringkatan iaitu dari Filum, rumpun, keluarga, dan subkeluarga. Filum lebih dikenali

dengan kelompok bahasa yang paling tua iaitu usianya adalah 5000 tahun ke atas, rumpun

pula kelompok bahasa yang usianya antara 2500 hingga 5000 tahun, keluarga merujuk pada

kelompok bahasa yang berumur kurang daripada 2500 tahun dan subkeluarga pula ialah

keluarga bahasa yang telah dibahagikan kepada subkeluarga-subkeluarga yang lain.

Setiap bahasa akan mempunyai pokok salasilah iaitu dari atas ke bawah seperti

Bahasa indo-european, bahasa Dravidian, bahasa Austrik dan sebagainya. Oleh itu, contoh

yang dipilih untuk mengemukakan teori pohon dari atas ke bawah ialah pokok salasilah bagi

filum Austris. Filum Austris menunjukkan penggunaan teori pohon dari atas ke bawah

apabila ia memencarkan kepada tiga cabang utama sehingga ke Cabang-cabang yang lebih

kecil. Cabang utama yang dipencarkan adalah kepada tiga rumpun iaitu rumpun Austronesia,

rumpun Austroasia, dan rumpun sino Tibet. Dari ketiga-tiga rumpun ini, hanya rumpun

Austronesia yang memencarkan kepada cabang-cabang yang lebih kecil.

.
Rajah 2
Rumpun Austronesia memencarkan kelompok bahasa melalui dua pembahagian iaitu

pada pembahagian pertama, Rumpun Austronesia memencarkan kepada dua keluarga bahasa

iaitu keluarga Austronesia Barat/ Indonesia dan keluarga Austronesia Timur. Kemudian

dipencarkan lagi dari keluarga Austronesia timur kepada tiga bahasa iaitu polinesia,

Melanesia dan mikronesia, Bagi cara pembahagian kedua, rumpun Austronesia memencarkan

kepada empat keluarga iaitu keluarga Indo-nesia, keluarga mela-nesia, keluarga poli-nesia

dan keluarga mikro-nesia. Hal ini menunjukkan penggunaan teori pohon dari atas ke bawah

dalam filum Austris.

Rajah 3

Rajah 4
Biblio

Francois, Alenxandre. 2014. Trees, Waves and Linkages: Models of Language

Diversification. Dlm. Claire Bowern and Bethwyn Evans (ed.). The Routledge Handbook of

Historical Linguistics. London: Routledge Taylor and Francis Group.

Kaylan, Siva. & Francois, Alexandre. 2018. Let's Talk about Trees: Tackling problems in

representing phylogenic relationships among languages. Osaka: National Museum of

Ethnology.

Keraf Gorys. 1983. Linguistik Bandingan Historis. Jakarta : PT. Gramedia Pustaka Utama.

Mattis, Johann., Nelson, Shijulal., Geisler, Hans., Martin, William. (2014). Networks of

lexical borrowing and lateral gene transfer in language and genome evolution. Journal of

BioEssays, 36(2): 141–150.

Anda mungkin juga menyukai