Anda di halaman 1dari 5

SEJARAH LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah
dicatatkan.Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan dalam kalangan pekerja
serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade
adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini
juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan
‘dialos ‘ berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. 
Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan
stadium berkenaan.Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan
disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz
kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan
perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan
peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan
digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan.
Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara
permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.
Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara
permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan
memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah
gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun
1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita
telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.

Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari
Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang
rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200
meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa
selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200
meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah
pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah
orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun
1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi
wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland
dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya
mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

2.0 LARI PECUT

Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi
seperti tenaga anerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Dua faktor asas mempengaruhi
kepantasan seorang pelari iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah.

A. Arahan Permulaan
Untuk semua acara 400 meter dan termasuk 400 meter, arahan untuk memulakan perlumbaan
adalah “ ke garisan, sedia, ‘bang’ “.

B. Teknik Mula Lari Pecut


Terdapat dua teknik iaitu gaya berdiri dan daya dekam. Untuk pertandingan masa kini, gaya dekam
digunakan dan semua pelari dikehendaki menggunakan blok permulaan.

2.1 Gaya Berdiri


Gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam kelas pendidikan jasmani atau
dalam gerak kerja kokurikulum. Gaya ini paling digemari di sekolah rendah rendah kerana ia
merupakan gaya yang paling berkesan.Walau bagaimanapun ia tidak digunakan untuk acara ini
dalam pertandingan rasmi.

2.1.1 Persediaan
Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan ‘ke garisan ‘ diberi.

2.1.2 Ke garisan
Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa
menyentuhnya manakala kaki belakang sedikit ke belakang , kira-kira 30-40cm dan mengimbangkan
badan.
Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
Condongkan badan ke hadapan.
Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan . Jika
kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.

rajah 2.1.2 Ke garisan

2.1.3 ‘Sedia’
Condongkan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.
Bengkokkan lutut kaki hadapan.
Kaki belakang tolak ke tanah.
Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tmbakan pistol ataupun tiupan wisel.

rajah 2.1.3 Sedia

2.1.4 ‘bang’ atau ‘mula’


Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.

rajah 2.1.4 ‘Bang’ atau Mula

2.2 Gaya Dekam


Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada prinsipnya. Pemenang
acara 100m, Thomas Burke dari Amerika Syarikat menggunakan gaya dekam yang serupa dengan
gaya peluru pada masa ini.Gaya ini sangat rumit tetapi boleh diajar kepada pelari baru. Gaya ini
boleh dibahagikan kepada tiga iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.

2.3 Fasa-Fasa Dan Teknik-Teknik Lari Pecut

Mengikut pakar fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada yang berikut:

1) Fasa permulaan

2) Fasa larian

a) Fasa pecutan
b) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
c) Fasa larian di selekoh
3) Fasa penamat

2.3.1 Fasa Permulaan

Bukan semua atlit adalah sama dari segi teknik permulaan. Walaupun terdapat banyak variasi, pada
amnya terdapat tiga cara iaitu:

1. Gaya Peluru (Bullet/Bunch/ Kangaroo Start)


2. Gaya sederhana (Medium Start)
3. Gaya Panjang (Elongated Start)

Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan

1. Gaya peluru
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 ½ tapak.
b) Hujung tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.

2. Gaya sederhana
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau setengah tapak kaki.
b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
3. Gaya panjang
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau l ½ tapak.
b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

MEMULAKAN LARIAN DENGAN BLOK

Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat.Terdapat banyak variasi
yang dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi kita akan melihat gaya, yang dicadangkan oleh Mach
seorang atlit dan jurulatih yang berwibawa (dalam Payne, 1985).

Gaya larian juga melibatkan tiga gaya:

1) Gaya peluru
- Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua
tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

2) Gaya sederhana
- Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak
dari bahagian hadapan blok hadapan.

3) Gaya panjang
- Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian
hadapan blok hadapan.

PENEMPATAN BLOK PERMULAAN YANG LEBIH TEPAT


Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Women’s hurdling: Novice, to championship
mengemukakan satu cara penempatan blok yang Iebih tepat. Cara ini melibatkan ukuran panjang
kaki.
Panjang kaki Dari Trochanter ke tanah 
Penempatan blok hadapan Panjang kaki ____ × 0.55 
Jarak antara blok Panjang kaki ____ × 0.42 

Contoh = 86 cm
Penempatan blok pertama = 86 × 0.55 = 47.30 cm
Jarak antara blok = 86 × 0.42 = 36.12 cm

rajah 1:blok permulaan padang rajah 2:blok permulaan trek

PENEMPATAN BIOK DI SELEKOH


Acara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu penempatan blok
permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100m. Blok diletakkan berhampiran dengan
garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke garis dalam Iorong supaya bahagian dalam blok
adalah tangen kepada garis dalam.

2.3.2 Fasa Pecutan


Selepas arahan pelepas ‘ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok permulaan.

KEDUDUKAN TANGAN:
Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka
dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di beIakang garis mula.

KEDUDUKAN KEPALA DAN LEHER:


KepaIa dari Ieher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh
tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan,pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.

PERGERAKAN TANGAN DAN KAKI:


Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke atas) dimulakan. Diikuti
dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. 
Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.Tangan lain
digerakkan: ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.

LUTUT
Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan
diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter,
kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah
dalam fasa ini.

TEKNIK KELAJUAN MAKSIMUM DAN PENGEKALAN KELAJUAN


Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari pecut, pecutan berlaku
awal dalam larian. 
Sebenarnya 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet
mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.
Tambahan pula seseorang atlet tidak mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari
jarak 14 - 18 meter, maka apa yang diperlukan oleh atlit ialah untuk mengekalkan kelajuan yang
lebih rendah dari kelajuan maksimum.

TEKNIK LARIAN DI SELEKOH


Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'. Untuk
memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk rnengimbangkan kuasa 'centrifugal',
seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam. 
Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam

2.3.3 Teknik Penamat


Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet berlari 10 meter lebih dari
jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan 210 m untuk 200 m. 
Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis
penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso
ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.