Anda di halaman 1dari 4

KHUTBAH IDILFITRI 1441H/ 2020M

“Merayakan Idilfitri Bersama Keluarga Dalam Kebiasaan Baharu”


___________________________________________________________________

َ َ،‫َاَهللَُأ ْكب ُر‬،‫هللَُأ ْكب ُر‬


َ َ‫َا‬،‫اَهللَُأ ْكب ُر‬،‫َاَهللَُأ ْكب ُر‬،‫َاَهللَُأ ْكب ُر‬،‫َاَهللَُأ ْكب ُر‬،‫َاَهللَُأ ْكب ُر‬،‫َاَهللَُأ ْكب ُر‬،‫اَهللَُأ ْكب ُر‬
َ َ‫اَم ح َّم ٍَد‬ ِ ِ ٍ ِ ِ ِّٰ ِ ِّٰ
ُ ‫اَم ح َّمدَوعل ّٰىَآلَسيِّدن‬ ُ ‫ََاللَّ ُه َّمَص ِّلَعل ّٰىَسيِّدن‬.‫ََالْ ح ْم ُدَلله‬.‫وللهَالْ ح ْم ُد‬
َ‫َاِتَّ ُق ْواَاهلل‬،‫َف ياَأيُّهاَالْ ُم ْسلِ ُم ْون‬،‫أ َّماَب ْع ُد‬
Keluargaku yang dikasihi sekalian!
Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan
melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-
mudahan kehidupan kita mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

َ‫َولِّٰل ِهَالْ ح ْم ُد‬،‫َاهللَُأ ْكب ُر‬،‫َاهللَُأ ْكب ُر‬،‫اهللَُأ ْكب ُر‬


Keluargaku sekalian!
Kita merafakkan rasa setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT pada hari ini,
kerana kita telah selesai melaksanakan ibadah puasa Ramadan, menunaikan zakat
fitrah, solat sunat tarawih, witir dan pelbagai ibadah sunat yang lain dalam kerangka
menghidupkan Ramadan al-Mubarak.

Pada pagi yang mulia ini, kita menunaikan solat Idilfitri bersama-sama di rumah, bukan
di masjid seperti biasa. Inilah kelaziman baharu yang kita perlu terima pada tahun ini.
Sesungguhnya inilah anugerah Allah SWT yang julung-julung kalinya kepada kita dan
mungkin inilah satu-satunya yang akan kita lalui sepanjang hayat kita.

Kita berdoa, mudah-mudahan ibadah yang kita telah laksanakan sama ada solat
fardhu, solat tarawih, solat witir mahupun puasa Ramadan ini diterima di sisi Allah
SWT dan mampu menghadiahkan kita kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Marilah kita terus menyinari rumah kita dengan zikrullah, tilawah dan tadabbur al-
Quran, di samping berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Moga-moga kita
dijauhkan daripada kemudaratan dan godaan syaitan sempena bulan yang mulia ini.

1
Sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Janganlah engkau jadikan rumah-rumahmu sebagai kuburan kerana sesungguhnya
syaitan akan lari dari rumah-rumah yang di dalamnya dibacakan surah al-Baqarah”.

َ‫َولِّٰل ِهَالْ ح ْم ُد‬،‫َاهللَُأ ْكب ُر‬،‫َاهللَُأ ْكب ُر‬،‫اهللَُأ ْكب ُر‬


Keluargaku yang dikasihi Allah!
Semasa wabak COVID-19 ini, patuhilah segala perintah Kerajaan Malaysia untuk
menjaga kesihatan diri dengan membudayakan hidup bersih dan sihat serta memakan
makanan yang berzat, sentiasa memakai topeng muka, mendisinfeksi tangan dengan
hand sanitizer serta kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.

Kita juga hendaklah sentiasa mengamalkan syor Kementerian Kesihatan Malaysia


untuk mengelakkan diri daripada 3C iaitu:

1. Crowded Places (kawasan sesak)


2. Confined Spaces (tempat sempit)
3. Closed Conversation (perbualan jarak dekat)

Oleh itu, amalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter untuk


menghindarkan diri kita daripada penularan wabak COVID-19. Saranan dan syor
Kerajaan ini sesuai dengan perintah Allah SWT melalui penjagaan dan pemeliharaan
Maqasidus Syariah.

Maqasidus Syariah adalah tujuan yang dikehendaki Allah SWT dalam setiap hukum
yang Allah tetapkan untuk kebaikan hamba-hamba-Nya. Kepentingan menjaga
Maqasidus Syariah telah dijelaskan oleh al-Quran dengan terang sebagai pemelihara
kemaslahatan manusia untuk manfaat mereka dan menghindarkan kemudaratan.

َ‫َولِّٰل ِهَالْ ح ْم ُد‬،‫َاهللَُأ ْكب ُر‬،‫َاهللَُأ ْكب ُر‬،‫اهللَُأ ْكب ُر‬


Keluargaku yang dirahmati Allah!
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tempoh PKP Bersyarat
ini, anugerah dan kasih sayang yang Allah SWT kurniakan kepada kita ialah nikmat
kebersamaan bersama keluarga tercinta. Dalam bulan Syawal yang mulia ini
mahupun sebelumnya, kita dapat menyemarakkan kasih sayang yang terkadang
kurang diberi perhatian kerana kesibukan tugas dan sebagainya.

2
Semasa berada di rumah, kita dapat melakukan solat fardhu, solat tarawih, solat witir
berjemaah, membaca dan mentadabbur al-Quran serta ibadah-ibadah lain dengan
penuh kasih sayang bersama keluarga tercinta. Hargailah nikmat iman dan perasaan
kasih sayang yang Allah SWT limpahkan kepada keluarga kita ini dengan penuh rasa
kesyukuran. Semoga kita semua dihimpunkan bersama Rasulullah SAW dan sekalian
orang beriman yang merupakan keluarga besar kita di syurga kelak.

َ‫َولِّٰل ِهَالْ ح ْم ُد‬،‫َاهللَُأ ْكب ُر‬،‫َاهللَُأ ْكب ُر‬،‫اهللَُأ ْكب ُر‬

َ‫َالرِجْي ِم‬
َّ ‫أن‬ِ ‫أعوذَُبِاهللِ َِمنَالشَّيط‬
ْ ُ

ِ ‫َولِسائِِرَالْمسلِ ِمْيَوالْمسلِم‬،‫َوأست ْغ ِفرَاهللَالْع ِظيم َِِلَول ُكم‬،‫أقُو ُلَق وِِلَهّٰذا‬


ِ ‫َوالْم ْؤِمنِْيَوالْم ْؤِمن‬،‫ات‬
َ،‫ات‬ ُ ْ ُ ُْ ْ ُْ ْ ْ ُ ْ ْ ْ
.‫َالرِحْي ُم‬ ِ ‫ف‬
ُ ُ‫است ْغف ُرْوهَُإِنَّه‬
َّ ‫َهوَالْغ ُف ْوُر‬ ْ

3
KHUTBAH KEDUA IDILFITRI 1441H/ 2020M
_____________________________________________________________________________________________________

َ ََ.‫َولِّٰل ِهَالْ ح ْم ُد‬،‫اهللَُأ ْكب ُر‬،‫َاهللَُأ ْكب ُر‬،‫َاهللَُأ ْكب ُر‬،‫ َاهللَُأ ْكب ُر‬،‫َاهللَُأ ْكب ُر‬،‫َاهللَُأ ْكب ُر‬،‫اهللَُأ ْكب ُر‬
َ َ‫َاِتََّ ُقواَاهلل‬،ِ‫َف ياَ ِعبادََاهلل‬،‫اَم ح َّم ٍَد أ َّماَب ْع ُد‬ ِ ِ ٍ
ُ ‫اَم ح َّمدَوعَل ّٰىَآلَسيِّدن‬
ِ ِ ِّٰ
ُ ‫َاللَّ ُه َّمَص ِّلَعل ّٰىَسيِّدن‬.‫الْ ح ْم ُدَلله‬
َ‫َولِّٰل ِهَالْ ح ْم ُد‬،‫َاهللَُأ ْكب ُر‬،‫َاهللَُأ ْكب ُر‬،‫اهللَُأ ْكب ُر‬
Keluargaku yang dirahmati Allah!
Dalam bergembira merayakan Idilfitri, marilah kita bersama-sama meneruskan
semangat Ramadan yang tertanam di jiwa dengan melaksanakan puasa sunat enam
hari di bulan Syawal sebagaimana maksud Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan, dan diikuti dengan enam hari di bulan Syawal,
maka ia seumpama berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

ِ ‫ات َاْألحي ِاء َِمْن هم ََواْألمو‬


ِ ََّ‫َإِن‬.‫ات‬
ٌَ ْ‫ََْيٌ َق ِري‬ ِ ‫ا ّٰلله َّم َا ْغ ِفر َلِْلمسلِ ِمْي َوالْ مسلِم‬
ِ ‫ات َوالْ م ْؤِمنِْي َوالْ م ْؤِمن‬
ْ ُْ ْ ُ ْ ُ ُْ ْ ُْ ْ ُ
.‫ات‬ ِ ‫اضيَالْ حاج‬ِ ‫اتَوياَق‬ ِ ‫م ِجي ٌَالدَّعو‬
ُْ ُ
Ya Allah, ampunkanlah dosa dan kesalahan semua kaum Muslimin dan Muslimat
sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, khususnya dosa-
dosa ibubapa kami, saudara-mara kami, sahabat handai kami, guru-guru kami dan
orang yang menyayangi kami kerana-Mu ya Allah.

Ya Allah, berikanlah taufiq dan hidayah-Mu kepada kami semua, kepada pimpinan-
pimpinan Islam negara kami khususnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Malaysia dan juga pimpinan-pimpinan Islam negeri kami khususnya kepada Tuan
Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Ya Allah, Ya Dzal Jalali Wal Ikram! Kabulkanlah doa kami, Terimalah solat kami,
puasa kami, amalan-amalan sunat yang telah kami kerjakan sepanjang bulan
Ramadan Al-Mubarak, kekhusyukan kami, perhambaan kami dan sempurnakanlah
segala kekurangan yang ada pada diri kami. Perkukuhkanlah perpaduan antara kami
dan umat Islam seluruhnya Ya Allah, Ya Akramal Akramin.

َ .‫هللَُأَ ْكب َُرَولِّٰل َِهَالْ ح ْم َُد‬ َ َ‫َلََإِلّٰهََإََِّل‬،‫هللَُأ ْكب ْر‬


َ ‫َا‬،‫اهللَُواهللََأ ْكب ُر‬ َ ‫َا‬،‫هللَُأ ْكب ْر‬
َ ‫َا‬،‫هللَُأ ْكب ْر‬
َ‫ا‬

Anda mungkin juga menyukai