Anda di halaman 1dari 5

Nama Pelajaran: Bahasa Melayu

Tahun: 4 Amanah
Bil. Murid: 41 orang
Tema: Sekolahku Berjasa
Tajuk: Pemimpin Kecil (Pemahaman)
Tarikh: 22 Februari 2008
Hari: jumaat
Masa: 4.30 petang - 5.30 petang
60 minit (1 jam)

Objektif: Pada akhir pelajaran murid dapat:


1. Membaca teks laporan “Pemimpin Kecil” dengan sebutan dan intonasi yang
betul.
2. Menjawab 5 soalan pemahaman berdasarkan teks laporan tersebut.
3. Mengenal pasti 5 kata adjektif yang terdapat dalam laporan dan membina ayat
bagi setiap kata adjektif tersebut.

Fokus Utama: 5.1 Aras 3 (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan menarik.

Fokus Sampingan: 8.1 Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik
yang diberikan.

Kemahiran berbahasa: Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Sistem bahasa: Kata Adjektif

Ilmu: Pendidikan Moral

Nilai Murni: Keberanian, Kerajinan, kerjasama

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)


Kemahiran berfikir: Menghubung kait, menjana idea, membuat keputusan

Kecekapan Pelbagai: Interpersonal dan verbal linguistik.

Pengetahuan sedia ada: Murid tahu membezakan ciri-ciri positif dan negatif bagi
memilih seseorang calon ketua kelas.

Bahan Bantu Belajar: Petikan laporan “Pemimpin Kecil”, lembaran kerja, kertas sebak

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan


Pengesanan maklumat yang Set Induksi (5 minit) KB: menghubung
dipertontonkan: 1. Dua orang murid dipanggil ke kait, menjana idea
 Ciri-ciri positif hadapan kelas.
 Ciri-ciri negatif 2. Seorang murid menggayakan
penampilan kemas dan berdisiplin.
Soalan: Manakala seorang murid lagi
 Antara kedua-dua menggayakan penampilan yang
watak tersebut, yang berlawanan.
manakah layak 3. Semua murid diminta menyatakan
menjadi Ketua Kelas? ciri-ciri kedua-dua murid tersebut.
4. Murid dibawa kepada tajuk pelajaran
hari ini.
Ilmu: Penulisan Laporan Langkah 1 (15 minit) KP: Interpersonal,
1. Murid diedarakan petikan laporan verbal linguistik
bertajuk “Pemimpin Kecil”.
2. Murid diminta membaca petikan Nilai: Keberanian,
laporan tersebut secara senyap. kasih sayang,
3. Beberapa orang murid dipilih secara
rawak untuk membaca petikan yang BBB: teks laporan
sama secara kuat dengan sebutan dan “Pemimpin Kecil”
intonasi yang betul.
4. Guru membetulkan kesilapan bacaan
sekiranya ada.
Jawapan: Langkah 2 (15 minit) KB: menjana idea,
1. D 1. Murid diedarkan lembaran kerja. membuat keputusan
2. A 2. Secara berpasangan, murid diminta
3. B menjawab 5 soalan pemahaman Nilai: kerajinan,
4. B berdasarkan teks laporan “Pemimpin keberanian,
5. C Kecil”. kerjasama
3. Secara rawak,guru meminta murid
menyatakan jawapan mereka di BBB: lembaran kerja
hadapan kelas.
4. Guru menjelaskan perkataan yang
tidak difahami oleh murid.
Kata Adjektif: Langkah 3 (20 minit) KB: menjana idea
1. Bertanggungjawab 1. Murid dibahagikan kepada beberapa
2. Amanah kumpulan dan mengenal pasti 6 kata KP: Interpersonal
3. Tegas adjektif yang terdapat dalam petikan
4. Adil laporan “Pemimpin Kecil”. BBB: Kertas sebak,
5. Berani 2. Guru menampal kad perkataan kata kad manila, kad
6. Pintar adjektif di hadapan kelas. perkataan.
3. Setiap kumpulan diminta
menghasilkan ayat bagi setiap kata
adjektif tersebut.
4. Guru meminta setiap kumpulan
memilih satu kad perkataan.
5. Wakil kumpulan diminta
membacakan ayat yang telah dibina
berdasarkan kad perkataan yang telah
dipilih.
Rumusan: Penutup(5 minit)
 Mengetahui contoh 1. Murid disoal tentang pelajaran pada
penulisan laporan hari ini.
 Mengenal pasti kata 2. Guru membuat kesimpulan tentang
adjektif. pelajaran hari ini.
 Nilai murni

REFLEKSI ( 22 FEBRUARI 2008 ) BAHASA MELAYU


Hari ini merupakan hari terakhir dalam minggu keenam aku menjalani praktikum. Namun begitu,
pada hari ini perasaanku agak berdebar kerana sekali lagi akan dicerap oleh pensyarah
pembimbing iaitu Datin Paduka Anismah. Walaupun pernah dicerap oleh beliau sebelum ini,
perasaan berdebar masih tidak dapat ditepis. Seperti biasa, kelasku akan bermula pada pukul 4.30
petang. Walaupun berasa agak kurang sihat, aku tetap meneruskan perancanganku seperti mana
yang telah dirancang dalam RPH.

Kelasku bermula, semasa set induksi aku meminta dua orang muridku untuk tampil ke
hadapan kelas dan aku meminta seorang dari mereka menggayakan pakaian yang kemas
manakala seorang lagi menggayakankan sebaliknya. Pada masa ini, aku menyoal murid lai
tentang pandangan mereka terhadap murid dihadapan. Pelbagai jawapan yang aku peroleh dan
murid-muridku menjawab dengan baik sekali.

Semasa langkah pertama, aku meminta murid membaca petikan yang aku berikan kepada
mereka dengan senyap. Selepas itu, aku memilih beberapa murid untuk membaca petikan
tersebut dengan kuat..bagi menguji kefahaman murid terhadap bacaan mereka, aku menyoal
beberapa soalan kepada murid. Alhamdulillah, murid dapat memahami perkara yang dibaca.
Memulakan langkah kedua, aku mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan meminta mereka
menjawab soalan pemahaman yang diberikan secara berpasangan dan pada masa yang sama aku
menjelaskan makna beberapa perkataan yang agak sukar kepada murid.

Pada langkah ketiga, aku membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan meminta
mereka mengenalpasti enam kata adjektif yang terdapat dalam teks. Semasa murid bergerak
untuk membentuk kumpulan, keadaan menjadi agak bising. Aku agak kelam kabut melihatkan
keadaan murid ini. Namun begitu, murid semakin teratur apabila telah berada dalam kumpulan
masing-masing. Aku merasa lega melihatkan keadaan ini. Selesai murid mencari kata adjektif
yang terdapat dalam teks, aku meminta mereka membina ayat dari perkataan tersebut.
Seterusnya, aku meminta murid untuk mencabut undi bagi menentukan kumpulan mana yang
akan memperdengarkan ayat yang dibina di hadapan kelas. Aku dapati, murid sangat seronok
semasa belajar dalam kumpulan dan ayat yang dibina juga adalah lebih baik.

Semasa penutup, aku menyoal murid tentang pelajaran pada hari ini. Aku meinta seorang
murid untuk menyatkan pelajaran pada hari ni dan murid lain memberi pandangan kepada
jawapan tersebut. Alhamdulillah, muri-muridku dapat memahami apa yang telah diajar. Secara
keseluruhannya, P&P pada hari ini dapat berjalan dengan baik dan teratur. Namun begitu, setelah
mengadakan perbincangan dengan Datin, beliau menyarankan agar aku memperbaiki beberapa
perkara seprti bimbingan murid dari segi kebahasaan seperti sebutan, intonasi dan tatabahasa.
Selain itu, beliau juga meminta aku untuk meningkatkan lagi kawalan kelas semasa
pembentukan kumpulan. Segala teguran dan nasihat dari beliau ini akan aku perbaiki pada masa
hadapan, InsyAllah.