Anda di halaman 1dari 3

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT)

KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF

Kesan Positif:

1. Memudahkan mencari maklumat


2. Memudahkan komunikasi
3. Mempercepatkan urusan
4. Mudah mendapatkan berita / perkembangan semasa
5. Meluaskan pasaran perniagaan

Kesan Negatif:

1. Berlaku pembaziran waktu


2. Melayari laman web yang tidak bermoral/pronografi
3. Berlaku jenayah siber

Pada era globalisasi kini, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi
semakin penting untuk setiap manusia. Manusia dan ICT seakan tidak boleh dipisahkan dan
menjadi satu keperluan dalam menjalani kehidupan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
kesan positif dan kesan negatif terhadap penggunaan ICT.

Antara kesan positif ICT ialah mudah mendapatkan maklumat. Pelbagai maklumat boleh
diakses melalui medium ICT seperti internet. Hal ini memudahkan para pelajar mendapatkan
maklumat tentang hal-hal berkaitan pendidikan di internet. Para pelajar boleh melayari blog-blog
pendidikan yang semakin banyak di internet.

Selain itu, ICT juga memudahkan komunikasi. Melalui laman sosial seperti Facebook,


Twitter, Skype, dan sebagainya manusia boleh berkomunikasi secara atas talian dengan
mudah dan cepat. Ibu bapa juga boleh mengubat rindu dengan cara menghubungi anak-anak
mereka yang berada jauh di perantauan melalui laman sosial Skype.

Di samping itu, ICT turut membawa kesan positif dalammempercepatkan urusan. Kini,
pelbagai urusan kerajaan atau swasta dengan mudah boleh dilakukan secara dalam talian.
Contohnya, urusan perbankan, pembayaran bil utiliti, permohonan kerja, membeli belah, dan
sebagainya. Orang awam tidak perlu lagi beratur panjang untuk membayar bil di kaunter
sebaliknya boleh terus membayar bil utiliti mereka di internet dengan mudah yang cepat.

Tambahan itu, ICT juga memudahkan orang awam untuk mengetahui perkembangan


semasa yang berlaku. Kemajuan ICT yang bersifat global memudahkan seseorang mengetahui
berita atau kejadian yang berlaku di luar negara dengan mudah dan cepat. Laman sesawang
berita setiap negara boleh diakses melalui jaringan internet untuk mendapatkan berita-berita
terkini dari negara luar.

Seterusnya, melalui ICT induvidu/syarikat dapat meluaskan pasaran perniagaan mereka.


Perdagangan antara atas talian kini semakin popular dalam kalangan masyarakat. Oleh itu,
perkembangan pesat teknologi maklumat mampu membawa jaringan perniagaan yang luas dan
lebih berdaya saing melalui atas talian. Pembelian secara atas talian juga membawa banyak
kelebihan kepada pembeli khususnya. Hal ini kerana mereka mempunyai banyak variasi
barangan yang boleh dibandingkan harga serta fungsinya. Pembeli juga mampu menjimatkan
masa mereka melalui belian atas talian daripada membeli barangan di pasar raya.

Terdapat beberapa kesan negatif perkembangan teknologi maklumat (ICT).


Antaranya, banyak mengbuang masa. Keseronokan melayari laman-laman sosial
seperti Facebook, Twitter, dan bermain permainan maya secara atas talian menyebabkan
seseorang menghabiskan banyak waktu. Kesan yang paling ketara adalah terhadap pelajar
yang menghabiskan waktu mereka melayari internet sehingga mengabaikan kerja sekolah dan
waktu belajar. Produktiviti seseorang pekerja juga akan merosot jika terlalu leka melayari
internet.

Di samping itu, ICT juga mendatangkan kesan negatif dalam berlakunya jenayah siber.
Semakin maju teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah siber yang berlaku.
Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan secara atas talian, berlaku traksaksi
palsu, buli siber, dan sebagainya. Kelicikan penjenayah siber ini adakalanya mampu
menggodam sistem pertahanan negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan
sesebuah negara kepada ancaman anasir luar. Penipuan jual beli dalam talian juga membawa
kerugian yang besar kepada pembeli atau penjual.
Seterusnya, kesan negatif kemajuan ICT ialah melayari laman sesawang yang tidak
bermoral atau pronografi. Generasi muda khususnya lebih terdedah untuk melayari laman
sesawang yang tidak bermoral dan pronografi disebabkan benteng agama yang tidak kukuh.
Melalui laman sesawang tidak bermoral ini, generasi muda akan mudah terpengaruh dan
mengikut perlakuan yang tidak baik menerusi laman sesawang tersebut. 

Kesimpulannya, kemajuan ICT diharap dapat membawa kesan positif terhadap


penggunannya. Kesan-kesan negatif yang berpunca daripada kemajuan ICT haruslah di beri
perhatian oleh kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab agar gejala negatif ini dapat
dibanteras. Pengguna ICT juga haruslah lebih bijak dalam menilai setiap kandungan yang di
terima oleh kepesatan ICT.