Anda di halaman 1dari 13

eb Site - Free Web Space and Site Hosting - Web Hosting - Internet Store and Ecommerce Solution Provider

- High Speed I

Top of Form

mw s_endsite_bo search

Bottom of Form

http://kheru2006.i8.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.htmClose
Would you like to make this site your homepage? It's fast and easy...
Yes, Please make this my home page!
No Thanks

Don't show this to me again.

Close

Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara


kita akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan
sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran
secara khasnya.

Sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk mengetahui peranan


guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat dalam usaha memberikan
pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum
dan latar belakang.

Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani


kepelbagaian sosio-budaya murid, khususnya ketika mengendalikan
aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

3.1 Guru

Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas


dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional. Guru tidak harus
membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum
mereka tertentu sahaja. Murid dari kaum dan jantina berlainan juga
harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang
untuk berinteraksi terbuka luas.

Rohand Meighan (1986) menulis bahawa kelas sosial menggambarkan


perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang
sama.

Karl Marx berpendapat kelas sosial adalah kategori individu yang


mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran
serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran.
Terdapat lima kelas sosial yang boleh dibezakan iaitu golongan atasan,
pertengahan atasan, pertengahan bahawan, pekerja dan bawah.

Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid.


Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari
kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran
ditunjukkan.

Guru harus bijak dalam mengendalikan kelas sosial murid dimana akan
wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan
budaya dan masyarakat. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran
yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi
menyeronokkan.

Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai


sikap, tingkah laku uang sesuai. Guru harus melayan keperluan murid
kearah perkembangan potensi secara optimum. Murid harus dibantu
untuk memahami kekuatan dan dan kelemahan yang ada pada diri
mereka; setiap kelemahan perlulah diatasi dan kekuatan yang ada
boleh digunakan untuk membantu murid lain yang memerlukannya.

Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang


sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Guru perlu membantu murid
membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi
masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid yang
lemah melalui pengajuran kem motivasi dan sebagainya.

Guru mesti membiasakan diri datang awal ke kuliah dan mempunyai


amalan sentiasa menepati masa. Guru harus mengunakan pelbagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian
murid. Memulakan set induksi yang menarik dan aktiviti pembelajaran
yang menghilangkan rasa kebosanan atau melakukan tugasan yang
berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut.

Guru tidak harus melengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan


akan hanya akan menamatkan pengajaran pada minit-minit akhir
tempoh pengajaran. Masa pengajaran hendaklah dimaksimumkan
dengan aktiviti merangsangkan minda. Kata-kata motivasi dan penuh
senyuman dan jenaka, pujian supaya suasana sentiasa ceria, di samping
teguran berupa nasihat dan bukan leteran.

Guru perlu menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil kepada
semua murid, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya
dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan murid
akan renggang dan menghilangkan minat untuk meneruskan
pembelajaran.

Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang


mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya.
Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk
menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara
kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api
perkauman di kalangan murid.

Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang


diamalkan murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus
diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang
berlainan kaum tidak harus dipertikaikan.

Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua


kepercayaan, nilai dan agama murid mereka.

Guru harus mengurangkan bahasa dialek dan mengunakan bahasa yang


standard untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid
untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh


semua murid, tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsure bias
kepada mana-mana jantina mesti dielakkan untuk memberi peluang
yang sama pada setiap murid menerokai aktiviti pembelajaran. Bagi
murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk
membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka
tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.

Guru mesti merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan


melalui pelbagai kaedah yang menarik. Guru bukan sekadar
mengambarkan sepintas lalu isi kandungan tetapi boleh menggerakkan
murid memberi rumusan berdasarkan pengalaman pembelajaran
tersebut. Rumusan boleh dibuat seperti susunan dalam bait-bait puisi,
sajak, pantun, soal jawab dan main peranan.

Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam


pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi
pengubahsuaian serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi
menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran dan
pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna
dan mempunyai penambahbaikan.
Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti,
serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh
pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan
pelbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa dijalankan.

Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai


pengurusan yang cemerlang; fokus utama ialah mengetahui dan
memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif
kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan
lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh di capai, realisitik dan
bijak dalam pengurusan masa.

Guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi,


mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing
dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu
menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud ‘ sesungguhnya Allah suka apabila
seseorang itu melakukan perkerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi).

Demi memastikan objektif-objektif tercapai, perancangan guru yang


rapi meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Keutamaan diberikan
kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir,
kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi.

Guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir,


kemahiran mengaplikasikan peralatan terkini seperti komputer,
kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memilik
wawasan yang jelas. Guru harus berkemampuan membuat pemantauan
dan refleksi di atas kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan
penambahbaikan, di samping memilik sahsiah sebagai guru yang
berteladan baik serta mematuhi Tonggak Dua Belas, nilai dan etika
dalam perkhidmatan awam serta etika kerja dalam Islam.

Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion


keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan
guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada murid telah bertukar
kepada guru sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan
pembelajaran, ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Guru
harus kreatif dan inivatif untuk menjadikan sistem penyampaian
pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif, menarikdan
menyeronokkan. Guru adalah segala-galanya.

Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan


bertaraf dunia, permulaan latihan guru untuk guru pelatih yang
berminat dalam profesion keguruan dibuat dengan teliti. Pelatih harus
terdiri daripada mereka yang berminat dan mempunyai sahsiah yang
baik sahaja yang terpilih, langkah-langkah inovatif juga perlu
dipergiatkan bagi menarik lebih ramai murid cemerlang menyertai
profesion keguruan.
Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang
boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai
kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa
pendidik layak dan patut menjadi guru.

Disamping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru,


pemantapan kebajikan dan kerjaya terus diperbaiki dan diberi
penekanan.

3.2 Murid

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru didalam bilik darjah. Mereka
akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlangsung dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan
melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkahlaku manusia.
Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid
dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran
secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah penting
kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya
sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan
tepat.

Antara perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku


murid ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang
peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan
pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti
pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan
perlu membuang sikap prejudia terhadap bangsa lain.

Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan


dan akktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat
saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosiaisasi
antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan
supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara
langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakt dan
seterusnya berupaya membentuk mesyarakat yang toleran kearah
memacu pembangunan negara.

Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. Unsur-


unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, seberapa yang
terdaya murid harus diingatkanan untuk sentiasa berinteraksi dengan
menggunakan bahasa yang betul. Pengunaan laras bahasa yang tepat
mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak
kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan
bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat
akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.

Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang


berlainan jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan
perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina.

Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan


penyayang oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan
bahasa yang lembut dan bersopan, menegru dan membetul kesilapan
dengan cara yang berhemah, disamping menggunakan segala sifat
mahmudah akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan
murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat
daripada guru kepada muridnya.

Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting kea rah


pembentukan budaya penyayang. Komunksi berkesan dapat dijelmakan
melalui cara bertutur, pengunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui
pengunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya.

Guru yang menggunakan kemahiran berkomunasi sering menjana


suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan cara pembentukan
akhlak dan penerapan kemahiran tertentu dapat dilakukan dengan lebih
mudah dan berkesan.

Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah


dan berhikmah. Guru mesti mengunakan komunikasi berkesan untuk
menghasilkan motivasi yang berkesan. Guru diminta membiasakan diri
dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi penghargaan
apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada
sebelumnya misalnya kelas yang lebih teratur, bersih dan kemas.

Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang


menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mesti
membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid,
dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala
tingkahlaku negatif.

Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan,


menyentuh emosi, disamping meningkat kecergasan mental, kreatif dan
ininovatif dan bermatlamat. Guru diperlukan membentuk budaya bilik
darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan
yang mesra sesama murid dan murid dengan guru.

Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta


rakan sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang
berhemah, yang dibaluti perasaan kasih saying dapat memberi peluang
yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri mereka kea rah
pembentukan modal insane yang berkualiti.

Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Guru boleh dapat
mengurangkan kadar ponteng dan masalah disiplin melalui pendekatan
pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar bilangan murid yang
terlalu ramai dan tidak seimbang bukanlah ukuran subjektif bahawa
kelas itu tidak dapat dibangunkan. Kecekapan yang ditunjukkan oleh
bakal guru menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat
ditransformasikan menjadi sebuah rumah yang menepati slogan ‘bilik
darjahku, rumahku’.

Mungkin terdapat beberapa orang murid yang nakal didalam setiap


kelas, namun harus diingat bahawa bukan murid menjadi puncah
permasalahan. Kemahiran mengawal kelas sebaik sahaja guru
memasuki kelas merupa titik noktah penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Murid –murid yang menimbulkan punca permasalahan
harus dikenalpasti, supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’. Guru
mesti mencuba membantu menyelesaikan punca permasalahan dan
meneruskan aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan
murid sehingga ia merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai
sehingga ia merasakan mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana
dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang disenangi guru.

Ketegasan terhadap disiplin murid perlu dilakukan dengan cara dan


pendekatan berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu
bukan bertujuan mendera tetapi lebih kepada pengajaran. Kesabaran,
kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai murid
memang mengambil masa yang lama.

Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah


tepat pada masanya.

3.3 Sekolah

Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem
pendidikan negara. Pada peringkat rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada
peringkat menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas,
Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama.

Sekolah Premier iaitu sekolah yang mempunyai tradisi penajang seperti


sekolah yang berusia 100 tahun atau lebih dan sekolah di dalam
persekitaran yang strategik serta infrastruktur yang baik seperti sekolah
yang berjiran dengan Putrajaya dan Cyberjaya. Turut tersenarai adalah
Maktab Rendah Sains Mara, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa.

Di peringkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah


Kebangsaan (bahasa pengantar utama adalah Bahasa Kebangsaan),
SJKC (bahasa pengantar Bahasa Cina) dan SJKT (bahasa Tamil).

Diperingkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama Penuh


(SBP) yang memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan
luar Bandar mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka terus
berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Setiap SBP
mempunyai bidang keistimewaan masing-masing seperti permainan
ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar, pencaragam di Sekolah Menengah
Tun Fatimah, pidato di Kolej Islam Kelang.

Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang


cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah
untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang
mencukupi.

Sekolah menengah teknik menawarkan bidang vokasional seperti


ekonomi rumah tangga, pertanian, ketukangan elektrik, mekanikal dan
awam manakala dalam bidang teknikal termasuklah kejuruteraan
elektrik, mekanikal dan awam. SMT yang cemerlang termasuklah SMT
Dato Undang Hj Md Sharip (ekonomi rumah tangga), SMT Chenor
(pertanian), SMT Sri Manjung (ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah
(ketukangan awam), SMT Shah Alam (ketukangan mekanikal) dan SMT
Cheras (kejuruteraan)

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawarkan dan


menyediakan program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk
potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta
menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang
ilmu, dalam dan luar negara.

Diantara yang membanggakan ialah SMKA Maahad Haamidiah Kajang,


Selangor. Ini adalah komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan beragama kepada
murid-murid.

Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsure sejarah dan


tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada
negara sejak penubuhannya. Sekolah ini mempunyai senibina yang
bersejarah (historic institution) yang akan memperkayakan khazanah
warisan negara. Sekolah ini menjadi lambing dan kebanggaan negara
kerana kecemerlangannya. Sekolah ini melahirikan tokoh negara dan
korporat seperti Victoria Institution (Kuala Lumpur), Sekolah Zainab
(Kelantan), Maktab Sultan Ismail (Kelantan) dan Sekolah Menengah
St.John (Kuala Lumpur).

Sekolah 100 tahun ialah sekolah yang dibina sebelum tahun 1905.
Sekolah ini mempunyai cirri-ciri tinggalan sejarah dan sebahagiannya
ialah sekolah premier. Diantara sekolah-sekolah yang tersenarai adalah
Penang Free School (Pulau Pinang), Sekolah Tinggi Melaka (Melaka),
Sekolah Menengah Lelaki Methodist (Kuala Lumpur) dan lain-lain lagi.

Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor


Raya Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini
mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan
terletak dalam kawasan strategik berhampiran dengan Kompleks
Kerajaan Persekutuan.
Sekolah Model Khas contohnya SMK Meru – Model Khas mengabungkan
murid sekolah rendah pada peringkat Tahap II dan murid sekolah
menengah dibawah satu bumbung, Ia merupakan konsep baru dan
menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif bagi murid yang
berpontensi di kawasan luar Bandar seperti Sekolah Menengah
Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis (Pahang), dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Jenun (Kedah).

Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid


bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, autisme,
sindrom-down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia.
Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan
dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Indrapura contohnya menyediakan kemudahan
pelajaran bagi ketiga-tiga kategori Pendidikan Khas. SMT memberi
peluang pendidikan kepada murid bermasaalah pendengaran dengan
menawarkan kursus-kursus anjuran Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan (MLVK).

Kepelbagaian sosio budaya juga telah mewujud sekolah yang terdiri


daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil.
Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengetasi masalah
kepelbagaian sosiobudaya melalui aktiviti yang dijalankan disekolah.
Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada
usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan murid tanpa mengira kaum.

Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam


kalangan murid disekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang
dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu
sistem pendidikan yang seragam.

Apabila anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi
sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu akan lahir satu generasi
Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Penekanan semangat
perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil iaitu dibangku sekolah
rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih kanak-kanak
yang boleh dilentur.

3.4 Kurikulum Tersirat

Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang


sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan
penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu. (Saedah
Siraj, 2001; Wiles and Bondi, 1998; Pratt, 1994; Schubert, 1986).

Diperingkat pelaksanaan, kurikulum menampilkan penyampaian isi


kandungan yang telah disusun dalam kurikulum itu sendiri. Diperingkat
penilaian pula, pengukuran serta pengujian dijalankan untuk
menentukan pencapaian objektif yang tercatat.

Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa


apa yang sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan
lainya bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan
pelajaran atau proforma kursus tetapi merangkumi kesemua
pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar.
(Margolis, 2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994). Ini lah yang dikatakan
Kurikulum Tersirat.

Idea kurikulum tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson


(1968) dalam bukunya Life in Classrooms yang dijadikan fokus kajian
oleh Snyder (1973), Apple (1980), Bergenhenegouwen (1987), Portelli
(1993) dan lain-lain lagi.

Ausbrooks (2000) menjelaskan bahawa kurikulum tersirat adalah “is


composed of the implicit messages in th school’s sosial climate,
unwritten yet understood by all. It is the body of knowledge a child
absorbs in school simply by being there day after day. This is the
curriculum that creates a school’s so called ‘learning environment’.

Cahfel (1997) berpendapat terdapat dua bentuk kurikulum yang


dilaksanakan disekolah iaitu overt (terbuka) yang memberi fokus
kepada kursus pengajian yang eksplisit dan covert (tersirat) yang
memberi fokus kepada pembelajaran yang tacit (diaplikasikan tetapi
tidak didokumentasikan dan tidak tercatat).

Cahfel mendapati bahawa kurikulum tersirat boleh didefinisikan sebagai


norma-norma, nilai dan kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam
kurikulum tetapi diajar secara tidak langsung didalam kelas dan didapati
bahawa kurikulum tersirat tidak dinyatakan dalam kurikulum rasmi
sahaja.

Diperingkat pengajian tinggi, kurikulum tersirat lebih memberi


penekanan kepada persekitaran yang wujud dalam kalangan warga
kampus. Adams (2002) mengenalpasti budaya akademik sebagai
kurikulum tersirat. Margolis (2001) memperolehi dapatan yang hampir
sama mengenai kurikulum tersirat … “tacit learning, unitended and
intended consequences of schooling, political sosialization, role
development, mentoring and intentional practices”.

Melalui kurikulum tersirat, kementerian berusaha membentuk bangsa


yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum.
Kurikulum tersirat boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum
seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti unit
kokurikulum. Guru digalakan menyelit nilai Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, harus menyelitkan dan mengalakkan interaksi dalam kelas
sosial.

Ciri-Ciri Kurikulum Tersirat boleh dimaksudkan seperti berikut :

merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh


di mana mereka belajar
boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya
adalah bersifat relative dan agak sukar diukur secara kuantitatif
merangkumi bilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana
kurikulum itu sendiri (murid-guru-pengajar). Dipelajari oleh murid
tetapi secara tidak langsung misalnya daya intelek guru/pengajar;
tingkahlaku dan akhlak guru/pengajar
kewujudannya adalah berbez-beza bergantung kepada lokasi,
persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum (murid-
guru/pengajar)
kadangkala kurikulum tersirat terdapat pada matlamat atau objektif
satu-satu kurikulum tetapi tidak tertulis dalam kandungan
kurikulum berkenaan mahu pun dalam penilaian
jenis atau pengkategoriannya adalah berbeza-beza mengikut jenis
institusi, tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu
sendiri

Bagi institusi pengajian tinggi keguruan, pengkategorian kurikulum


tersirat oleh Berghenhenegouwen (1987) boleh dijadikan asas dengan
beberapa pengubahsuaian. Dalam peringkat pengajian di pendidikan
tinggi keguruan, tiga kategori diperkenalkan seperti berikut :

budaya belajar untuk belajar


budaya belajar untuk pengajar
belajar untuk pembudayaan/pembinaan tingkah laku terpuji

Bagi murid peringkat pengajian tinggi, guru pelatih perlu menguasai


cara belajar yang berkesan. Selain menghadiri kuliah, guru pelatih perlu
mengetahui kemahiran belajar yang sesuai untuk diri mereka sendiri
bagi memperolehi pencapaian akademik yang terbaik. Murid diandaikan
mempunyai kebiasaan belajar masing-masing dan adalah berbeza
diantara murid diperingkat rendah dan tinggi. Murid seharusnya
menguasai kemahiran belajar melalui proses pembudayaan
pembelajaran sendiri yang dipanggil kurikulum tersirat dan ini
termasuklah ;

mempelajari, memahami dan mengadaptasikan cara menulis esei,


kajian, tesis/disertasi, kertas projek, kertas kerja dan jurnal/buku
dengan sebaiknya mengikut standard yang telah ditetapkan oleh
institusi pengajian tinggi yang berkaitan mahupun mengikut
standard antarabangsa dengan meurujk antaranya APA style
(bidang pendidikan, Sains , Sastera, Sains Kemanusiaan, Agama),
the Chicago Manual of Style (aliran Sastera, Sains Kemanusiaan,
Agama).
mempelajari, memahami dan mengadapatasikan pengunaan jaringan
maya atau internet itu sendiri dan juga cara menulis kajian,
tesis/disertasi, kertas projek, kertas kerja dan jurnal/buku
mengikut kaedah Mobile Learning dengan sebaiknya.

Carpenter (1985) juga memperolehi kajian selari dengan dapatan diatas


dimana beliau mendapati bahawa kumpulan guru pelatih yang tidak
diajar dengan kemahiran belajar didapati tidak mempunyai keyakinan
untuk mengajar kemahiran belajar di sekolah.

Bagi pelatih yang dilatih untuk menjadi pakar dalam sebarang profesion
murid harus membudayakan diri mereka dengan pembelajaran kendiri
yang menekankan proses pembelajaran tanpa diarah, dipaksa atau
disuruh. Ini adalah bersamaaan dengan budaya belajar sepanjang
hayat.

Apa yang pelajar alamai, lihat dan dengar semasa di di dewan bersama
pensyarah itulah yang menjadi kurikulum yang lebih berkesan daripada
apa yang bersifat teoristik dikertas-kertas yang mereka catat.

Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa oleh
pensyarah sewaktu menagjar akan memberi kesan secara tidak
langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid semasa
mereka bekerja nanti.
Sumber :

Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur


Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur.
Syed Ismail & Ahmad SUbki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN
978-967-5451-04-1
Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan kementerian Pelajaran Malaysia.
Kuala Lumpur

Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/


Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf
Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html
Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia
Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia
Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu
Teori Perhubungan Etnik http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf
%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdf
Warisan Budaya Malaysia ~ Adat Resam http://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam.htm

Kembali

Dibina pada Disember 1, 2009 oleh dan dikemaskini pada Disember 6, 2009 oleh Pengendali@2006